elektronik mi.doc

21
AMALI : 1 TAJUK : ASAS PEMATERIAN PENGENALAN Kerja amali elektronik yang dijalankan adalah proses memateri. Memateri ialah suatu proses pencantuman antara komponen bersama papan jalur (veroboard) dengan menggunakan peralatan dan bahan yang betul. Melalui pematerian yang sempurna komponen yang ada pada litar dapat berfungsi dengan baik. Semasa memateri, pematerian perlu kemas bagi memastikan komponen dapat berfungsi dengan baik. Melalui kerja amali ini juga, komponen-komponen elektronik serta fungsinya dapat dikenalpasti. Misalnya pelajar dapat mengenalpasti sesuatu komponen melalui litar skematik dan cara penyambungan yang betul pada litar sama ada menggunakan veroboard mahupun pcb board. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Hal ini adalah kerana kandungan timah boleh membahayakan kesihatan. Sebaiknya gunakan mask agar tidak tersedut wasap pematerian. Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum). Timah pateri boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut diameter. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di bahagian tengahnya. Fungsi bahan ini ialah: - Membantu mengalirkan timah pateri lebur 1

Upload: eizanie-muhamad

Post on 04-Jan-2016

380 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Page 1: elektronik mi.doc

AMALI : 1

TAJUK : ASAS PEMATERIAN

PENGENALAN

Kerja amali elektronik yang dijalankan adalah proses memateri. Memateri ialah suatu proses

pencantuman antara komponen bersama papan jalur (veroboard) dengan menggunakan

peralatan dan bahan yang betul. Melalui pematerian yang sempurna komponen yang ada pada

litar dapat berfungsi dengan baik. Semasa memateri, pematerian perlu kemas bagi memastikan

komponen dapat berfungsi dengan baik.

Melalui kerja amali ini juga, komponen-komponen elektronik serta fungsinya dapat dikenalpasti.

Misalnya pelajar dapat mengenalpasti sesuatu komponen melalui litar skematik dan cara

penyambungan yang betul pada litar sama ada menggunakan veroboard mahupun pcb board.

Pengudaraan yang baik amat perlu untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Hal ini adalah

kerana kandungan timah boleh membahayakan kesihatan. Sebaiknya gunakan mask agar tidak

tersedut wasap pematerian. Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan

plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum). Timah pateri boleh didapati dalam

beberapa saiz mengikut diameter. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di

bahagian tengahnya. Fungsi bahan ini ialah:

- Membantu mengalirkan timah pateri lebur

- Mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika kerja memateri

- Mengasingkan lapisan oksida pada tempat yang dipateri

Apabila melebur (pada suhu sekitar 370o C), timah pateri bertukar menjadi cecair yang kemudiannya

melekatkan bahagian-bahagian logam yang hendak dicantum. Elakkan timah pateri lebur daripada terkena

sambungan lain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.

1

Page 2: elektronik mi.doc

OBJEKTIF AMALI :

1. Mengenalpasti dan memilih bahan-bahan pematerian2. Mengenalpasti dan memilih alatan pematerian dan nyahpematerian3. Menentukan dan menggunakan kaedah-kaedah dan prosedur yang sesuai dalam pematerian komponen pada PCB4. Menggunaan soldering iron sebelum dan semasa pateri5. Melakukan soldering pada komponen pengalir dan litar6. Menambah dan menanggalkan kompenan pada PCB

BAHAN : Bahan Pemateri, Wayar, Komponen elektronik, Papan litar, Span, Fluks

ALAT TANGAN :

1. Playar muncung tirus2. Pemotong sisi3. Penjalur wayar4. Alat Pemateri Elektrik5. Stesen Pemateri

2

Page 3: elektronik mi.doc

PERALATAN DAN BAHAN :

Alatan tangan Fungsi

Alat Pemateri

1. Mencairkan timah pateri ketika kerja - kerja pematerian dilakukan.

Sucker

2. Menyedut pateri yang telah dicairkan untuk menanggalkan komponen dari papan litar.

Pemegang alat pemateri

3. Meletakkan alat pemateri ketika digunakan.4. Meletakkan alat pemateri sehingga sejuk sebelum disimpan.

Span

5. Digunakan untuk membersihkan bit pemateri daripada kotoran akibat kesan daripada pematerian.6. Perlu dilembapkan dengan air sebelum digunakan.

3

Page 4: elektronik mi.doc

Pemegang Papan Jalur

7. Digunakan untuk memegang papan litar semasa proses memateri dilakukan.8. Papan litar dikepitkan pada pemegangnya dengan kemas.

Playar Muncung Tirus

9. Membengkok dan memotong dawai halus.

Pemotong Sisi

10. Memotong dawai dan wayar elektrik.11. Memotong kaki komponen elektronik.

Penjalur Wayar

1. Menjalur dan memotong wayar.

4

Page 5: elektronik mi.doc

Timah Pateri

1. Digunakan bersama dengan alat pemateri untuk memateri komponen pada papan litar.2. Mencantumkan hujung wayar dengan kaki komponen pada papan litar.3. Sesetengahnya  mengandungi fluks untuk: a) membersihkan bahagian pateri. b) mengalirkan bahan pateri yang lebur c) mencegah lapisan oksida

Perintang

4. Digunakan untuk mengawal pengaliran arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar elektronik.

Light emmiting diode ( LED )

5. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat6. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)

7. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt.

tanda + −

terminal anod (A) katod (K)

kaki panjang pendek

luaran bulat pipih

dalaman kecil besar

pendawaian: merah hitam

8. Sebagai tapak untuk meletakkan komponen

5

Page 6: elektronik mi.doc

Papan Litar

Klip Buaya

9. Sebagai penyambung litar antara komponen dengan sumber bekalan kuasa.

Fluks

10. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematerian dan membantu menghasilkan pematerian yang kukuh.

11. Digunakan untuk menyambungkan

6

Page 7: elektronik mi.doc

Wayar

litar kepada sumber bekalan kuasa.

Bekalan Kuasa

12. Membekalkan sumber bekalan dengan mengawal jumlah voltan yang di kehendaki.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KERJA PEMATERIAN

1. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Hal ini adalah kerana kandungan timah boleh membahayakan kesihatan. Sebaiknya gunakan mask agar tidak tersedut wasap pematerian.2. Alat pemateri perlu berkedudukan 30o dari muka veroboard.3. Timah juga perlu berkedudukan 30o dari muka veroboard tetapi diletak bertentangan dengan alat pemateri.4. Semasa memateri, elakkan tangan dari terkena bit pemateri yang panas.5. Elakkan dari memateri dawai yang banyak.6. Elakkan dari memateri terlalu lama.7. Letakkan alat pemateri pada pemegangnya selepas menggunakannya.8. Lakukan pematerian pada komponen pasif terlebih dahulu seperti perintang tetap diikuti dengan komponen aktif.

7

Page 8: elektronik mi.doc

Rajah : Sudut yang sesuai untuk memateri

A. LANGKAH-LANGKAH KERJA :

1. Papan litar dibersihkan dari lumut dengan menggunakan kertas pasir yang halus.2. Bit pateri yang sedang panas dibersihkan menggunakan span lembap. Stand pemateri digunakan mengikut kesesuaian.3. Soldering paste digunakan untuk membersihkan mata pateri yang digunakan.4. Kaki kompenan di masukkan ke dalam lubang pada litar dan dibengkokkan kakinya agar dapat memegang kompenan yang ingin di pateri.

Rajah 1.1 : Kaki komponen dibengkokkan

5. Jarak antara 2-5mm kaki komponen dari papan litar dipotong untuk mengelakkan berlakunya litar pintas.6. Mata pemateri diletakkan di antara titik litar dan kaki komponen dalam 2-5 saat untuk memanaskan kedua-dua bahan tersebut.7. Mata pemateri disentuhkan dengan timah di antara 2-5mm untuk meleburkan timah. Angkatkan timah terlebih dahulu sebelum alat pemateri dan pembekuan timah akan berlaku secara semulajadi.

8

Page 9: elektronik mi.doc

Rajah 1.2 : Proses pematerian dilakukan

8. Langkah 4 hingga 7 diulang untuk komponen yang lain.

PEMATERIAN

Terdapat berbagai-bagai jenis alat pemateri di pasaran, secara amnya yang membezakannya adalah kuasa (watt) alat tersebut. Semakin tinggi nilai kuasa, semakin cepat ia panas.

MENANGGALKAN PEMATERIAN

1. Timah dicairkan dengan disentuhkan dengan mata pemateri yang panas. Kemudian, timah disedut dengan menggunakan Sucker.

2. Muncung Sucker diletakkan pada timah yang telah cair dan butang sedut pada Sucker ditekan. Proses ini dilakukan sehingga tiada timah yang melekatkan dua bahan tersebut.

3. Timah tidak dicairkan terlalu lama kerana boleh merosakkan jalur papan litar.

4. Komponen akan terjatuh dengan sendiri apabila pematerian ditanggalkan atau kadangkala playar muncung tirus digunakan untuk menariknya.

5. Bekas pematerian yang telah ditanggalkan dibersihkan.

6. Meja kerja dikemaskan.

9

Page 10: elektronik mi.doc

B. LANGKAH-LANGKAH KERJA :

1. Papan jalur dan beberapa wayar dibekalkan.2. Susunan wayar pada papan jalur dirancang mengikut kreativiti yang hendak dihasilkan.3. Wayar-wayar disusun dengan kemas mengikut kreativiti yang telah dirancang.4. Wayar-wayar dipateri mengikut kreativiti.5. Lakaran nama dan sebagainya dibuat sebagai contoh kreativiti.6. Markah dikira mengikut kreativiti, kekemasan dan mengikut prosedur kerja yang betul.

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

10

Page 11: elektronik mi.doc

PERBINCANGAN :

1) Apakah fungsi kelengkapan pematerian?

1. Kertas pasir / kertas las

Jawapan : Untuk membersihkan papan litar daripada lumut dan kotoran-kotoran yang lain.

2. Pateri

Jawapan : Untuk mencairkan atau meleburkan timah ketika kerja-kerja pematerian

dilakukan pada papan litar.

2) Berikan 5 faktor yang menyebabkan sambungan pateri berkeadaan tidak baik

1. Bit pemateri yang tidak dibersihkan sebelum memulakan proses pematerian.

2. Permukaan papan litar yang kotor dan berlumut.

3. Jenis timah pateri yang digunakan tidak sesuai dengan papan litar dan komponen yang digunakan.

4. Timah pateri yang digunakan secara berlebihan.

5. Pematerian yang dilakukan secara perlahan atau lambat.

3) Mengapakah kaki komponen yang berlebihan pada papan jalur perlu dipotong

selepas proses pematerian?

Jawapan : Untuk mengelak dari berlakunya litar pintas pada papan litar, dan juga supaya dapat memudahkan komponen dibuka semula sekiranya berlaku kesilapan selepas dipateri. Selain itu, untuk mengelak dari berlaku kecederaan kepada kita kerana kaki komponen yang tajam dan juga sebagai kekemasan pada bahan projek.

11

Page 12: elektronik mi.doc

AMALI : 2

TAJUK : ASAS PENGGUNAAN PAPAN JALUR (VEROBOARD)

OBJEKTIF AMALI :

1. Mengetahui kegunaan papan jalur2. Mengenalpasti dan memilih kedudukan komponen pada papan jalur3. Menentukan dan menggunakan kaedah-kaedah dan prosedur yang sesuai dalam menyusun litar pada papan jalur4. Memasang komponen pada papan jalur5. Menambah dan menanggalkan komponen pada papan jalur6. Membaca litar elektronik yang diberi7. Menguji kefungsian litar yang dipasang pada papan jalur

BAHAN : Bahan pemateri, Wayar, Komponen Elektronik, Papan Jalur, Span, dan Fluks

ALAT TANGAN :

8. Playar muncung tirus9. Pemotong sisi10. Penjalur wayar11. Alat Pemateri Elektrik12. Stesen Pemateri13. Pemegang Papan Jalur

LANGKAH-LANGKAH KERJA :

12

Page 13: elektronik mi.doc

Rajah 1.3 : Litar Projek

1. Gambarajah litar di atas difahami.

2. Litar dalam gambarajah dipindahkan pada papan projek.

3. Setiap komponen yang hendak digunakan dikenalpasti dan dipastikan dalam berkeadaan baik.4. Kedudukan setiap komponen dikenalpasti sebelum meletakkannya pada papan jalur. Kaki komponen dibengkokkan dengan menggunakan playar muncung tirus dan disusun dengan betul seperti dalam rajah.5. Pemeriksaan dilakukan dengan bantuan pensyarah dan pengajar setelah komponen dan wayar selesai disusun pada papan projek.6. Komponen-komponen pada papan jalur dipateri setelah diperiksa. Semua kaki komponen dipotong dengan cara yang betul.7. Litar disambungkan pada bekalan kuasa (power supply).8. Bekalan kuasa dihidupkan dan pemerhatian dilakukan pada litar dan kompenan.9. Selesai menguji komponen, peralatan dan bahan yang digunakan dikemas.

JADUAL KOD WARNA PERINTANG :

13

Page 14: elektronik mi.doc

Cara Menentukan Perintang

1. Setiap perintang mempunyai jalur yang berwarna –warni. Warna tersebut menunjukkan

nilai bagi sesuatu perintang itu.

2. Misalnya seperti perintang mempunyai jalur-jalur yang berwarna kuning, ungu, merah

dan emas. Jalur yang bewarna emas merupakan nilai toleransi.

3. Urutan warna bagi perintang tersebut berdasarkan jadual perintang adalah seperti

berikut :

1. Jalur Pertama (Kuning) -------------- 4

2. Jalur Kedua (Ungu) ------------------ 7

3. Jalur Ketiga (Merah) ----------------- x 100

4. Jalur Keempat (Emas) --------------- ± 5 %

5. Jadi nilai bagi perintang tersebut adalah :

14

Kod Warna WarnaJalur Pertama/Kedua

Jalur ketiga ( pendarab )

Toleransi

Hitam 0

Perang/Coklat 1 10

Merah 2 100

Oren/Jingga 3 1000

Kuning 4 10000

Hijau 5 100000

Biru 6 1000000

Ungu 7 10000000

Kelabu 8 100000000

Putih 9

Emas 1/10 ±5%

Perak 1/100 ±10%

Tiada warna ±20%

Page 15: elektronik mi.doc

= 47 x 100 x 5%

= 4 700 Ohm + 5%

= 4,7 Ohm + 5%

Nilai toleransi dihitung dengan cara:

=4 700 x 5%

Didapati,

R maksimum = 4 700 + 235

= 4 935 Ohm

R minimum = 4 700 – 235

= 4 465 Ohm

Apabila perintang tersebut diukur dengan menggunakan Ohm meter, maka nilainya adalah antara

4 465 s/d 4 935.

Hasil Projek

PERBINCANGAN :

15

Page 16: elektronik mi.doc

1) Nyatakan langkah awal sebelum melakukan pematerian.

Jawapan :

1. Papan litar digosok dengan menggunakan kertas pasir.

2. Bit pemateri dibersihkan dahulu dengan menggunakan fluks.

3. Alat pemateri dipanaskan secukupnya.

4. Span telah lembabkan dengan air.

5. Timah pateri disediakan secukupnya.

2) Nyatakan satu alat yang digunakan untuk menanggalkan pematerian

Jawapan : Penyedut timah (Sucker)

3) Apakah tujuan pembentukan kaki komponen dilakukan semasa pemasangan

komponen pada Bod sebuah litar?

Jawapan : Untuk memudahkan kerja pematerian komponen pada papan litar dan juga sebagai

kekemasan projek.

4) Jika sesuatu litar projek elektronik tidak berfungsi setelah dihasilkan, apakah yang

perlu anda lakukan?

Jawapan : Membuat pemeriksaan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Multimeter

adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Tujuan

pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang

dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika

bacaannya infiniti,projek mempunyai litar terbuka.

KESIMPULAN :

16

Page 17: elektronik mi.doc

Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Kerja ini

tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Tetapi jika pematerian tidak dilakukan dengan sempurna,

kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Oleh itu, pelajar perlu berusaha untuk

menguasai kemahiran memateri dengan baik.

RUJUKAN :

Kemahiran Hidup Bersepadu (Elektronik & Alatan Tangan)

www.slideshare.net/zaxx/khb-ting-3-bab-31-elektronik.

www.citcat.com ( Wikipedia : Kerja Amali Elekktronik)

www.google.com ( Google Image Search)

17