keselamatan di bengkel

5
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF KESELAMATAN DI BENGKEL Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang sering terjadi di dalam atau di luar bengkel boleh mengakibatkan :- a. Luka sementara dan kekal b. Kehilangan nyawa c. Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin Terdapat dua faktor atau punca kemalangan boleh terjadi di bengkel iaitu :- 1. Faktor kemanusiaan 2. Faktor keadaan bengkel dan mesin yang telah rosak atau alatan yang telah di bawah taraf. 1. FAKTOR KEMANUSIAAN Hampir 70% kemalangan yang terjadi di kawasan luar dan dalam bengkel disebabkan oleh faktor kemanusiaan. Antara faktor kemanusian yang memungkinkan kemalangan terjadi di bengkel adalah seperti berikut :- Terlalu yakin Cuai atau gopoh dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan Segan untuk bertanya walaupun tidak tahu Sikap yang kurang berminat Tiada tumpuan sewaktu menjalankan kerja amali / tidak sihat Tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan bengkel atau undang-undang keselamatan bengkel Pakaian yang tidak sesuai 2. FAKTOR KEADAAN BENGKEL / MESIN ATAU ALATAN YANG ROSAK DAN DI BAWAH TARAF Riezal Publisher

Upload: sharizal-sanik

Post on 11-Aug-2015

235 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bengkel

TRANSCRIPT

Page 1: Keselamatan Di Bengkel

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

KESELAMATAN DI BENGKEL

Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan

sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang

sering terjadi di dalam atau di luar bengkel boleh mengakibatkan :-

a. Luka sementara dan kekal

b. Kehilangan nyawa

c. Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin

Terdapat dua faktor atau punca kemalangan boleh terjadi di bengkel iaitu :-

1. Faktor kemanusiaan

2. Faktor keadaan bengkel dan mesin yang telah rosak atau alatan yang

telah di bawah taraf.

1. FAKTOR KEMANUSIAAN

Hampir 70% kemalangan yang terjadi di kawasan luar dan dalam bengkel

disebabkan oleh faktor kemanusiaan. Antara faktor kemanusian yang memungkinkan

kemalangan terjadi di bengkel adalah seperti berikut :-

Terlalu yakin

Cuai atau gopoh dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan

Segan untuk bertanya walaupun tidak tahu

Sikap yang kurang berminat

Tiada tumpuan sewaktu menjalankan kerja amali / tidak sihat

Tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan bengkel atau undang-undang

keselamatan bengkel

Pakaian yang tidak sesuai

2. FAKTOR KEADAAN BENGKEL / MESIN ATAU ALATAN YANG ROSAK DAN DI BAWAH TARAF

Lantai bengkel berminyak atau bersepah

Kawasan dalaman bengkel yang kurang cahaya atau gelap

Peredaran udara yang tidak baik

Meja kerja atau bangku yang tidak tetap

Suis elektrik rosak atau rosak

Alatan tangan tumpul atau rosak / Alat elektrik yang rosak

Riezal Publisher

Page 2: Keselamatan Di Bengkel

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

Berikut merupakan peraturan asas sewaktu berada di Bengkel Automotif yang perlu

dipatuhi serta difahami :-

A. LANGKAH KESELAMATAN DIRI

Bekerja dalam keadaan sihat

Berdisiplin semasa bekerja atau menjalankan amali

Jangan bergurau atau bermain semasa berada di bengkel atau melakukan

kerja amali

Pakai pakaian yang sesuai. Barang perhiasan seperti cincin, rantai atau jam

tidak boleh dipakai sewaktu melakukan kerja amali.

Jangan membawa alatan tangan yang tajam di dalam saku.

Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja dengan enjin atau mesin

yang bergerak

Rambut hendaklah sentiasa pendek

Gogal perlu dipakai semasa menjalankan atau melakukan kerja pada mesin

canai atau gerudi serta mengimpal

Jangan menggunakan sebarang alatan atau mesin yang telah rosak atau

cacat.

B. LANGKAH KESELAMATAN ALATAN SERTA MESIN

Sebelum menggunakan sebarang alatan atau mesin elektrik, pasti meminta

kebenaran daripada guru. Alatan atau mesin yang ingin digunakan perlu berada di

dalam keadaan baik serta faham bagaimana untuk mengendalikannya.

i. MESIN

Sebelum menggunakan atau menjalankan mesin anda hendaklah faham serta

tahu bagaimana untuk mengendalikan mesin tersebut.

Pastikan selepas mesin yang digunakan, ianya perlu dibersihkan.

Jangan menggunakan alatan elektrik mudah alih di tempat sempit atau

mudah terbakar.

Gunakan gogal atau pelindung mata sem asa menggunakan mesin canai,

gerudi atau pengimpal

Pastikan kabel atau sambungan pendawaian alatan elektrik tidak longgar atau

cacat.

Alatan elektrik mudah alih perlu berada di dalam keadaan sentiasa bersih dan

disimpan ditempat yang selamat serta kering.

Riezal Publisher

Page 3: Keselamatan Di Bengkel

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

ii. ALATAN TANGAN DAN MEJA KERJA

Pastikan alatan tangan yang digunakan berada di dalam keadaan baik dan

tidak menggunakan alat tangan yang telah rosak atau tumpul.

Elakkan menggunakan pahat yang telah berkepala cendawan.

Alat tangan pengetuk seperti tukul, pastikan pemegangnya teguh terpasang

pada kepala.

Spana atau alat tangan yang digunakan perlu sesuai dengan kerja yang

dijalankan.

iii. ALAT PENJULANG

Sebelum menggunakan penjulang, pastikan kenderaan yang perlu diangkat

perlu diletakkan di kawasan yang rata.

Pasangkan sangga keselamatan di bawah kenderaan selepas kenderaan

dijulang iaitu sebelum melakukan sebarang pekerjaan di bawah kenderaan

Pastikan sebelum menurunkan kenderaan, tiada orang berada di bawah

kenderaan

Riezal Publisher

Page 4: Keselamatan Di Bengkel

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

Jenis kemalangan yang mungkin terjadi di dalam Bengkel Automotif

1. Melecur

- Jangan membuka penutup pengalir haba semasa enjin dalam keadaan panas.

- Melecur juga boleh terjadi sekiranya tersentuh bahagian-bahagian kenderaan

yang panas,

contohnya; tersentuh atau terpegang sistem pancarongga keluar atau brek

gelendung atau

ceper selepas ianya beroperasi

2. Terhempap

- Sebelum sebarang kerja dijalankan pada bahagian bawah kenderaan yang telah

dijulang

. pastikan sangga keselamatan diletakkan

Riezal Publisher