keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

12

Upload: andi-nur-aqilah-binti-akarim

Post on 25-Jun-2015

1.632 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

˙·٠•●♥ ♥●•٠·˙·٠•●♥ ♥●•٠·˙·٠•●♥ ?•٠

TRANSCRIPT

Page 1: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam
Page 2: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam
Page 3: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Nama sebenar : Abdullah bin abi khuhafah uthman bin umar bin ka’ab Tarikh lahir : 572 m dua tahun selepas kelahiran rasullullah Keturunan : bani quraisyh Pekerjaan : seorang ahli perniagaan yang Berjaya Tarikh wafat : 23 jamadilakhir 13 hijrah ketika usia beliau 63 tahun Beliau digelar as-siddiq kerana pendiriannya tetap teguh dan sentiasa yakin

akan apa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullulah ...

Mendermakan keseluruhan hartanya dalam peperangan tabu’ Sentiasa menemani rasullulah dalam setiap peperangan Menemani rasullah berhijrah dari mekah ke madinah

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.

Page 4: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah

Page 5: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam
Page 6: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama . Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun.

10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah.

Al-Qasim bin Muhammad Abdullah bin Muhammad Ibrahim bin Muhammad

Zainab binti Muhammad Ruqaiyah binti Muhammad Ummu Kalthum binti Muhammad Fatimah binti Muhammad

Page 7: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Sumayyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al- Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah

Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir.

Page 8: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam . Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik Rumah mereka dibakar Dicucuk dengan besi panas Ditikam dengan lembing Dicungkil biji mata Dibenam

ke dalam air

Page 9: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Dilahirkan Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani

Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.

Page 10: keunggulan perjuangan tokoh tokoh islam

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

Umayyah menyeksanya dengan dijemur ditengah panas padang pasir,kaki dan

tangannya diikat serta dadanya ditindih dengan batu besar.beliau tetap sabar dengan mengucap kalimah ‘ahad’ ahad’ ahad’ yang bermaksud allah maha esa

Muezzin pertama dalam islamPernah menyertai peperangan bersama-sama rasullulah s.a.wContoh teladan yang unggul memperthankan kesucian islamBersama sama rasullulah s.a.w menyebarkan dakwah islam dikalangan hamba