kesenian tamadun barat

Upload: kira-yamato-92

Post on 09-Apr-2018

350 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    1/10

    Eropah pada zaman pertengahan awal atau dikenali juga

    sebagai zaman gelap (500-1000M) merupakan satu era yang

    tidak menampakkan perkembangan tamadun kerana masa itu

    Eropah mengalami zaman kucar kacir dan pencerobohan

    (diserang oleh orang gasar dari Asia Tengah), hidup tanpa

    pelajaran, sistem kerajaan yang tidak teratur, kebuntuan ekonomidan tiada sistem perbandaran. Kesusasteraan Latin tidak

    mengalami apa-apa perkembangan. Tiada pembacaan atau

    penghasilan karya-karya baru.

    Pada zaman Pertengahan Lanjutan (1000-1500M) masyarakat

    Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan. Mereka mula

    menyedari kepincangan mereka dari pelbagai aspek. Padazaman ini mula berlaku pembaharuan dalam bidang kesenian.

    Wujud satu seni baru iaitu Gothic dan Romanesque. Gereja

    dan istana dibina berdasarkan bentuk ini. Corak Gothic ini

    banyak terdapat di England, Jerman dan Itali dan sedikit di Rom.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    2/10

    Ia juga dianggap sebagai kelahiran semula yang bermaksud

    bahawa masyarakat Eropah ingin kembali ke zaman kegemilangan

    Greek dan Rom.

    Renaisans kemudian berkembang ke utara Eropah iaitu ke negeri-

    negeri England, Belanda, Jerman dan Perancis ).

    Pada zaman inilah timbul minat dan kecenderungan baru untuk

    memulihkan semula bidang kesenian dan ilmu pengetahuan tamadun

    purba Yunani dan Rom. Pada zaman ini orang Eropah mula

    menghasilkan kesenian dan kesusasteraan baru.

    Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya

    pada zaman Renaisans/Rennaisanse (Rennaisanse merupakan

    zaman yang berlaku antara zaman pertengahan dengan zaman

    moden.Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yangberkembang di selatan Eropah iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga

    abad ke-16.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    3/10

    Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan

    perkembangan dalam bidang seni bina apabilabangunan-bangunan yang besar-besar yang

    dibina pada kurun ke-11 telah digantikan dengan

    pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu

    juga dengan penghasilan lukisan kaca dan ukiran

    serambi yang rumit. Gereja yang besar-besar juga

    dibina seperti di Chartres, Bourges, Rheims danAmiens.

    Penghasilan karya oleh golongan humanis pada

    zaman Renaisans telah berjaya memulihkan

    semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada

    zaman pertengahan lebih mementingkan ciri-ciriagama dan kerohanian. Pelukis-pelukis pada awal

    kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut

    pemikiran mereka secara bebas. Hasil-hasil

    lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda

    hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk

    badan manusia.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    4/10

    Pada zaman Renaisans, bandar Florence

    menjadi pusat seni bina yang pertama.Pakar seni bina yang pertama di Florence

    ialah Fillipo Brunelleschi. Beliau berjaya

    membina bangunan yang mempunyai ciri-

    ciri zaman Renaisans yang pertama di Rom.

    Brunelleschi dianggap sebagai pengasaspembinaan bangunan zaman Renaisans.

    Bangunan tersebut dikenali sebagai

    Innocent Hospital. Pengukir-pengukir

    Florence yang mengikut jejak langkah beliau

    ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada

    kurun ke-16 Rom telah muncul sebagai

    pusat kesenian dan pembinaan.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    5/10

    Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal sepertiLeonardo da Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat

    terkenal iaitu Mona Lisa. Beliau juga menghasilkan lukisan lain yang

    juga terkenal seperti The Madona And The Child, St. John dan

    Madona and The St. Anne.

    Di samping melukis potret, beliau juga banyak menghasilkanlukisan pemandangan atau keindahan alam. Beliau telah

    memperkenalkan tulisan cermin yang masyhur yang mengandungi

    huruf-huruf songsang. Selain itu terdapat Raphael (1483-1520) dan

    Michaelangelo (1475-1564).

    Michaelangelo lebih menumpukan kepada pengkajian keindahantubuh badan manusia. Ukiran-ukiran beliau bersaiz besar. Antara

    penghasilan beliau yang terkenal ialah ukiran patung David.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    6/10

    Beliau juga telah mengukir patung NabiMusa, Night, Dawn dan Day . Patung-

    patung ini menjadi tugu peringatan Medici.

    Beliau juga telah menghiasi Gereja Sistine

    dengan lukisan dinding seperti

    pemandangan yang terdapat dalam kitab

    Injil.

    Beliau telah menyiapkan lukisan pada

    gereja besar St. Peter di Rom ketika

    berumur 71 tahun. Para pelukis dan

    pengukir ini telah menyebabkan

    munculnya era baru dalam bidang lukisandan seni bina dalam sejarah Eropah.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    7/10

    Zaman Renaisans telah memunculkan ramai penulis yang

    menghasilkan tulisan yang bermutu. Petrach telah

    menghasilkan banyak jenis karya. Karyanya yang paling

    masyhur ialah Swan Book yang merupakan syair

    percintaan.

    Beliau banyak menghasilkan karya dalam bahasa Latin dan

    Itali. Beliau juga mengkaji karya dan tulisan-tulisan Yunanidan Rom dan menterjemahkannya. Beliau telah berjaya

    mengembalikan kegemilangan karya-karya Yunani dan

    Rom.

    Boccaccio pula menghasilkan Decameron yang merupakan

    karya yang pertama ditulis dalam bahasa Itali yangkemudian telah diterjemahkan ke bahasa lain. Penyair Itali

    yang paling terkenal ialah Dante Aligheri dengan karya yang

    berjodol The Divine Comedy. Melalui karya ini beliau

    mempersendakan syurga dan neraka.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    8/10

    England juga telah menghasilkan beberapa orang

    pengarang dan penyajak terkenal seperti Geoffery

    Chaucer, Thomas More dan William Shakespeare.

    Chaucer telah menghasilkan Canterbury Tales yang

    cuba menyingkap perangai dan tabiat masyarakat

    England.

    Thomas More dalam karyanya yang berjodol Utopia

    telah mengkritik kuasa mutlak raja. Shakesspeare pula

    bukan sahaja berbakat dalam penulisan drama bahkan

    juga merupakan seorang penyair. Banyak karyanya

    diterjemahkan ke bahasa lain.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    9/10

    Perancis tidak ketinggalan dalam penghasilan sastera yang ditulis

    dengan menggunakan bahasa sendiri. Lagu separuh epikmenyentuh tentang jasa Raja Arthur, Charlemange dan hero-hero

    lain zaman silam. Penciptaan puisi lirik yang indah yang

    bertemakan cinta keperwiraan, kemuliaan hubungan manusia

    sesama manusia, kemudian dilagukan dari istana ke istana.

    Karya seperti ini kemudian merebak ke Sepanyol dan Jerman.

    Di Jerman, puisi lirik mereka lebih kepada pemujaan kepada hero

    mereka seperti Tristan, Parsival, dan watak dari sastera rakyatJerman iaitu Siegfried. Terdapat juga puisi lirik berunsur cinta.

  • 8/7/2019 Kesenian Tamadun Barat

    10/10

    Bidang muzik turut mengalami perkembangan pada zaman

    Renaisans. Istana Burgundy memainkan peranan pentingdalam sejarah muzik. Pada akhir kurun ke-15, pencipta-

    pencipta muzik Flemish memainkan peranan yang penting.

    Penggubah-penggubah muzik zaman Renaisans telah

    menggabungkan semua irama muzik. Ini menyebabkan

    bidang muzik menjadi bertambah rumit. Pemain-pemainmuzik mula menggunakan biola dan piano.

    Pementasan drama menjadi penting semasa zaman

    Renaisans. Pihak-pihak yang berkuasa dan mempunyai

    sumber kewangan telah mementaskan drama.

    Temanya mengenai kisah kehidupan seharian. Kemajuan

    dalam bidang drama telah mendorong kewujudan

    panggung wayang. Panggung pertama yang dibina di

    England ialah panggung Globe.