kisah 3 orang nabi dalam surah yaasiin

2
Kisah 3 orang Nabi dalam Surah Yaasiin Di dalam Surah Yaasiin ayat 13-19, Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud; "Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka. (Yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu.' Mereka menjawab: 'Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.' Mereka berkata: 'Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.' Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya kamu jika tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami.' Utusan-utusan itu berkata: 'Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas." Dalam ayat ini, Allah S.W.T. telah berfirman perihal 3 orang rasul yang telah diutuskan kepada suatu kaum yang telah kufur kepada Allah S.W.T. Ketiga-tiga orang rasul ini tidak dinyatakan nama mereka di dalam Al Quran. Terdapat juga yang mengatakan kisah ini berlaku di sebuah kota yang bernama Tarsus yang sekarang ini berada di dalam negara Turki. Namun tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Kathir menolak pandangan terbabit. Ketiga-tiga orang rasul ini telah diutuskan kepada kaum ini bagi mengajak mereka beriman kepada Allah. Namun, mereka tetap ingkar dan mereka juga mengancam para rasul ini untuk mengapa-apakan mereka sekiranya mereka tidak berhenti berdakwah. Para rasul ini telah menolak ancaman mereka dengan mengatakan bahawa musibah yang dihadapi oleh mereka adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. Kemudian datang seorang lelaki dari hujung kota menyeru kepada kaumnya untuk menurut perintah ketiga-tiga orang rasul utusan Allah ini. Sebaliknya, beliau telah dibunuh oleh kaumnya sehingga syahid. Hanya lelaki ini sahaja yang beriman kepada Allah dan para rasul tersebut. Mengikut pendapat ulama', lelaki ini bernama Habib An Najjar. Menurut kisah, beliau menghidap penyakit kusta sehingga

Upload: tikno-grs

Post on 27-Jul-2015

21 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah 3 orang nabi dalam surah yaasiin

Kisah 3 orang Nabi dalam Surah Yaasiin

Di dalam Surah Yaasiin ayat 13-19, Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud; "Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka. (Yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu.' Mereka menjawab: 'Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.' Mereka berkata: 'Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.' Mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya kamu jika tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami.' Utusan-utusan itu berkata: 'Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas." Dalam ayat ini, Allah S.W.T. telah berfirman perihal 3 orang rasul yang telah diutuskan kepada suatu kaum yang telah kufur kepada Allah S.W.T. Ketiga-tiga orang rasul ini tidak dinyatakan nama mereka di dalam Al Quran. Terdapat juga yang mengatakan kisah ini berlaku di sebuah kota yang bernama Tarsus yang sekarang ini berada di dalam negara Turki. Namun tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Kathir menolak pandangan terbabit. Ketiga-tiga orang rasul ini telah diutuskan kepada kaum ini bagi mengajak mereka beriman kepada Allah. Namun, mereka tetap ingkar dan mereka juga mengancam para rasul ini untuk mengapa-apakan mereka sekiranya mereka tidak berhenti berdakwah. Para rasul ini telah menolak ancaman mereka dengan mengatakan bahawa musibah yang dihadapi oleh mereka adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. Kemudian datang seorang lelaki dari hujung kota menyeru kepada kaumnya untuk menurut perintah ketiga-tiga orang rasul utusan Allah ini.

Sebaliknya, beliau telah dibunuh oleh kaumnya sehingga syahid. Hanya lelaki ini sahaja yang beriman kepada Allah dan para rasul tersebut. Mengikut pendapat ulama', lelaki ini bernama Habib An Najjar. Menurut kisah, beliau menghidap penyakit kusta sehingga beliau terasing daripada masyarakat lain. Apabila beliau mendapat tahu mengenai kedatangan para rasul itu, beliau telah berlari dari rumahnya untuk ke kota tersebut bagi mengingatkan kaumnya untuk beriman kepada Allah dan para rasul tersebut. Malangnya, beliau telah dipukul dan mengikut riwayat, leher beliau telah dipijak sehingga beliau syahid. Kisah lelaki ini terdapat pada ayat 20-25 surah Yaasiin yang bermaksud; "Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki (Habib an-Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata: 'Hai kaumku, ikutilah utusan- utusan itu, ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) ahan dikembalikan? Mengapa

Page 2: Kisah 3 orang nabi dalam surah yaasiin

aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikit pun bagi diriku dan mereka tidah (pula) dapat menyelamatkanku? Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku." Lalu beliau telah dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah S.W.T sebagaimana dalam ayat 26 & 27 surah Yaasiin yang bermaksud; "Dikatakan (kepadanya): 'Masuklah ke syurga.' Ia berkata: 'Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan." Walaupun beliau diancam bunuh, beliau tetap berani menyatakan keimanan serta membela para rasul itu sehingga beliau syahid dibunuh oleh kaumnya.