(ketua menteri) teks ucapan penutupan kfc-melaka regatta 2013

Upload: hasidah-idasha

Post on 29-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

KehadiranWakil Pengarah Majlis Perbandaran Alor Gajah

Wakil Pengarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Wakil Pengarah Majlis Sukan NegeriEn. Ong Tai Chu

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah

Wakil Persatuan Pelayaran MalaysiaEn. Halim bin Hassan

Pengerusi Pertandingan Persatuan Pelayaran Malaysia

Pengurus-pengurus pasukan, jurulatih serta para pelayar.

Terima kasih kita ucapkan kepada Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) kerana telah memberi kepercayaan kepada negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia untuk menganjur kejohanan perahu layar dan difahamkan sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Bagaimanapun, saya juga diberitahu bahawa ramai pelayar tidak dapat hadir kerana kejohanan perahu layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 baru sahaja berakhir pada 1 hingga 8 jun yang lalu serta kejohanan Singapore National Optimist Championship yang sedang berlangsung sekarang di National Singapore Centre, East Coast Parkway, Singapura.Antara objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk membangunkan sukan perahu layar di negeri Melaka untuk membentuk satu pasukan yang kuat bagi memenangi sebanyak mungkin pingat bagi negeri Melaka. Selain itu, kejohanan sukan perahu layar ini juga sebagai daya tarikan utama pelancong di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Pada kali terakhir, Pantai Puteri menganjurkan Kejohanan KFC-Melaka-NSC Open Regatta adalah pada tahun 2009 sebelum berpindah ke Pantai Pengkalan Balak. Diharapkan Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah mampu menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang di Pantai Puteri ini.Kejohanan KFC Open Regatta ialah kejohanan Sirkit Ranking Kebangsaan di mana setiap negeri akan menganjurkan sekali setahun. Kejohanan KFC-Melaka-NSC Open Regatta 2013 ini adalah kali ke-16 dianjurkan di sini. Kerajaan negeri sangat menggalakkan aktiviti sukan air seperti ini untuk membentuk belia kita menghadapi cabaran pada masa hadapan. Kita juga berharap Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPLMBB) bekerja lebih kuat untuk membangunkan sukan perahu layar di pantai ini, serta satu hari nanti, kita akan lihat Pantai Puteri, Tanjung Kling ini terkenal sebagai venue kapal layar di seluruh dunia. Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPLMBB) sering menyertai kejohanan yang dianjurkan di seluruh Malaysia, dengan pengalaman yang luas ini, Persatuan Perahu Layar Melaka Bandaraya Bersejarah (PPLMBB) bersedia untuk menganjurkan kejohanan yang lebih besar pada tahun hadapan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua kontinjen yang hadir dan menyertai kejohanan kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penaja utama kejohanan ini iaitu KFC, Majlis Sukan Negara, Majlis sukan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis bandaraya Melaka Bersejarah, PDRM, Jabatan Pendidikan Melaka, JPA3, Jabatan Laut Malaysia, SAMB, Southern Waste, YB. Prof. Madya Datuk Dr Abu Bakar bin Md Diah (Ahli Parlimen Tangga Batu), Taiyo Media Sdn. Bhd, Persatuan Nelayan Negeri Melaka, JKKK Tanjung Kling dan agensi-agensi tempatan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian yang menjayakan kejohanan kali ini. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirahim, saya merasmikan penutupan Kejohanan KFC-MELAKA-NSC OPEN REGATTA 2013. Sekian, terima kasih.