kh3 pilihan 1 - elektronik

11
ILIHAN 1 – Kemahiran Teknikal BAB 1 ELEKTRONIK kemahiranhiduptingka tan3.wordpress

Upload: kemhidup3

Post on 25-Dec-2014

1.100 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

PILIHAN 1 – Kemahiran Teknikal

BAB 1

ELEKTRONIK

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Page 2: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

PENGENALAN

Pernahkah kamu terfikir pada masa dahulu alat permainan kanak-kanak seperti kereta dan anak patung mainan boleh bergerak dan berbunyi dengan sendirinya?

Kini, alat permainan tersebut bukan sahaja boleh bergerak dengan sendirinya malah boleh mengeluarkan bunyi dan melakukan pelbagai aktiviti tertentu.

Mengaplikasikan komponen elektronik dapat meningkatkan keupayaan dan objek yang besar serta kompleks dapat dikecilkan saiznya.

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Page 3: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Nama, Simbol dan Fungsi Komponen Elektronik

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Litar bersepadu (Integrated Circuit – IC)Litar bersepadu (IC) juga dikenali sebagai litar terkamil. Komponen ini sangat meluas kegunaannya. Contohnya telefon bimbit, komputer dan televisyen. IC diperbuat daripada bahan separa pengalir yang terdiri daripada gabungan beberapa komponenn elektronik seperti transistor, perintang, diod dan kapasitor dalam satu set.

Litar bersepadu -

(integrated circuit – IC)

Peralatan yang mempunyai

komponen IC

Page 4: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Litar bersepadu (IC)kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Litar Bersepadu (IC)- IC pemasa 555 adalah seperti jam analog yang dapat diset masa permulaan dan akhirnya- Tanda titik atau notch (potongan separa bulatan) menentukan pin nombor 1 terletak di sebelah kiri-Manakala nombor pin yang lainnya adalah mengikut turutan lawan jam

Simbol IC 555Simbol litar bersepadu (IC 555) pemasa adalah berbentuk segi empat dan dilebalkan jenis dan kedudukan pinnya

Simbol IC 555Kedudukan titik, notch dan pin nombor 1

Page 5: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Litar bersepadu (IC)kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Fungsi IC- Fungsi IC adalah untuk mengecilkan saiz litar yang kompleks dan menjimatkan ruang- Fungsi pin yang terdapat pada IC adalah ditentukan oleh lembaran data pengeluar atau pembekal komponen elektronik tersebut- Rajah menunjukkan fungsi pin bagi IC pemasa 555 yang mempunyai 8 pin atau kaki. Setiap pin mempunyai fungsi tertentu

Binaan IC- IC merupakan gabungan komponen-komponen elektronik yang dicantumkan dalam satu kepingan silikon yang dinamakan cip silikon atau cip mikro- Cip silikon ini dimuatkan dalam satu set yang sangat kecil dinamakan serpihan- Serpihan biasanya mempunyai satu litar yang lengkap atau separa lengkap- Lembaran emas digunakan unutk menyambung serpihan pada pin-pin IC - Perumah plastik atau logam biasanya digunakan untuk melindungi serpihan agar tidak rosak- Semakin banyak pin pada litar bersepadu maka bertambah pula fungsinya

Binaan IC

Fungsi setiap pin IC 555

Page 6: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Susunan Nombor IC Pemasa 555

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

1. Nombor digunakan pada pin-pin IC2. Tanda pada IC dapat membantu mengenal pasti nombor pin-pin berkenaan3. Pin nombor 1 terletak di sebelah kiri titik atau noteh4. Nombor pin yang lain mengikut turutan lawan jam

Page 7: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

1. IC adalah satu komponen elektronik yang sensitif2. IC hendaklah disimpan di dalam bekas plastik antistatik atau polisterina3. IC akan mudah rosak sekiranya terdedah pada suhu yang tinggi dan voltan yang berlebihan

Penjagaan IC

Pematrian 1. Pastikan IC ditanggalkan terlebih dahulu daripada soket IC sebelum memateri2. Kerja pematerian hendaklah dilakukan pada soket IC dan bukan terus pada pin IC3. Kemudian masukkan pin IC ke dalam soket tersebut

Page 8: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Binaan dan Tamatan Gegantikemahiranhiduptingkatan3.wordpress

GegantiGeganti adalah sejenis komponen yang digunakan sebagai suis kawalan pada litar yang berkuasa tinggi seperti lampu isyarat jalan raya. Kendalian geganti dikawal oleh aruhan magnet.

Binaan GegantiGeganti mempunyai lima bahagian utama, iaitu:a) Gegelungb) Armaturc) Plat sesentuhd) Teras besie) Tamatan

Binaan gegantiGeganti

Page 9: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Jenis Gegantikemahiranhiduptingkatan3.wordpress

1. Geganti kutub tunggal satu arah (Single Pole Single Throw – SPST)a) Mempunyai 4 kakib) Kaki 1 dan 3 ialah tamatan gegelungc) Kaki 2 dan 4 ialah tamatan sesentuh NO (Normally Open)

2. Geganti kutub tunggal dua arah (Single Pole Double Throw – SPDT)a) Mempunyai 5 kakib) Kaki bernombor 1 dan 3 ialah tamatan gegelungc) Tamatan sesentuh NO (Normally Open) ialah kaki bernombor 2 dan 4d) Tamatan sesentuh NC (Normally Close) ialah kaki bernombor 2 dan 5

Page 10: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Fungsi Geganti

1. Apabila arus mengalir melalui gegelung terus besi akan menjadi electromagnet dan menarik plat sesentuh

2. Plat sesentuh pula akan memutuskan atau mengalirkan arus elektrik di dalam litar

3. Apabila arus terhenti mengalir melalui gegelung maka aruhan magnet akan hilang atau berhenti. Ini menyebabkan armature terlepas, plat sesentuh terbuka menyebabkan arus terhenti mengalir melalui litar

4. Geganti dilebalkan mengikut kadaran voltan kendalian dan rintangan gegelung. Kebiasaannya geganti yang digunakan dalam litar elektronik berkadaran voltan 6V, 9V dan 12V

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Page 11: KH3 Pilihan 1 - Elektronik

Kendalian Geganti

Dalam keadaan suis S terbuka, arus tidak mengalir melalui gegelung geganti. Arus tidak mengalir melalui mentol kerana kaki 2 bersentuhan kaki 4 (Normally Close – NC). Mentol tidak menyala.

kemahiranhiduptingkatan3.wordpress

Apabila suis S tertutup, arus akan mengalir melalui gegelung geganti. Aruhan electromagnet terhasil pada teras besi menyebabkan kaki bernombor 2 yang bersentuhan dengan kaki bernombor 4 (NC) akan tersentuh ke kaki bernombor 5 (NO). arus akan mengalir dan menyalakan mentol

Litar kawalan terbuka

Litar kawalan tertutup