ashabul kahfi

15
Ashabul Kahfi: Kisah dan Pengajaran Menerusi Al-Quran, As-Sunnah, kata-kata para Sabahat, Tabiin dan Ulama Islam Disediakan oleh: Sharafuddin Shah

Upload: hasmu153

Post on 20-Jun-2015

1.707 views

Category:

Documents


147 download

DESCRIPTION

Pengajaran Pemuda Kahfi

TRANSCRIPT

Page 1: Ashabul Kahfi

Ashabul Kahfi: Kisah dan Pengajaran

Menerusi Al-Quran, As-Sunnah, kata-kata para Sabahat, Tabiin dan Ulama Islam

Disediakan oleh: Sharafuddin Shah

Page 2: Ashabul Kahfi

Surah Al-Kahfi: Surah yang mengajar kita cara menghadapi fitnah/ujian 10 ayat pertama/terakhir dibaca pada setiap malam jumaat.

Ayat2 ini adalah senjata untuk menghadapi Fitnah terbesar iaitu Fitnah ad-Dajjal.

Menurut Shaiykh Abdul Bary, ada 4 jenis Fitnah:

Fitnah Ad-Deen: Ujian dimana kita dipaksa menganut agama lain atau agama kita dihina. Ini ditonjolkan dalam kisah ashabul kahfi.

Fitnah Al-Mal: Ujian di mana keteguhan agama kita diuji dengan kekayaan atau kemiskinan. Ini ditonjolkan dalam kisah pemilik 2 kebun

Fitnah Al-’Ilm: Ujian dimana ilmu menjadi suatu yang sukar diperolehi dan kesabaran yang perlu dalam menuntut ilmu. Ini ditonjolkan dalam kisah Nabi Musa dan khidir

Fitnah As-Sulthah: Ujian dimana kesyukuran kita diuji dengan kekuasaan. Ini ditonjolkan dalam kisah Dzul Qarnain

Page 3: Ashabul Kahfi

Melarikan diri daripada fitnah itu Fardhu Ain

يوشك أن يكون خير مال أحدكم غنما يتبع بها شعف الجبال ومواقع القطر يفر بدينه من

الفتن

Page 4: Ashabul Kahfi

Pertanyaan Quraish kepada Rasulullah] بعثوا إلى أحبار اليهود بالمدينة وقد تقدم عن ابن عباس: أن قريشايطلبون منهم أشياء يمتحنون بها رسول الله صلى الله عليه وسلم

فبعثوا إليهم أن يسألوه عن خبر هؤالء، وعن خبر ذي القرنين، وعن الروح

Terjemahan: Sesungguhnya telah diberitakan daripada Ibnu Abbas bahawasanya Quraish menghantar (dua) utusan kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah meminta daripada mereka perkara-perkara yang mereka boleh uji Rasulullah saw dengannya. Maka pendeta-pendeta Yahudi pun menghantar utusan kepada Quraish dan menyuruh mereka bertanyakan kepada Rasulullah khabar Ashabul Kahfi, khabar Dzul Qarnain dan Ar-Ruh.

1. Pada pendeta-pendeta Yahudi, soal Ashabul Kahfi itulah paling ajaib diantara ketiga-tiga perkara ini.

2. Juga surah ini hendak menguatkan hati orang-orang Islam yang beriman dengan Rasulullah saw dalam menghadapi penyeksaan Quraiysh.

Page 5: Ashabul Kahfi

Rumusan

]أ با vجvا عv wن vات y مwنy آي zوا vان w ك قwيم لر} vو wفyهv yك ل vاَبvحyصv vن} أ yَتv أ ب wسvح yمvٱ ٱ

Ayat 9: Terjemahan: Apakah kamu fikir bahawa Ashabul kahfi itu dan raqeem adalah daripada tanda Kami yang ajaib/menghairankan/pelik?

Dua pendapat:1. Ashabul Kahfi memang ajaib tapi penciptaan

langit dan bumi lebih ajaib daripada ashabul kahfi dan ar-raqeem (Pendapat yang Rajih)

2. Apa yang diberikan kepada Nabi seperti Al-Quran, Al-Hikmah dan sebagainya itu lebih afdhal daripada ashabul kahfi dan ar-raqeem (Pendapat yang Marjuh)

Page 6: Ashabul Kahfi

Ashabul Kahfi Ashab = companions Al-Kahf = Gua di gunung (Imam Ibnu Jarir At-Tabari). Namanya adalah

Haizam (Ibnu Jurayh) Raqeem =

1. Wadi/Lembah

(a)Ibnu Abbas: Lembah diantara ‘Usfan dan Ailah iaitu dibawah Palestin dan berdekatan dengan Ailah

(b)Atiyyah: Lembah

(c)Qatadah: Lembah dimana berada didalamnya Ashabul Kahfi

2. Kampung (Ikrimah->Ibnu Abbas->Ka’ab)

3. papan yang tertulis kisah-kisah pemuda2 al-kahfi yang kemudiannya diletakkan diatas pintu gua tersebut (Sa’ad Ibnu Jubayr)

4. Kitab (Ibnu Abbas, Ibnu Zayd)

5. Gunung di mana terletaknya gua tersebut. Namanya adalah Binajalus (Ibnu Jurayh)

6. Anjing yang bernama Himran

Page 7: Ashabul Kahfi

Jadi apa itu Raqeem? ]، واألو�اه، والرقـيـم عن ابن عبـاس قال: كّل� القرآن أعلـمه، إال حنانا

Terjemahan: Daripada Ibnu Abbas bahawasanya beliau berkata: Semua sekali dalam Al-Quran aku tahu kecuali Hananan, Al-Awwah dan Ar-raqeem

قال ابن عبـاس: ما أدري ما الرقـيـم، أكتاَب، أم بنـيان؟

Terjemahan: Berkata Ibnu Abbas: Aku tidak tahu apa itu Ar-Raqeem, adakah ia sebuah buku/tulisan ataupun bangunan?

] به: لوح، أو حجر، أو وأولى هذه األقوال بـالصواَب فـي الرقـيـم أن يكون معنـياzتب فـيه كتاَب شيء ك

Terjemahan: (Berkata Ibnu Jarir) Pendapat yang paling dekat dengan kebenaran adalah bahawa ia adalah papan, atau batu atau sesuatu yang lain yang ditulis keatasnya.

Page 8: Ashabul Kahfi

Ashabul Kahfi menurut Ibnu Abbas (At-Tafsir Al-Munir) Bahawasanya mereka daripada kerajaan seorang Raja yang sangat zalim, menyuruh

manusia menyembah berhala-berhala, apabila mereka melihat itu mereka keluar daripada bandar itu, maka Allah mengumpulkan mereka tanpa temujanji . Maka menjadikan sebahagian daripada mereka bertanya kepada yang lain: Kemana kamu inginkan? Kemana kamu ingin pergi? Maka ini menjadikan sebahagian daripada mereka menyembunyikan sebab mereka keluar daripada yang lain kerana mereka tidak tahu sebab mereka semua keluar daripada kaum mereka. Kemudian, mereka membuat perjanjian yang mengkehendaki mereka menyatakan sebab mereka keluar daripada kaum mereka, jikalau mereka sebab yang sama maka bagus, jika tidak hendaklah disembunyikan sebab-sebab itu. Maka mereka rupa-rupanya bersatu diatas kalimah yang sama, sambil menyebut ‘Rabbuna rabbus samawati walardh’ dengan selesanya . Kemudian mereka lari menuju ke gua. Maka mereka ditidurkan oleh Allah. Ini menyebabkan ahli-ahli keluarga mereka mencari-cari mereka dan perkara ini sampai kepada Raja. Mereka cuba mencarinya tetapi gagal. Maka raja pun berkata:

ليكونن لهؤالء القوم بعد اليوم شأن ناس خرجوا ال ندري أين ذهبوا في غير جناية

Terjemahan: Benar-benar menjadi bagi kaum ini selepas hari ini keadaan sekumpulan manusia yang keluar dan kita tidak mengetahui dimanakah mereka pergi sambil mereka tidak mempunyai jenayah.

Page 9: Ashabul Kahfi

Diqyanus@Diocletian? Adakah ini rajanya?

Page 10: Ashabul Kahfi

Ayat 10-12 Muqaddimah kepada cerita Mereka pemuda-pemuda lari daripada gua. Sebab lari, ulama khilaf. Ibnu Kathir berpendapat bahawa mereka bukanlah golongan yang

beriman dengan Nabi Isa kerana yang mengajukan soalan ini adalah kaum Yahudi dan tidak mungkin Yahudi bertanyakan perihal orang Nasrani.

Kemudian mereka berdoa memohon rahmat (untuk mendapat kejayaan) Mereka juga berdoa untuk mendapat rashad (iaitu persetujuan daripada

Allah atas perbuatan mereka) Allah menerima doa mereka di mana Allah meletakkan penutup diatas

telinga2 mereka supaya mereka tidak mampu mendengar yakni menidurkan mereka dengan tidur yang dalam. Ini lebih kuat berbanding menyebut meletakkan penutup di atas mata kerana tidur yang tidak nyenyak pun masih tidak boleh melihat jika ditutup berlainan dengan tidur yang nyenyak yang tidak dapat diganggu oleh bunyi yang bising.

Kemudian Allah membangkitkan mereka daripada tidur selepas 309 tahun untuk menzahirkan siapakah dikalangan mereka yang lebih tepat tekaannya tentang tempoh mereka tidur.

Page 11: Ashabul Kahfi

Ayat 13-17 Ayat 13: Byk cerita pasal ashabul kahfi, tetapi kisah yang

didasarkan kepada kebenaran adalah daripada Allah. Mereka ini pemuda yang beriman dengan Allah dan dengan sebab itu Allah menambahkan kepada mereka hidayah (sifat sabar, istiqamah, tawakkal, dan kemampuan untuk menghadapi nafsu duniawi)

Ayat 14: Allah menguatkan hati mereka dgn sifat sabar dan istiqamah dan berpegang teguh dengan agama apabila mereka mentauhidkan Allah dan mereka sedar bahawa mensyirikkan Allah itu adalah kesesatan.

Ayat 15: Mereka Ashabul Kahfi mengkritik kaum mereka yang menyembah tuhan-tuhan selain Allah. Mereka mempersoalkan kaum mereka yang taqlid dan tidak berfikir dan mendatangkan bukti untuk menunjukkan perbuatan mereka ini benar. Mereka juga mengakui bahawa mengada-adakan cerita tentang Allah itu adalah perkara yang paling zalim.

Page 12: Ashabul Kahfi

Ayat 13-17 Ayat 16: diantara mereka ada yang mencadangkan mereka

bersembunyi di sebuah gua agar terselamat dan mendapat kesenangan

Ayat 17: Gua mereka tak masuk matahari didalamnya. Allah pemberi hidayah.

Ayat 18: Anjing di pintu gua dan mereka dibolak-balikkan untuk menakutkan musuh

Ayat 19: Mereka sedar drpd tidur, suruh salah seorang beli makanan guna duit dirham lama.

Ayat 20: Peringatan oleh rakan2 untuk mengamalkan hazr@hati-hati

Ayat 21: Mereka wafat selepas itu. Orang2 bandar mencadangkan ditutup gua itu atau dibina monument diatas mereka. Tetapi pemerintah menyuruh membina masjid berdekatan dgn gua itu.

Page 13: Ashabul Kahfi

Pengajaran-pengajaran1. Tauhid Allah saw pokok segala perkara

2. Penciptaan langit dan bumi lebih ajaib. Quran dan Sunnah itu lebih ajaib

3. Fityah@Shabab@Pemuda: Adalah golongan yang paling menerima Islam dan paling menerima hidayah.

4. Fityah itu menunjukkan bahawa fitnah tidak boleh dihadapi seorang diri, mesti dalam berkumpulan.

5. Jika kita beriman dan istiqamah, sudah tentu Allah akan membantu kita

6. Melarikan diri daripada fitnah ad-deen itu terpuji dan wajib

7. Jihad terbesar adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim

8. Mendapatkan ilmu dan menjauhi taqleed

9. Membangkitkan mereka daripada tidur setelah 309 tahun menunjukkan bahawa Hari Kebangkitan itu pasti

10. Sentiasa mengembalikan kepada Allah dengan menyebut ‘Allahu ‘alam apabila tidak tahu.

11. Apabila berjanji mesti menyebut insyaAllah

Page 14: Ashabul Kahfi

Pengajaran-pengajaran1. Mencari tempat yang strategik untuk menyelamatkan diri

daripada fitnah (gua yang tak dimasuki cahaya)

2. Bersikap berhati-hati dgn musuh

3. Allah menimbulkan ketakutan dalam hati musuh

4. Kepentingan agama lebih daripada segala-galanya.

5. Bertengkar tidak bermanfaat (ayat 22)

6. Larangan bertanya ilmu bukan daripada ahlinya (ayat 22)

7. Dua itu adalah otak kepada ibadah

8. Manusia akan duduk dengan golongan serupa sepertinya " “ األرواح جنود مجندة، فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف

9. Boleh jualbeli menggunakan wakil

10. Menjauhi membina monumen diatas kubur orang-orang soleh

Page 15: Ashabul Kahfi

Rujukan1. Shaykh Abdul Bary2. Ustaz Zahazan3. Syakh Yusuf Mullan4. Prof. Dr. Masmu’ Ahmad Tolib Ash-Sharbaini

(Phd Al-Azhar Tafsir Wa Ulumul Quran)5. Ahmad Salikin -> Syaikh Yusri Al-Hasani

(Ulama Al-Azhar)6. At-Tafsir Al-Munir (Prof. Dr. Wahbah Az-

Zuhayli)7. Tafsir At-Tabari8. Tafsir Ibnu Kathir