khamis setempat i 4s 26 mac 2015 -...
TRANSCRIPT
KHAMIS 26 MAC 2015
0Ieh Nazri Abu Bakar [email protected] IIeIaka
•
inat mendalam terhadap alat permainan tradisional
gasing mendorong Raimy Azizi Abd Karim, 35, dart Kampung Cheng, di sini, untuk menguasai semua perkara berkaitan alat permainan itu.
Justeru, dia menggelarkan dirinya pendekar gasing sebagai jenama tersendirt untuk lebih dikenali da -lam bidang terbabit sama ada di Melaka mahupun seluruh negara.
Buktinya, Raimy kini aktit merekaeipta pelbagai jenis gasing sama ada untuk permainan, hiasan, pameran dan pertunjukan selepas mula menjinakkan diri dalam bidang itu ketika berusia 10 tahun lagi.
Menurutnya, selepas 25 tahun 'menghambakan' dirt dalam bidang itu, dia amat meneintai semua aspek berkaitan gasing selepas mendapat didikan dartpada bapanya Abd Karim Talib, 65, yang juga penggiat aktiviti terbabit.
"Antara gasing dicipta termasuk jenis jantung, to yol, Brunei, helang laut, tanjung dan gasing yang berembang mempunyai eiri -eiri menarik dan menga -gumkan terutama bagi mereka yang tahu menilai.
"Memang diakui saya mendapat banyak asuhan daripada bapa selain pernah mengikuti kursus anjuran Perbadanan Kraftangan Malaysia bagi menghasilkan sendiri alat permainan. Bekalan kayu sesuai termasuk jenis eengal . keranji, merbau dan tualang untuk membuat gasing diperolehi dart hutan," ka tanya.
Raimy berkata, pada mulanya amat sukar untuk membentuk sehingga menjadi gasing yang tahan, berkualiti dan mengikuti spesUikasi terbaik terma-
+
• Lelaki tuntut ilmu daripada 'bapa hasil pelbagai rekaan menarik .
suk perlu melalui proses menggubal bongkah kayu, melarik dan memasang paksi.
Menurutnya, memastikan pergerakan gasing seimbang selain berpusing mengikut kesesuaian dan 'standard' amat penting da lam menentukan kualiti sebelum ia boleh dipasarkan.
"Kebiasaannya gasing dijual antara RM6 hingga RM300 mengikut saiz, jenis dan kualiti. Malah saya pernah mendapat tawaran sehingga RM12,OOO untuk gasing dihasilkan.
"Saya sering membawa hasil ciptaan ke pameran kebudayaan di negara ini sehingga menarik minat masyarakat antarabangsa membelinya sebagai hiasan," katanya.
Anak kelahiran Bukit Rambai itu berkata, dia sering mendapat tawaran menyertai pameran dan pertunjukan di luar negara termasuk di Kanada, Australia dan Amerika Syarikat namun menolak kerana fobia menaiki kapal terbang.
Menurutnya, kediaman-
nya di Cheng, di sini, sering menjadi tumpuan pelaneong dalam dan luar negara termasuk pelajar sekolah untuk mengikuti sesi pembuatan gasing selain merakarnkan teknik pencip-taannya. .
Pendekar gasing yang ki -ni amat dikenali di Melaka itu juga aktif dalam permainan terbabit termasuk sering menyertai pertandingan di peringkat negeri dan antarabangsa.
"Pelbagai teknik gasing berputar iaitu di jari, siku, dahi, dagu, bahu, perutdan lengan antara yang pemah saya lakukan untuk mem-popularkan sukan tradisional ini," katanya.
Namun, katanya, sebelum melakukan aksi berkenaan, dia perlu,fokus dan amat teliti bagi mengelak keeederaan termasuk paku gasing memasuki mata ataupun meneederakan anggota badan.
Isterinya, Siti Aisyah Omar, 27, berkata, minat mendalam terbabit turut dikongsi tiga anaknya te rutama dua anak lelakinya Adam Jebat dan Adam Tuah yang juga bijak melakukan aksi memangkah gasing.
Katanya, dia yakin dua . anak lelakinya itu bakal ' mengikut jejak suarni yang , begitu aktif dalam bidang pembuatan dan menguasai permainan berkenaan.
"Saya tidak pemah menghalang suarni dan anak-anak untuk meneeburi bidang ini ~rani ia bukan -sekadar hobi malah mampu menobatkan permainan zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga dikenali di peringkat antarabangs a, .. katanya.
GAYA pennainan gasing dipersembahkan Raimy flMeIc*a.
Setempat I 4S A
FOTO: NAZRI AIlU BAKA