kesantunan bahasa

12
KESANTUNAN BAHASA MELAYU

Upload: erlyana-musa

Post on 19-Jul-2015

147 views

Category:

Presentations & Public Speaking


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan bahasa

KESANTUNAN BAHASA MELAYU

Page 2: Kesantunan bahasa

MINGGU 2SEJARAH PERKEMBANGAN

• Kajian Lampau di Luar Negara• Era 1950-an dan 1960-an• Bermula sejak 1950-an. Kajian Schuler yang mengkaji

kesantunan bahasa Jerman. • Goffmann mengkaji “on FACE work” pada 1955. • Grapow H. mengkaji strategi orang Arab ketika menyapa dan

menegur pada 1960• Brown, Roger, dan Ford mengkaji bahasa sapaan orang

Amerika Inggeris pada 1961• Stover, Leon dan Eugene mengkaji konsep muka dengan

bahasa verbal masyarakat Cina pada 1962• Kishitani Shoko mengkaji bahasa honorifik (hormat) orang

Jepun pada 1969.

Page 3: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di Luar Negara

• Era 1970-an• Ervin-Tripp (1972)menulis peraturan

sosiolinguistik dan sapaan • Lakoff (1973) menulis logik kesantunan• Grice (1975) menulis logik dan perbualan Brown

& Levinson (BL) (1978) menulis kesejagatan fenomena kesantunan dalam penggunaan bahasa. Ketengahkan konsep muka positif/muka negatif sebagai asas strategi kesantunan. Sangat berpengaruh dan terkenal

Page 4: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di Luar Negara

• Era 1980-an dan 1990-an• Leech (1983) memperkenalkan maksim kesantunan

menerusi Prinsip Kesantuan dalam buku Principal of Pragmatics .

• Khaildi Zhan (1992), Mao (1994) dan Yeung (1997) menulis kesantunan masyarakat Cina

• Cho (1983) dan Choi (1978) menulis kesantunan orang Korea

• Cook (1985) menulis kesantuan orang Jepun tentang peranan patikel ‘no’. Matsumoto (1989) menulis perbezaan konsep muka orang Jepun/orang Barat

Page 5: Kesantunan bahasa

Perkembangan Bidang Kesantunan di Timur

• Kajian Cook (1968) menulis Pronominal Reference in Thai, Burmese and Vietnamese. Geertz (1966) menulis kesantunan masyarakat Jawa di Bali.

• Kajian Khaidi Zhan (1992) tentang kesantunan orang Cina. Bersetuju denan BL bahawa kesatunan bahasa bersifat universal, tetapi ada perbezaan strategi. Gunakan kerangka 4 strtaegi B&L iaitu Kesantunan Positif, Negatif, Berekod dan Tanpa Rekod. Baginya orang Cina mengambil berat orang lain dan menghormati orang tua (teras kesantunan positif). Sistem panggilan yang halus bukan sekadar keluarga terdekat tetapi jiran tetangga. Mao (1994) kesantunan orang Cina bersifat dunamik dan sentiasa berubah mencari kesesuaian.

• Kajian Matsumoto (1989) tentang susun lapis orang Jepun yang menegak mempunyai contoh sapaan yang berbeza dalam ujaran yang sama. Konsep universal BL perlu dikaji semula kerana berasaskan budaya Inggeris yang tidak sesuai dengan orang Timur. Watts (1989) cadang konsep kesantunan antara budaya dikaji

• Kajian Kummer (1992), susun lapis masyarakat Thai berbentuk piramid.Masyarakatnya mengamalkan sistem bahasa yang berbeza mengikut darjat, keturunan dalam agama, gender. Kajian Scupin (1988) menunjukkan sistem hierarki orang Thai mewujudkan panggilan yang berbeza dalam perlakuan etiket.

Page 6: Kesantunan bahasa

Perbezaan Kesantunan Bahasa Barat dan Timur

• Orang Barat hubungannya mendatar, manakala hubungan orang Timur menegak. Kitao Kenji & Kathleen (1985) masyarakat Barat mempunyai persamaan hak dan mahu bebas suarakan idea dan emosi, tapi berhati-hati membuat permintaan. Leech (1983) menggunakan ketersiratan apabila meminta

• Perbezaan konsep muka wujud antara Barat dengan Timur• Matsumuto (1989) menganggap konsep muka BL yang

bersifat universal. Masyarakat Jepun tidak mengutamakan hak individu sebaliknya kedudukan hubungan sosial dengan pihak lain. Muka negatif yang utamakan kehendak tidak mahu diganggu terlalu asing dalam masyarakat Jepun.

Page 7: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di Dalam Negara

• Tahun 1950. Za’ba menulis nilai dalam perlakuan dan etiket Melayu dalam Journal Malayan Branch. Menyentuh perlakuan dalam percakapan dari aspek pengawalan suara, tidak boleh menjerit dan meninggikan suara, tidak membolot sidang perbualan dan bercakap terlalu banyak dan memuji diri sendiri

• Pada 1969, Za’ba berpendapat BM ialah ungkapan bahasa teristimewa dan mampu disesuaikan dengan suasana dan keadaan masyarakat. Antaranya meletakkan taraf seseorang pada kedudukannya yang sesuai dengan darjat, kuasa dan umur. Kesantunan Melayu tidak banyak bezanya dengan orang Cina, Jepun dan Thai.

Page 8: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di dalam Negara

• Khadijah Ibrahim (1993) mengkaji kesantunan keluarga Melayu dalam membuat permintaan. Gunakan kerangka BL dan mendapati orang Melayu mengutamakan konsep air muka dalam menjaga keharmonian hubungan. Utamakan strategi kesantunan positif dalam perbualan. Konsep ‘luar anak-beranak’ dan ‘luar anak-beranak’ mempunyai sempadan tersendiri

• Nor Hashimah Jalaludin (1994) mengkaji bahasa jual beli dalam perniagaan runcit. Gunakan implikatur dan ganti nama diri. Implikatur bukan sekadar kemahiran berbahasa malahan kesantunan dalam perbualan. Proses tawar-menawar lebih harmoni, santun dan berjaya mengurangkan ketegangan

• Jamaliah Ali (1997) mengkaji konsep air muka yang mempengaruhi ciri bahasa verbal. Muka ialah sesuatu yang dipertahankan demi mengekalkan keharmonian dan perhubungan. Konsep malu dalam menjaga air muka mempengaruhi bahasa verbal

• Abdullah Yasin (1998) mengaplikasikan Prinsip Kesantunan Leech dan merumuskan ilokusi pilihannya ialah santun. Kerangkanya memerlukan input Islam kerna buku Lembaga Budi Hamka menggunkan strategi ketakterusan. Maksim Leech tak mampu kerana hubungan sesama manusia, sedangkan Hamka hubungan manusia dengan Tuhan.

Page 9: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di Dalam Negara

• Asmah Haji Omar (2000) menulis hal kesantunan dalam perbincangan dan perbahasan. Strateginya ialah kaedah oleh penutur untuk mencapai sesuatu maksud. Strategik kesantunan melibatkan kesedaran peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air muka. Air muka berasaskan maruah dan martabat dan berbeza dengan BL berasaskan keinginan mencapai sesuatu.

• Ada 2 jenis. Pertama, kesantunan asas, iaitu kesantunan yang sedia ada yang menjadi pedoman masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik.

• Kedua, kesantunan berkendala, iaitu kesantunan yang menggambarkan usaha ahli masyarakat dalam berhubungan antara satu sama lain dengan memberi perhatian kepada kendala seperti taraf/peranan orang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dicakapkan , mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan. Kesantunan bukan strategi sebaliknya ciri budaya yang menuntut masyarakatnya bersopan santun dengan menghormati orang lain

Page 10: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di dalam Negara

• Sanat Md Nasir (1998, 2001,2002) mengetengahkan input Islam dalam kajian bahasa. Baginya (2001) kesantunan yang paling luas ialah merujuk konsep amar makruf nahi mungkar, bukan sekadar menjaga muka dan input budaya semata-mata. Perlakuan manusia yang santun ialah ibadah seperti kerangka “Liya budu” dengan merujuk Surah al-Bayinnah (ayat 5)

• Ungkapan ‘atqakum’ berdasarkan Surah al-Hujarat (ayat 13) bahawa manusia yang paling mulia ialah yang bertakwa. Bagi Sanat ini menjelaskan hubungan manusia dengan Allah yang menjadi penentu terhadap setiap perlakuan manusia

Page 11: Kesantunan bahasa

Kajian Lampau di dalam Negara

• Noriati A. Rashid (2004) mengkaji kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan. Dapatannya, strategi kesantunan verbal dan bukan verbal orang Melayu sangat erat dengan input Islam. Konsep jaga muka bermula dengan jaga muka terhadap Tuhan sebelum jaga muka sesama manusia. Baginya setiap perlakuan bermula dengan hati atau naiwaitu yang terbina atas didikan ilmu wahyu. Kesucian hati melahirkan pelbagai strategi kesantunan yang membentuk perlakuan manusia.

• Seperti Sanad, hubungan tiga penjuru yang melibatkan penjagaan hubungan antara manusia dengan Tuhan serta hubungan manusia dengan manusia berdasarkan Surah al-Rum

Page 12: Kesantunan bahasa

Model Kesantunan Orang Melayu

• Berasaskan keserasian model BL dan Asmah Haji Omar

• Kerangka dibina dengan mengambil kira beberapa perkara:

• A. Keperluan manusia dalam menentukan setiap perlakuan asas atas niat kerana Allah dan menerimanya sebagai ibadah

• B.Tidak boleh abaikan sosiobudayanya

• C.Serasi dengan model kesantuan lain seperti BL dan Asmah

• D. Input Islam menjadikan kesantunan orang Melayu lebih luas