kisah-ashabul-kahfi.doc

7
TEKS BERCERITA PEREMPUAN 2014 SK SEBAKO, DARO. TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN Assalamualaikum waramatullahi wabarkatuh.......... Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil, guru-guru, serta hadirin hadirat sekalian. Dari jauh ku lihat silaunya, Cahaya wajah penuh bahagia 7 pemuda yang kuat imannya, Ashabul kahfi ingin ku cerita. Para hadirin sekalian, Kisah Ashabul Kahfi ini telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al-Kahfi bermula ayat 9 hingga 26. Untuk pengetahuan hadirin, Ashabul Kahfi merupakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah. Walaupun begitu mereka hidup di tengah-tengah masyarakat yang syirik dan menyekutukan Allah. Setiap kali perayaan, semua penduduk di negeri Upsus akan menghias patung berhala, memuja dan menyembahnya dengan penuh ghairah, begitulah jahilnya masyarakat tersebut. Allah berfirman yang bermaksud: Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjukSurah al-Kahfi ayat 13 Dengan izin Allah, 7 orang pemuda ini dipertemukan di suatu tempat setelah mereka mengelakkan diri dari meraikan

Upload: nseiral

Post on 21-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


82 download

TRANSCRIPT

Page 1: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

TEKS BERCERITA PEREMPUAN 2014SK SEBAKO, DARO.

TUJUH PEMUDA YANG BERIMAN

Assalamualaikum waramatullahi wabarkatuh..........Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil, guru-guru, serta hadirin hadirat sekalian.

Dari jauh ku lihat silaunya,Cahaya wajah penuh bahagia7 pemuda yang kuat imannya,Ashabul kahfi ingin ku cerita.

Para hadirin sekalian,

Kisah Ashabul Kahfi ini telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al-Kahfi bermula ayat 9 hingga 26.

Untuk pengetahuan hadirin, Ashabul Kahfi merupakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah. Walaupun begitu mereka hidup di tengah-tengah masyarakat yang syirik dan menyekutukan Allah.

Setiap kali perayaan, semua penduduk di negeri Upsus akan menghias patung berhala, memuja dan menyembahnya dengan penuh ghairah, begitulah jahilnya masyarakat tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk”

Surah al-Kahfi ayat 13

Dengan izin Allah, 7 orang pemuda ini dipertemukan di suatu tempat setelah mereka mengelakkan diri dari meraikan pemujaan berhala. Mereka saling mengeluarkan pendapat masing-masing tentang keesaan Allah dan perkara syirik yang dilakukan oleh penduduk Upsus. Nyata sekali mereka percaya dengan kuasa Allah lalu mereka telah berjanji apa juga yang aklan terjadi, mereka tidak akan berpaling dari beriman kepada Allah.

Para hadirin sekalian,

Page 2: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

Keimanan 7 pemuda ini dapat dihidu oleh raja zalim yang bernama Daqyanus. Maka dengan murka raja memerintahkan pengawal untuk menangkap dan membawa mereka ke istana. Setibanya mereka di istana…

“ Beta dengar kamu telah menganut satu agama yang tidak diketahui asal usulnya, Kamu sudah menduakan agama raja dan rakyat!” Bentak raja tersebut dengan murka.

Ashabul kahfi hanya mendiamkan diri. Raja bertitah lagi,...“Beta beri kamu masa untuk kembali kepada agama asal, jika tidak kamu semua akan beta hukum dengan seberat-berat hukuman.”tegas raja yang sombong itu.

Tujuh pemuda…mengambil keputusan..Melarikan diri…mencari perlindungan..Tawakal dan doa…menjadi bekalan..Demi Tuhan…akidah dipertahankan..

Mendengar ancaman sang raja yang zalim itu, Ashabul kahfi mula merancang untuk melarikan diri.

“Mana mungkin kita akan menyembah berhala, saya cadangkan kita tinggalkan saja negeri Upsus ini.”ujar salah seorang dari mereka.

“Ya kita mesti keluar dari negeri ini!” cadangan itu disambut baik oleh 6 orang sahabatnya.

Hadirin sekalian,

Dalam perjalanan, mereka diikuti oleh seekor anjing, mereka cuba mengusir anjing tersebut tetapi anjing itu terus mengikuti mereka. Anjing itu menunjukkan jalan untuk ke bukit tersebut. Mungkin itulah pertolongan dari Allah yang Maha Esa.

Setelah jauh…mereka berjalan..mencari arah…serta tujuan..sebuah bukit…di dalam hutan..Di dalam gua…tempat disediakan

Akhirnya sampailah mereka ke tempat yang dituju. Lalu berdoalah mereka seperti yang tercatat dalam surah al-kahfi ayat 10 yang bermaksud”

Page 3: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

Oleh kerana terlalu letih, mereka pun tertidur. Malam berganti siang, tahun berganti tahun, dan abad berganti abad, semua Ashabul kahfi tidur dengan nyenyaknya. Pelbagai bunyi dentuman guruh, hujan, angin ribut dan taufan tidak mereka dengari. Firman Allah dalam surah Al Kahfi ayat 11 yang berbunyi :

11. Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu.

Tahukah hadirin sekalian, mereka telah tertidur bukan 1 hari atau 1 minggu, tetapi Allah telah menidurkan mereka selama tiga ratus sembilan tahun. Bukankah itu satu jangkamasa yang lama ? Ya , sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, inilah Qudrah Allah yang diceritakan dalam Al-Quran.

25. Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).

Surah Al Kahfi ayat 25.

Hadirin sekalian,

Setelah mereka tidur, Allah telah mengejutkan tidur mereka dengan sinaran matahari yang masuk ke pintu gua tersebut. Mereka pun tersedar, perut mula berasa sangat lapar.

Page 4: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

“Wahai sahabat-sahabatku, kamu rasa berapa lama kita telah tertidur?” soal salah seorang dari mereka.

“Mungkin kita tidur baru sehari semalam, sebab itulah kita berasa lapar”Jawab seorang dari mereka.

“Tak mungkin, lihatlah matahari masih ada, kita hanya tidur setengah hari sahaja.” Jawab sahabat yang lain dengan rasa tak puas hati.

“Hai sahabatku, tiada gunanya kita bertengkar, perut pun sudah lapar, siapa antara kita yang boleh ke kota untuk membeli makanan ? ambillah wang yang saya bawa ini.” Tegas salah eorang dari mereka.

Setelah bersetuju seorang pemuda telah keluar dari gua menuju ke kota Upsus untuk mencari makanan.

Alangkah terkejutnya pemuda itu, apabila kota yang dituju seperti tidak pernah dilihat, semuanya telah berubah, begitu juga dengan orang yang tinggal di situ, seorang pun tidak dikenali. Dengan keadaan bingung, datang seseorang menyapa beliau,

“Tuan nampaknya orang baru disini ? Apa yang tuan cari ? bolehlah saya bantu”

“Oh, saya bukan orang baru, saya mencari kedai untuk membeli makanan.”Jawab pemuda itu yang masih kebingungan.

Orang tadi pun menunjukkan bazar untuk membeli makanan. Alangkah terkejutnya si penjual apabila pemuda itu menghulurkan wang yang telah lama tidak digunakan,“Mungkinkah pemuda ini menjumpai harta karun,” bisik penjual. Dengan cepat cerita ini tersebar ke seluruh kota. Semua penduduk mengerumuni pemuda dengan pelbagai soalan.

Hadirin sekalian,

Pemuda itu takut rahsianya bersama Ashabul Kahfi diketahui, dia cuba melarikan diri ke gua, tetapi ditahan oleh penduduk yang ingin mendengar cerita selanjutnya. Maka pemuda itu pun bercerita tentang Ashabul Kahfi yang menyembunyikan diri dari raja untuk menyelamatkan diri.

Page 5: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

Setelah mendengar cerita tersebut, maka jelaslah pemuda itu adalah salah seorang buruan raja berabad-abad dahulu.

Berkata seorang penduduk di Upsus, “Hai pemuda janganlah kamu takut raja yang zalim itu telah mati pada tiga abad yang lalu, Raja yang memerintah sekarang adalah raja yang beriman kepada Allah sama seperti kamu”.

Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang didengarinya. Namun tanpa disangka, dirinya telah dibawa menghadap raja.

Hadirin hadirat sekalian,

Bertemu sudah raja di istanaDidengarnya kisah persembunyian rahsiaMaka kagumlah semua jelataTanda kuasa Allah yang Esa

Lantas, demi melihat kebenaran, baginda raja pun bersiap sedia berangkat untuk melihat keadaan para penghuni gua yang beriman itu.

Ashabul Kahfi diundang ke Istana, dan diberikan penghormatan oleh raja yang soleh. Baginda menempatkan mereka di tempat yang mulia.

Setelah mengadap raja, Ashabul Kahfi berkata kepada raja,“Kami tidak memerlukan hidup yang panjang lagi,kerana kami telah melewati beberapa keturunan yang semuanya telah meninggal dunia. Apa yang kami lihat sekarang semuanya baru dan negeri ini telah maju, kami puas melihat penduduk di sini beriman kepada Allah”

Sesudah itu Ashabul Kahfi pun bersujud dan berdoa kepada Allah agar menurunkan rahmatnya untuk dan mengizinkan mereka kembali ke rahmatullah. Tidak lama kemudian, Ashabul kahfi pun meninggal dunia.

Hadirin sekalian,

Begitulah kisah 7 pemuda beriman yang digelar Ashabul kahfi. Antara pengajaran dari kisah ini ialah

1. Kita wajib beriman kepada Allah.2. Kita diharamkan melakukan perkara-perkara syirik.3. Jadilah mukmin yang taat kepada perintah Allah.

Page 6: KISAH-ASHABUL-KAHFI.doc

Akhir pesanan saya berikanMoga bersama jadi ingatanAmbil yang jernih jadikan tauladanBuang yang kerih jadikan sempadan

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh…