tstimoni dari dr khairul di samporna sabah

5
“Bila kau nak balik kerj Semenanjung Aku datang Sabah ganti tempat kau. Kau ni kerja ke bercuti?...” Kenyataan rakan saya di atas itu, menunjukan saya adalah orang yang sangat bertuah dapat bertugas di Negeri Bawah Bayu, Sabah. Cerita saya, Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir dari Semporna Sabah... Saya anak kota metropolitan, dilahirkan, dibesarkan dan menamatkan pengajian pergigian saya di Kuala Lumpur, jiwa saya telah sebati dengan kehidupan kota. Cuba bayangkan perasaan saya bila saya mengetahui saya diarahkan bertugas jauh beribu batu dari persekitran semenjak saya dilahirkan. Dengan hati yang berat saya melapor diri di Sabah pada tahun 2010, Kesedihan saya terubat apabila saya ditempatkan di Kota Kinabalu, juga sebuah kotaraya, saya masih boleh menjalankan kehidupan saya sebagai anak kota. Rupanya saya tidak kekal di Kota Kinabalu, tamat sahaja tempoh FYDO, saya telah dihantar ke sebuah daerah yang jaraknya 600km dari Kota Kinabalu. Daerah itu adalah Semporna, secara khusus saya memulakan perjalanan kerjaya hidup saya di Klinik Pergigian Semporna. Hati saya sangatlah sedih. Perumpamaan Melayu ada menukilkan, “bukan mendung sepanjang hari..,” memang tepat sekali. Di pekan ini bukan sebagaimana yang saya gambarkan, suatu perjalanan yang beku dan kaku, tetapi sebenarnya Semporna Sabah inilah saya mendapatkan kedamaian. Semporna adalah sebuah pekan kecil di Sabah yang merupakan pintu masuk utama para pelancong ke Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Keindahan pulau-pulau ini sangat mengagumkan, membuatkan saya berasa begitu betuah untuk berada bertugas di negeri Sabah ini. Negeri Sabah mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum yang berlainan di setiap daerahnya. Di Semporna, etnik majoriti di sini adalah etnik Bajau dan Sulu. Kebanyakan kakitangan di Klinik Pergigian Semporna juga terdiri daripada kaum Bajau. Dengan keadaan dan persekitaran yang sungguh asing buat saya, saya berpeluang untuk mempelajari Bahasa Bajau. Malah, saya juga mempunyai keluarga angkat kaum Bajau yang sentiasa mengajar dan mendedahkan saya kepada budaya kaum Bajau di sini. Bekerja di Semporna Sabah, saya mengenali erti kehidupan... Berkerja di Sabah, khususnya di Semporna adalah satu pengalaman yang tidak akan saya

Upload: ohdmoh

Post on 25-May-2015

239 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

About experiences of Dental Officer from Peninsular Malaysia working in Sabah

TRANSCRIPT

Page 1: Tstimoni dari Dr Khairul di Samporna Sabah

“Bila kau nak balik kerj Semenanjung Aku datang Sabah ganti tempat kau. Kau ni kerja ke bercuti?...”Kenyataan rakan saya di atas itu, menunjukan saya adalah orang yang sangat bertuah dapat bertugas di Negeri Bawah Bayu, Sabah.

Cerita saya, Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir dari Semporna Sabah...

Saya anak kota metropolitan, dilahirkan, dibesarkan dan menamatkan pengajian pergigian saya di Kuala Lumpur, jiwa saya telah sebati dengan kehidupan kota. Cuba bayangkan perasaan saya bila saya mengetahui saya diarahkan bertugas jauh beribu batu dari persekitran semenjak saya dilahirkan.

Dengan hati yang berat saya melapor diri di Sabah pada tahun 2010, Kesedihan saya terubat apabila saya ditempatkan di Kota Kinabalu, juga sebuah kotaraya, saya masih boleh menjalankan kehidupan saya sebagai anak kota.

Rupanya saya tidak kekal di Kota Kinabalu, tamat sahaja tempoh FYDO, saya telah dihantar ke sebuah daerah yang jaraknya 600km dari Kota Kinabalu. Daerah itu adalah Semporna, secara khusus saya memulakan perjalanan kerjaya hidup

saya di Klinik Pergigian Semporna. Hati saya sangatlah sedih.

Perumpamaan Melayu ada menukilkan, “bukan mendung sepanjang hari..,” memang tepat sekali. Di pekan ini bukan sebagaimana yang saya gambarkan, suatu perjalanan yang beku dan kaku, tetapi sebenarnya Semporna Sabah inilah saya mendapatkan kedamaian.

Semporna adalah sebuah pekan kecil di Sabah yang merupakan pintu masuk utama para pelancong ke Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Keindahan pulau-pulau ini sangat mengagumkan, membuatkan saya berasa begitu betuah untuk berada bertugas di negeri Sabah ini.

Negeri Sabah mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum yang berlainan di setiap daerahnya. Di Semporna, etnik majoriti di sini adalah etnik Bajau dan Sulu. Kebanyakan kakitangan di Klinik Pergigian Semporna juga terdiri daripada kaum Bajau. Dengan keadaan dan persekitaran yang sungguh asing buat saya, saya berpeluang untuk mempelajari Bahasa Bajau. Malah, saya juga mempunyai keluarga angkat kaum Bajau yang sentiasa mengajar dan mendedahkan saya kepada budaya kaum Bajau di sini. Bekerja di Semporna Sabah, saya mengenali erti kehidupan...

Berkerja di Sabah, khususnya di Semporna adalah satu pengalaman yang tidak akan saya

Page 2: Tstimoni dari Dr Khairul di Samporna Sabah

Bersama Pakar Pergigian Peadiatrik Hospital Likas, Dr. Leong ketika program

FYDO di Kota Kinabalu.

lupakan. Di sini, selain memberi perkhidmatan asas di klinik, saya juga berpeluang untuk memberikan perkhidmatan di luar kawasan. Sebagai contoh, setiap bulan saya akan ke pulau-pulau sekitar Semporna menaiki bot untuk memberikan perkhidmtan pergigian kepada penduduk-penduduk di kawasan kepulauan yang hidup dalam kemiskinan dan sukar untuk datang ke Klinik Pergigian Semporna yang terletak di tanah besar. Disini, saya berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan di kawasan yang membangun dan mempunyai fasiliti yang lengkap, dan dengan perasaan bersyukur itulah, saya merasakan tibalah masanya untuk memberi khidmat kepada masyarakat di sini.

Di Sabah, saya mempunyai banyak peluang untuk meyertai Kem Perubatan yang dianjurkan oleh pihak KKM dan NGO yang saya yakin jarang diadakan di Semenanjung Malaysia. Dengan menyertai kem perubatan ini, saya berpeluang menimba pelbagai pengalaman yang tidak akan dilalui di Semenanjung. Sebagai contoh, ketika saya menyertai Kem Perubatan anjuran MERCY Sabah yang diadakan di Banjaran Crocker, saya terpaksa berjalan kaki selama 6 jam merentas

Page 3: Tstimoni dari Dr Khairul di Samporna Sabah

Pesta Lepa-lepa, pesta tahunan Suku Kaum Bajau Semporna. Gambar kiri bawah, bersama Ratu Lepa 2011 yang diambil ketika lawatan kerja di Pulau

Bum-Bum.hutan dan sungai deras untuk sampai ke kampung kaum Dusun yang terletak nun jauh ke dalam hutan yang tiada akses jalan raya untuk ke kampung itu.

Aktiviti saya di Semporna Sabah sangat mengasyikan...

Di Semporna, setiap hujung minggu, jika ada kelapangan, saya akan membuat aktiviti menyelam di sekitar kepulauan di sini seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan

Page 4: Tstimoni dari Dr Khairul di Samporna Sabah

Kem Perubatan MERCY Sabah di Banjaran Crocker selama 5 hari 4 malam yang juga disertai oleh

sukarelawan antarabangsa seperti Perancis dan Jepun.

MERCY Sarawak juga menjemput kakitangan pergigian dari Sabah

untuk menyertai Kem Perubatan di perkampungan kaum Penan

di pedalaman Sarawak.

Ketika menyertai Kem Perubatan di Pulau Mabul-Sipadan pada tahun

2012.

lain-lain lagi. Keindahan dasar laut dan kehidupan laut di pulau dapat saya lihat sendiri dan ini membuatkan saya berasa sangat bertuah untuk “bekerja sambil bercuti” di negeri yang cantik ini. Saya juga, berpeluang untuk mendaki Gunung Kinabalu bersama rakan-rakan saya yang saya lakukan pada tahun lepas.

Untuk rakan-rakan yang ingin bertugas di Sabah...

Bekerja di Sabah adalah satu pengalaman yang berharga buat diri saya. Hingga saat ini, tidak pernah saya berasa kesal untuk datang bertugas di sini walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga saya di Semenanjung kerana saya yakin, pengalaman bekerja di sini tidak akan saya dapat walaupun saya sudah kembali bekerja di Semenanjung kelak. Keindahan alam semulajadi yang cantik dan menawan di negeri ini, membuatkan saya sentiasa berasa saya sedang bercuti. Sepanjag bekerja di Sabah, saya sentiasa merasakan saya sedang bercuti sambil berkerja. Sehinggakan pernah seorang rakan baik saya yang berkerja di Semenjung berkata kepada

Page 5: Tstimoni dari Dr Khairul di Samporna Sabah

Dari kejauhan:Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir