ket n vars^

44
BAB 3 KETURUNAN DAN VARIASI OLEH ZAKERI BIN JOHAR SAINS TING 4

Upload: zakri-johar

Post on 02-Nov-2015

372 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains T4 Keturunan dan Variasi

TRANSCRIPT

Slide 1

BAB 3KETURUNAN DAN VARIASI

OLEHZAKERI BIN JOHARSAINS TING 4Mitosis

Mitosis ialah pembahagian sel yang menghasilkan sel anak yang sama dengan sel induk.Sel induk membahagi kepada dua sel anak yang sama.Berlaku di: sel soma (semua sel dalam badan kecuali pada sel di organ pembiakan)Bagi tumbuhan berlaku di hujung pucuk , tisu kambium dan hujung akar

Kepentingan:Menghasilkan sel-sel baru untuk pertumbuhan dan menggantikan sel-sel mati/rosakMenjamin sel anak mempunyai sifat yang serupa dengan sel indukmembolehkan organisma menjalankan pembiakan aseks dan vegetatif.Proses Mitosis

Meiosis

Meiosis ialah pembahagian sel yang menghasilkan sel anak yang bilangan kromosomnya adalah separuh daripada sel induk. Sel dibahagikan kepada empat sel anak

Berlaku di :sel organ pembiakan

Proses meiosis

Pindah silangberlaku semasa meiosisBerlaku semasa pasangan kromosom tersusun di satah khatulistiwa selBahan genetik daripada satu kromatid satu kromosom bertukar dengan bahan genetik kromosom yang lain.Menyebabkan variasi genetik berlaku

Kepentingan:Proses yang menghasilkan gametBilangan kromosom dalam gamet separuh daripada bilangan kromosom dalam sel induk.Tujuan: Memastikan zigot yang terhasil selepas persenyawaanmempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel indukMenyebabkan variasi genetik antara spesies-spesies yang sama melalui pindah silangPerbezaan antara mitosis dan meiosisMitosisPerbezaanMeiosisSama seperti sel indukBilangan kromosom dalam setiap sel anakSeparuh daripada sel indukDua sel anakBilangan sel anakEmpat sel anakTidak berlakuPindah silangBerlakuSama Kandungan genetik dalam sel anakBerbeza Tiada variasiVariasiBerlaku Sel somatikTempat berlaku Testis dan ovari

PRINSIP DAN MEKANISME PEWARISAN SIFAT

Ciri atau sifat manusia dikawal oleh gen dominan atau gen resesif. Gen dominan ialah gen yang dapat menunjukkan cirinya walaupun berpasangan dengan gen resesif. Contoh : TT, TtGen resesif ialah gen yang menonjolkan ciri jika tidak berpasangan dengan gen dominan. Contoh: tt

Sifat dominanSifat resesifRambut kerintingRambut lurusTinggiKerdil Cuping telinga bebasCuping telinga lekap Boleh menggulung lidahTidak boleh menggulung lidahRambut hitamRambut perangMekanisme Pewarisan1. Satu sifat dikawal oleh dua gen2. Satu gen diwakili oleh satu huruf3. Gen dominan diwakili dengan huruf besar4. Gen resesif diwakili dengan huruf kecil5. Kombinasi gen:(a) Sifat dominan baka tulen : contoh: MM(b) Sifat resesif baka tulen : contoh: mm(c) Sifat baka kacukan : contoh: MmGregor Mendel orang yang pertama mengkaji pewarisan sifat secara teratur dan mendalam

Genotip: TtFenotip: semua tinggiGenotip: TT, Tt, ttFenotip: 3 tinggi and 1kerdilNisbah: 3 tinggi : 1 kerdil

4.3: Penentuan Seks Anak dan Kejadian Kembar Pada Manusia

PENENTUAN SEKS ANAK

Mekanisma penentuan seks

PERBANDINGAN KEMBAR SEIRAS DAN TAK SEIRASkembar seiraskembar tak seiras Satu ovum disenyawakan oleh satu spermaDua ovum disenyawakan oleh dua spermaZigot yang sama dibahagikan kepada duaDua zigot berlainan dihasilkanSatu plasenta yang samaDua plasenta yang berbezaKandungan genetik yang samaKandungan genetik yang berbezaJantina sama Jantina sama atau berbezaKembar Siam ialah kembar seiras yang mana embrio tidak membahagi dengan lengkap. 5.Mutasi

Mutasi ialah perubahan maklumat genetik dalam organism.Mutasi disebabkan oleh a) sinaran radioaktifb) Sinaran Xc) bahan kimia yang bertoksikd) sinaran ultraungu

KEBAIKAN MUTASIa) menghasilkan variasib) menghasilkan spesies baru

KEBURUKAN MUTASIa) menyebabkan penyakit genetikb kecacatan fizikalc) kecacatan mental

JENIS MUTASIMutasi kromosomMutasi genTerjadi apabila perubahan berlaku pada struktur atau bilangan kromosom

Contoh: Sindrom Down, Sindrom Klinefelter, Sindrom Turner.

Tidak diwarisiTerjadi apabila perubahan berlaku padagen

Contoh : buta warna, albinism, haemophilia

Boleh diwarisiPenyakit bakaAlbino Disebabkan mutasi yang berlaku pada gen pada autosom yang mengawal warna kulit Pesakit tidak dapat menghasilkan pigmen melanin yang memberikan warna kepada kulit, rambut dan mata

Hemofilia Darah pesakit lambat membeku Jika berlaku kecederaan, pesakit akan mengalami pendarahan yang banyak Disebabkan oleh mutasi gen pada kromosom seks X

Buta warna Penghidap tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau Disebabkan oleh kekurangan sel kon yang peka kepada warna pada retina mata pesakit Dikawal oleh gen resesif yang dibawa oleh kromosom seks X

Anemia sel sabit Mutasi pada gen yang membentuk hemoglobin Hemoglobin yang dihasilkan adalah tidak normal dan menyebabkan sel darah merah berbentuk sabit Sel darah merah berbentuk sabit tidak cekap dalam pengangkutan oksigen. Menyebabkan pesakit mengalami anemia

Sindrom Down Disebabkan oleh mutasi kromosom Penyakit yang disebabkan oleh kelebihan satu kromosom pada kromosom ke-21 dalam sel badan Juga dikenali sebagai mongolisme Ciri-ciri:(a) terencat akal(b) pertumbuhan terbantut(c) mata sepet(d) mempunyai jari pendek serta kecil(e) mulut yang sentiasa ternganga(f) lidah terjelir

Pewarisan Penyakit BakaGen resesif yang mengawal penyakit baka di bawa oleh kromosom seks X sahaja

6PENYELIDIKAN GENETIK

Penyelidikan genetik memberi sumbangan dalam pertanian dan perubatan.Pertanian pembiakbakaan menghasilkan baka baru yang lebih berkualiti.

Perubatan kejuruteraan genetik dan pengklonan menghasilkan antibiotik, vaksin dan hormon.Penghasilan insulin oleh bakteria untuk merawat pesakit kencing manis.Penghasilan susu oleh biri-biri untuk merawat pesakit hemofilia Pengesanan penyakit baka lebih awal dan merawat penyakit keturunan dan kecacatan gen

VARIASI

Variasi ialah perbezaan dalam individu bagi spesis yang sama. 2 jenis: variasi selanjar dan variasi tak selanjar

Nota: Cara mengenali jenis variasi selanjar: sifat boleh berubah sepanjang hayatbar graf dilukis rapat

Nota: Cara mengenali jenis variasi Tak selanjar: sifat tidak boleh berubah sepanjang hayat bar graf dilukis tidak rapatKepentingan Variasi:Pengubahsuaian diri dengan perubahan persekitaran memastikan kemandirian spesiesMembolehkan kita mengenali antara setiap individu dalam satu populasiMenghasilkan spesies atau variati tumbuhan dan haiwan yang baru