ayat-ayat 9-12: kisah penghuni gua (ashabul kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/kahfi/ayat...

46
1 Bahagian Kedua: Tafsiran Ayat-ayat 9-31 Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah. MAFHUMNYA: Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Allah, Pembimbing kami! Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10) Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)

Upload: trinhkhuong

Post on 13-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

1

Bahagian Kedua: Tafsiran Ayat-ayat 9-31

Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah.

MAFHUMNYA:

Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja

yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi

di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Allah, Pembimbing kami!

Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami

dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10)

Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)

Page 2: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

2

(Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji

dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul,

berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan

kebangkitan semula selepas mati). (12)

Tafsiran:

Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja

yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

Tujuannya ialah, untuk membandingkan apa yang diminta oleh kaum Quraisy dan Yahudi itu tidaklah begitu penting jika dinilaikan dengan keimanan, Al-Qur’an dan Islam.

Ismail Haqqi mentafsirkan pengertian ayat ini sebagai:

“Sepatutnya, apa yang mereka mahu itu tidak perlu dianggap penting dan tidak perlu engkau merasa ianya penting.”

Ibnu Jarih pula mentafsirnya:

“Terdapat tanda-tanda lain yang lebih ajaib dan menghairankan dari kisah ini!”

Ibnu Kathir pula menjelaskan ayat sebagai:

“Tanda-tanda Allah mencipta bumi dan langit, pergerakan siang dan malam, perjalanan bintang, bulan dan matahari, dan bintang-bintang lain adalah tanda-tanda agung tentang kekuasaan Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia mahu. Oleh itu sepatutnya cerita penghuni gua ini tidaklah sebesar-besar keajaiban dari tanda-tanda Allah.”

Page 3: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

3

Syed Qutub pula berkata:

“4 ayat ini hanya menonjolkan kisah penghuni Gua dari segi penceritaan Allah kepada umat Muhammad. Dan kisah ini walaupun penuh keajaiban, tetapi bukanlah ianya dari sebesar-besar keajaiban Allah.”

Ayat-ayat 9-12 ini menceritakan:

a) Sekumpulan remaja, bersembunyi di dalam gua dengan penuh iman pada Allah.

b) Allah telah menidurkan mereka semua beratus-ratus tahun, kemudian dibangkitkan mereka semula.

c) Terdapat 2 kumpulan yang bertelagah tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu atau bertelagah samada Allah berkuasa menghidupkan semula manusia yang telah mati. Inilah buktinya.

d) Riwayat Ibnu Abbas, tentang 2 kumpulan ini ialah:

Pertama: remaja-remaja itu sendiri yang mempertikaikan lamanya masa mereka ditidurkan dan berada di dalam gua itu, dan

Kedua: Raja yang memerintah negeri itu sendiri yang menunggu kehadiran pemuda ini, dan dia juga mempertikai tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu.

e) Walaupun kisah ini luar biasa, ianya bukanlah luar biasa sangat berbanding dengan tanda-tanda keagungan Allah yang lain.

Dalam Tafsiran Ruhul Bayan, diceritakan bahawa kumpulan remaja-remaja yang beriman itu adalah dari kumpulan beriman pada zaman Nabi Isa as, dan mereka adalah dari golongan bangsawan Rome. Raja mereka bernama ‘Diqyanus’ dan dia sangat membenci orang-orang yang beriman.

Page 4: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

4

Tekanan demi tekanan membuatkan mereka melarikan diri dari Raja itu dan bersembunyi di dalam gua. Diqyanus telah menutup pintu gua itu, dan kaumnya rata-rata tidak percaya tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi di sinilah adanya pertelingkahan di antara kumpulan pertama yang percaya adanya kebangkitan semula dan kumpulan kedua pula tidak mempercayai adanya kebangkitan semula.

Dengan kemunculan kumpulan ini dari dalam gua itu, maka ia membantu keimanan orang yang percaya pada Allah dan beriman pada hari kebangkitan semula. Seorang raja yang memerintah negeri itu, yang beriman pada Allah, telah memohon pada Allah agar Allah menunjukkan yang kebangkitan semula itu benar. Allah telah memilih seorang rakyatnya, dan dia telah berjaya membuka pintu gua yang telah ditutup oleh raja Rome itu, dan membenarkan kambing-kambingnya berteduh dalam gua tersebut. Pada masa itu, kesemua penghuni gua yang telah ditidurkan selam 300 tahun itu dibangkitkan semula. Apabila berita itu tersibar luas maka semua penduduk negeri itu, lelaki dan perempuan, muslim dan kufur, berpusu-pusu datang dan berbual dengan mereka dan benarlah apa yang didakwah oleh raja itu yang manusia akan dibangkitkan semula dan Allah berkuasa berbuat demikian. Setelah semua remaja-remaja itu menemui raja dan pulang semula ke gua itu, mereka semuanya dimatikan mengikut ajal mereka masing-masing. Dan orang-orang yang beriman mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di atas kawasan gua itu sebagai tanda. (Petikan dari Ruhul

Bayan, Juzuk 5, m/s 224)

Page 5: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

5

Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi

di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Rabb, Tuhan kami! Cucurkanlah RahmatMu

terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10)

Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan berkata:

“Remaja-remaja mukmin yang melarikan diri itu, melarikan

ugama mereka dari kaum mereka agar mereka tidak difitnahkan, dan tempat persembunyian mereka ialah di dalam gua di kawasan bukit. Apabila mereka masuk sahaja ke dalamnya, mereka semua berdoa memohon supaya Allah menurunkan rahmat terus dari sisiNya ke atas mereka, menjaga matlamat mereka dan memberikan mereka petunjuk.”

Syed Qutub pula merakamkan bahawa kisah Ashabul Kahfi ini menggambarkan tauladan bagaimanakah kesan iman ke atas kecelaruan dan kekusutan hidup, dan bagaimana mereka yang menghadapi masalah besar ini, demi mempertahankan iman dan akidah mereka, sanggup berlindung di dalam gua dan memohon RAHMAT Allah. Rahmat yang diharapkan ialah perlindungan dengan rahmat itu dari semua kecelaruan ini. Ismail Haqqi pula menghubungkan keimanan kumpulan remaja ini bagai besi, dan ianya dikenali dengan nama Ilmu Ladunni, iaitu ilmu terus dari Allah. Mereka menanggalkan dari dalam diri mereka semua unsur-unsur keduniaan, wang, pangkat, dan menerapkan kalimah Lailahailallahu, dengan penafian adanya lain Tuhan dari Allah, sehingga hati-hati mereka dipenuhi Nur Iman, dan terpancarlah Ilmu Ladunni itu.

Page 6: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

6

Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)

(Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji

dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul,

berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan

kebangkitan semula selepas mati). (12) Mengikut Ibnu Kathir, Allah telah menidurkan mereka selepas mereka berdoa dan masuk ke dalam gua itu, dan lamanya masa itu digambarkan sebagai ‘bertahun-tahun’ lamanya. Ismail Haqqi pula mentafsirkan bahawa Allah melucutkan semua pancaindera, pendengaran dan lain-lainnya dan menjadikan mereka terus nyenyak tidur tanpa gangguan atau terjaga. Apabila sampai masa 300 tahun lamanya, maka Allah membangkitkan mereka dari tidur mereka itu. Mengapakah mereka dibangunkan semula, disimpulkan oleh Allah sebagai:

“Tujuannya untuk Kami mengetahui siapakah di antara dua kumpulan di kalangan mereka, yang tepat meneka berapa lamakah mereka berada di dalam gua itu.”

Apabila mereka dibangunkan semula, mereka sesama mereka mempersoalkan lamanya mereka sudah berada di dalam gua itu. Sekumpulan dari mereka berkata baru sehari, sekumpulan lain pula berkata baru separuh hari, sedangkan mereka telah tertidur di situ selama 300 tahun lamanya.

Page 7: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

7

Kesimpulan yang boleh kita turunkan di sini ialah:

1. Mempertahankan iman dan akidah adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Pertahankanlah iman dan amal anda dari kekufuran dan kecelaruan.

2. Setakat mempertahankan saja? Tidak! Kita bersandarkan kepada Allah, pohon Rahmat Allah, dan bertawakkal padaNya. Lihat saja pengertian doa yang dilafazkan oleh Ashabul Kahfi itu:

a) Menggunakan perkataan ‘Rabb’, yang bererti Penyayang dan Pembimbing, untuk berkomunikasi dengan Allah.

b) Memohon rahmat terus dariNya, dan meyakini rahmat Allah itu terlalu luas. Luas untuk membantu kita dari sebarang urusan yang sulit, luas sekali hingga boleh mencakupi beratus-ratus tahun kesannya. Itulah Iman dan tawakkal pada Allah.

c) Memohon agar Allah memastikan matlamat keimanan dan akidah mereka menjadi sasarannya, bukan harta dunia dan kemewahan.

d) Yakinkanlah dalam diri sendiri yang kita akan mati dan akan dibangkitkan semula. Beribu-ribu tahun dalam barzakh itu hanyalah kelmarin atau baru tadi sahaja. Kuasa Allah tidak terhad.

Page 8: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

8

Ayat-ayat 13-16:

Kami menceritakan pada engkau perihal mereka dengan penuh kebenaran!

Sesungguhnya mereka itu adalah remaja-remaja yang kuat beriman dengan Allah, Tuhan mereka.

Dan Kami telah membantu menambahkan Hidayah ke atas mereka. (13)

Dan Kami telah memperkuatkan hati-hati mereka dengan keberanian dan kesabaran semasa mereka terus beristiqomah

(dengan Tauhid dalam diri mereka, dan menegaskan): “Tuhan kami (ialah Allah), Dialah Tuhan Pencipta dan Pentadbir

langit dan bumi, dan kami semua! Bahawa kami memperakui tidak sekali-kali

akan kami menyembah selain dariNya, dan jika kami menyembah selain dariNya,

bererti kami mengucapkan sesuatu yang membohongi kenyataan kebenaran.” (14)

Page 9: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

9

(Sambil bercakap-cakap sesama sendiri, mereka berhujjah dengan berkata):

“Tengoklah kaum kita semua tu! Mereka menyembah Tuhan-tuhan selain dari Allah.

Sepatutnya (dalam mencari kebenaran), mereka hendaklah mengemukakan bukti-bukti

tentang ketuhanan sembahan mereka itu! (Tetapi mereka tidak berbuat demikian,

sebaliknya mereka berdusta terhadap Allah) Maka tidak ada yang lebih zalim,

dari orang-orang yang mendustakan Allah!” (15)

Dan oleh kerana kamu telah memutuskan untuk memisahkan diri kamu dari orang-orang yang kufur itu, dan mengasingkan diri kamu dari apa yang mereka sembah,

maka pergilah kamu bersembunyi dan berlindung di dalam gua itu, supaya Allah, Tuhan kamu, akan melimpahkan RahmatNya

ke atas kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan cita-cita urusan kamu itu

dengan bantuan-bantuan yang berguna. (16)

Tafsiran:

Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 13-16 dengan menyifatkan ianya sebagai permulaan sebuah cerita sejarah yang mengisahkan sekumpulan remaja yang kuat iman mereka.

Mereka adalah remaja-remaja yang telah menerima kebenaran dari Allah dan beriman denganNya. Mereka hidup berbekalkan hidayah dari Allah, menolak segala kebatilan dan kekufuran menyembah selain dari Allah, menguatkan ketaqwaan mereka dengan bersyahadah menyembah hanya Allah yang Maha Esa sahaja, bersabar dengan penuh berani menentang kaum mereka yang kufur, serta sanggup berpisah dengan kemewahan hidup (kebanyakannya mereka adalah anak raja Rom).

Page 10: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

10

Ini adalah semata-mata kerana mereka tidak mahu sujud kepada patung-patung yang disembah oleh kaum mereka. Hati-hati mereka telah Allah ikatkan menjadi satu ikatan yang sekata dan mereka boleh saling percaya mempercayai, sehingga ianya menyuburkan tauhid dalam hati-hati mereka. Mereka meninggalkan fitnah-fitnah itu dan diarah oleh Allah untuk bersembunyi di dalam sebuah Gua yang dikenali sebagai ‘Al-Kahfi’ (kerana janji Allah mencucurkan rahmatNya ke atas mereka dan menguruskan semua urusan mereka). (Rujukan Ibnu Kathir,

Jilid 3, m/s 75/76)

Ismail Haqqi Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan pula mentafsirkan ayat-ayat di atas menekan bahawa cerita yang diminta oleh orang Quraisy supaya disampaikan oleh Rasulullah ini sebagai satu cerita yang BENAR dan ianya dari Allah. Di antara sebab-sebab kumpulan remaja ini beriman pada Allah ialah adanya paksaan dari Raja Rom supaya penghuni negeri itu sujud kepada patung dan menyembah selain dari Allah. Mereka memutuskan untuk melarikan diri dari fitnah itu. Allah telah menetapkan ugama yang Haq kepada mereka dan amalan ‘taqarrub’ mereka pada Allah adalah mengikut naluri hati mereka dan ditambah hidayah itu oleh Allah. Sebuah Hadith:

, تقربت اله ذرعا من تقرب الى شبرا Maksudnya:

“Sesiapa yang berusaha dengan mendekatkan dirinya pada Ku pada kadar sejengkal,

maka Aku akan mendekatinya pada kadar satu hasta.” (Rujukan Tafsir Ruhul Bayan, Jilid 5, m/s 222/3).

Kumpulan remaja ini berusaha mendapatkan hidayah terus dari Allah, hidayah kepada beriman dengan ajaran-ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi tentang kebangkitan

Page 11: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

11

semula dan mempercayai yang ghaib. Allah telah menerima niat mereka apabila mereka semua ditidurkan selama 309 tahun dan niat asal mereka itu terhasil setelah mereka dibangunkan semula dari tidur, dan iman tersebut menebal dan terus meyakinkan mereka. Mereka memberanikan diri dengan memasyhurkan pendirian mereka kepada yang berwajib, bersatu hati bersama rakan-rakan mereka dan tidak berganjak untuk balik semula kepada agama yang kufur itu. Mereka menerima ugama Allah yang mencipta langit dan bumi ini, serta tidak syirik lagi pada Allah. Mereka mengisytiharkan bahawa menyembah patung itu adalah berlawanan dengan batas-batas kebenaran.

“Jika kami terus menyembah selain dari Allah, maka perbuatan kami itu adalah terkeluar dari akal sempurna

dan mengarah kepada kezaliman.” Mereka mengkritik kaum mereka yang menyembah patung itu dengan kata-kata:

“Mereka perlu kepada hujjah-hujjah yang jelas mengapa mereka menyembah patung-patung, demi mencari kebenaran. Segala ibadah yang tidak diperkenalkan oleh wahyu dan samawi adalah ikutan hawa nafsu semata-mata.”

Pada prinsipnya: Orang yang paling zalim ialah mereka yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah dan pasti dikenakan azab yang sangat pedih. Ikatan hati di antara mereka menjadikan mereka sekata tidak akan balik pada agama raja mereka, dan mereka akan terus berpegang kepada iman dan Allah. Mereka perlu menyembunyikan diri mereka demi untuk memperkuatkan ibadah mereka kepada Allah. Tempat yang dicadangkan oleh Allah ialah di dalam sebuah gua. Di sana akan

Page 12: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

12

terserlahlah kepada mereka rahmat-rahmat dari Allah, diterima doa-doa dan dipermudahkan semua urusan dan permasalahan mereka. Sudah tentu ianya mendatangkan faedah yang besar kepada mereka. Inilah kebenaran yang memberikan mereka keyakinan bahawa doa mereka telah diterima Allah. Syed Qutub dalam Tafsir Fi Zilalil Qur’an turut mentafsirkan ayat di atas dengan menganggap ayat-ayat 13-16 ini sebagai permulaan cerita tentang Penghuni Gua seperti yang diminta oleh kaum Quraisy untuk dijawab oleh Rasulullah. Terdapat dua isu di sini: Remaja-remaja dan kaum mereka.

Pertama ialah sifat-sifat remaja itu. Di antaranya:

a) Mereka adalah remaja-remaja yang beriman dengan Allah.

b) Ditambahkan hidayah oleh Allah atas iman mereka. c) Hubungan di antara mereka adalah erat ke arah

Al-Haqq dan dilindungi oleh iman yang mereka yakini.

d) Mempunyai ‘harakah’ dan azam yang kuat untuk Allah yang mereka sebut sebagai ‘Rabb’.

e) Tidak beriman pada Allah adalah sebesar-besar kezaliman.

Kedua, kaum mereka:

a) Penyembah patung dan ingkar pada Allah. b) Ingkar kepada matlamat hidup dan pegangan

mereka. c) Kaum ini perlu kepada dalil ‘naqli dan aqli’ yang kuat

untuk mencari kebenaran. d) Mereka cintakan kebendaan, menyembah patung

dan zalim.

Page 13: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

13

Gambaran di atas adalah di antara remaja yang beriman dengan kaum mereka yang kufur. Pasti hal ini tidak menemukan mereka. Remaja-remaja ini berada di tengah-tengah kekufuran kaum mereka yang zalim dan mereka mengisytihar keluar dari kekufuran dan beriman pada Allah. Mereka terpaksa menyembunyikan diri demi menjaga akidah dan berkesudahan di dalam gua sebagai tempat persembunyian mereka. Respon dari Allah atas tindakan mereka ialah mereka diberi perlindungan dan Rahmat terus dari Allah. (Rujukan Syed Qutub, Fi Zilalil Qur’an, Jilid 4, m/s

2261/62)

Ayat-ayat 17-18:

Dan engkau akan dapat gambarkan keadaan mereka, apabila matahari terbit, ianya akan cenderung ke kanan gua itu,

dan apabila matahari terbenam pula, ia akan meninggalkan mereka ke arah kiri;

sedang pada masa itu mereka semua berada dalam satu ruang yang lapang di dalam gua itu.

Semuanya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesiapa yang telah Allah berikan hidayahNya,

Page 14: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

14

maka orang itu akan berjaya mencapai kebahagiaan, dan sebaliknya sesiapa yang telah Allah sesatkan,

maka tidak sekali-kali akan ianya dapat mencari pembimbing yang boleh menunjukkan jalan kepadaNya. (17)

Mungkin juga engkau dapat jangkakan yang mereka itu dalam keadaan sedar!

Sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan tidur, dan Kami balik-balikkan badan mereka

ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri dalam tidur itu. Manakala anjing mereka pula

tidur dengan keadaan kedua-dua kaki hadapannya menghulur ke arah pintu gua.

Jika engkau melihat mereka dalam keadaan itu, tentulah engkau akan berpaling lari dari mereka

dan diselubungi perasaan takut dan gerun yang teramat sangat. (18)

Tafsiran:

Dan engkau akan dapat gambarkan keadaan mereka, apabila matahari terbit, ianya akan cenderung ke kanan gua itu,

dan apabila matahari terbenam pula, ia akan meninggalkan mereka ke arah kiri;

sedang pada masa itu mereka semua berada dalam satu ruang yang lapang di dalam gua itu.

Ayat ini menggambarkan posisi mereka sewaktu mereka tidur dalam gua itu. Kesemua mereka tidur dalam satu kawasan lapang dan posisi mereka dalam gua itu dijelaskan dari bayang cahaya naik dan turunnya matahari. Sewaktu matahari naik, cahayanya akan mengenai gua itu ke arah kanan, dan apabila matahari terbenam, maka cahayanya akan cenderung ke sebelah kiri.

Page 15: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

15

Mengapa dijelaskan begini? Ibnu Kathir berpendapat, Allah mahukan kita memahaminya sahaja dan tidak mahu kita mengetahui di mana Gua itu. Kerana mengetahui tempatnya tidak mempunyai apa-apa kepentingan syara’. Ismail Rusawi pula berpendapat, keadaan ini menggambarkan mereka tidak dibakar oleh panas matahari selama masa mereka tidur, khususnya sewaktu matahari naik. Ini bererti, mereka terselamat dari bakaran matahari, maka selamat dan sejahteralah tidur mereka.

Semuanya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah.

Sesiapa yang telah Allah berikan hidayahNya, maka orang itu akan berjaya mencapai kebahagiaan,

dan sebaliknya sesiapa yang telah Allah sesatkan, maka tidak sekali-kali akan ianya dapat mencari pembimbing

yang boleh menunjukkan jalan kepadaNya. (17)

Semuanya, iaitu tunjuk ajar kepada mereka untuk ke gua dan bersembunyi, takdir mereka berdoa, kedudukan tempat mereka tidur, pergerakan matahari, dan adanya ruang-ruang pemusingan udara agar badan-badan mereka boleh bertahan selamat beratus-ratus tahun lamanya itu, adalah petunjuk-petunjuk Allah yang menggambarkan kekuasaanNya. Yang beriman dengan Allah akan memperolehi hidayah dariNya untuk ceria dan bahagia di dunia dan Akhirat, tetapi yang ingkar dan menolak iman kepada Allah serta menjadi kufur, maka tiadalah hidayah bagi mereka. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah tidak akan menemui sama sekali pembimbing lain yang boleh membawa mereka ke arah kebahgiaan.

Page 16: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

16

Begitulah Allah membandingkan kumpulan remaja yang memperolehi hidayahNya berbanding dengan kaum mereka yang terus berada di dalam kekufuran itu. Orang yang sudah mendapat hidayah, tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya daripada mendapat kebahgiaan dunia dan Akhirat.

Ismail Rusawi, mentafsirkan bahawa mereka yang disesatkan itu adalah berpunca dari pilihan mereka untuk sesat dan mereka itu akan terus berada di dalam kesesatan, kerana sesungguhnya kesesatan dan keimanan tidak boleh bersekali dalam satu diri itu.

Mungkin juga engkau dapat jangkakan yang mereka itu dalam keadaan sedar!

Sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan tidur, dan Kami balik-balikkan badan mereka

ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri dalam tidur itu. Manakala anjing mereka pula

tidur dengan keadaan kedua-dua kaki hadapannya menghulur ke arah pintu gua.

Ayat ini menceritakan keunikan tidur mereka. Mereka tak nampak seperti tidur kerana mata mereka katanya terbuka, tetapi mereka sebenarnya tidur. Bagi menjaga pergerakan darah mereka, mereka dibalik-balikkan ke kanan dan ke kiri bagi memastikan badan dan daging mereka tidak dimakan dek tanah dalam proses tidur yang lama itu. Kata Abu Hurairah, Allah membalik-balik mereka dua kali dalam setahun.

Page 17: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

17

Jika engkau melihat mereka dalam keadaan itu, tentulah engkau akan berpaling lari dari mereka

dan diselubungi perasaan takut dan gerun yang teramat sangat. (18)

Ibnu Kathir mentafsirkan rasa takut dan melarikan diri dalam ayat ini lantaran apabila kita melihat keadaan mereka begitu, ianya menggambarkan satu KEHEBATAN

yang telah Allah kurniakan kepada mereka (المهابة)

hinggakan sesiapa saja yang melihat keadaan mereka akan terasa gerun yang amat sangat, semata-mata kerana tiada yang boleh mendekati mereka, apatah lagi untuk memegang agar mereka terjaga. Dan juga, untuk memastikan tercapainya kehendak Allah supaya mereka dapat ditidurkan sekian lama masanya. Inilah hikmah dari perasaan takut itu. Ismail Rusawi pula mentafsirkan, perasaan takut yang teramat sangat yang akan dialami oleh seseorang apabila melihat mereka itu, yang akan menyebabkan dia melarikan diri, adalah sebagai PENGHALANG kepada sesiapa yang lain yang ingin masuk ke dalam gua dan mensia-siakan kehendak Allah. Syed Qutub pula mentafsirkan ayat-ayat di atas sebagai gambaran yang ajaib yang dipersembahkan oleh Allah semata-mata. Setiap hati itu akan memberi tumpuan atas satu kisah Al-Qur’an ini kerana ianya adalah di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gambaran-gambaran bagaimana sang matahari dengan cahayanya yang tidak sedikit pun merosakkan badan yang tidur itu baik waktu ia naik mahupun waktu ia turun, badan yang terjaga di bawah

Page 18: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

18

keadaan hidup biasa dan hidayah yang Allah berikan kepada mereka yang mencari Allah dan beriman denganNya. Sesiapa yang tidak ambil peduli, maka ia menolak hidayah Allah dan mereka akan sesat dan kesesatan ini sebenarnya seolah-olah mereka itu disesatkan oleh Allah. Tiada hidayah lagi untuk mereka. Petunjuk kepada kita:

Fokus kita bukanlah pada cerita itu, tetapi pada apa-apa yang tersirat. Kita perlu mencari hidayah Allah, kerana tanpa hidayahNya kita akan sesat dan tiada lagi mendapat

petunjuk. Iman pada Allah adalah jawapannya. هللا أعلم.

Ayat-ayat 19-20:

Page 19: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

19

Dan begitulah keadaan mereka, sehingga Kami membangkitkan mereka semula dari tidur mereka,

semata-mata untuk mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang dari mereka bertanya:

“Dah berapa lama kita tidur ni?” Jawab seorang dari mereka:

“Mungkin kita dah tertidur seharian atau separuh hari!” Sebahagian besar dari mereka berkata:

“Allah sahaja yang tahu tentang berapa lama masanya kamu tertidur!

Sekarang utuskanlah salah seorang dari kamu, dengan membawa wang perak kamu itu ke bandar,

dan biarlah dia memilih apa-apa jua makanan yang ada, yang baik dan halal!

Dan biarlah dia membawa balik sedikit habuan daripadanya (untuk kita sama-sama makan);

dan hendaklah kamu bersifat lemah-lembut dan elakkanlah dari disedari oleh kaum itu,

tentang siapa kamu! (19)

Sesungguhnya, jika mereka mengetahui hal kamu dan kamu tertangkap, tentulah kamu akan direjam, dibunuh

atau dikembalikan kepada agama asal mereka secara paksa,

dan pada masa itu kamu akan terperangkap selama-lamanya!” (20) Tafsiran:

Dan begitulah keadaan mereka,

sehingga Kami membangkitkan mereka semula dari tidur mereka, semata-mata untuk mereka bertanya-tanya sesama sendiri.

Salah seorang dari mereka bertanya: “Dah berapa lama kita tidur ni?”

Jawab seorang dari mereka: “Mungkin kita dah tertidur seharian atau separuh hari!”

Page 20: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

20

Setelah mereka ditidurkan selama 309 tahun, mereka dibangkitkan semula dari tidur panjang itu, tanpa reput daging badan mereka, tanpa sakit-sakit atau tanpa kehilangan rambut mereka. Mereka dinyatakan sihat walafiat. Apabila mereka bertengkar kecil sesama mereka bertanyakan lama masa mereka tertidur itu, ia menggambarkan mereka tidak hilang keperibadian mereka sedikit pun. Mereka masih menggunakan lojik mereka, apabila menjawab baru SATU hari atau SETENGAH HARI, berdasarkan kemasukkan mereka pada awal pagi dan terbangun selepas petang hari ke dalam gua itu. Apa yang boleh kita pastikan ialah firman Allah dalam cerita ini yang membandingkan 309 tahun itu dengan sehari atau setengah hari saja, sangat menarik perhatian kita. Ini bererti, jika kita mati dan berada dalam barzakh selama beratus-ratus tahun dan jika kita ditidurkan berdasarkan amal soleh kita, maka kita dibangkitkan semula seolah-olah baru sehari atau setengah hari saja. Inilah kuasa Allah.

Sebahagian besar dari mereka berkata: “Allah sahaja yang tahu

tentang berapa lama masanya kamu tertidur! Sekarang utuskanlah salah seorang dari kamu,

dengan membawa wang perak kamu itu ke bandar,

Page 21: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

21

dan biarlah dia memilih apa-apa jua makanan yang ada, yang baik dan halal!

Dan biarlah dia membawa balik sedikit habuan daripadanya (untuk kita sama-sama makan);

dan hendaklah kamu bersifat lemah-lembut dan elakkanlah dari disedari oleh kaum itu,

tentang siapa kamu! (19)

Ayat di atas menunjukkan bahawa sebahagian besar di kalangan mereka sangsi dengan jawapan sehari atau setengah hari mereka tertidur itu. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa lama mereka sebenarnya ditidurkan. Jawapan itu menggambarkan betapa mereka menyerahkan persoalan ini kepada Allah. Inilah benteng iman mereka itu. Katanya nama remaja-remaja itu adalah seperti berikut (berdasarkan tempat mereka tidur):

- Kumpulan 3 orang di sebelah kanan ialah: Yamlikha, Maksyalina dan Masylina.

- dan kumpulan 3 sebelah kiri ialah: Marnushin, Dabarnushin dan Syazanushin.

- dan seorang pengembala bernama Kafasytotyushin.

- Nama anjing mereka ialah Qitmirin.

Pesanan yang diberi oleh Maksyalina kepada Yamlikha yang akan ke Bandar ialah:

“Ambillah duit perak itu untuk membeli makanan, dan pastikan makanan yang dibeli itu dari jenis halal-baik, dan pastikan ia berlembut dalam bergaul dengan penduduk kota itu, berselindung dari dikenali sebagai orang yang telah melarikan diri, dan kalau boleh sehingga tiada yang sedar mereka itu adalah orang yang pernah menyembunyikan diri dari raja”.

(Rujuk Tafsir Al-Bayan, oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi)

Page 22: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

22

Pesannya lagi:

“Sesungguhnya jika kamu diketahui mereka sebagai pelarian itu, maka mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan memaksa kamu balik semula kepada agama patung mereka itu, dan jika ini terjadi, maka kamu semua akan terperangkap selama-lamanya.”

Sambungan ayat di atas menyambung pesanan Maksyalina kepada Yamlikha yang membawa wang perak untuk membeli makanan di kota itu. Beliau meminta utusan itu menyamar sehingga tidak diketahui identitinya oleh penduduk kota itu dan berlembut dalam tutur katanya sewaktu berurusan. Jika utusan itu tertangkap, dan di ketahui identitinya maka padahnya ialah mereka akan direjam dengan zalimnya hingga terbunuh, atau mereka semua akan dipaksa berbalik kepada agama patung mereka itu. Jika ini terjadi, maka peluang mereka mempertahankan iman dan amal mereka akan tersekat selama-lamanya. Kata Syed Qutub, apa yang kita faham ialah penduduk negeri itu pada masa itu telah beriman pada Allah, dan mereka mempunyai ilmu tentang cerita penghuni gua yang terdiri dari sekumpulan remaja yang telah melarikan diri. Dengan penemuan salah seorang daripada mereka yang muncul dengan wang perak klasik itu untuk membeli makanan, bererti mereka sedar tentang perubahan yang ada dan yang sudah berlaku. Bahawa dunia telah bertukar rupa, yang klasik telah berlalu dan sekurang-kurangnya mereka YAKIN kuasa Allah boleh membangkitkan kita semula setelah dimatikan dan konsep hari Kiamat adalah benar.

Page 23: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

23

Begitulah halnya hujjah tentang kebangkitan semula, iaitu sesuatu yang tidak mustahil boleh terjadi, ianya akan terjadi dan hampir sekali. 309 tahun mungkin sebanding dengan sehari atau separuh hari saja. Ayat 21:

Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka ini kepada semua, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah

‘menghidupkan’ semula yang mati adalah BENAR, dan sesungguhnya Hari Kiamat itu

tidak syak lagi akan kemunculannya; pendedahan ini berlaku semasa kumpulan orang-orang

(penduduk negeri itu) sedang berbantahan sesama sendiri mengenai perkara manusia dibangkitkan semula selepas mati.

Setelah muncul peristiwa ini maka sebahagian dari mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua itu,

Allah sahajalah yang mengetahui akan ehwal mereka.” Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka

(iaitu pihak raja pemerintah negeri itu) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid

di sisi gua mereka ini.” (21) Tafsiran:

Dengan munculnya semua Ashabul Kahfi ini, mereka akan ditontoni dengan tujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai yang syak tentang kebangkitan semula dan

Page 24: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

24

hari Kiamat agar mereka berfikir semula tentang penentangan mereka terhadap kebangkitan semula dan hari Kiamat. Atau ada yang berkata bahawa, kebangkitan semula itu hanya berlaku dalam keadaan dibangkitkan roh sahaja dan tidak dengan dengan jasad. Dengan kemunculan Ashabul Kahfi ini, maka roh dan jasad bersekali akan dibangkitkan semula dan hari Kiamat adalah benar dan pasti terjadi.

Pekan yang dimaksudkan dalam ayat ini masih wujud, tetapi orangnya telah berubah dan tidak lagi dikenali mereka. Setelah berurusan membeli barang dengan wang perak klasik itu maka penjual itu mengesyaki beliau telah menemui harta karun. Hal ini telah disampaikan kepada raja dalam negeri itu dan berita ini telah membawa semua orang dalam negeri itu kepada kawan-kawannya di dalam gua. Setelah berbual dengan semua orang, kemunculan mereka itu seolah–olah memberitahu kepada semua yang kebangkitan semula dan Kiamat adalah benar dan berita ini telah tersebar luas. Ashabul Kahfi ini kemudiannya dimatikan semula oleh Allah.

Setelah mereka dimatikan semula, persoalannya apakah yang perlu diperlakukan kepada mereka, untuk mengenangkan peristiwa aneh ini. Di sini katanya, telah berlaku salah faham di antara yang mahu membina sesuatu di permukaan gua agar perkuburan mereka tidak dicerobohi dan dibiarkan terus berada dalam gua itu, manakala sekumpulan yang lain pula mahukan sebuah masjid dibina untuk menjadi tempat sembahyang kepada yang berugama Islam. (Rujukan Tafsir Al-Bayan)

Syed Qutub berkata bahawa petemuan ini membawa kita kepada hujjah bahawa manusia akan dibangkitkan semula dan Kiamat adalah benar. Oleh kerana ianya akan menjadi sejarah maka bagi mengingati peristiwa ini, sebuah mesjid perlu diadakan untuk mengingati mereka.

Page 25: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

25

Ayat 22:

Sebahagian dari ahlil Kitab akan berkata: “Bilangan penghuni gua itu terdiri dari TIGA orang saja

dan yang keempatnya ialah anjing mereka.”, sementara sesetengah mereka yang lain akan meneka dan berkata:

Bilangan mereka itu hanyalah LIMA orang sahaja dan yang keenamnya ialah anjing mereka.”

Semua tekaan mereka ini adalah ibarat ‘meraba-raba dalam gelap’ tentang sesuatu yang tidak mereka ketahui.

Sesetengah dari mereka (yang diberi petunjuk) akan berkata jumlah mereka adalah TUJUH orang

dan yang kedelapan ialah anjing mereka. Apa pun wahai Muhammad, katakanlah pada mereka:

“Hanya Allah, Tuhanku, yang Maha Mengetahui bilangan sebenarnya mereka itu, dan hanya sedikit sekali

orang yang benar-benar tahu bilangan mereka itu.” Oleh itu janganlah engkau, (wahai Muhammad)

berbahas dengan sesiapa pun mengenai ‘penghuni gua’ ini melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata,

dengan panduan Al-Qur’an. Janganlah engkau (wahai Muhammad) meminta penjelasan mengenai hal-hal ‘penghuni gua ini’ dari mana-mana orang

dalam kumpulan yang membincangkannya. (22)

Page 26: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

26

Tafsiran:

Orang-orang Yahudi akan meneka yang bilangan penghuni gua itu berjumlah 3 orang semuanya

dan yang keempat ialah anjing mereka.

Orang-orang Nasrani pula berpendapat bilangan penghuni gua itu berjumlah 5 orang semuanya

dan yang keenamnya ialah anjing mereka. Orang Yahudi dan Nasrani yang meneka-neka inilah yang dikatakan Allah sebagai meraba-raba dalam gelap, kerana sebenarnya mereka tidak ada ilmu tentangnya. Tekaan bilangan 5 orang jumlah penghuni gua ini juga disangkal Allah sebagai tidak benar dan tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Golongan yang membesarkan isu jumlah penghuni gua ini sebenarnya membangkitkan isu yang tidak berfaedah langsung yang hanya ‘membuka pekung di dada’ mereka sendiri, sebagai orang-orang yang tiada berilmu dan meraba-raba di dalam gelap.

Dan berkata pula sekumpulan yang lain (mungkin dari golongan yang diberi ilmu oleh Allah),

Yang jumlah penghuni gua itu adalah 7 orang semuanya dan yang kelapannya ialah anjing mereka.

Ayat di atas ini seolah-olah menggambarkan jumlah sebenarnya penghuni gua itu. Mungkin kumpulan ini adalah kecil jumlahnya dan mendapat ilmu dari Allah.

Page 27: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

27

Wahai Muhammad, katakanlah pada mereka:

“Allah, Tuhanku sahaja yang lebih mengetahui tentang bilangan sebenar mereka,

dan hanya sedikit sekali orang-orang yang tahu bilangan sebenarnya mereka.”

Ayat ini menjelaskan agar kita jangan bergantung kepada pendapat-pendapat, tetapi kepada kebenaran. Yang perlu kita rujukkan benda yang ghaib begini ialah kepada Allah sahaja kerana Dia lebih mengetahuinya. Atau yang mengetahuinya juga adalah daripada orang-orang yang diberitahu oleh Allah dan jumlahnya kecil sahaja. Dalam kata lain, serahlah isu bilangan ini kepada Allah.

Oleh itu wahai Muhammad, tak payahlah engkau berbahas mengenai bilangan itu dengan mereka,

KECUALI dengan perbahasan yang sederhana dan nyata, iaitu melalui Al-Qur’an dan wahyu Allah.

Dan jangan juga engkau meminta fatwa dari mereka tentang penghuni itu,

kerana mereka itu adalah orang-orang yang tidak berilmu. (22) Inilah prinsip Islam yang tidak mahu kita membuang masa berbahas tentang sesuatu yang tidak pasti kerana ianya tidak memberi apa-apa faedah, apa lagi kalau kita hendak meminta fatwa tentang sesuatu yang tidak pasti pada mereka yang tiada ilmu itu. Ini hanya membuang masa maka rujuklah kepada Al-Qur’an dan Allah sahaja.

Page 28: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

28

Pengajaran yang penting dari ayat ke 22 di atas ialah kita tidak perlu membuang masa membincangkan sesuatu isu yang tiada berkesudahan tanpa ilmu Allah. Rujukan pada Allah dalam sesuatu isu yang ghaib itu adalah lebih baik dari berbohong tanpa ilmu atau meraba-raba dalam gelap. Asasnya ialah Allah dan Al-Qur’an. Ayat-ayat 23-24:

Wahai Muhammad,

janganlah Engkau berkata tentang sesuatu (yang hendak dikerjakan itu) dengan perkataan begini:

“Bahawa aku pasti akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.” (23)

Melainkan engkau lapikkan kata-katamu itu dengan perkataan ‘INSYAALLAH’.

Dan ingat serta sebutlah akan Tuhanmu itu jika engkau lupa

dan selalulah berkata dengan perkataan: “MUDAH-MUDAHAN, Allah Tuhanku itu akan memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan terang dari ini.” (24) Tafsiran:

Dan jangan sekali-kali engkau wahai Muhammad,

mendahulukan jawapan bagi sesuatu yang hendak engkau kerjakan itu dengan berkata:

“Aku pasti lakukan perkara itu esok nanti!”

Page 29: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

29

Ayat ini lebih kepada mengajar kita bagaimana kita harus menjawab kepada sesuatu yang melibatkan masa depan. Misalnya, apabila kita disoal tentang sesuatu, maka kita terlalu yakin yang kita boleh lakukannya esok TANPA menyandarkan kata-kata kita pada ‘kehendak Allah’. Pengertian ayat:

Dan jangan sekali-kali engkau wahai Muhammad, mendahulukan jawapan bagi sesuatu

yang hendak engkau kerjakan itu dengan berkata: “Aku pasti lakukan perkara itu esok nanti!”

bermakna kita perlulah melapikkan kata-kata kita itu dengan perkataan:

“InsyaAllah, mudah-mudahan direstui Allah.” Ayat ini diturunkan apabila orang-orang Yahudi yang menyuruh orang Quraisy menyoal Rasulullah tentang Penghuni Gua (Ashabul Kahfi) dan Zulqarnain. Rasulullah terus menjawab tanpa melapikkan kata-kata beliau dengan InsyaAllah dan berkata:

“Aku akan beri penjelasan pada kamu semua besok hari!” Malangnya wahyu ke atas Rasulullah terhenti hampir 15 hari dan ini telah menyusahkan Rasulullah untuk menunaikan janjinya itu kepada orang-orang Quraisy. Kelewatan ini telah mengajar Rasulullah agar di masa hadapan melapikkan kata-kata beliau dengan ‘InsyaAllah’. Konsep ‘InsyaAllah’ menyatakan bahawa ikhtiar seseorang itu hendaklah sentiasa digandingkan dengan kehendak Allah untuk kejayaannya kerana semua perbuatan hamba Allah diasaskan kepada kehendak dan taufik Allah.

Page 30: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

30

Firman Allah dari surah Al-Insaan, Ayat 30:

Dan apa saja yang kamu mahu lakukan, hanya akan terjadi

jika digandingkan dengan kehendak Allah. Implikasi kepada kita untuk ajaran ini ialah:

Dalam semua pekerjaan kita yang melibatkan perancangan masa hadapan, hendaklah kita gandingkan usaha kita itu dengan keyakinan wujudnya ‘kehendak Allah’ atas usaha itu.

Ini boleh dilakukan dengan menyebut ‘InsyaAllah’. Kita dapat belajar dari peristiwa Nabi Sulaiman as seperti tercatit dalam Hadith Sahih dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah yang bersabda, mafhumnya:

Suatu hari Sulaiman bin Daud as berkata:

“Akan aku setubuhi 70 isteri-isteriku dan aku harap tiap-tiap mereka akan melahirkan anak lelaki, yang akan aku ajarkan berperang, dan yang akan berperang di jalan Allah!”

Jawab Malaikat kepada beliau:

“Ucapkanlah wahai Sulaiman perkataan ‘InsyaAllah!’” Dan Nabi Sulaiman tidak mengucapkan perkataan itu dan setelah beliau meniduri semua isteri-isterinya itu, seorang pun tidak melahirkan anak lelaki seperti yang diharapkan kecuali seorang isterinya yang melahirkan anak yang separuh lelaki. (Ibnu Kahtir, m/s 80, Juz 3)

Page 31: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

31

Bagaimana kalau kita lupa menyebutkan perkataan itu? Allah mengesyorkan kepada Rasulullah dengan firman berikut:

Jika kamu lupa menyatakan InsyaAllah tersebut maka sebutlah nama Rabb, Tuhanmu,

dan ucapkanlah perkataan begini: “Mudah-mudahan Allah, Tuhanku ini akan membimbing aku

ke arah PETUNJUK yang mendekatkan aku denganNya dan ke arah jalan yang lebih terang.”

Ayat di atas ini sekali lagi meminta kita mengulangi perkataan ‘InsyaAllah’ sebagai gandingan atas kerja-kerja yang hendak kita lakukan, untuk kita lebih mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Dan supaya dengan ucapan serta ingatan kita kepadaNya itu, kita akan ditaufiqkan dengan kejayaan dan kepada sesuatu yang boleh mendekatkan diri kita kepada hidayahNya. Perkataan ‘InsyaAllah’ yang kita sebutkan itu dan ingatan kita kepada Allah melalui ikhtiar kita dalam kehidupan seharian, yang kita gandingkan dengan TAUFIQ dariNya itu akan:

- mendorong kita ke arah iman dan amal.

- seharusnya membawa kita menuju kepada sesuatu yang lebih baik dan yang lebih jelas, dan

- menjadi petunjuk dalam hidup ini.

Dua ayat di atas menggambarkan bagaimana Allah mendidik Rasulullah saw untuk lebih berwibawa dalam memimpin umatnya ke arah iman dan amal yang bertunjangkan taqwa dan ikhtiar.

Page 32: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

32

Ayat-ayat 25-26:

Dan mereka (Ashabul Kahfi) terus ditidurkan dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (mengikut tahun Syamsiah) dan ditambah sembilan tahun lagi (iaitu 309 tahun),

(jika dikira mengikut tahun Qamariah). (25)

Beritahu mereka (wahai Muhammad): “Allah sahajalah yang mengetahui

tentang jangkamasa mereka ditidurkan itu, kerana hanya Dia (Allah) memiliki ilmu

segala rahsia di langit dan di bumi; terang sekali penglihatan dan pendengaranNya. Hanya Dia yang mengurus di bumi dan di langit,

dan sekaligus tiada sesiapa pun yang turut campur dalam urustadbirNya”. (26)

Tafsiran:

Dan mereka (Ashabul Kahfi) terus ditidurkan dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (mengikut tahun Syamsiah) dan ditambah sembilan tahun lagi (iaitu 309 tahun),

(jika dikira mengikut tahun Qamariah). (25)

Page 33: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

33

Ayat ini ialah penjelasan Allah tentang lamanya masa kumpulan 7 orang Ashabul Kahfi ini ditidur-hidupkan dalam gua tempat persembunyian mereka. Lamanya mengikut tahun berdasarkan pusingan matahari (Syamsiah) ialah 300 tahun, atau 309 tahun mengikut perkiraan berdasarkan bulan (Qamariah). Inilah kenyataan yang tepat yang dijawab oleh Allah kepada Rasulullah. Ini bererti: Jika engkau ditanya oleh mereka, wahai Muhammad, dan pastinya engkau tidak tahu jawapannya, maka jangan sekali-kali mendahului Allah, tetapi katakan pada mereka dengan perkataan berikut:

Katakanlah: “HANYA Allah yang tahu

tentang lama masa mereka tidur di dalam Gua itu, kerana HANYA Allah sahaja yang tahu

sesuatu yang ghaib, samada di langit atau di bumi.”

Begitu hebat sekali penglihatan Allah

tentang sesuatu yang wujud itu dan juga betapa hebatnya pendengarannya atas segala sesuatu.

Ayat ini menggambarkan betapa hanya Allah sahaja yang punyai kehebatan melihat sesuatu yang ghaib dan mendengar setiap sesuatu yang berlaku, walaupun ianya telah berlalu sejak 300-309 tahun lalu.

Sesungguhnya, tidak ada di kalangan penghuni bumi dan langit selain dari Allah, yang dapat mentadbir semua urusan mereka

dan membantu kepentingan mereka, dan Allah tidak menjadikan selain dariNya

yang boleh berkongsi kuasa dalam melaksanakan Qada’Nya.

Page 34: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

34

Ayat di atas adalah kemuncak cerita Ashabul Kahfi, dan ianya sangat ‘mengejutkan’ kerana:

a) Lamanya masa mereka ditidurkan dalam gua itu adalah di luar kemampuan manusia biasa, iaitu selama 300-309 tahun lamanya.

b) Tidak ada makhluk Allah yang mengetahui jangkamasa ini kecuali Allah. Sebarang jawapan selain dari yang ditunjukkan oleh Allah adalah tidak tepat.

c) Dakwaan pada masa kini yang mereka tahu di mana gua tersebut juga adalah tekaan dan khayalan manusia sahaja. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Ayat-ayat 27-28:

Dan bacalah serta amalkanlah apa yang telah diwahyukan ke atas kamu, wahai Muhammad,

dari kitab Tuhanmu (Al-Qur’an); (kerana) tiada sesiapa pun

yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya; dan (kerana dari bacaan, penghayatan

serta pegangan kamu dengan Al-Qur’an itu)

Page 35: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

35

engkau, wahai Muhammad, tidak akan sekali-kali mempunyai tempat perlindungan mutlak

selain berlindung denganNya. (27)

Dan jadikanlah dirimu, wahai Muhammad, senantiasa berdamping rapat dengan mereka-mereka

yang kuat beribadah kepada Allah, Tuhan mereka, di waktu-waktu pagi dan petang,

mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah sekali-kali memalingkan matamu dari mereka hanya kerana engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini;

dan janganlah sekali-kali engkau patuhi orang-orang yang Kami tahu hati-hati mereka itu lalai

dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, yang sering mengikut telunjuk hawa nafsu mereka

dan tingkah laku mereka pula melampaui kebenaran. (28) Tafsiran:

Ayat 28 di atas diturunkan atas sebab ketua-ketua Quraisy yang datang menziarahi Rasulullah meminta supaya Rasulullah menghalau keluar semua sahabat-sahabatnya seperti Bilal, Syu’aib, Ammar, Khubab dan Ibnu Mas’uud ra dari majlis pertemuan mereka jika ia mahukan semua ketua-ketua Quraisy ini memeluk Islam, atau mengadakan majlis tanpa sahabat-sahabat ini kerana ditakuti menyentuh kewibawaan ketua-ketua Quraisy. (Syed Qutub, Fi Zilalil

Qur’an, Jilid 4, m/s 2268)

Bacalah dan beramal lah mengikut wahyu kepada Mu, (wahai Muhammad), dari Al-Qur’an, Kitab Tuhanmu itu.

Allah menyuruh Rasulullah membaca Al-Qur’an, untuk menghampirkan dirinya pada Allah (taqarrub) di samping beramal dengan apa-apa ajaran yang diwajibkan di dalamnya serta memperdalamkan ilmunya dengan cara mengorek rahsia-rahsia yang terdapat pada ayat-ayatnya.

Page 36: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

36

Dalam kata lain, Allah mahukan Rasulullah supaya jangan sama sekali mendengar perkataan-perkataan mereka yang kufur yang mahukan sebuah kitab selain dari Al-Qur’an atau sesatu yang boleh ditukargantikan dengan ajaran Jahiliah yang lain.

Mengapa kita perlu kepada bacaan Kitab Al-Qur’an? Di antaranya ialah:

1) Mewujudkan kepimpinan yang berilmu dengan ajaran Allah.

2) Al-Qur’an tidak sekali-kali boleh menerima perubahan dan tidak ada sebarang kuasa yang boleh menukar ayat-ayatnya, kecuali hanya oleh Allah sahaja. Ini bersesuaian dengan firman Allah:

Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Al-Qur’an itu dan Kami jualah yang menjaganya. (Al-Hijr, Ayat 9)

3) Al-Qur’an menganjurkan kita untuk bergantung pada Allah secara mutlak. Ibnu Jarir merakamkan sebuah hadith mafhumnya:

Jika engkau, wahai Muhammad, tidak membaca Al-Qur’an, maka sesungguhnya engkau tidak bergantung pada Allah.

(Ibnu Kathir, juz 3)

dan firman Allah:

Page 37: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

37

Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah kami turunkan

kepada Engkau dari Tuhanmu, Rabb, dan jika engkau tidak menyampaikannya,

maka engkau telah gagal melaksanakan risalahmu, Allah jualah yang akan menjagamu dari sebarang kejahatan manusia.

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Maidah ayat 67).

Kedua-dua sebab di atas ini dicatitkan dalam ayat berikut:

Tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya; Dan engkau, wahai Muhammad, tidak akan sekali-kali

mempunyai tempat perlindungan mutlak selain berlindung denganNya. (27)

Nasihat utama Allah kepada Muhammad sebagai pemimpin ialah supaya berpegang kepada Al-Qur’an dengan meneliti ayat-ayat serta rahsia-rahsianya, untuk menentukan ‘halatuju’ kepimpinannya. Pergantungan kepada Al-Qur’an adalah berbaloi kerana Al-Qur’an tidak berubah, tidak boleh diubah kandungan dan ayat-ayatnya selama-lamanya, dan Al-Qur’an menganjurkan kita supaya berlindung dengan Allah apabila kita menghadapi tekanan-tekanan dalam perjalanan kepimpinan kita. Inilah nilai kepimpinan yang dikehendaki Allah pada Rasulnya, Muhammad saw.

Page 38: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

38

Dan jadikanlah dirimu, wahai Muhammad, senantiasa berdamping rapat dengan mereka-mereka

yang kuat beribadah kepada Allah, Tuhan mereka, di waktu-waktu pagi dan petang,

mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah sekali-kali memalingkan matamu dari mereka hanya kerana engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini; Ayat ini menjawab persoalan siapakah kawan-kawan seperjuangan kita dalam kepimpinan kita. Allah menasihatkan Rasulullah supaya bersabar dalam berugama bersesama rakan-rakan, kuat berdoa pagi dan petang serta memohon keredhaan Allah ke atas mereka. Orang-orang inilah kawan-kawan kita dan kita harus bersabar bersama-sama mereka. Jangan rasa rendah diri ketika bersesama mereka disebabkan doa-doa dan hati-hati mereka yang sentiasa bertaut dengan Allah. Inilah contoh rakan-rakan yang ikhlas dalam persahabatan mereka. Jangan kita rasa rendah diri dan kita singkirkan mereka apabila berhadapan dengan orang-orang kenamaan yang memandang leceh pada mereka, demi untuk mengambil hati orang kenamaan itu, atau atas sesuatu kepentingan tertentu.

Dan janganlah sekali-kali engkau patuhi orang-orang yang Kami tahu hati-hati mereka itu lalai

dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, yang sering mengikut telunjuk hawa nafsu mereka

dan tingkah laku mereka pula melampaui kebenaran. (28) Proses kepimpinan bukan hanya setakat memimpin, tetapi kita tidak boleh patuh kepada mereka yang lalai hatinya dari mengingati Allah, yang hidup bermotifkan nafsu syahwat dan tingkah laku yang melampaui batas-batas syariat.

Page 39: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

39

Inilah ciri-ciri orang-orang yang TIDAK HARUS ADA di sekeliling kita dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Syed Qutub pula mentafsir ayat di atas dengan berkata:

“Bahawa Islam telah menyamakan semua ketua-ketua manusia di hadapan Allah, tiada beza di antara mereka, samada yang banyak wang, dari keluarga yang terkenal atau berpangkat tinggi. Yang membezakan mereka ialah ketaqwaan mereka kepada Allah. Kayu pengukur ini digunakan oleh Islam dalam mengukur nilai dakwah mereka, selain dari hawa nafsu dan kebatilan. Seterusnya, mereka yang lalai disifatkan sebagai orang-orang yang menumpukan halatuju mereka kepada kepentingan diri, harta, anak-anak, kekayaan, keselesaan dan kehendak yang tidak terbatas. Hati yang tertumpu kepada perkara-perkara ini akan menyebabkan kurangnya kita mengingati Allah dan menjadikan kita lalai.”

(Syed Qutub, Fi Zilalil Qur’an, Jilid 4, m/s 2268)

Ayat 29:

Dan katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): “KEBENARAN (Al-Haqq) itu datangnya dari Allah, Tuhan kamu,

maka sesiapa yang mahu beriman denganNya, berimanlah! Dan sesiapa yang mahu terus kufur dan ingkar denganNya,

biarlah dia ingkar dan kufur!”.

Page 40: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

40

Kerana Kami telah menyediakan bagi mereka yang zalim ini dengan api Neraka,

yang akan menyelimuti mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga,

mereka akan dihulurkan dengan air seperti tembaga cair, yang pasti akan membakar muka mereka; sungguh buruknya minuman sedemikian;

dan lebih buruk lagi Neraka itu sebagai tempat mereka berpulang. (29)

Tafsiran: Allah mengarahkan Muhammad saw dengan perkataan:

“Wahai Muhammad! Beritahu pada semua umat manusia, bahawa apa yang engkau bawa ini, iaitu Al-Qur’an dan Syariat, adalah sesuatu yang ‘tersangat benar’ (Al-Haqq). Satu ajaran yang unggul yang tidak patut dipertikai atau disyakkan tentang kebenarannya.”

Selaras dengan itu Allah mencadangkan pilihan pada mereka:

“Sesiapa yang mempercayai kebenaran itu dan yakin dengannya maka hendaklah mereka beriman dengannya; dan sesiapa yang tidak yakin, tak mahu yakin, rasa syak, dan ingkar dan masih suka pada kekufuran maka tak usahlah beriman dengannya.”

Pilihan ada ditangan mereka! Walaupun ada kebebasan memilih tersebut, Allah memberi amaran keras kepada yang terus ingkar dan yang memilih kekufuran dengan cadangannya: “Kami telah menyediakan api Neraka bagi orang-orang yang telah menzalimi diri mereka itu dengan kekufuran mereka. Api yang melitupi mereka itu seperti litupan sebuah khemah pada penghuninya; ianya terlalu panas.

Page 41: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

41

Dan sekiranya mereka terlalu dahaga dan meminta tolong diberikan air, air yang ada hanya air panas yang menggelegak seperti tembaga cair, yang pasti membakar mulut dan muka mereka apabila diminum.”

Atau air itu adalah dari lelehan air-air bisa dan nanah yang berbau busuk, yang terjadi akibat bakaran daging-daging manusia di dalam Neraka itu. Itulah seburuk-buruk minuman yang disediakan bagi orang yang memilih untuk terus kufur dan ingkar pada Allah. Mungkin amaran azab ini sebagai panduan pilihan kepada manusia semua. Syed Qutub pula menjelaskan jika Al-Haqq itu merupakan kebenaran dari Allah, ianya unggul dan mewakili Syariat Allah dan budaya hidup beriman, tidak menyeleweng dan tiada bengkang-bengkok tetapi kuat berwawasan, jelas dan teratur, sememangnya menjadi pilihan kita. Mahukan IMAN dan menerima Allah ATAU mengingkari Allah dan terus hidup dalam kekufuran? Inilah pilihan yang ada. Jika kita memilih kekufuran dan keingkaran, bagaimana kita hendak menghadapi mahkamah Allah di Akhirat nanti? Seandainya kekufuran menjadi pilihan, maka kita tidak perlu lagi pada akidah dan panduan Al-Qur’an! Pilihan ada di tangan anda! Anda yang menentukan Syurga atau Neraka anda! Akidah adalah milik Allah dan tidak memberi kesan apa-apa pada Allah jika mereka tidak memilih Allah. Akidah yang Al-Haqq itu mungkin pilihan kepada jiwa yang mahukan iman dengan Allah, mendekati Allah siang dan malam, ikhlas dalam amalan mereka kepada Islam dan kepada muslimin. (Syed Qutub, Juz 4, m/s 2269)

Yang memilih akidah dan iman dari Al-Haqq ini ialah mereka yang beriman dengan Allah. Yang beriman itu hendaklah menjauhkan diri dari kezaliman, dari maksiat yang berterusan, selalu beristigfar, melahirkan rasa kesal

Page 42: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

42

dan sentiasa memperkuatkan tauhidnya kepada Allah melalui zikrullah. Jika tidak, kita bakal merasai panas Neraka Allah, yang dahaga hanya boleh dihilangkan dengan cecair dari air bisa dan nanah yang terjadi dari bakaran daging-daging manusia. Itu saja yang ada dan itulah tempat yang paling buruk yang bakal dihuni oleh manusia yang zalim kufur. Sebuah Hadith yang diriwayatkan dari Yazid Ar-Riqasyi, yang berkata, mafhumnya:

Pada satu hari muncul Jibril as dihadapan Rasulullah dan mukanya ‘kecut dan berubah’.

Tanya Rasulullah padanya mengapa beliau datang dengan keadaan muka tersebut.

Jawab Jibril: “Aku datang kepadamu ini ketika Allah memerintahkan aku supaya menyalakan api Neraka!”

Kata Rasulullah lagi: “Cuba kamu terangkan bagaimana Neraka itu?”

Jawab Jibril: “Ianya mempunyai tujuh lapisan dan salah satu lapisan yang terbaik terdapat ribuan bukit-bukit api, dan setiap satunya mempunyai beribu-ribu wadi atau saliran dari api. Terdapat berbagai-bagai azab, agar Allah melindungi kita semua darinya.”

(Begitulah yang dijelaskan dalam Kitab Misykatil Anwar oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi, Juzuk 5, m/s 242).

Page 43: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

43

Ayat 30-31:

Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh pula, sudah pastinya Kami tidak akan mensia-siakan pahala

orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30)

Mereka itu disediakan Syurga yang kekal, yang mengalir di dalamnya beberapa anak-anak sungai; mereka dihias di dalamnya dengan gelang-gelang emas,

dan memakai pakaian berwarna hijau dari sutera yang bersulam emas dan perak;

mereka berehat di dalamnya sambil berbaring di atas pelamin-pelamin yang berhias.

Yang demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan Syurga adalah tempat berehat yang semolek-moleknya. (31)

Tafsiran:

Orang-orang yang memilih untuk beriman, yang melengkapkan diri dengan amalan hati dan fizikal, yang sentiasa beramal untuk mendekatkan diri dengan Allah, akan diberikan ganjaran pahala dan segala amalan mereka itu diambil kira dan tidak akan disia-siakan oleh Allah; iaitu semua amalan mereka itu akan dibayar ‘upah’.

Page 44: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

44

Sewajarnyalah upah dibayar dari amalan-amalan yang dikerjakan itu. Dan sewajarnyalah amalan-amalan itu meningkatkan darjatnya serta meninggikan kemuliaan dan mertabatnya disisi Allah. Sebuah Hadith Qudsi berbunyi:

Masuklah kalian semua ke dalam Syurga dengan restu Ku, dan berbahagialah dengan upah-upah Ku

di atas semua amalan-amalan baik kamu itu. Dalam hadith ini, Rasulullah menjelaskan bahawa terdapat dua kelasifikasi, iaitu orang yang beriman dengan Allah dan orang yang menambahkan kualiti imannya itu dengan ‘amal-amal soleh’. Beriman maksudnya mempercayai Allah sebagai Tuhan Penciptanya, dan berucap dengannya dengan ‘tasdiq’ hatinya (kepercayaan yang jitu) bahawa Allah itu Maha Esa, hanya Dia saja yang disembah. Lantas dengan itu dia meninggalkan apa yang ditegah Allah dan melakukan apa yang diwajibkan ke atasnya oleh Syariat. Beramal soleh pula melakukan amalan tambahan yang mendatangkan ‘value-added’ (nilai tambah) kepada iman tersebut dan sekecil-kecil amal soleh ialah membuangkan duri di jalanan. Amal soleh lebih ditekankan kepada berbuat sesuatu yang baik untuk kepentingan orang lain, iaitu dalam siri-siri hubungan antara manusia dengan Allah Tuhannya, sesama manusia dan dengan dirinya. Dalam hubungan sesama manusia di alam maya ini, beramal soleh adalah dengan senantiasa memikirkan pembaikan kepada perjalanan hidup manusia, supaya mendapat keredhaan Allah di dunia dan Akhirat. Contoh yang terdekat ialah segala amal soleh yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah, iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Omar ibnu Khattab, Sayyidina Othman ibni Affan dan Sayyidina Ali ibnu Abi Tolib ra.

Page 45: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

45

Di samping iman mereka pada Allah yang kental, melakukan apa yang diwajibkan atas mereka dan meninggalkan apa yang ditegah, mereka adalah pejuang bersesama Rasulullah yang mengorbankan harta, tenaga, masa dan berbuat soleh membangunkan ugama Allah, sehingga ke hari ini Islam berkembang pesat atas kesan amal soleh mereka itu. Disebabkan amal soleh tersebut, Rasulullah pernah berkata dalam sebuah Hadith, mafhumnya seperti berikut:

Diriwayat dari Al-Barra’ bin Azib ra, yang berkata:

Telah datang pada Rasulullah seorang Badwi, dan pada masa itu Rasulullah mengerjakan Haj bersesama semua 4 sahabatnya itu, dan sedang berada di atas tunggangannya. Kata Badwi itu pada beliau:

“Perjelaskanlah kepadaku tentang ayat ini:”

Jawab Rasulullah, mafhumnya:

“Wahai sahabat, mereka itu tidak jauh dari kamu dan kamu tidak jauh dari mereka. Mereka itu ialah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali ra yang sedang wukuf bersesamaku ini. Beritahulah kepada semua orang bahawa ayat ini diturunkan menjelaskan amalan EMPAT orang ini”

(Imam Suhaili menerangkan dalam Kitabnya Attarif wal I’klam, m/s 243; Juzuk 5, Tafsirul Bayan oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi).

Page 46: Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang ...tafsirmelayu.com/pdf/Kahfi/Ayat 9-31.pdf · tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi ... (dengan Tauhid dalam

46

Di antara penyaksian hari Kiamat melalui Al-Qur’an bagi orang yang beriman dan bermal soleh ialah:

a) Ditempatkan dalam Jannah Adnin untuk selama-lamanya.

b) Kawasan penempatan ini disediakan larian anak sungai yang mengalir dan membahagiakan mata.

c) Kawasan penempatan disediakan dengan penuh kemewahan, iaitu dengan adanya tempat rehat untuk mereka berteleku yang dihiasi dengan sutera.

d) Adanya nikmat-nikmat lain yang diberi sebagai upah atas amal soleh tersebut.

e) Tempat berpulang yang terbaik.

f) Allah berjanji bahawa setiap amal soleh itu tidak akan disia-siakan.

Suasana begini digambarkan bagi mendekatkan minda kita

kepada nikmat-nikmat pemberian Allah pada hari Kiamat

tersebut. Secara khususnya, Allah Maha Mengetahui dan

kita hanya diperdengarkan mengenainya melalui ayat-ayat

Al-Qur’an di atas. Dalam kata lain, pilihlah beriman kepada

Allah. Lakukanlah amal soleh bagai seorang wira yang aktif

memperbaiki hidup di atas muka bumi ini, bersesama

dengan orang-orang beriman yang lain untuk menegakkan

ugama Allah dan iman. Beristiqomahlah dengan zikrullah,

perkuatkanlah semua amalan baik agar Islam berkembang,

berterusan dan dijiwai oleh manusia dalam menuju

kebahgiaan di dunia dan Akhirat.