kesesuaian modul aplikasi computer aided · pdf file& ipts), ianya memerlukan latihan dan...

5
622 KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED DESIGN (CAD) BAGI KURSUS REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Baharudin Saleh 1 , Mohd Sattar Rasul 2 , Haryanti Mohd Affandi 3 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran pelajar menghasilkan lukisan Computer Aided Design (CAD) dalam 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) serta menghasilkan lukisan 3D produk inovasi secara pembelajaran kendiri menggunakan Modul Aplikasi CAD. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 26 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di salah sebuah Institut Pendidikan Guru. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik dengan Skala Likert sebagai instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan menggunakan Modul Aplikasi CAD ini pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang kurang mahir dalam CAD mampu untuk menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan menggunakan Modul Aplikasi CAD. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar dapat menghasilkan lukisan 3D produk inovasi yang kreatif menggunakan Modul Aplikasi CAD. Selain itu, Modul Aplikasi CAD ini mudah digunakan oleh pelajar kerana pengaplikasian arahan yang jelas bagi menghasilkan lukisan 2D dan 3D menggunakan CAD. Oleh itu, penggunaan modul ini dapat menyediakan bahan alternatif kepada pelajar kaedah pembelajaran menggunakan perisian CAD. Kata kunci: Modul Aplikasi, Produk Inovasi, CAD. ABSTRACT This study aimed to identify the skills in producing Computer Aided Design (CAD) drawings namely; 2 dimensions (2D) and 3-dimensions (3D) in producing 3D drawings innovation product using a self-learning module CAD applications. Samples involved in this study were 26 students of Bachelor of Education (PISMP) in one of the Teacher Education Institute. The design used in this study is a quantitative research using questionnaires with Likert Scale as an instrument. The findings show that the students could produce accurate 2D and 3D drawings using this CAD Application Module at any time according to their respective abilities. The findings also show that the less-skilled students in CAD were able to produce precise 2D and 3D drawings using the CAD Application Module. Another finding was recorded when students were capable of producing a 3D drawing creative product innovation. Overall, based on the aforementioned findings, it can be summed up that the module serves as an easy guideline for students to utilize CAD application in producing 2D and 3D drawings. Therefore, the use of these modules can provide an alternative platform for student learning CAD software. Keywords: Application Module, Product Innovation, CAD. PENGENALAN Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer (CAD) menggunakan perisian AutoCAD adalah satu prinsip komunikasi yang digunakan dalam kejuruteraan. Ia adalah cara yang digunakan untuk mengembangkan idea (Giesecke et al. 2008), menyampaikan maklumat dan memperincikan bentuk (Wang, Paris & Popović 2011) dan ianya selalu disebut sebagai bahasa untuk jurutera dan pereka bentuk (Hart, 1977). Kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian Modul Aplikasi CAD dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer. P&P Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer di Institut Pendidikan Guru sama seperti di institut pendidikan awam dan swasta (IPTA & IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan dengan itu aspek-aspek tersebut amat berkait dalam pembangunan kurikulum yang perlu direka bentuk supaya bertepatan dengan aspirasi negara. Keperluan ini akan membolehkan satu sistem yang sesuai untuk membawa peluang yang lebih besar kesannya kepada sains dan teknologi dan faktor-faktor yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara (Aede Hatib Musta’amal, Norzanah Rosmin & Nor Fadila Mohd Amin, Yahya Buntat 2013). Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer direka bentuk dalam kursus teras opsyen Reka Bentuk Teknologi di IPG (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Jika penggunaan perisian Lukisan Berbantu Komputer (CAD software) sebagai

Upload: nguyendat

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED  · PDF file& IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan

622

KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED DESIGN (CAD) BAGI KURSUS REKA BENTUK

BERBANTU KOMPUTER DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Baharudin Saleh1, Mohd Sattar Rasul2, Haryanti Mohd Affandi3

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]

3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran pelajar menghasilkan lukisan Computer Aided Design (CAD) dalam 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) serta menghasilkan lukisan 3D produk inovasi secara pembelajaran kendiri menggunakan Modul Aplikasi CAD. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 26 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di salah sebuah Institut Pendidikan Guru. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik dengan Skala Likert sebagai instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan menggunakan Modul Aplikasi CAD ini pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang kurang mahir dalam CAD mampu untuk menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan menggunakan Modul Aplikasi CAD. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar dapat menghasilkan lukisan 3D produk inovasi yang kreatif menggunakan Modul Aplikasi CAD. Selain itu, Modul Aplikasi CAD ini mudah digunakan oleh pelajar kerana pengaplikasian arahan yang jelas bagi menghasilkan lukisan 2D dan 3D menggunakan CAD. Oleh itu, penggunaan modul ini dapat menyediakan bahan alternatif kepada pelajar kaedah pembelajaran menggunakan perisian CAD. Kata kunci: Modul Aplikasi, Produk Inovasi, CAD.

ABSTRACT This study aimed to identify the skills in producing Computer Aided Design (CAD) drawings namely; 2 dimensions (2D) and 3-dimensions (3D) in producing 3D drawings innovation product using a self-learning module CAD applications. Samples involved in this study were 26 students of Bachelor of Education (PISMP) in one of the Teacher Education Institute. The design used in this study is a quantitative research using questionnaires with Likert Scale as an instrument. The findings show that the students could produce accurate 2D and 3D drawings using this CAD Application Module at any time according to their respective abilities. The findings also show that the less-skilled students in CAD were able to produce precise 2D and 3D drawings using the CAD Application Module. Another finding was recorded when students were capable of producing a 3D drawing creative product innovation. Overall, based on the aforementioned findings, it can be summed up that the module serves as an easy guideline for students to utilize CAD application in producing 2D and 3D drawings. Therefore, the use of these modules can provide an alternative platform for student learning CAD software. Keywords: Application Module, Product Innovation, CAD.

PENGENALAN Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer (CAD) menggunakan perisian AutoCAD adalah satu prinsip komunikasi yang digunakan dalam kejuruteraan. Ia adalah cara yang digunakan untuk mengembangkan idea (Giesecke et al. 2008), menyampaikan maklumat dan memperincikan bentuk (Wang, Paris & Popović 2011) dan ianya selalu disebut sebagai bahasa untuk jurutera dan pereka bentuk (Hart, 1977). Kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian Modul Aplikasi CAD dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer. P&P Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer di Institut Pendidikan Guru sama seperti di institut pendidikan awam dan swasta (IPTA & IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan dengan itu aspek-aspek tersebut amat berkait dalam pembangunan kurikulum yang perlu direka bentuk supaya bertepatan dengan aspirasi negara. Keperluan ini akan membolehkan satu sistem yang sesuai untuk membawa peluang yang lebih besar kesannya kepada sains dan teknologi dan faktor-faktor yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara (Aede Hatib Musta’amal, Norzanah Rosmin & Nor Fadila Mohd Amin, Yahya Buntat 2013). Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer direka bentuk dalam kursus teras opsyen Reka Bentuk Teknologi di IPG (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Jika penggunaan perisian Lukisan Berbantu Komputer (CAD software) sebagai

Page 2: KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED  · PDF file& IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan

623

bahan bantu mengajar pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran ini akan dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan penggunaan komputer yang meluas di kalangan pensyarah dan pelajar di IPG. Kebanyakan pelajar IPG yang menyambung pengajian dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional ke peringkat yang lebih tinggi di universiti dalam dan luar negara. Penggunaan modul aplikasi CAD amat perlu diperluaskan kepada pelajar IPG agar mereka bersedia untuk menjadi tenaga pengajar yang kompeten dalam mengendalikan perisian AutoCAD. Pelajar IPG digalakkan untuk mengambil peperiksaan berkaitan CAD yang dikendalikan oleh pihak swasta sebagai nilai tambah (added value) bagi ijazah perguruan yang dimiliki (Institut Pendidikan Guru Malaysia 2015).

Penyataan Masalah Kebanyakan pelajar opsyen Reka Bentuk Teknologi Semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) didapati menghadapi masalah dalam mengingati arahan-arahan CAD untuk menghasilkan lukisan CAD dalam 2 dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D). Pelajar juga didapati sukar untuk memahami konsep asas dalam lukisan CAD terutamanya dalam lukisan 3 Dimensi (Unit Penilaian dan Pentaksiran IPGKPT 2016). Permasalahan ini bukan sahaja untuk pelajar menggambarkan objek atau bongkah statik tetapi dengan melukis menggunakan aplikasi CAD. Oleh itu Modul Aplikasi CAD ini dihasilkan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah sebagai produk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai langkah perkembangan kemahiran secara lebih spesifik. Perisian AutoCAD dapat membantu guru dan pelajar dalam menyelesaikan soalan lukisan berkaitan dengan unjuran ortografik kerana perisian AutoCAD boleh menghasilkan model 3 dimensi (3-D models). Komponen yang dihasilkan dengan 3 dimensi (3-D model) boleh memberi kefahaman yang lebih baik kepada pelajar. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar opsyen Reka Bentuk Teknologi Semester 8 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menghasilkan lukisan dan reka bentuk dengan aplikasi CAD.

Tujuan Kajian Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan modul aplikasi CAD dalam proses P&P Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer pelajar PISMP opsyen Reka Bentuk Teknologi Semester 8 di Institut Pendidikan Guru. Kajian yang dijalankan hanya bagi Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer. Pemilihan Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer untuk kajian ini adalah kerana ianya amat penting bagi pelajar menghasilkan reka bentuk yang kreatif dan inovatif menggunakan perisian AutoCAD dengan bantuan modul aplikasi CAD. Dalam Reka Bentuk Berbantu Komputer terdapat pelbagai lukisan seperti lukisan orthografik, isometrik, oblik dan keratan dalam 2 dimensi (2D) dan 3 Dimensi (3D). Di mana objek tersembunyi menjadi banyak, tindanan boleh mengelirukan, oleh sebab itu pandangan keratan dilukis (Hart, 1977).

Objektif Kajian Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul aplikasi CAD. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini adalah; i. Menghasilkan lukisan 2D yang tepat menggunakan modul aplikasi CAD. ii. Menghasilkan lukisan 3D yang tepat menggunakan modul aplikasi CAD.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan pendekatan secara kuantitatif. Kaedah kajian tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul aplikasi CAD dalam proses P&P Kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilam. Instrumen soal selidik digunakan dengan Skala likert iaitu “Sangat Setuju (SS)”, “Setuju (S)”, “Tidak Setuju (TS)” dan “Sangat Tidak Setuju (STS)”. Gay et al. (2012) menyatakan bahawa kajian deskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk menjawab kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Manakala Best dan Kahn (1988) pula menjelaskan kajian deskriptif dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Ia juga menjelaskan keadaan atau perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku di lapangan, keberkesanan dan corak yang dibangunkan. Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan dilakukan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat (Flower, 1998). Fullan (1991) pula menyatakan bahawa terdapat banyak kelebihan mengenai penggunaan kaedah tinjauan ini. Di antara kelebihannya ialah dapat mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku. Wiersma, W. & Jurs, S. (2009), soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sikap atau pendapat dengan apa jua jumlah pemboleh ubah dan dalam keadaan yang semula jadi.

Analisis Data Pengkaji membincangkan dan menganalisis dapatan kajian yang telah diperoleh berdasarkan borang soal selidik yang telah dijalankan. Skala Likert digunakan untuk memungut data-data bagi menjawab persoalan kajian 1 dan 2 penyelidikan menggunakan prosedur ujian deskriptif menggunakan indeks frekuensi dan peratusan. Proses menganalisis data-data dan maklumat dari responden dibuat melalui komputer menggunakan perisian SPSS (Statically Package For The Social Sciences) Version 16.0. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh tentang demografi dan menjawab persoalan kajian 1 dan persoalan kajian 2.

Page 3: KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED  · PDF file& IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan

624

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dalam jadual 1.0 memaparkan kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam lukisan 2D dalam pembelajaran kendiri menggunakan modul aplikasi CAD dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Reka Bentuk Berbantu Komputer. Data menunjukkan, 100% pelajar menyatakan modul aplikasi CAD sesuai dengan kemahiran lukisan 2D dalam AutoCAD. Majoriti pelajar (96.2%) juga menjelaskan mereka menyukai bahan yang terdapat dalam modul aplikasi, seronok menggunakan modul aplikasi dan mereka boleh menghasilkan lukisan 2D dengan AutoCAD.

Jadual 1. Penghasilan lukisan 2D Secara Pembelajaran Kendiri Menggunakan Modul Aplikasi CAD

No. Item 1 2 3 4

4 Saya suka bahan modul aplikasi kerana gambar yang menarik 0 (0.0%)

0 (0.0%)

1 (3.8%)

25 (96.2%)

6 Modul aplikasi dapat mempertingkatkan kemahiran lukisan 2D dalam AutoCAD

0 (0.0%)

0 (0.0%)

3 (11.5%)

23 (88.5%)

7 Sesi pembelajaran menggunakan modul aplikasi menarik 0 (0.0%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

24 (92.3%)

8 Modul aplikasi sesuai dengan kemahiran lukisan 2D dalam AutoCAD 0 (0.0%)

0 (0.0%)

0 (0.0%)

26 (100%)

9 Penggunaan modul aplikasi memberi hasil lukisan 2D yang tepat dalam tugasan saya

0 (0.0%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

24 (92.3%)

10 Penggunaan modul aplikasi membantu menghasilkan lukisan 2D yang tepat dalam mereka bentuk.

0 (0.0%)

0 (0.0%)

3 (11.5%)

23 (88.5%)

13

Penggunaan modul aplikasi mendatangkan keseronokan kepada saya untuk belajar lukisan 2D

0 (0.0%)

0 (0.0%)

1 (3.8%)

25 (96.2%)

14

Penggunaan modul aplikasi membolehkan saya menghasilkan lukisan dalam 2D

0 (0.0%)

0 (0.0%)

1 (3.8%)

25 (96.2%)

17 Saya menghadapi masalah menghasilkan lukisan 2D denngan tepat menggunakan modul aplikasi

19 (73.1%)

2 (7.7%)

0 (0.0%)

4 (15.4%)

19 Masa diperuntukan menggunakan modul aplikasi membataskan saya menghasilkan lukisan 2D dengan tepat

14 (53.8%)

5 (19.2%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

22 Saya mendapati bahan dalam modul aplikasi tidak sesuai dengan bahan lukisan 2D

17 (65.4%)

5 (19.2%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

Nota: 1=Sangat Tidak Setuju; 2=Tidak Setuju; 3=Setuju; 4=Sangat Setuju Dapatan kajian dalam jadual 1.0 juga memaparkan kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam lukisan 2D dalam pembelajaran kendiri menggunakan modul aplikasi CAD dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Reka Bentuk Berbantu Komputer. Data menunjukkan, 100% pelajar menyatakan modul aplikasi CAD sesuai dengan kemahiran lukisan 2D dalam AutoCAD. Majoriti pelajar (96.2%) juga menjelaskan mereka menyukai bahan yang terdapat dalam modul aplikasi, seronok menggunakan modul aplikasi dan mereka boleh menghasilkan lukisan 2D dengan AutoCAD. Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran sejumlah peratusan yang sama iaitu 92.3% pelajar menyatakan sesi pengajaran menggunakan modul aplikasi yang menarik dan pelajar juga menyatakan mereka dapat menghasilkan tugasan lukisan 2D yang tepat apabila menggunakan modul aplikasi. Manakala 88.5% pelajar juga menyatakan modul aplikasi dapat mempertingkatkan dan menghasilkan lukisan 2D yang tepat dalam reka bentuk dalam AutoCAD. Dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar pelajar (73.1%), menyatakan tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan lukisan 2D yang tepat, sejumlah 53.8% pelajar mendapati masa tidak membataskan mereka untuk menghasilkan lukisan 2D yang tepat dan 65.4% pelajar menyatakan tidak bersetuju bahan dalam modul aplikasi tidak sesuai dengan bahan lukisan 2D dalam AutoCAD.

Jadual 2. Penghasilan lukisan 3D Secara Pembelajaran Kendiri Menggunakan Modul Aplikasi CAD

No. Item 1 2 3 4

3 Penggunaan modul aplikasi membantu saya mengginggati arahan lukisan 3D yang tepat

0 (0.0%)

0 (0.0%)

3 (11.5%)

23 (88.5%)

5 Penggunaan modul aplikasi merumitkan saya menghasilkan lukisan 3D yang tepat

18 (66.9%)

2 (7.7%)

0 (0.0%)

0 (0.0%)

11 Penggunaan modul aplikasi membantu saya menghasilkan tugasan lukisan 3D yang tepat

0 (0.0%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

24 (92.3%)

12 Penggunaan modul aplikasi membantu saya lebih mudah menghasilkan lukisan 3D

0 (0.0%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

24 (92.3%)

Page 4: KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED  · PDF file& IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan

625

15 Penggunaan modul aplikasi membantu saya meghasilkan reka bentuk 3D dengan AutoCAD

0 (0.0%)

0 (0.0%)

1 (3.8%)

25 (96.2%)

16 Penggunaan modul aplikasi menjadikan pengajaran pensyarah teratur dan terancang dalam lukisan 3D

0 (0.0%)

0 (0.0%)

1 (3.8%)

25 (96.2%)

18

Modul aplikasi menganggu tumpuan saya dalam menghasilkan lukisan 3D yang tepat

19 (73.1%)

5 (19.2%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

20

Saya mendapati penerangan pensyarah kurang jelas bila menggunakan modul aplikasi

21 (80.8%)

3 (11.5%)

0 (0.0%)

2 (7.7%)

23 Saya sukar mengakses modul aplikasi lukisan 3D yang disediakan melalui web blog yang disediakan pensyarah

16 (61.5%)

4 (15.4%)

0 (0.0%)

4 (15.4%)

24 Penggunaan modul aplikasi membolehkan saya menghasilkan reka bentuk produk dalam lukisan 3D yang tepat

0 (0.0%)

0 (0.0%)

3 (11.5%)

23 (88.5%)

Nota: 1=Sangat Tidak Setuju; 2=Tidak Setuju; 3=Setuju; 4=Sangat Setuju Dalam kluster penghasilan lukisan 3D seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, menunjukkan majoriti pelajar (96.2%) bersetuju bahawa penggunaan modul aplikasi CA) dapat membantu menghasilkan reka bentuk 3D dan peratus yang sama (96.2%) pelajar menyatakan modul aplikasi CAD menjadikan pengajaran pensyarah teratur dan terancang dalam menghasilkan lukisan 3D yang tepat. Majoriti pelajar (92.3%) juga menyatakan modul aplikasi CAD dapat menghasilkan tugasan latihan 3D dengan mudah dalam AutoCAD. Dapatan kajian juga mendapati peratusan yang sama iaitu 88.5% pelajar bersetuju yang penggunaan modul aplikasi membantu mereka dapat mengingati arahan lukisan 3D yang tepat dan membolehkan mereka menghasilkan reka bentuk produk dalam lukisan 3D dengan AutoCAD. Sejumlah 66.9% pelajar pula tidak bersetuju penggunaan modul aplikasi merumitkan mereka menghasilkan lukisan 3D yang tepat, 61.5% pelajar menyatakan mereka mudah mengakses modul aplikasi yang disediakan melalui web blog dan 73.1% pelajar juga tidak bersetuju modul aplikasi CAD mengganggu tumpuan mereka dalam menghasilkan lukisan 3D yang tepat dengan AutoCAD dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk Berbantu Komputer.

PERBINCANGAN Dapatan Kajian ini dihasilkan bagi tujuan untuk menjawab persoalan kajian pertama iaitu adakah pelajar dapat menghasilkan lukisan 2D yang tepat dengan mudah secara pembelajaran kendiri menggunakan modul aplikasi CAD? dan persoalan kajian kedua iaitu adakah pelajar dapat menghasilkan lukisan 2D yang tepat dengan mudah secara pembelajaran kendiri menggunakan modul aplikasi CAD? bagi pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Modul Aplikasi CAD diperkenalkan kepada pelajar PISMP sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di makmal komputer bagi mata pelajaran Reka Bentuk Berbantu Komputer. Semasa pensyarah menggunakan modul aplikasi, didapati pelajar lebih memahami arahan dan langkah kerja dengan mudah untuk menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat. Pelajar juga berjaya mengenal pasti perbezaan di antara lukisan 2D dan lukisan 3D yang dihasilkan. Modul aplikasi CAD yang digunakan juga merupakan agen pedagogi yang berkesan yang mana ianya gabungan arahan dan hasil lukisan 2D dan 3D (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Dapatan kajian juga mendapati bahawa kaedah P&P menggunakan Modul Aplikasi CAD berjaya membantu pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan AutoCAD. Dapatan ini diakui oleh pelajar dengan lebih 80.0% menyatakan modul aplikasi CAD dapat membantu mereka menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat dengan AutoCAD sama ada latihan mahupun tugasan yang diberi oleh pensyarah. Dapatan kajian ini hampir menyamai penyataan Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003) yang mendapati guru perlu bergantung kepada kreativiti sendiri dalam mengendali dan melaksanakan kaedah pengajaran berkesan di bilik darjah oleh itu penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti komputer, aplikasi multimedia dan internet yang diintegrasikan di sekolah bagi menjadikan pengajaran lebih berkesan. Berasaskan pandangan pelajar, penggunaan modul aplikasi CAD juga sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang membantu mereka menghasilkan lukisan 2D, 3D dan reka bentuk dalam AutoCAD yang mudah dengan arahan dan langkah kerja yang disediakan amat jelas dan mudah difahami. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti modul aplikasi ini amat sesuai dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kebolehan berfikir secara visual dan berkongsi idea-idea visual dengan orang lain adalah penting dalam proses reka bentuk (Gorska 2005). Dapatan kajian juga mendapati pelajar dapat menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat mengikut arahan kerja yang terdapat dalam modul aplikasi CAD. Ini dibuktikan dengan hasil kerja yang ditunjukkan dan pelajar juga dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan menggunakan arahan-arahan yang terdapat dalam AutoCAD berpandukan

Page 5: KESESUAIAN MODUL APLIKASI COMPUTER AIDED  · PDF file& IPTS), ianya memerlukan latihan dan pengukuhan berterusan (Mohd Safarin, & Muhamad Sukri 2006). Sehubungan

626

modul aplikasi CAD yang disediakan oleh pensyarah secara pembelajaran kendiri. Ini disokong oleh dapatan kajian oleh Zulkepli Mohamad (2012) yang menunjukkan penggunaan modul membolehkan pelajar banyak berfikir dan perkara yang menjadi salah satu kekuatan menggunakan teori konstruktivisme dalam pengajaran dan menjadikan proses P&P lebih berpusatkan pelajar.

KESIMPULAN Dapatan kajian ini memberi implikasi yang baik kerana dengan kemahiran pelajar menghasilkan lukisan 2D dan 3D yang tepat secara pembelajaran kendiri membolehkan negara merealisasikan hasrat pendidikan vokasional ke tahap yang tinggi dan dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pekerjaan bagi memenuhi persaingan antarabangsa yang kian mencabar. Ini bermakna pelajar sedar bahawa kurikulum ini diwujudkan untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kompetensi yang tinggi, berdaya kreativiti dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang relevan yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan, menjadi usahawan atau melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dalam bidang yang mereka ceburi.

RUJUKAN Aede Hatib Musta’amal, Norzanah Rosmin & Nor Fadila Mohd Amin, Yahya Buntat. 2013. Rekacipta : Ke Arah

Pemupukan Budaya Kreatif dan Inovatif. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 229–234.

Batchelor, M. R., & Wiebe, E.N., (1995) Teaching Three-Dimensional Computer Modelling: 2:Past History and Future Plans, Paper presented at The meeting of the Engineering Design Graphics Division of the American Society for Engineering Education, Mid-Year Meeting, Iowa State University, Ames, IA. U.S.A,.

Gay, L. R., Mills, G. E. & Airasian, P. W. 2012. Educational research : competencies for analysis and applications. Boston: Pearson.

Giesecke, F. E., Mitchell, A., Spencer, H. C., Hill, I. L., Dygdon, J. T., Novak, J. E. & Lockhart, S. D. 2008. Technical drawing. Prentice Hall Press.

Gorska, R., (2005). Spatial Imagination-an Overview of the Longitudinal Research at Carcow University of Technology, Journal for Geometry and Graphics, 9(2), , halaman 201-208.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. 2015. Ringkasan Maklumat Kursus. Kementerian Pendidikan Malaysia, IPGM Cyberjaya.

Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail., (2002). Autocad 2002 Langkah Demi Langkah., Kuala Lumpur: Venton Publishing,.

Jamaluddin Mohd Taib, Khairul Anwar Hanafiah & Mohd Fadzil Daud, (2006). Reka Bentuk Berbantu Komputer - Asas Pemodelan, Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir., (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008). Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Reka Bentuk dan Teknologi – Pendidikan Rendah): Reka Bentuk Berbantu Komputer, Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. KPM,.

Mohd Safarin, N. & Muhamad Sukri, S. 2006. Kemahiran visualisasi: Kemahiran kognitif tahap tinggi dalam pendidikan teknik dan vokasional. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik Dan Voksional,.

Syamsul Halim Wahab, (2007). AutoCAD 2007 Langkah Demi Langkah, Batu Caves Selangor : Venton Publishing,. Unit Penilaian dan Pentaksiran IPGKPT. 2016. Laporan analisis kerja kursus semester lapan pelajar reka bentuk dan

teknologi IPGKPT oktober 2016. Bandar Enstek, Negeri Sembilan: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

Wang, R., Paris, S. & Popović, J. 2011. 6D Hands: Markerless Hand-Tracking for Computer Aided Design. Proceedings of UIST 2011, 549–557.

Wiersma, W. & Jurs, S. 2009. Research methods in education: An introduction. United States of America: Pearson Education.

Zulkepli Mohamad, (2012) Keberkesanan Modul Pengajaran Fizik Yang Dibangunkan Mengikut Perspektif Konstruktivisme dicapai Jun 12, 2014, “http://www.mara.gov.my/c/ document_ library/ get_file?uuid=ac211da1-b260-4cf3-b833-a94d5af09a9d&groupId=30564.