keusahawanan

8
MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad ke-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa, hukum umum bagi sesuatu risiko ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abadke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kerugian pada masa hadapan. (Rosli Mahmood, et.al, 2007) Salah seorang usahawan berjaya yang memiliki ciri-ciri ini ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Beliau yang dilahirkan pada 24 Julai 1976, berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) dan ketika ini merupakan seorang Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd) merupakan seorang usahawan yang gemar merendah diri dan mengatakan bahawa apa yang dimilikinya pada hari ini adalah rezeki daripada Allah SWT. (mazlie,2014 seperti mana yang diambil oleh yussufsaufey,2015) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini sangatlah menggambarkan kehidupan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh pada awal permulaan kerjayanya sebagai usahawan. Pada pendapat saya, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang usahawan yang telah berjaya mengambil risiko yang

Upload: nur

Post on 04-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ciri-ciri keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: keusahawanan

MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN

Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin

berjaya pada abad ke-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan

risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa, hukum

umum bagi sesuatu risiko ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya.

Namun begitu, pada abadke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan

memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kerugian pada masa

hadapan. (Rosli Mahmood, et.al, 2007)

Salah seorang usahawan berjaya yang memiliki ciri-ciri ini ialah Datuk Wan

Mohammad Sani Salleh. Beliau yang dilahirkan pada 24 Julai 1976, berkelulusan

Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) dan ketika ini merupakan

seorang Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani

Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd) merupakan seorang usahawan yang

gemar merendah diri dan mengatakan bahawa apa yang dimilikinya pada hari ini

adalah rezeki daripada Allah SWT. (mazlie,2014 seperti mana yang diambil oleh

yussufsaufey,2015)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Peribahasa ini sangatlah

menggambarkan kehidupan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh pada awal

permulaan kerjayanya sebagai usahawan.

Pada pendapat saya, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang

usahawan yang telah berjaya mengambil risiko yang diperhitungkan kerana

berdasarkan beberapa sumber yang saya telah baca seperti petikan berita Utusan

Online yang bertajuk “Liku kejayaan Sani Ekspres” yang disediakan oleh Rahana

Mohd. Dahari, dan beberapa artikel dari laman web seperti “Sani Express: Ahli

Perniagaan Melayu Berjaya” yang disediakan oleh Nur Regina dan “Tokoh-tokoh

Usahawan Yang Berjaya Di Malaysia” yang disediakan oleh Yussufsaufey,2015.

Berdasarkan pembacaan dari sumber-sumber di atas, saya telah mengetahui

bahawa Datuk Wan Mohammad Sani Salleh merupakan seorang model dan juga

penyanyi sebelum beliau meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang

keusahawanan. Selepas meninggalkan bidang glamor, beliau kemudiannya

membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur

Page 2: keusahawanan

dan Terengganu. Pada tahun 2003 Datuk Sani mencuba perniagaan dalam bidang

pengangkutan dengan membuka syarikat Sani United Sdn Bhd (SUSB).

Berbekalkan pengalaman beliau yang sering menggunakan perkhidmatan bas

ekspres ketika zaman persekolahannya, Datuk Sani bijak menyusun strategi untuk

menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para penumpang syarikat bas ekspres

miliknya.

Namun, tidak semuanya berjalan seperti yang dirancangkan apabila dua orang

rakan kongsi beliau menarik diri dari perniagaan yang mereka ceburi bersama.

Dengan hanya mempunyai seorang pekerja, Datuk Sani menggunakan sepenuhnya

kudrat dan buah fikirannya, untuk merealisasikan impian beliau itu. Akhirnya,

selepas tiga tahun bertungkus-lumus dengan pinjaman dari institusi kewangan

sebagai modal, segala usaha Datuk Sani telah pun mula menampakkan hasil. Beliau

menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan

yakin dengan apa yang dibuat.

Kata Datuk Sani seperti yang ditulis semula oleh Nur Regina, “Bayangkan jika apa

yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam

jumlah besar itu? Apa pun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan

alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu

perniagaan saya semakin pesat berkembang”

Kesimpulannya, risiko yang diambil oleh Datuk Sani amatlah berbaloi kerana hanya

dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada

seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat

kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai

dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’

Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu

dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Paling menarik, segala operasi di

kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi

kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Page 3: keusahawanan

RUJUKAN:

Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, et.al (2007). Prinsip-prinsip asas

Keusahawanan. Singapore: Thomsom.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

http://www.thepatriots.my/sani-express-ahli-perniagaan-melayu-berjaya/

https://yussuf0saufey.wordpress.com/2015/03/14/17/

http://jomklikblog.blogspot.com/2011/09/biodataprofil-dato-sani-pemilik.html

http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-datuk-wan-mohammad-

sani.html

https://tumpalsimamora.wordpress.com/2009/07/21/habit-and-attitude/

http://www.sunway.com.my/group/corporate-profile/chairmans-profile/

http://karyuangoi0804.blogspot.my/2014/03/bpme2013-kemahiran-dan-gelagat.html

Page 4: keusahawanan

PROAKTIF

Dalam menghadapi suatu masalah, kita boleh memilih untuk bersikap reaktif atau

proaktif. Bila kita cenderung menyalahkan orang lain atau keadaan yang sukar,

maka kita bersikap reaktif. Sementara proaktif adalah sikap bertanggungjawab atas

setiap aspek dalam kehidupan kita, yang seterusnya mendorong kita mengambil

inisiatif dan tindakan. Dengan bersikap proaktif, kita tidak membiarkan diri kita

terhanyut oleh keadaan, tetapi sebaliknya kita yang berusaha mengawal keadaan.

Dalam konsep “stimulus dan respons”, keadaan adalah stimulus yang tidak dapat

dikawal, tetapi manusia mempunyai daya untuk memilih respons apa yang akan dia

ambil. (Pdt. Tumpal Hasiholan Simamora, STh,2009)

Berkat sikap usahawan yang proaktif seperti Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah terhadap

projek pembangunan Bandar Sunwaynya pada suatu ketika dahulu yang pernah

dikatakan sebagai projek yang membuang masa kerana ramai yang tidak percaya

kepada kemampuannya kini telah berjaya disiapkan dan bandar yang serba lengkap

dengan pelbagai kemudahan itu telah pun bernilai RM 2 billion. (Ashadi Zain, 2005

seperti yang diambil oleh Rosli Mahmood, et.al, 2007)

Menurut Ashadi Zain, 2005 seperti yang diambil oleh Rosli Mahmood, et.al, 2007,

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway.

Beliau dilahirkan di Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik-beradik. Beliau

mendapat pendidikan tinggi dari Footscray Institute of Technology yang kini dikenali

sebagai Victoria University of Technology, Australia.

Menurut sebuah laman web, iaitu http://www.sunway.com.my/group/corporate-

profile/chairmans-profile/ Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah memulakan kerjayanya sebagai

akauntan di sebuah kilang pemasangan motor dan pada tahun 1974, beliau

mengasaskan Sunway Group, yang pada hari ini adalah sebuah konglomerat yang

hebat dengan perniagaan teras dalam hartanah dan pembinaan. Dua belas (12)

bahagian perniagaan yang diwujudkan merangkumi seluruh 50 lokasi di seluruh

dunia dengan asas 13,000 orang pekerja. Saya mengatakan bahawa Tan Sri Dr.

Jeffrey Cheah adalah seorang usahawan yang proaktif berdasarkan kejayaan beliau

menyokong Kumpulan Sunway untuk terus teguh walaupun menghadapi tiga

tempoh kemelesetan ekonomi. Menurut laman web

Page 5: keusahawanan

http://karyuangoi0804.blogspot.my/2014/03/bpme2013-kemahiran-dan-gelagat.html,

selepas tiga tahun penubuhan Kumpulan Sunway, negara mengalami kemelesetan

ekonomi tetapi syarikat beliau masih boleh bertahan. Bagi tahun-tahun berikutnya,

bijih timah telah habis dilombong maka beliau telah menukarkan lombong bijih timah

kepada lombong kuari dan pasir. Akhirnya, prestasi syarikatnya memberangsangkan

dan kesannya ia telah berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala

Lumpur pada tahun 1984 sebagai Sunway Holdings Berhad.

Pada tahun 1985, Malaysia dilanda kegawatan ekonomi dan pada tahun 1987,

Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana

pemegang sahamnya. Namun Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berjaya mengambil

beberapa langkah agar dapat terus bertahan. Selepas kegawatan ekonomi berakhir,

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mula mempelbagaikan perniagaan yang diceburinya

seperti pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan

perniagaan berkaitan hiburan. Hasilnya, beliau berjaya menubuhkan Sunway City

Berhad, Sunway Construction Berhad, dan Sunway Building Technology Berhad.

(Ashadi Zain, 2005 seperti yang diambil oleh Rosli Mahmood,2007).

Namun begitu, pada tahun 1997 iaitu 10 tahun kemudiannya, berlaku pula krisis

ekonomi Asia di mana Sunway Holdings Berhad turut merasai tempiasnya. Tan Sri

Dr. Jeffrey Cheah telah mengambil beberapa langkah untuk menghadapi krisis itu

termasuklah dengan mengumpulkan kesemua pekerja Sunway Holdings Berhad dan

menunjukkan kestabilan akaun syarikat pada masa itu. Beliau ingin mendapatkan

sokongan penuh dari setiap pekerja dengan membayar gaji tepat pada waktunya.

Tindakan seterusnya adalah dengan mengurangkan kos dengan menjual jentera

yang tidak diperlukan dan menutup perniagaan yang tidak mendatangkan hasil. Tan

Sri Dr. Jeffrey Cheah juga telah mengurangkan gajinya dan mengubah gaya hidup

bagi mengurangkan gaya yang bermewah-mewah dan membazir. Akhirnya, krisis

berjaya dihadapi dan Sunway Holdings Berhad terus maju sampai ke hari ini.

Kesimpulannya, sikap proaktif yang diamalkan oleh Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah

amatlah berbaloi kerana walaupun menghadapi pelbagai kesukaran seperti tiga

tempoh kemelesetan ekonomi di atas, namun Kumpulan Sunway masih lagi teguh

berdiri sampai ke hari ini malahan berjaya meluaskan lagi pengaruhnya ke serata

dunia.