kh bahan

5
http://www.oocities.org/f aizal_angah86/ tenaga_semula_jadi_pe rlu_dibangu.htm Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor (Pemenang tempat ketiga kategori B (Tingkatan 4-6) Pertandingan Mengarang Esei Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga 2001 Peringkat Sekolah Menengah) TENAGA penting dalam kehidupan masyarakat dunia dan khususn ya kepada rakyat Malaysia dalam menuju era glonalisasi. Setiap hari kita sering menggunakan tenaga tanpa kita sedari. Perkataan tenaga itu berasal daripada dua patah perkataan Yunani yang bermaksud keupayaan bekerja. Mengikut sejarah, idea moden mengenai ciri tenaga ini telah diilhamkan oleh Sir Isaac Newton pada abad ke-17. Berdasarkan kajiannya mengenai Hukum Gerakan, beliau menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dibina atau dibinasakan tetapi boleh bertukar kepada bentuk lain. Malaysia juga bergantung kepada tenaga untuk pembangunan dan perkembangan ekonominya. Malaysia adalah adalah sebuah negara membangun yang mempunyai kedudukan ekonomi yang baik untuk menjalankan perindustrian. Pada masa yang sama, penggunaan tenaga telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada 1995, jumlah permintaan tenaga yang diperlukan ialah 22,164 ktoe dan telah meningkat kepada 25,558 ktoe pada 1998. Sumber utama tenaga yang digunakan ialah minyak mentah dan produk berasaskan petroleum yang yang akan kehabisan. Walaupun Malaysia mengeluarkan minyaknya sendiri untuk kegunaan tempatan tetapi dalam jangka masa panjang, negara perlu membangunkan sendiri sumber tenaga yang diperbaharui untuk memastikan bekalan tenaga ini dapat dipertahankan dan seterusnya negara dapat terus membangunkan ekonominya. Seperti yang kita ketahui, bahan api fosil tidak dapat diperbaharui. Ini bermakna, lama kelamaan bahan api ini akan kehabisan. Bahan api fosil ini adalah seperti minyak, arang batu dan gas asli. Oleh itu, kita perlu berfikir mengenai masa depan tenaga yang perlu digunakan sekiranya bahan api fosil kehabisan dengan mencari sumber tenaga yang dapat diperbaharui. Sumber ini boleh digunakan oleh manusia untuk selama-lamanya. Ini adalah penting untuk generasi akan datang. Malaysia juga turut membangunkan penggunaan tenaga diperbaharui ini walaupun berada pada peringkat permulaan. Ini terbukti apabila Malaysia turut menyatakan polisi bahawa tenaga diperbaharui sebagai sumber yang berpotensi di dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) (2001- 2005). Ini adalah kerana penggunaan tenaga diperbaharui sebanyak lima peratus dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM5 bilion untuk tempoh lima tahun, menurut akhbar tempatan. Tenaga diperbaharui ini sumber terhad terdiri daripada sumber seperti matahari, angin

Upload: antonia-amin

Post on 14-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 KH Bahan

http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 1/5

http://www.oocities.org/faizal_angah86/tenaga_semula_jadi_perlu_dibangu.htm 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor (Pemenang tempat ketiga

kategori B (Tingkatan 4-6) Pertandingan Mengarang Esei Tenaga Diperbaharui dan

Kecekapan Tenaga 2001 Peringkat Sekolah Menengah)

TENAGA penting dalam kehidupan masyarakat dunia dan khususnya kepada rakyat 

Malaysia dalam menuju era glonalisasi. Setiap hari kita sering menggunakan tenaga

tanpa kita sedari. Perkataan tenaga itu berasal daripada dua patah perkataan Yunani

yang bermaksud keupayaan bekerja.

Mengikut sejarah, idea moden mengenai ciri tenaga ini telah diilhamkan oleh Sir Isaac

Newton pada abad ke-17. Berdasarkan kajiannya mengenai Hukum Gerakan, beliau

menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dibina atau dibinasakan tetapi boleh bertukar

kepada bentuk lain.

Malaysia juga bergantung kepada tenaga untuk pembangunan dan perkembangan

ekonominya. Malaysia adalah adalah sebuah negara membangun yang mempunyai

kedudukan ekonomi yang baik untuk menjalankan perindustrian.

Pada masa yang sama, penggunaan tenaga telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada

1995, jumlah permintaan tenaga yang diperlukan ialah 22,164 ktoe dan telah meningkat 

kepada 25,558 ktoe pada 1998.

Sumber utama tenaga yang digunakan ialah minyak mentah dan produk berasaskan

petroleum yang yang akan kehabisan.

Walaupun Malaysia mengeluarkan minyaknya sendiri untuk kegunaan tempatan tetapi

dalam jangka masa panjang, negara perlu membangunkan sendiri sumber tenaga yang

diperbaharui untuk memastikan bekalan tenaga ini dapat dipertahankan dan seterusnya

negara dapat terus membangunkan ekonominya.

Seperti yang kita ketahui, bahan api fosil tidak dapat diperbaharui. Ini bermakna, lama

kelamaan bahan api ini akan kehabisan. Bahan api fosil ini adalah seperti minyak, arang

batu dan gas asli. Oleh itu, kita perlu berfikir mengenai masa depan tenaga yang perlu

digunakan sekiranya bahan api fosil kehabisan dengan mencari sumber tenaga yang

dapat diperbaharui.

Sumber ini boleh digunakan oleh manusia untuk selama-lamanya. Ini adalah penting

untuk generasi akan datang. Malaysia juga turut membangunkan penggunaan tenaga

diperbaharui ini walaupun berada pada peringkat permulaan.

Ini terbukti apabila Malaysia turut menyatakan polisi bahawa tenaga diperbaharui

sebagai sumber yang berpotensi di dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) –(2001-

2005). Ini adalah kerana penggunaan tenaga diperbaharui sebanyak lima peratus dapat 

menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM5 bilion untuk tempoh lima tahun,

menurut akhbar tempatan.

Tenaga diperbaharui ini sumber terhad terdiri daripada sumber seperti matahari, angin

7/27/2019 KH Bahan

http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 2/5

dan haba dari permukaan bumi. Tenaga diperbaharui ini berbeza dengan bahan api fosil

kerana bekalan tenaga akan kekal untuk selama-lamanya. Terdapat lima sumber tenaga

diperbaharui yang dikenal pasti iaitu tenaga suria, tenaga hidro, tenaga angin, tenaga

geoterma dan tenaga biomass.

Tenaga suria ini diperolehi melalui pancaran cahaya matahari. Malaysia berpotensiuntuk projek menjana tenaga suria kerana menerima pancaran cahaya matahari selama

enam jam sehari dan tenaga ini adalah percuma serta menyeluruh.

Tenaga ini banyak digunakan di kawasan pedalaman untuk mendapatkan bekalan

elektrik dengan menggunakan panel Solar PV. Penduduk di kawasan pedalaman

Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik dengan adanya kemudahan solar. Selain itu,

tenaga suria ini juga membekalkan tenaga untuk alat perhubungan telefon awam seperti

di Pulau Aman dan kawasan pedalaman Sawarak.

Tenaga ini juga digunakan dalam bidang pertanian iaitu ia digunakan untuk 

mengasingkan kepingan getah. Di kawasan bandar, penggunaan alat pemanas solar

adalah popular di rumah serta di hotel. Di Malaysia, projek menjana tenaga suria telah

dibina di Teluk Apan di Pulau Langkawi dan Kampung Hulu Tembeling di Pahang.

Selain tenaga suria, tenaga hidro juga adalah tenaga yang amat penting sebagai salah

satu sumber tenaga diperbaharui. Tenaga hidro ini diguna sebagai bekalan air, kawalan

banjir, pengairan dan tujuan rekreasi. Malaysia adalah negara yang berpotensi untuk 

menjana tenaga hidro. Melalui tenaga hidro inilah terjadinya hidroelektrik.

Hidroelektrik ialah nama yang diberikan kepada elektrik yang dijana oleh kuasa air.

Sistem ‘hidro’ dunia yang pertama telah dibina pada 1882 di Wisconsin, AmerikaSyarikat. Projek menjana kuasa elektrik hidro ini sesuai dijalankan di Malaysia kerana

menerima hujan sepanjang tahun dengan jumlah hujan melebihi 2,000 milimeter (mm)

setahun.

Bekalan elektrik di negara banyak bergantung kepada tenaga hidro ini. Antara tempat 

penjanaan kuasa hidroelektrik ialah di Empangan Chenderoh, Sungai Perak dan

Empangan Bakun, Sarawak yang masih dalam pembinaan. Kuasa hidroelektrik ini sesuai

digunakan kerana mudah diperbaharui, tidak habis, murah dan bersih serta tidak 

mencemarkan alam sekitar.

Tenaga diperbaharui seperti tenaga biomass cuba dipraktikkan di Malaysia. Tenaga

biomass ini diperolehi daripada hampas kelapa sawit. Sisa pertanian itu menghasilkan

biogas seperti metana sebagai bahan pembakar untuk tujuan memasak. Tenaga ini

sesuai digunakan kerana terdapat banyak ladang kelapa sawit di Malaysia dan

menghasilkan 8.5 juta tan sisa buangan buah kelapa sawit yang dapat menghasilkan dua

juta tan minyak (metana).

Secara tidak langsung, ia telah menyumbangkan enam peratus keperluan bekalan tenaga

negara. Penggunaan tenaga biomass ini semakin meluas diguna di seluruh negara

kerana ia menjimatkan sumber tenaga dan murah.

Kerajaan Malaysia juga mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan sumber tenaga

7/27/2019 KH Bahan

http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 3/5

dengan menggunakan tenaga angin sebagai sumber tenaga diperbaharui. Angin telah

digunakan sebagai sumber kuasa berjuta-juta tahun dulu.

Kincir angin yan terawal telah digunakan buat pertama kali kira-kira 500 tahun dulu.

Kebanyakan kincir ini diguna di negara Barat untuk mengisar jagung atau mengepam air

bagi tanaman makanan di ladang. Pada 1890, kuasa angin yang pertama kali digunakanuntuk menjana elektrik. Kuasa angin ini bergantung kepada kelajuan angin.

Melalui kajian yang dijalankan sejak 1983, didapati sesetengah tempat saja di Asia

Tenggara yang sesuai menggunakan tenaga angin sebagai bekalan sumber tenaga. Kincir

angin ini telah dibina di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak pada Rancangan

Malaysia Keenam (RM-6) (1991-1995). Kincir angin ini telah membekalkan kapasiti 150

kiloWatt (KW). Jelas di sini, tenaga angin ini tidak begitu sesuai dijalankan di Malaysia.

Tenaga geoterma adalah sejenis tenaga yang dapat diperbaharui. Tenaga geoterma ialah

tenaga yang menggunakan sumber tenaga haba yang amat besar di bawah permukaan

bumi untuk menghasilkan kuasa elektrik.

Contoh tenaga geoterma ialah mata air panas dan geiser. Tenaga ini mula diguna secara

besar-besaran bermula dengan teknologi abad ke-20. Negara Iceland telah lama

menggunakan tenaga dari gunung berapi, geiser dan mata air panas.

Amerika Syarikat, New Zealand dan Jepun telah pun mengadakan stesen janakuasa

geoterma yang menyumbangkan keperluan kuasa elektrik mereka. Malaysia tidak dapat 

mengaplikasikan tenaga ini kerana negara kita tidak mempunyai sumber tenaga

geoterma seperti geiser dan mata air panas.

Secara amnya, Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk mencari dan menjana

tenaga diperbaharui sebagai bekalan tenaga untuk masa depan khususnya generasi akan

datang.

Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah dengan menubuhkan institusi seperti

Pusat Tenaga Malaysia (PTM) pada 1998 untuk mengkoordinasi dan mengurus program

kajian dan pembangunan mengenai tenaga dan mempromosikan penggunaan tenaga

diperbaharui di Malaysia.

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan penggunaan kecekapan tenaga. Kecekapan

tenaga ini meliputi keefisienan dalam menggunakan kuasa, transmisi dan pengagihan

elektrik dan kepelbagaian penggunaan tenaga dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-

7) (1996-2000).

Peraturan kegunaan kecekapan tenaga dikeluarkan untuk memberi garis panduan

kepada pihak pengurusan syarikat dalam menggunakan kuasa secara efisien di antara

pekerja. Kerajaan juga turut memberi keutamaan dari segi masa dan kewangan dari luar

negara. Selain organisasi kerajaan, organisasi bukan kerajaan juga turut membantu

dalam mempelbagaikan kegunaan tenaga diperbaharui.

Contohnya, mahasiswa dan mahasisiwi di pusat pengajian tinggi telah mencipta alat yang menggunakan tenaga solar.

7/27/2019 KH Bahan

http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 4/5

 

Menurut Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan

Tenaga (Cetree), Prof Dr Kamarul Azizi Ibrahim, teknologi masa kini membolehkan

lampu solar menyala pada waktu malam dan padam secara automatik pada siang

(akhbar Berita Harian 26 Julai 2001).

Cetree telah membelanjakan kira-kira RM2,200 untuk menghasilkan satu protaip lampu

solar yang dipasang serta diuji di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang berbanding

lampu solar yang diimport ke negara ini dijual kira-kira RM20,000 seunit.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin dan memupuk kesedaran

masyarakat mengenai pentingnya kegunaan sumber tenaga secara cekap dan tidak 

membazir untuk pembangunan dan perkembangan negara pada masa depan 

PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI

MENGIKUTPERSPEKTIF ISLAM 

Syahrul Hisham Mohamad @ Abd. Rahman

Hazriq Izzuan Jaafar

http://www.academia.edu/2548559/Pembangunan_Sumber_Tenaga_Yang_Boleh_Diper

baharui_Mengikut_Perspektif_Islam 

Tenaga Solar 

Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud matahari.Tenaga

solar ini adalah satu teknologi yang di guna pakai bagi menghasilkan tenaga daripadacahaya matahari.

Matahari ini adalah pemberian dari Allah kepada semua makhluk di bumiuntuk mendapat manfaat 

darinya. Di dalam Al-Quran, banyak ayat yang memperkatakanmengenai matahari. Firman Allah

Subhanahu Wata'ala

Dari segi astronomi, matahari adalah jasad yang bercahaya kerana ia terbakar. Ayat Al Quran

inimenjelaskan bahawa matahari memancarkan cahaya kepada bumi dan secara tidak 

langsungmenjadi sumber tenaga kepada bumi. Begitu besar rahmat pemberian Allah, dengan

penghasilansinaran cahaya yang kuat, ia memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk 

menerangibumi bahkan boleh dikembangkan sebagai salah satu sumber tenaga yang boleh

diperbaharuiuntuk kegunaan sejagat. Satu tenaga yang selama ini hanya dipandang ringan kini

dapatdikembangkan sebagai sumber tenaga yang lebih luas.Tenaga solar merupakan salah satu tenaga

alternatif dan sudah pastinya sumber ini tidak akanhabis sehinggalah matahari berada di penghujung

hayatnya. Matahari dikatakan sebagai pusattenaga kerana hampir 99.9 peratus tenaga berpunca

daripada sinaran cahaya matahari yangsampai ke permukaan bumi [3]. Purata keseluruhan tenaga

solar yang sampai ke permukaaanbumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi [4]. Penggunaan

tenaga solar ini telahberkembang secara berperingkat-peringkat melalui penemuan kaedah yang lebih

saintifik dankegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi tenaga suria telah banyak 

7/27/2019 KH Bahan

http://slidepdf.com/reader/full/kh-bahan 5/5

digunakandi kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber

tenagautama [5].Melalui beberapa analisa yang dijalankan, terdapat dua teknologi yang di guna pakai

dalammenukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik iaitu menggunakan teknologi voltan foto

(PV)dan teknologi Loji Kuasa Solar. Teknologi PV ini merupakan suatu sistem yang menerimasinaran

matahari dan merupakan kumpulan dari sejumlah sel suria yang menukarkan sinaranmatahari kepadakuasa elektrik [3]. Operasi peralihan tenaga ini dapat di lakukan kerana cahayaadalah foton atau zarah-

zarah daripada matahari secara terus merambat dinding sel suria danmembolehkan foton cahaya ini

dipantulkan semula, terus menebusi atau diserap. Hanya fotonyang diserap membekalkan tenaga untuk 

menjana elektrik. Teknologi kedua dalam penghasilantenaga adalah melalui teknologi loji kuasa solar.

Loji ini menjana tenaga melalui operasipengumpulan cahaya matahari dan menghasilkan tenaga haba.

Pengumpulan tenaga haba iniakan mencapai kepada satu suhu yang amat tinggi dan seterusnya

mampu untuk menjana tenagaelektrik. Walau bagaimanapun, aplikasi kaedah ini masih kurang

digunakan disebabkan oleh kospemasangan yang agak tinggi walaupan kaedah ini amat sesuai

digunakan di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun seperti negara Malaysia