kiamat
DESCRIPTION
kiamatTRANSCRIPT
4. Kiamat
Menurut al-Ghazali, pendapat golongan Batiniah yang enafikan wujudnya hari kiamat merupakan suatu
fahaman salah dan bersalahan dan bertentangan dengan hadis dan nas al-Quran. Antara lain juga
sebenarnya mereka tidak sedar bahawa Allah itu Maha Kuasa dan menjadikan atau mentiadakan atau
memusnahkan semua itu adalah mudah sahaja bagi Allah dan Allah Maha Kaya juga bukanlah Allah itu
bodoh atau mensia-siakan apa yang dijadikan atau membazir. Sedangkan Allah mengadakan semua
alam ini untuk menunjukkan Allah berkuasa. Sebagaimana firman Allah:
Firman Allah berkaitan kekuasaan-Nya
ا �ل ش� ق�د�ي �ه� ع�ل�ى ڪ لل �ان� �وه� و�ك �ط�ـ � ت ا ل � �ه� و�أ ل و�� ه� و�أ ر� �ـ ض� و�د�ي � � أ �ك ث ر�
� ��و�أ ر �� ر ى� ٱ ا ى� � ر ى� ى� ٲ ى� ى� ى� ہ� ى� ى� ى�
((٢٧
Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta
benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kamu
menjejaknya dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (27)
Firman Allah berkaitan Hari Kiamat
ى�ح�اق�ة� ( ح�اق�ة� ( )١ٱ ى�م�ا ح�اق�ة� ( )٢ٱ ك� م�ا ٮ ر�� ى�و�م�ا أ ٱ )٣ى�
Saat yang tetap berlaku itu. (1) Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap
berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat). (3)
Antara lain juga, Batiniah yang mentakwilkan Hari Kiamat itu dengan alamat atau dengan tanda
kedatangan imam mereka yang ditunggu-tunggu atau ilmu yang membawa petunjuk. Antara lain
Batiniah mengingkari Padang Mahsyar, kebangkitan dari kubur, syurga dan neraka. Sebenarnya itu
semua mereka takwilkan dengan mengikut akal dan nafsu mereka sahaja. Fahaman itu adalah salah
dan jelas keluar daripada Islam. Semua itu telah jelas dalam nas tentang kewujudannya,
sebagaimana firman Allah berkaitan dengan orang munafik:
Firman Allah:
ا Tص�ير� �ه� ن �ج�د� ل �ار� و�ل�ن ت لن ف�ل� م�ن� � أ ك� لد� ف�ق�ين� ف�ى �ـ م�ن �ن� ى�إ ٱ ى� ى� ٱ ى� ٱ ى� ٱ
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang
terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali
akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka. (145)
Firman Allah berkaitan dengan Padang Mahsyar:
�ار� لن �ل�ى �ه� إ لل د�اء� � ر� أ ش� � م� ي � ٱو�ي ٱ ى� ى� ى�
Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka…(19)
Firman Allah berkaitan dengan Syurga:
� ن ج� خ�ل� ��ق�يل� ة ى� ٱ ى� ٱ(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga…(26)