kesihatan knk-knk

Upload: anonymous-thdwjrhau

Post on 03-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    1/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    1.0 Pengenalan

    Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Ia sering

    ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa maksud bahawa jika seseorang itu

    tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu

    masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun

    biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh.

    Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool & Duke Barnes (1998).Takrifan kesihatan

    yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai

    "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya

    hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu

    keadaan keseimbangan diantara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan

    sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.

    Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan

    kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan

    komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan.

    Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli

    falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan

    merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah

    mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang; dia perlu

    bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza,

    namun saling bergandingan ke arah kesihatan.

    Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada meningkatkan atau

    mengurangkan tahap kesihatan yang ada . Walaupun setiap orang menginginkan suatu

    kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan setiap orang secara sukarelanya akan

    membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan. Walau

    bagaimanapun, anda mungkin merupakan antara mereka yang cuba untuk memperolehi

    gaya hidup yang lebih sihat. Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan

    tingkahlaku gaya hidup yang lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan,

    kualiti dan kesejahteraan hidup kita.

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    2/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    2.0 Penjagaan kesihatan kanak-kanak

    2.1 Konsep Kesihatan dan kebersihan

    Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu

    yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan (WHO). Hoyman (1962)

    menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang

    sempurna, produktif dan kreatif. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas

    rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan. Sekiranya

    individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bermaksud individu tersebut tidak

    memiliki kesihatan diri yang positif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak memerlukan

    kesihatan diri yang positif secara menyeluruh. Kesihatan diri secara menyeluruh merupakan

    kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai 5 dimensi kesihatan iaitu kesihatan fizikal,

    sosial, mental, emosi dan rohani.

    Rajah 1: Dimensi kesihatan

    Kesihatan fizikal menyumbang ke arah ciri-ciri fizikal seperti saiz dan bentuk badan,

    penyakit yang mudah dijangkiti dan sebagainya. Kesihatan sosial pula dilihat dari segi

    keupayaan mendapat kepuasaan perhubungan interpersonal, berinteraksi dengan orang,

    keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan sosial dan perlakuan setiap hari.

    iaitu hubungan baik dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat. Kesihatan mental dapat

    dilihat daripada keupayaan untuk belajar, keupayaan untuk manyesuaikan diri dengan

    keadaan dan kebolehan intelek diri. Cara membuat keputusan juga merupakan suatu

    komponen yang penting untuk menentukan kesihatan mental. Kesihatan emosi kepada

    komponen perasaan, untuk melahirkan emosi mengikut keadaan yang sesuai, dan

    mengawal emosi dengan perlakuan yang sesuai. Apabila seseorang menghadapi situasi

    Fizikal

    Sosial

    Mental

    Emosi

    Rohani

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    3/12

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    4/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    Selain itu, Peralatan perapian seperti sikat dan berus gigi boleh menjejaskan

    kesihatan seorang kanak-kanak jika tidak diawasi dengan sewajarnya. Sikat yang dikongsi

    sesama kanak-kanak boleh menyebabkan jangkitan kutu dan penyakit kulit dari seorang

    kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain. Berus gigi yang dikongsi pula boleh menyebabkan

    penyebaran penyakit berjangkit yang lain seperti demam campak, penyakit mulut dan lain-

    lain. Selain daripada itu, alat permainan juga merupakan peralatan yang sering kali

    digunakan oleh kanak-kanak. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan jangkitan

    kuman kepada kanak-kanak. Ini seringkali terjadi di pusat penjagaan kanak-kanak dan

    taska. Didikan awal akan cara penggunaan peralatan ini kepada kanak-kanak boleh

    meningkatkan kesedaran kesihatan kendiri yang lebih efektif.

    Tambahan pula, kepentingan kesihatan diri juga melibatkan beberapa komponen

    penting iaitu pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi daripada pelbagai jenis

    makanan. Bagi menjaga kesihatan diri adalah mengambil makanan seimbang seperti

    makanan berkarbohdrat, protein, vitamin dan sebagainya.Amalan pemakanan sihat adalahsatu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.

    Pemakanan yang seimbang boleh dikecapi dengan didikan ibu bapa dan guru. Pengambilan

    kalori makanan perlu ditambah mengikut peringkat umur kanak-kanak. Semasa bayi

    dilahirkan, keperluannya adalah 1000 kalori dan kalorinya meningkat 100 kalori bagi setiaptahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun jumlah keperluan kalorinya adalah

    sebanyak 1700 kalori. Pengambilan makanan kalori yang secukupnya memberi tenaga

    kepada kanak-kanak.

    Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan

    kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik

    dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor,

    memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Penjagaan kebersihan diri

    dibahagi kepada tiga komponen iaitu anggota, pakaian dan peralatann. Bagi kanak-kanak

    kebersihan diri boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan muka dan mencuci dan

    menyikat rambut dengan kemas secukupnya. Rambut yang panjang da tak terurus boleh

    meningkatkan risiko mendapat kuti rambut. Penjagaan bagi bata, hidung dan telinga perlu

    sentiasa diwarisi oleh ibu bapa dengan memberikan pembersihan berjadual kepada anak.

    Contohnya pembersihan telinga hanya dilalukan seminggu sekali oleh ibu bapa dengan

    menggunakan putik kapas. Kanak-kanak perlu dibiasakan mencuci badan mereka apabila

    kotor bagi membentuk kelaziman. Penjagaan kuku juga perlu diberi perhatian. Pemotongan

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    5/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    berjadual perlu dilakukan dengan pengawasan ibu bapa. Kuku yang panjang boleh

    mencederakan orang lain dan juga meningkatkan penyebaran kuman yang terselit di bawah

    kuku.

    2.3 Cara-cara menjaga kesihatan dan kebersihan

    2.3.1 Mencuci tangan

    kanak-kanak perlu diajar cara mencuci tangan dengan bersih selepas main pasir.

    Mereka perlu dipraktikkan mencuci tangan sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau

    aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran.

    2.3.2 Penjagaan gigi

    Kanak-kanak perlu disediakan kemudahan perubatan dan pergigian. Peringkat umur

    6- 12 merupakan fasa umur emas bagi kanak-kanak kerana pada masa ini kesakitan seperti

    demam dan selsema kurang barlaku disebabkan sebarang peningkatan sistem imun dan

    kematangan fizikal. Namun begitu, jika ada sebarang jangkitan segera bawa berjumpa

    doktor. kanak-kanak perlu menggalakkan menggosok gigi selepas makan, sebelum dan

    selepas tidur supaya dapat mengelakkan kesakitan gigi, berdarah gigi rosak dan lain lagi.

    2.3.3 Amalan makanan

    2.3.4 Imunisasi kanak-kanak

    Imunisasi kanak-kanak sangant penting kepada kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa

    perlu mengikut jadual imunisasi anak mereka seperti yang dinyatakan dalam jadual 1.

    Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah

    penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan.

    Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut.

    Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan

    dan tidak membahayakan. Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak.

    Meskipun begitu, kedengaran kini spekulasi yang membimbangkan kita berhubung

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    6/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    imunisasi boleh membawa kepada penyakit autisme dan masalah-masalah lain.

    kepentingan vaksin mengatasi kesan sampingannya.

    Jadual 1. Jadual Rutin Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia

    Antara adalah Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana

    dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh

    mengakibatkan kecacatan dan kematian. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak

    mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasiyang teruk dan kekal. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat

    mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli

    keluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak

    penyakit berjangkit. Tambahan pula, Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi

    sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.

    Gambar 5 Bayi diberi imunisas secara suntikan gambar 6 Bayi diberi imunisasi

    secara oral

    Imunisasi Umur (bulan) Umur (Tahun)0 1 2 3 5 6 12 18 6 12 15

    BCG 1 if no scar

    Hep B 1 2 3

    DTaP* 1* 2* 3* 4* DTaP** DTaP**

    IPV* 1* 2* 3* 4* IPV

    Hib* 1* 2* 3* 4*

    Measles Sabah

    MMR 1 2

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    7/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    Rajah 2: Faktor yang mempengaruhi kesihatan

    Persekitaran

    Baka

    2.4 Faktor-faktor mempengaruhi kesihatan kanak-kanak

    Kesihatan merupakan perkara yang kompleks dan sebagai suatu yang berterusan di

    antara faktor biologial semula jadi dengan persekitaran. Faktor yang mempengaruhi

    kesihatan kanak-kanak adalah baka dan persekitaran..

    2.4.1 Baka

    Baka merupakan ciri-ciri ibu bapa yang diturunkan kepada anak pada

    permulaannya akan menentukan pertumbuhan kanak-kanak, perkembangannya, serta

    kemungkinan tentang kesihatan kanak-kanak. Baka secara tidak langsung mempengaruhi

    masalah kesihatan seperti penyakit jantung, masalah pendengaran, barah, kencing manis

    mahupun masalah kesihatan mental.

    2.4.2 Persekitaran

    Selain baka, keadaan persekitaran memainkan peranan yang sama penting untuk

    menentukkan tahap kesihatan seseorang. Persekitaran sebenarnya merangkumi faktor

    fizikal, sosial, kedudukan ekonomi dan juga budaya sesebuah keluarga. Sebagai contoh,

    seorang kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana akan hidup

    sihat sejahtera jika kanak-kanak tadi dibelai dengan kasih sayang oleh ibu bapanya,

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    8/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    mendapat tempat tinggal yang sedarhana selesa, sera bergaul dengan jiran dan rakan

    sebaya yang baik.

    2.5 Peranan penjagaan kesihatan kanak-kanak

    Pelbagai pihak berperanan untuk menjaga kesihatan kanak-kanak iaitu ibu bapa,

    guru, kanak-kanak dan pusat kesihatan

    2.5.1 Peranan Ibu bapa

    kanak-kanak merupakan aset negara yang amat penting. Untuk membesar dengan

    sihat dan sempurna, kesihatan mental kanak-kanak juga perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu

    bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya

    dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Ia mudah untuk mengenalpasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga

    keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan-keperluan asas kepada

    anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan

    harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.

    Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi

    perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat

    belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat

    mempelajari kemahiran baru.

    Dengan ini, Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kanak-

    kanak. Kanak-kanak adalah anugerah tuhan yang istimewa dan paling mencabar untuk

    semua ibu bapa. Kanak-kanak seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa

    bertangungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan kanak-kanak. Ibu bapa patut

    menyediakan satu tempat tinggal dan persekitaran yang bersih bagi anak-anak mereka.

    Selain daripada itu, ibu bapa harus mengajar mereka supaya mengamalkan tabiat menjaga

    kebersihan dan kesihatan diri sejak kanak-kanak kecil lagi. Nilai-nilai murni yang dipelajari

    oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka akan membantu dalam kehidupan mereka dan

    satu hari nanti mereka akan menoleh kepada cara mereka dibesarkan dan menghargai apa

    yang telah kita lakukan.

    Ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak tidak beli dan makan makanan ringan

    yang dijual di pasaran. Hal ini kerana makanan ringan mengandungi MSG dan bahan-bahan

    kimia yang boleh mempengaruhi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Makananringan boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih dan menyebabkan mereka tidak

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    9/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    ada selera makan. Makanan segera juga tidak digalakkan mengambil seperti Mee segera,

    ayam goreng, sosej, burger dan sebagainya. Oleh kerana, makanan segera mengandungi

    MSG dan kolestrol yang tinggi. Kanak-kanak selalu mengambil makanan segera akan

    mempengaruhi kesihatan kanak-kanak dan membantut tumbesaran kanak-kanak. Di

    samping itu, kanak-kanak selalu makan makanan segera juga senang menghidap penyakit

    buah pinggang ,obesiti, diabetis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain.

    Ibu bapa perlu memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan

    tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik. Selia atau

    bantu anak memberus gigi sehigga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Bagi penjagaan gigi

    yang rapi, bawa kanak-kanak untuk berjumpa doktor gigi dua kali setahun. Guru perlu

    mengajar cara- cara menggosok gigi, cara mencuci tangan, cara memotong kuku mengikut

    langkah- langkah .

    Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kanak-kanak

    memerlukan perhatian yang tinggi daripada ibu bapa. Kehormatan diri sendiri yang positif

    adalah kunci utama bagi kesihatan mental yang sihat. Kehormatan diri yang positif boleh

    diperolehi dari pertalian keluarga yang erat dan sihat. Tambahan pula, persekitaran fizikal

    seperti rumah adalah penting untuk menjamin pembentukan mental kanak-kanak. Rumahyang kotor dan sempit boleh menghalang perkembangan positif personaliti atau perwatakan

    kanak-kanak.

    2.5.2 Peranan Guru

    Dengan ini, Guru memainkan peranan yang paling penting bagi menjaga kesihatan

    kanak-kanak .Selain itu, pendidikan juga menyalurkan pengetahuan bagi menjaga kesihatan

    kanak-kanak dan menyedarkan mereka.

    Guru perlu mengajar klasifikasi makanan seimbang dalam pengajaran mereka

    supaya kanak-kanak dapat gambaran pemakanan yang sihat. Contohnya klasifikasi Protein

    seperti susu, ikan, soya da sebagainya. Guru juga perlu menerangkan kepada murid-murid

    kepentingan pengambilan makanan berkhasiat.

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    10/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    Gambar 3 mengajar klasifikasi makanan

    Guru juga perlu menerangkan kepentingannya kepada kesihatan diri supaya dapat

    mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit. Bagaimana cara untuk menjaga kesihatan diri.

    Gambar 2 guru mengajar cara gosok gigi, memotong kuku,

    mancuci tangan.

    Komponen seterusnya, berinteraksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti

    fizikal. Selain daripada peningkatan kecergasan fizikal, penyertaan kanak-kanak dalam

    rekreasi dan sukan juga boleh meningkatkan skil motor kanak-kanak dan mencegah risiko

    obesity ( He & Beynon, 2006). Galakan yang berterusan dari ibu bapa da guru dapat

    meningkatkan keyakinan kendiri kanak-kanak dan secara tidak langsung meningkatkan

    kecerdasan minda dan emosi (Pica, 2006). Guru Prasekolah memainkan peranan yang

    penting untuk meningkatkan kecerdasan kank-kanak . Kerajaan telah menetapkan satu

    Tunjang iaitu Tunjang perkembangan fizikal dan estetika yang diajar pada peringkat

    Prasekolah. Tunjang merangkumi pembelajaran teori, mengetahui tentang jenis-jenis

    penyakit, amalan pemakanan yang baik dan cara-cara mengatasi tekanan. Selain itu,

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    11/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014

    melalui Permainan luar kanak-kanak boleh menguatkan otot-otot, membuat otak cerdas

    dan badan yang cergas. Oleh sebab, melalui aktiviti ini mereka dapat membuat senaman

    setiap minggu. Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut

    peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, mendapatkan udara bersih misalnya

    dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah membantu kanak-kanak sentiasa dalam

    keadaan cerdas.

    Gambar 4 aktiviti fizikal Kanak-kanak

    2.5.3 Peranan kanak-kanak

    2.5.4 Peranan pusat kesihatan

    3.0 Implikasi penjagaan kesihatan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

    4.0 Rumusan

    Kesimpulanya, kepentingan penjagaan kesihatan diri ini merupakan satu amalan yang

    harus dipupuk dan disemai di kalangan kanak-kanak. Sekiranya kita mengamalkan

    penjagaan kesihatan diri, kita boleh dapat mengamalakan gaya hidup yang sihat. Oleh itu,

    kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.

  • 8/12/2019 kesihatan knk-knk

    12/12

    Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak 2014