khatam al-quran

12
Definisi Khatam Al- Quran Khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan pembacaan Al- Quran bermula daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah An Nas dalam masa tertentu.

Upload: kokse-kokde

Post on 16-Apr-2015

449 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

perbincangan berkenaan khatam al-quran, hukum dan perlaksanaan majlis khatam tersebut.

TRANSCRIPT

Page 1: khatam al-quran

Definisi Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan pembacaan Al-Quran bermula daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah An Nas dalam masa tertentu.

Page 2: khatam al-quran

Hukum Khatam Al-Quran

• hukum khatam al-quran ialah sunat. tidak ada nas yang mewajibkan amalan khatam al-quran ini.

• Dari Abdullah bin `Amru R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya :

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Page 3: khatam al-quran

Khatam Al-Quran Zaman Rasulullah

• Sepanjang bulan Ramadan setiap tahun, Rasulullah akan bertadarus dengan Jibrail hingga khatam.

• Bertujuan memperbaiki sebutan dan mendalami isi kandungan dan pelaksanaan tuntutan Al-Quran.

• Tahun kewafatannya, baginda khatam sebanyak dua kali.

• Masih belum terdapat majlis khatam Al-Quran beramai-ramai seperti sekarang.

Page 4: khatam al-quran

Khatam Al-Quran Zaman Sahabat

• Terdapat sahabat yang dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam masa yang singkat.

• 1 malam > Abdullah bin Zubair, Said bin Jubair,Uthman bin Affan, Saleh bin Kaisan.

• 1 hari > Thabit Bunani, Abu Harrah RA.• Rasulullah s.a.w bersabda bahawa seseorang yang

mengkhatamkan bacaan al-Quran kurang daripada tiga hari tidak akan dapat merenung makna al-Quran.

• Namun, hadis ini hanya untuk orang awam sahaja.

Page 5: khatam al-quran

Khatam Al-Quran Zaman Ulama’ Salaf

• Mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang tidak lebih daripada empat puluh hari.

• Mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan.

• Imam Syafie diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

Page 6: khatam al-quran

• Terdapatnya amalan menghimpun keluarga dan berdoa khatam Al-Quran oleh Anas bin Malik.

• Tetapi ini hanya amalan peribadi Anas dan keluarganya sahaja bukannya majlis khatam seperti sekarang.

• Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu.

• Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan.

• Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa.

• Ada pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran ters menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Page 7: khatam al-quran

Panduan Perlaksanaan1. Memilih waktu yang sesuai untuk mengkhatamkan Al-

Quran. - Jika pengkhataman Al-Quran dilakukan di dalam solat

maka waktu yang afdal adalah pada solat Subuh. - Jika pengkhataman Al-Quran dilakukan di luar solat

maka waktu yang afdal adalah di awal pagi ataupun di awal malam.

2. Disunatkan berpuasa pada hari mengkhatamkan Al-Quran.

3. Disunatkan mengucapkan takbir bermula surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas.

Page 8: khatam al-quran

4. Selepas selesai membaca surah An-Nas disunatkan membaca surah Al-Fatihah dan diikuti awal surah Al-Baqarah sebanyak lima ayat.

: . : : الحال وما الله، يارسول قال المرتحل الحال قال أفضل؟ األعمال أي الله يارسول قال � رجًال أن : أوله إلى آخره ومن آخره إلى القرآن أول من يضرب قال المرتحل؟

“Seorang lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal?” Sabda Baginda s.a.w. : “al-Hal wa al-Murtahil”. Kata lelaki itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”. Jawab Nabi s.a.w. : “Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya” (HR. at-Tirmidzi)

من قرأ ثم الحمد من افتتح الناس برب أعوذ قل قرأ إذا كان وسلم عليه الله صلى النبي أنالمفلحون هم أولئك إلى البقرة

Adalah Nabi s.a.w. apabila membaca membaca sampai surah an-Nas, dibuka kembali dengan al-Fatihah, kemudian Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah sampai la ayat ke 5.

Page 9: khatam al-quran

5. Disunatkan berdoa selepas selesai mengkhatamkan pembacaan Al-Quran.

Page 10: khatam al-quran

Fadilat Khatam Al-Quran

• Mendapat ketenangan hati dan jiwa: Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidaklah

berhimpun satu kaum itu di dalam rumah Allah yang mana mereka membaca Al-Quran dan bertadarus di antara mereka melainkan turun kepada mereka itu ketenangan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t… ”

• Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t: Diriwayatkan daripada Mujahid katanya: “Sesungguhnya

mereka (sahabat-sahabat Nabi s.a.w) berkumpul ketika majlis khatam Al Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya telah turun rahmat Allah.”

Page 11: khatam al-quran

• Doa di aminkan oleh malaikat: Diriwayatkan daripada Hamid Al A’raj katanya: “ Sesiapa

yang membaca Al-Quran kemudian berdoa, maka sebanyak 4000 malaikat akan mengaminkan doanya.”

• Waktu doa dimustajab (diperkenan): Diriwayatkan daripada Hikam Bin U’taibah katanya: “…

sesungguhnya doa dimustajabkan (diperkenankan) ketika majlis khatam Al-Quran.”

• Dijanjikan pohon di dalam syurga: Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

“Ketika majlis khatam Al Quran itu doa dimustajabkan serta disediakan sebatang pohon di dalam syurga (bagi sesiapa yang menghadiri majlis tersebut).”

Page 12: khatam al-quran

Rujukan

• http://masjidabidin.org.my/KHATAM%20AL%20QURAN%20ANTARA%20ADAB%20DAN%20FADILAT.pdf

• http://www.ustazamin.com/2011/06/diari-311-khatam-al-quran-mqa.html

• http://ms-my.facebook.com/notes/saya-cintakan-rasulullah-saw-sesungguhnya-islam-itu-indah-alhamdulillah/maksud-doa-khatam-al-quran/296396717037968?comment_id=4436860

• http://asyzsufi.multiply.com/journal/item/22/KEGHAIRAHAN-AHLULLAH-MENGKHATAMKAN-BACAAN-AL-QURAN?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

• http://syababgr.blogspot.com/2009/09/khatam-al-quran-memang-sudah-biasa-dan.html