khairul bariyah othman

11

Click here to load reader

Upload: idmac2015

Post on 13-Jan-2017

170 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 84

ANALISIS KEPATUHAN ZAKAT PENDAPATAN DARI PERSPEKTIF PELAKU

PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM1

Khairul Bariyah Othman2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Universiti Sains Malaysia

[email protected]

Abstrak

Zakat merupakan antara tonggak utama kewangan dan sosial bagi sesebuah negara Islam.

Namun kemampuan zakat sebagai sebahagian pembiaya bagi mencapai matlamat

ekonomi negara masih bergantung kepada perluasan kewajipan berzakat. Zakat

pendapatan merupakan sumber baru zakat harta yang diperluaskan dan telah difatwakan

wajib ke atas individu Muslim di Malaysia. Namun kejayaan kutipan zakat ini masih

bergantung kepada kesedaran dan kepatuhan pembayarnya. Walaupun terdapat

peningkatan dalam jumlah kutipan zakat pendapatan, namun jumlah ini tidak signifikan

dengan jumlah pekerja Muslim di Malaysia. Elemen utama yang dilihat dapat

membentuk kepatuhan dikalangan individu Muslim ialah kefahaman terhadap peranan

manusia sebagai pelaku pembangunan dalam konteks berzakat. Persoalanya, apakah

ciri-ciri utama elemen manusia sebagai pelaku pembangunan? Apakah elemen-elemen

ini berdasarkan tasawur Islam? Kertas ini secara umumnya bertujuan menjawab

persoalan-persoalan tersebut dan disusun kepada tiga bahagian. Bahagian pertama,

membincangkan senario zakat pendapatan di Malaysia pada masa kini. Kedua,

membincangkan konsep manusia dalam elemen pelaku pembangunan berteraskan Islam.

Ketiga, kajian kualitatif ini akan merumuskan hubungan manusia sebagai pelaku

pembangunan dalam kepatuhan berzakat.

Kata kunci: Zakat Pendapatan, Pelaku Pembangunan, Akhlak Muslim.

1 Kertas ini dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2015

(IDMAC 2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. 2 Khairul Bariyah Othman merupakan pelajar PhD di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia.

Page 2: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 85

PENDAHULUAN

Kertas ini bertujuan untuk membincangkan isu kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia

dan perkaitannya dengan peranan pembayar zakat (muzaki) sebagai pelaku

pembangunan berteraskan Islam. Ia bertitik tolak daripada perdebatan dan perbincangan

yang ditimbulkan samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa seperti di

Persidangan Zakat Asia Tenggara (2006) dan International Conference on Zakat (2006)

tentang faktor-faktor seseorang menunaikan zakat pendapatan, samada didorong oleh

faktor fatwa, pelepasan atau rebat cukai yang diperolehi atau enakmen yang ditetapkan

(Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said, 2009). Untuk itu timbul persoalan,

apakah tujuan sebenar kepatuhan zakat pendapatan individu Muslim di Malaysia,

samada ia satu kewajipan atau lebih melihat kelebihan insentif rebat yang diberikan?

Bagaimanakah untuk menjadi pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar agar

ibadah zakat yang di wajibkan ke atas kita diterima oleh Allah SWT? Untuk tujuan itu,

kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, mengenal pasti senario

kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia. Bahagian kedua pula, membincangkan konsep

manusia sebagai pelaku pembangunan menurut Islam. Manakala bahagian ketiga akan

merumuskan perkaitan di antara kepatuhan zakat pendapatan dan konsep manusia

sebagai pelaku pembangunan dalam kepatuhan berzakat.

SENARIO ZAKAT PENDAPATAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI

Zakat pendapatan merupakan zakat harta perolehan (mal mustafad) yang diterima

daripada hasil kerja atau perkhidmatan yang dilakukan oleh individu Muslim. Ianya

merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Pendapatan penggajian terdiri

daripada gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun, bonus dan sesuatu yang boleh

dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Manakala pendapatan

bebas pula ialah seperti khidmat nasihat, akauntan, juru perunding, kejuruteraan,

khidmat nasihat dan lain-lain (Mujaini Tarimin, 2012). Kewajipan mengeluarkan zakat

pendapatan ini tertakluk kepada sebab wajib zakat iaitu mencukupi nisab dan beberapa

syarat wajib zakat yang lain. Hal ini turut diperjelaskan oleh Yusuf al-Qaradawi (2000)

yang menyatakan syarat-syarat bagi harta yang diwajibkan zakat secara umumnya ialah

sampai nisab yang ditetapkan, dimiliki dengan pemilikan yang sempurna, bersifat subur

atau berpotensi untuk berkembang (nama’), sempurna haul ke atas nisab, melebihi

keperluas asas seseorang dan bebas daripada bebanan hutang. Walaupun terdapat

perselisihan pendapat dalam kalangan ‘ulama fiqh tentang kewajipan sumber zakat ini,

namun pendapat yang dominan dalam kalangan fuqaha’ bersetuju gaji dan pendapatan

profesional wajib dikenakan zakat.

Di Malaysia, sebahagian besar kajian terdahulu pada peringkat awalnya lebih cenderung

untuk melihat struktur organisasi dan pentadbiran zakat di Malaysia. Kajian yang

memberi tumpuan kepada struktur organisasi ini penting kerana di Malaysia setiap

negeri bebas membentuk struktur pentadbiran hal ehwal Islam mengikut kesesuaian

negeri masing-masing (Aidit Ghazali, Jamil Osman, Mohamed Abdul Wahab, Mohd.

Arif, Mohd Azmi Omar & Syed Abdul Hamid Al-Junaid ,(1990). Perkara ini perlu

Page 3: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 86

difahami termasuklah bidang kuasa zakat yang berada di bawah hal ehwal Islam (Mohd.

Ali Baharum, 1989; Mohamed Dahan Abdul Latif, 1998). Berdasarkan perlembagaan

Malaysia, Raja atau Sultan merupakan ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri.

Manakala bagi negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, Yang Dipertuan Agong

adalah orang yang bertindak sebagai Ketua Agama (Mustafa Abdul Rahman, 1989;

Mohd. Daud Bakar, 1998). Seterusnya, di bawah Ketua Agama terdapat Majlis Hal

Ehawal Agama Islam Negeri (MAIN) dan diikuti pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri (JAIN). JAIN merupakan badan yang dipertanggungjawabkan bagi

melaksanakan undang-undang dan dasar zakat di Malaysia. Rajah 1 di bawah

menunjukkan carta organisasi Institusi Zakat di Malaysia.

Rajah 1: Carta Organisasi Institusi Zakat Di Malaysia

Sumber : Laporan Zakat 2004, PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Terdapat 14 buah pusat zakat atau institusi zakat yang menguruskan hal ehwal zakat

seperti menaksir, memungut dan mengagihkan zakat. Jumlah 14 buah pusat zakat ini

mewakili 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Selain kajian yang

memberi tumpuan kepada struktur organisasi dan pentadbiran zakat, terdapat juga kajian

yang meneliti perbezaan dari sudut perlaksanaan dan taksiran zakat pendapatan bagi

negeri-negeri di Malaysia. Di Malaysia, fatwa mewajibkan zakat pendapatan telah

dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1997 kepada semua negeri-negeri di

Malaysia kecuali negeri Perak yang tidak mewajibkan zakat ini bagi individu Muslim di

negeri tersebut (Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah, 2013). Manakala kajian

Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah (2013) antara kajian yang meneliti

perlaksanaan zakat pendapatan di Perak.

Walaupun zakat pendapatan telah diketahui umum dan usaha meningkatkan kesedaran

serta kepatuhan pembayarannya giat dilaksanakan, namun terdapat golongan yang masih

belum menerima perlaksanaan zakat tersebut. Kajian Mujaini Tarimin (2000),

menjelaskan terdapat tiga golongan masyarakat yang mempunyai perbezaan tanggapan

Page 4: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 87

terhadap perlaksanaan zakat pendapatan ini. Pertama, golongan yang tidak menerima

kewajipan zakat pendapatan atas alasan dari segi hukumnya. Mereka beranggapan

hukum kewajipan zakat ini tidak diasaskan atas nas-nas yang benar. Kedua, golongan

yang menerima kewajipan zakat pendapatan berasaskan hujah zakat ini ada kepentingan

umum atas dasar kemaslahatan masyarakat. Dan ketiga, golongan yang mewajibkan

zakat ke atas pendapatan berdasarkan nas wahyu al-Qur’an dan al-Hadith.

Walaubagaimanapun golongan yang menerima hukum kewajipan zakat ini masih

berbeza pandangan berkaitan syarat haul, jumlah nisab dan kadar zakat tersebut. Jadual 1

menunjukkan taburan penduduk Islam yang bekerja dan prestasi bilangan pembayar

zakat dari tahun 2009 hingga 2012.

Jadual 1: Penduduk Islam yang bekerja dan prestasi pembayar zakat Malaysia

2009-2012

Tahun Pekerja (‘000) Pembayar Zakat Bilangan Kenaikan Peratus

Kenaikan (%)

2009 5,120.1 662,710 76,177 12.99

2010 5,399.5 694,041 31,331 4.73

2011 5,595.5 761,420 67,379 9.71

2012 5,819.9 886,510 125,090 16.43

Sumber :Jabatan Perangkaan Malaysia 2012 dan Laporan Zakat PPZ MAIWP 2012.

Daripada jadual tersebut, peratusan pembayar zakat di Malaysia masih belum mencapai

20% jumlah pembayar. Peratusan ini dilihat agak rendah berbanding dengan peratusan

pembayaran cukai pendapatan. Fenomena yang berlaku ini mendapat pelbagai reaksi dan

pandangan dari golongan penyelidik. Mereka berpandangan bahawa kesedaran dan

pegangan agama yang tinggi adalah antara faktor utama untuk mendidik individu Islam

patuh kepada kewajipan berzakat (Kamil Md Idris, 2002; Zainol Bidin, 2008; Ahmad

Radhuan Ghazali, 2009; Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010 dan Ram Al

Jaffri Saad, 2010). Mereka harus percaya akan kewujudan hari akhirat iaitu suatu hari

yang dijanjikan Allah segala bentuk pembalasan. Apabila kepercayaan wujudnya hari

pembalasan ini, maka tanggungjawab sebagai khalifah Allah akan mereka pikul sebagai

satu amanah. Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan hidup di

dunia dengan menikmati segala sumber alam yang diberikan oleh penciptaNya. Mereka

akan menjalankan aktiviti pengeluaran dan pembangunan dengan mengintergrasikan

sumber alam dan kebijaksanaan ilmu manusia untuk mendapatkan harta. Justeru, zakat

adalah proses mensucikan harta tersebut dari segala bentuk dosa dan satu bentuk

perkongsian nikmat dari sumber alam tersebut.

Sehubungan dengan itu, membayar zakat pendapatan adalah satu ibadah wajib dan

kegagalan menunaikannya menjadikan mereka antara golongan yang dimasukkan ke

dalam neraka. Namun persoalannya, bagaimana kefahaman individu Muslim terhadap

konsep manusia sebagai makhluk pelaku pembangunan dalam konteks Islam yang

sebenar. Apakah ada perbezaan konsep ini dari perspektif lazim dan juga Islam. Dan

bagaimana perincian manusia selaku pelaku pembangunan berteraskan Islam dapat

Page 5: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 88

dihubungkan dengan kepatuhan dalam berzakat. Hal ini akan diperjelaskan dalam

bahagian berikutnya.

Page 6: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 89

KONSEP MANUSIA SEBAGAI PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN

ISLAM

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, fenomena kepatuhan zakat pendapatan

mempunyai hubungan dengan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab sebagai

khalifah Allah dalam segala bentuk aktiviti dan pembangunan. Apabila kesedaran

terhadap tanggunjawab ini agak rendah, isu ketaatan pembayaran zakat pendapatan

menjadi semakin rumit apabila wujud perbezaan pandangan individu dan persekitaran

fatwa yang wujud (Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor, 2004).

Namun, perbezaan persekitaran fatwa ini bukanlah salah alasan yang kukuh untuk tidak

membayar zakat. Terdapat kajian-kajian yang telah memberi justifikasi kukuh kewajipan

zakat pendapatan ini adalah satu bukti keadilan apabila golongan profesional yang

mempunyai pendapatan lebih lumayan dari petani wajar dikenakan zakat atas harta yang

mereka perolehi (Yusuf al-Qaradawi 2000; Mujaini Tarimin, 1995; Kamil Md Idris, 2002

& Zainol Bidin, 2008).

Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan rasa tanggujawab dan rasa bertuhan dalam

setiap amalan dan ibadah, masyarakat perlulah melihat dengan jelas peranan manusia itu

sendiri sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar. Menurut

Muhammad Syukri Salleh (2003), dalam pembangunan berteraskan Islam, tasawur Islam

dijadikan acuan kepada pembentukan pembangunan berteraskan Islam yang tulen.

Beliau juga menggariskan terdapat tiga pokok tasawur Islam iaitu Allah adalah Pencipta,

manusia adalah makhluk dan alam semesta juga adalah makhluk. Jadual 2 berikut

menghuraikan pembangunan berteraskan Islam dari aspek-aspek tasawur, epistemologi

dan ontologi.

Jadual 2: Rumusan Aspek-aspek Pembangunan Berteraskan Islam

Aspek Pembangunan Berteraskan Islam

Pentakrifan

pembangunan

i. Merangkumi kedua-dua pembangunan rohani dan

pembangunan fizikal / material secara bersepadu.

ii. Berfungsi sebagai alat peribadatan kepada Allah untuk

memenuhi fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah.

iii. Melibatkan dimensi menegak (hablumminallah) dan mendatar

(hablumminannas).

Sumber ilmu utama i. Dalil-dalil naqli (al-Quran & Hadis)

ii. Dalil-dalil ‘aqli (Ijmak Ulama dan Qiyas).

Konsep-konsep asas Pegangan Asas

i. Allah sebagai Pencipta

ii. Manusia sebagai makhluk

iii. Sumber alam sebagai makhluk

Fokus utama pembangunan

i. Manusia juga merangkumi elemen-elemen dalaman (hati,

nafsu dan akal) selain elemen-elemen fizikal.

ii. Penggunaan sumber mengikut keperluan.

Page 7: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 90

Tahap-tahap pembangunan

i. Tahap nafsu rendah ke tahap nafsu yang tinggi

ii. Tahap iman rendah ke tahap iman yang tinggi

iii. Tahap masyarakat jahil kepada tahap masyarakat beriman dan

bertakwa dan melahirkan tamadun yang memenuhi keperluan

semua ahli masyarakat.

Matlmat akhir

pembangunan

Mardat Allah (mendapat keredhaan Allah)

Sumber: Fadzila Azni Ahmad, 2010

Elemen manusia menurut pembangunan berteraskan Islam merujuk kepada konsep

manusia berdasarkan tasawur dan epistemologi Islam. Manusia bukan sekadar sebagai

pengeluar atau penguna yang mengambil kira hanya kekuatan fizikal, akal, kemahiran

dan apa-apa sahaja yang berbentuk lahir. Malah, manusia mempunyai tugas dan amanah

yang lebih khusus iaitu status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT seperti

mana dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka

menyembah Aku.”(al-Dhariyah, 51:56)

“Ingatlah ketikaTuhanmuberfirmankepada para malaikat: ‘Sesungguhnya

Aku hendak menjadikan sesorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata:

‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang

akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal

kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’

Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu

ketahui.”(al-Baqarah, 2:30)

ANALISIS PERKAITAN ANTARA MANUSIA SEBAGAI PELAKU

PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN KEPATUHAN

BERZAKAT

Sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, isu kepatuhan zakat pendapatan

merupakan satu persoalan yang sering dibincangkan. Walaupun pelbagai usaha

dijalankan oleh pihak-pihak tertentu dalam memberi kesedaran tentang kewajipan zakat

pendapatan, namun jumlah peningkatan tersebut masih belum signifikan dengan jumlah

individu Muslim yang berkerja di Malaysia. Dalam usaha memberi kesedaran ini,

masyarakat perlu melihat dan meneliti kembali tugas dan amanah dijadikan manusia

sebagai hamba dan khalifah dalam konsep muzaki (pembayar zakat) sebagai pelaku

pembangunan berteraskan Islam. Bahagian ini akan merumuskan perkaitan antara

konsep tersebut dengan kepatuhan zakat pendapatan kepada tiga pola perbincangan.

Pertama, zakat pendapatan sebagai satu bentuk sistem kewangan yang adil. Secara

umumnya semua individu Islam yang layak membayar cukai pendapatan, mereka secara

tidak langsung layak membayar zakat pendapatan. Kelayakan ini berdasarkan kepada

kadar cukai pendapatan adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar zakat pendapatan

Page 8: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 91

(Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010). Selain itu kadar zakat pendapatan

adalah tetap iaitu 2.5 peratus setahun manakala kadar cukai pendapatan sering

berubah-ubah mengikut kadar yang diumumkan semasa belanjawan dibentangkan

mengikut suasana ekonomi negara. Hal ini jelas menunjukkan Islam itu adil dan

memberi kelebihan kepada umatnya. Justeru, peranan muzaki dalam konsep manusia

sebagai pelaku pembangunan, adalah untuk melahirkan rasa tanggunjawab dalam

berkongsi harta yang diperolehi dari sumber alam yang telah kita gunakan dengan

mereka yang tidak berkemampuan.

Harta yang diperolehi dalam bentuk pendapatan diwajibkan dalam Islam untuk

dikeluarkan zakat sebelum melakukan perbelanjaan dan penggunaan terhadap barang

dan perkhidmatan (Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib

Syed Omar, 2012). Dengan wujudnya rasa tanggunjawab ini, ia dapat mendidik

masyarakat agar berhemah dalam berbelanja. Berhemah bermaksud mengutamakan

sesuatu yang wajib sebelum memenuhi kehendak dan keperluan hidup kerana Islam

mengatur kehidupan umatnya yang sentiasa hidup dalam bersyariat. Hal ini secara tidak

langsung dapat mendidik masyarakat tidak melupakan Allah dalam setiap perkara yang

dilakukan.

Kedua, zakat pendapatan sebagai bentuk pengagihan yang mengutamakan hubungan

antara manusia sesama manusia (hablumminannas). Keistimewaan ibadah yang

diwajibkan oleh Allah SWT adalah ianya sentiasa bertunjangkan tasawur Islam iaitu

melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan manusia semasa manusia.

Justeru, apabila individu Islam patuh kepada kewajipan zakat pendapatan, secara tidak

langsung dana zakat negara semakin meningkat. Peningkatan ini secara langsung akan

meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan kepada golongan asnaf yang layak dan

meluaskan lagi peluang asnaf-asnaf yang terpinggir untuk terus diberi bantuan (Sanep

Ahmad & Zulkifli, 2010). Apabila dana yang dikutip ini diagihkan dengan begitu

komprehensif kepada semua golongan asnaf, ia dapat membantu meningkatkan sosio

ekonomi dan kehidupan golongan-golongan ini.

Di samping itu, masyarakat yang diberi bantuan akan merasai keadilan dalam sistem

kewangan Islam. Harta dan kekayaan di agih-agihkan manakala sumber alam yang

dikurniakan Tuhan berjaya diproses untuk menghasilkan pendapatan seterusnya

pendapatan itu dikongsi dalam bentuk zakat. Firman Allah dalam al-Quran yang

bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang

faqir, dan orang-orang miskin, dan ‘amil-’amil yang menguruskannya,

dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk

hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang

yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan

orang-orang musafir dalam perjalanan. Dan ingatlah Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 60)

Page 9: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 92

Ketiga, matlamat akhir kepatuhan zakat pendapatan adalah untuk mendapat mardat

Allah SWT (keredhaan Allah). Di dalam tasawur Islam, matlamat akhir sesuatu perkara

sama ada perkara ibadah wajib atau perkara berkaitan pembangunan manusia secara

umum, pengakhirannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manusia boleh

mencari harta sebanyak mana mereka inginkan. Namun, harta yang dicari mestilah dari

sumber yang halal kerana zakat dari sumber yang haram adalah ditegah oleh Islam.

Apabila manusia memperolehi harta ia perlu diurus berteraskan Islam dan bukannya

berdasarkan nafsu semata-mata (Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail, 2013).

Dalam konteks ini, pengurusan harta dan iman perlu bergerak seiring agar harta yang

diperolehi didahulukan dengan pembayaran zakat dan dibelanjakan dengan berhemah

seterusnya segala urusan ini mendapat keredhaan Allah SWT.

RUMUSAN

Allah SWT telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi.

Namun, suasana kehidupan masyarakat hari ini sama ada dari sudut pembangunan,

ekonomi, sosial dan teknologi, ia menjadikan manusia hidup dalam mengejar duniawi.

Manusia saling mengejar untuk mengumpul harta dan menambahkan pendapatan, namun

ia semakin tersasar bila usaha ini tidak seiring dengan usaha meningkatkan keimanan.

Sehubungan itu, manusia perlu berbalik kepada tujuan diciptakan manusia adalah

sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Peranan dalam mengejar pembangunan perlu

bertunjangkan tasawur Islam yang sebenar. Apabila asas dalam tasawur ini dipegang

dengan kuat iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia

sesasama manusia, segala bentuk ibadah dan perkara yang diusahakan akan menjadi satu

amanah yang sempurna. Kepatuhan zakat pendapatan bukan lagi menjadi satu pertikaian

disebabkan khilaf yang wujud dan bukan lagi dianggap sebagai satu motivasi untuk

mengurangkan cukai pendapatan atas nama rebat yang diberikan. Namun, ibadah ini

adalah kewajipan atas individu Muslim yang memenuhi syarat untuk menunaikannya.

Seterusnya, tujuan utama adalah untuk memikul amanah sebagai pelaku pembangunan

berteraskan Islam dalam mendapat keredhaan Allah SWT.

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mohd. Hassan. (1988). Antara Zakat dan Cukai Pendapatan: Satu

Analisis Penyelarasan. kertas Seminar Zakata dan Cukai Pendapatan. Pusat

Matrikulasi Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rashid Dail. (1979). Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas. Islamiyyat. Vol. 2.

Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan (2014). Faktor Penentu Pembayaran Zakat

Oleh Entiti Perniagaan Di Malaysia: Satu Tinjaun Teori . Jurnal Syariah, Jil. 22,

Bil. 3, 295-322.

Aidit Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan.: Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Al-Ghazali. (1980). Jiwa agama: Iman al-Ghazali, Jilid 8. (TK. H. Ismail dan Yajub

SH-MA, terj). Indonesia: Penerbit Perc. Menara Kudus.

Al-Ghazali. (2007). Wonders of the Heart (Skellie, W.J., terj). Kuala Lumpur: Islamic

Book Trust.

Page 10: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 93

Azizah Dolah & Abd Halim Mohd Noor. (2009). Kaitan Zakat dan Cukai di Malaysia.

dlm. Pengintergrasian zakat dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan

zakat. Disunting oleh Abdul Halim Mohd Noor, Arifin Md Salleh. Rawi Nordin,

Mastura Muhamad Said & Siti Norhidayah Taib.Shah Alam Selangor: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA).

Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib Syed Omar. (2012).

Keengganan Membayar Zakat Menurut Perspektif Syarak dan Perundangan

Islam di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hanno. M. D., & Violette, G. R. (1996). An Analysis of Moral and Social Compliance on

Taxpayer Behaviour, Behavioural Research in Accounting.

Kamil Md. Idris (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan

Awam Persekutuan Negeri Kedah. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia.

Kasmuri Selamat. (1995). Kemanisan Beribadah: Imam al-Ghazali. Kuala Lumpur:

Jasmin Enterprise.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1992). Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap

Pandangan Al-Qardawi Dalam Masalah Zakat Gaji dan Pendapatan Profesional.

Vol. 2, Universiti Malaya.

Mohamad Uda Kasim. (2005). Zakat, Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Aidil Abdul Aziz dan M.Hussin Abdullah (2013). The Comparison Between Zakat

(Islamic Concept of Taxation) and Income Tax: Perceptions of Academician in

the State of Perak, Malaysia. International Conference on Business, Economic

and Accounting. Bangkok Thailand, 20-23 March 2013.

Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran

Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Profesional Universiti

Kebangsaan Malaysia Islamiyyat, 26(2), (59-67).

Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani. (2010). Zakat dan Perlaksanaannya di

Malaysia. Sabah: Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Mohd Safri Mahat. (2006). Zakat Perniagaan: Cabaran Perlaksanaan di Malaysia. dlm.

Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Disunting oleh Abdul

Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir. Selangor:Penerbitan Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Muhamad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

Muhamad Syukri Salleh. (2003). Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala

Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.

Muhammad Kamal ‘Atiyah. (1995). Perakaunan Zakat: teori dan Praktis. Mohd Nor

Ngah, Terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mujaimi Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di

Malaysia: Kuala Lumpur:Izshen Ventures Sdn Bhd.

Mujaini Tarimin. (1995). Zakat Pendapatan (Al-Mal Al-Mustafad) Hukum dan

Persoalannya. Kuala Lumpur: Khaisa Services Sdn Bhd.

Mujaini Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di

Malaysia: Izshen Ventures Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said. (2009). Penerokaan Sumber Zakat

Baru di Malaysia. dlm. Abdul Halim Mohd Noor et. al. Pengintergrasian zakat

Page 11: Khairul Bariyah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 94

dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan zakat. Shah Alam Selangor:

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Nor Adilah Ahmad Shokari (2011). Kepatuhan Terhadap Zakat Perniagaan: Kajian di

Kalangan Pengusaha Stesen Minyak di Pulau Pinang. Disertasi Sarjana,

Universiti Utara Malaysia.

Ram al-Jaffri Saad (2010). Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan di Negeri Kedah

Darulaman. Tesis Kedoktoran Universiti Utara Malaysia.

Rubiah Ghazali. (2010). Rebet Cukai Zakat Perniagaan: Keberkatan Dalam Pengurusan

Kewangan Negara (Makalah , Seminar Persidangan Zakat dan Cukai

Kebangsaan 2010, 5 Oktober 2010).

Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Persepsi dan Kesedaran Terhadap

Perluasan Sumber Zakat Harta Yang Diiktilaf. Dlm. Prosiding Seminar Hala

Tuju Zakat Korporat di Alaf baru. Disunting oleh Hailani Muji Tahir dan Abd.

Ghafar Ismail. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Sanep Ahmad & Zulkifli. Model Gelagat Kepatuhan dan Pengelakan Zakat: Satu

Tinjauan Teori (Prosiding Seminar Seventh International Conference: The

Tawhidi Epitemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010), 501-516.

Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail. (2013). Urus Harta Urus Iman. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1976). Pedoman Zakat. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Yusuf al-Qaradawi. (1998). Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. Terj. Kuala

Lumpur:Metacorp Bhd.

Yusuf al-Qaradawi. (2000). Kemiskinan Dan Cara Islam Mengatasinya. Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Zahri Hamat. (2004). Perakaunan Zakat Pendapatan: Satu Analisis Semula. dlm.

Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Disunting oleh Hailani Muji Tahir, Abd.

Ghafar Ismail & Zamzuri Zakaria. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainol Bidin & Kamil Md Idris (2009). Ramalan Niat Gelagat Kepatuhan Zakat

Pendapatan Gaji: Perbandingan Teori Tindakan Beralasan dan Teori Gelagat

Terancang . IJMS 16 (2), 1-19.

Zainol Bidin (2008). Faktor-faktor Penentu Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan

Gaji. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia.

Zulkarnain Yusof. (1994). Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden

Dengan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.