kesesuaian adat perkahwinan melayu dipertahankan

3
KESESUAIAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU DIPERTAHANKAN Adat perkahwinan tradisional Melayu merupakan antara adat yang masih paling kuat diamalkan. Adat perkahwinan masyarakat melayu terdiri daripada beberapa peringkat. Bermula daripada merisik sehinggalah kepada majlis jemput menantu. Proses-proses ini merupakan sesuatu yang unik, berbeza dengan masyarakat kaum lain dan adalah amat sesuai untuk dipertahankan. Adat perkahwinan ini bermula dengan proses merisik atau meninjau. Proses ini adalah amat penting kerana proses inilah dimana pasangan akan memperkenalkan kedua-dua keluarga dan bertanya kedudukan si gadis sama ada sudah berpunya atau belum. Proses bukan sahaja untuk melihat si gadis, malah untuk merapatkan silaturahim antara keluarga yang berkemungkinan besar akan menjadi sebuah keluarga. Proses ini diikuti dengan upacara peminangan di mana pihak lelaki mendapatkan persetujuan si gadis. Di sini dapat dilihat bagaimana adat perkahwinan masyarakat Melayu ini sangat mementingkan adab dalam setiap langkah. Adat merisik dan meminang adalah untuk bertanya kepada keluarga dan si gadis persetujuan mereka untuk sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga. Kedua-dua proses ini adalah adat yang sangat perlu dipertahankan. Ini adalah kerana keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keharmonian sesebuah perkahwinan. Masyarakat Melayu sangat mementingkan keluarga dalam semua perkara dan setiap keputusan hendaklah atas restu keluarga terutamanya ibu bapa. Oleh itu, untuk langkah yang sangat penting dalam kehidupan seseorang seperti mendirikan rumah tangga ini, restu dan persetujuan kedua-dua belah keluarga adalah perlu. Selepas upacara merisik dan meminang, adat perkahwinan melayu diikuti dengan upacara menghantar tanda dan menghantar belanja. Kedua-dua proses ini kini digabungkan pada upacara pertunangan. Adat bertunang adalah untuk menandakan pasangan telah bersetuju untuk memberi komitmen. Ikatan pertunangan bermakna si lelaki dan si gadis telah memberi komitmen kepada hubungan mereka yang bakal menjadi suami isteri. Adat menghantar tanda dan menghantar belanja atau adat bertunang ini juga amat sesuai dipertahankan kerana ini melambangkan komitmen pasangan dan menandakan bermulanya proses persiapan untuk perkahwinan yang akan dilangsungkan dan pasangan perlu mempersiapkan diri untuk mendirikan rumah tangga. Seterusnya adalah adat menjemput. Ibu bapa kepada bakal pengantin akan menziarahi jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai untuk memberitahu tarikh bagi majlis perkahwinan dan menjemput mereka menghadiri majlis tersebut untuk meraikan pasangan pengantin. Proses ini bukanlah suatu upacara yang formal, tetapi adalah sangat penting supaya dapat menyampaikan

Upload: nina-dapris

Post on 16-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

budaya

TRANSCRIPT

KESESUAIAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU DIPERTAHANKANAdat perkahwinan tradisional Melayu merupakan antara adat yang masih paling kuat diamalkan. Adat perkahwinan masyarakat melayu terdiri daripada beberapa peringkat. Bermula daripada merisik sehinggalah kepada majlis jemput menantu. Proses-proses ini merupakan sesuatu yang unik, berbeza dengan masyarakat kaum lain dan adalah amat sesuai untuk dipertahankan. Adat perkahwinan ini bermula dengan proses merisik atau meninjau. Proses ini adalah amat penting kerana proses inilah dimana pasangan akan memperkenalkan kedua-dua keluarga dan bertanya kedudukan si gadis sama ada sudah berpunya atau belum. Proses bukan sahaja untuk melihat si gadis, malah untuk merapatkan silaturahim antara keluarga yang berkemungkinan besar akan menjadi sebuah keluarga. Proses ini diikuti dengan upacara peminangan di mana pihak lelaki mendapatkan persetujuan si gadis. Di sini dapat dilihat bagaimana adat perkahwinan masyarakat Melayu ini sangat mementingkan adab dalam setiap langkah. Adat merisik dan meminang adalah untuk bertanya kepada keluarga dan si gadis persetujuan mereka untuk sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga. Kedua-dua proses ini adalah adat yang sangat perlu dipertahankan. Ini adalah kerana keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keharmonian sesebuah perkahwinan. Masyarakat Melayu sangat mementingkan keluarga dalam semua perkara dan setiap keputusan hendaklah atas restu keluarga terutamanya ibu bapa. Oleh itu, untuk langkah yang sangat penting dalam kehidupan seseorang seperti mendirikan rumah tangga ini, restu dan persetujuan kedua-dua belah keluarga adalah perlu.Selepas upacara merisik dan meminang, adat perkahwinan melayu diikuti dengan upacara menghantar tanda dan menghantar belanja. Kedua-dua proses ini kini digabungkan pada upacara pertunangan. Adat bertunang adalah untuk menandakan pasangan telah bersetuju untuk memberi komitmen. Ikatan pertunangan bermakna si lelaki dan si gadis telah memberi komitmen kepada hubungan mereka yang bakal menjadi suami isteri. Adat menghantar tanda dan menghantar belanja atau adat bertunang ini juga amat sesuai dipertahankan kerana ini melambangkan komitmen pasangan dan menandakan bermulanya proses persiapan untuk perkahwinan yang akan dilangsungkan dan pasangan perlu mempersiapkan diri untuk mendirikan rumah tangga.Seterusnya adalah adat menjemput. Ibu bapa kepada bakal pengantin akan menziarahi jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai untuk memberitahu tarikh bagi majlis perkahwinan dan menjemput mereka menghadiri majlis tersebut untuk meraikan pasangan pengantin. Proses ini bukanlah suatu upacara yang formal, tetapi adalah sangat penting supaya dapat menyampaikan berita gembira serta dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kenalan dan saudara mara. Kini, adat ini sudah semakin dilupakan apabila teknologi mengambil alih medium untuk menyampaikan berita. Bermula dengan kad jemputan perkahwinan kepada jemputan menggunakan aplikasi Facebook atau WhatApps, komunikasi sesama kenalan menjadi semakin terbatas dan tidak memperlihatkan kesungguhan untuk menjemput mereka ke majlis perkahwinan. Oleh itu, adat ini perlulah dipertahankan supaya hubungan silaturahim antara jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai dapat dieratkan dan majlis yang bakal berlangsung tidak mendatangkan perasaan tidak senang kepada sesiapa.Proses ini diteruskan dengan upacara akad nikah yang merupakan rukun bagi umat Islam supaya ikatan perkahwinan menjadi sah di sisi agama dan undang-undang. Upacara akad nikah ialah di mana bapa atau wali kepada pengantin perempuan akan menyerahkan tanggungjawab terhadap anak gadisnya kepada pengantin lelaki. Upacara ini melibatkan mas kahwin yang diserahkan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Di saat ini sahlah mereka sebagai suami isteri. Seterusnya adalah upacara berinai yang disempurnakan oleh ahli keluarga. Ini merupakan simbolik bahawa keluarga merestui perkahwinan tersebut. Upacara ini jarang dilaksanakan sekarang kerana majlis terus kepada upacara persandingan. Namun adat ini masih sesuai untuk dipertahankan kerana ia merupakan suatu yang unik apabila pasangan pengantin dipakaikan inai di jari.Upacara persandingan merupakan kemuncak kepada adat perkahwinan Melayu kerana di sinilah pasangan pengantin akan diraikan oleh semua kenalan. Seterusnya majlis menyambut menantu. Kedua-dua majlis ini adalah sama, hanya dibezakan tempat berlangsungnya upacara. Perarakan pasangan pengantin yang diiringi oleh kompang ke dalam majlis adalah untuk menguar-uarkan kepada seluruh kampung bahawa pasangan pengantin sudah berkahwin. Dalam kedua-dua majlis ini akan berlangsungnya upacara merenjis dan upacara makan beradab. Upacara menepung tawar adalah upacara dimana keluarga dan kenalan memberi restu dan mengucapkan tahniah kepada pengantin. Majlis makan beradab pula adalah untuk memberi peluang untuk tetamu melihat pengantin dengan lebih dekat. Kesimpulannya, adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu adalah sangat sesuai untuk dipertahankan. Walaupun prosesnya mengambil masa yang agak panjang, namun ini adalah untuk memberi masa kepada pasangan supaya betul-betul bersedia untuk mula menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri. Adat-adat ini juga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak dan ini adalah sangat perlu dikekalkan kerana hubungan silaturahim dan kekeluargaan adalah sangat penting bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, adat-adat ini perlulah dipertahankan supaya generasi muda dapat rasa kepentingan keluarga dalam kehidupan mereka dan tidak mengambil mudah urusan perkahwinan.