kesantunan dalam filem melayu

Upload: ameerul-syarief

Post on 10-Jan-2016

129 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kesantunan Masyarakat Malaysia GSB1012

TRANSCRIPT

3.0 Analisiskan contoh strategi kesantunan verbal dan non verbal yang terdapat dalam cerita atau drama Melayu yang dipilih.

CERITA YANG DIKAJICerita yang telah dipilih ialah filem Ibu Mertuaku arahan P.Ramlee. Filem ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Shaws Malay Film Productions.

SINOPSISNyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Mereka berhubungan melalui telefon dan perjumpaan dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mendapat tahu perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi sejak sekian lama. Tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor. Oleh kerana Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan menentang keputusan ibunya, dia dinikahkan dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia. Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta. Dia diselamatkan oleh seorang perempuan ketika sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan. Di rumah perempuan tersebut, seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Doktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat.

ULASANFilem Ibu Mertuaku merupakan sebuah filem yang memiliki unsur komedi romantic pada permulaan dan menjadi makin tragik seiring dengan perjalanan cerita. Filem ini mengkritikkan sistem sosiobudaya yang membentuk kasta mengikut darjat kekayaan,pangkat dan keturunan. Isu ini telah digunakan oleh P.Ramlee bagi merakam sebuah filem bagi membanteras amalan ini dalam masyarakat.

KESANTUNAN VERBALKesantunan verbal merupakan komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan serta beradab. Kesantunan verbal juga dikenali sebagai kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa bermakna kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Masyarakat Melayu mementingkan kesantunan berbahasa kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan. Contohnya, melalui media massa seperti radio, televisyen, Internet, pengucapan awam, ceramah, seminar dan sesi ucapan. Contoh-contoh yang diberikan memerlukan pelaku menggunakan bahasa dan lisan bagi menyampaikan maklumat dan berkomunikasi.

Masa : 00:07:47" Bolehkah saya bercakap dengan Encik Kassim Selamat?" kata Sabariah.Dialog ini telah menunjukkan contoh kesantunan berbahasa yang baik. Sabariah menggunakan intonasi yang baik dan bersopan santun semasa menelefon Kassim Selamat. Cara percakapan Sabariah yang bersopan santun serta lemah lembut semasa bercakap telefon patut diteladani.Hal ini kerana Sabariah masih bersopan sewaktu berbicara walaupun tidak berhadapan dengan pendengar tersebut.. Ini menunjukkan satu penghormatan kepada pendengar jikalau individu tersebut menggunakan intonasi yang lemah lembut. Apabila budi digabungkan dengan bahasa, lahirlah satu pengertian yang jelas, iaitu percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata yang sempurna dan menyenangkan, penuh dengan sifai-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun diiringi dengan akhlak yang mulia. Bertutur dengan berbudi bahasa amat penting kerana ini dapat megelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham di samping mewujudkan suasana yang harmoni dan beramah mesra.

Masa : 00:02:54 "Kau dah gilakah? Hari inikan Hari Ahad?" kata Nyonya Mansoor.Dialog ini menunjukkan kesantunan berbahasa yang tidak bersopan. Dialog ini memaparkan Nyonya Mansoor merupakan seorang janda yang tidak bersopan santun. Dia bukan sahaja bertutur dengan menggunakan suara yang tidak lemah lembut malah memarahi Sabariah "gila". Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, Kalau bahasa seseorang santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar. Pertuturan perlu dijaga dan bahasa yang digunakan perlu sesuai bagi menjaga perasaan orang lain.

KESANTUNAN TIDAK VERBALKesantunan tidak verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep kesantunan berbahasa tidak verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak meggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Contohnya, tidak verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal, dan buku. Tuntasnya, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata memainkan peranan penting bagi melestarikan konsep kesantunan berbahasa. Antara unsur yang termasuk dalam kesantunan tidak verbal ialah unsur suprasegmental, paralinguistik, dan proksemika. Unsur suprasegmental ialah seperti tekanan, nada, dan tempo yang sentiasa melekat pada unsur segmental. Unsur paralinguistik ialah seperti air muka, gerakan tubuh, dan sikap badan adalah sistem tanda yang menyertai tuturan verbal, terutama tuturan bersemuka. Proksemika adalah unsur tidak verbal yang tidak termasuk dalam unsur paralinguistik. Misalnya, saling menjaga jarak atau tidak saling menjaga jarak antara penutur dan petutur.

Masa:00:15:56Gambar ini,menunjukkan Sabariah Mansoor yang sedang bersenyum ketika bertemu dengan Kassim Selamat. Walaupun Sabariah tidak pernah berjumpa dengan Kassim Selamat dan Sabariah tidak mengetahui bahawa lelaki itu merupakan Kassim Selamat, tetapi dia masih bersenyum dengannya sebagai satu tanda bertegur sapa. Ekspresi muka akan memberi maklumat kepada orang lain samada seseorang itu berasa gembira,sedih,marah atau sugul.. Muka yang masam ketika berjumpa dengan seseorang merupakan ekspresi yang tidak sopan. Mata juga merupakan elemen muka yang memberikan pengaruh yang kuat dalam komunikasi. Pandangan seseorang mampu menunjukkan bahawa seseorang itu berminat atau tidak untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Masa: 01:45:24Gambar ini menunjukkan Nyonya Mansoor tidak mengamalkan kesantunan bahasa dari segi tidak verbal. Semasa Nyonya Mansoor melihat Kassim Selamat, dia mencekak pinggangnya menunjukkan bahawa dia sedang marah dan tindakan ini adalah tidak sopan.. Bahasa tubuh mampu menyinggung perasaan orang lain jika tidak dijaga dalam kehidupan.. Gerakan isyarat memainkan peranan yang penting dalam proses berkomunikasi. Gerakan isyarat adalah gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesan tertentu. Tindakan menggeleng kepala sebagai ganti TIDAK dan mengangguk bagi menggantikan YA merupakan contoh yang terbaik bagi menggambarkan bahasa tubuh.

Masa: 01:30:00Gambar ini menunjukkan Kassim Selamat mengamalkan kesantunan dari segi berpakaian. Kassim Selamat memakai pakaian formal semasa dia membuat pertunjukan. Pemakaian yang sesuai menunjukkan peribadi sesorang dan memberi gambaran tentang gaya hidup seseorang. Di samping itu, berpakaian dengan bersopan santun juga menunjukkan masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang bertamadun.Cara pemakaian yang kurang sopan dan mencolok mata mungkin mengundang pandangan buruk masyarakat dan menjatuhkan harga diri.

REFLEKSI