khilaf ( mistake) seksyen 21

Upload: luqman

Post on 09-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sd

TRANSCRIPT

KHILAF ( MISTAKE )SEKSYEN 21 : Perjanjian batal di mana kedua- dua pihak perjanjian khilaf Mengenai perkara fakta. Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah mengenai sesuatu perkara yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batalJENIS DAN CONTOH KES :1. Kesilapan fakta penting oleh kedua-dua pihak RAFFLES V WICHELHAUS (1864) 2 H&C 906 Silap kedua-dua belah pihak mengenai fakta seperti yang dimaksudkan dalam seksyen 21 Akta Kontrak. Dalam kes ini defendan bersetuju menjual kapas yang di bawa oleh kapal Peerless dari Bombay. Tetapi terdapat dua pelayaran kapal tersebut dalam bulan Oktober dan Disember. Plaintif mahu membeli kapas yang dibawa pelayaran dalam bulan Disember tetapi defendan menyangkakan bahawa plaintif mahu membeli kapas yang dibawa pelayaran dalam bulan oktober. Mahkamah memutuskan bahawa kontrak yang sah tidak wujud kerana kedua-dua pihak telah silap fakta tentang kapal berkenaan.

2. Kesilapan undang- undang SEEK V WONG & LEE [ 1940] MLJ ReP 146 Dalam kes ini seorang kontraktor binaan telah meminta pelan kerja dari seorang arkitek. Ia telah dikenakan bayaran sebanyak $500 bagi pelan tersebut. Wang ini telah dibayar tanpa mengetahui kedudukan undang-undang yang melarang bayaran sedemikian dituntut oleh arkitek darinya. Keputusan Mahkamah Tinggi Singapura mengatakan bahawa silap undang-undang bahawa tidak boleh dijadikan asas untuk plaintif menuntut balik wang yang telah dibayarnya. Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa defendan telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dan wang tersebut hendaklah dipulangkan.

3. Kesilapan fakta oleh satu pihak AWANG BIN OMAR V HJ OMAR & ANOR [ 1949] MLJ Supp 28 Dalam kes ini defendan telah meminta oleh abangnya menandatangani satu dokumen yang telah dibuat dalam bahasa Inggeris. Defendan difahamkan bahawa ia menandatangani dokumen itu hanya sebagai seorang saksi sahaja, bukan sebagai satu pihak dalam kontrak. Mahkamah telah memutuskan bahawa ia boleh membuat pembelaan berasaskan non est factum.