kesantunan bahasa

Upload: lynakhalid

Post on 17-Jul-2015

833 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KUASA KATA UNTUK KOMUNIKASI BERKESANKESANTUNAN BERBAHASA BAHASA SAPAAN UNSUR PARALINGUISTIK DAN STILISTIK

KESANTUNAN BERBAHASAPengertian Konsep

Kesantunan bahasa bermaksud timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap Sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya (Abdullah Hassan , 1992)

KEBIADABAN BERBAHASAMak Cik Timah , awak dah makan ? Cikgu , awak dah lama sampai ?mengawakkan orang yang lebih tua atau tinggi pangkatnya? Betul tatabahasanya, tapi ..

Kesantunan Bahasa* Maksud kesantunan bahasa lebih mudah difahami dengan melihat apa- apa yang yang sebaliknya, iaitu kebiadapan berbahasa

Kebiadaban Berbahasa1.

Terlalu singkat

* Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, notis, surat dan laporan yang terlalu singkat yang tidak kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan penerimanya.

Kebiadaban Berbahasa2. Sindiran* Ramai orang tidak suka menjadi penerima sebarang bentuk sindiran sama ada berbentuk terbuka mahupun lembut. Sesuatu sindiran akan menyebabkan seseorang berasa maruahnya tercabar.

Kebiadaban Berbahasa3. Berpura-pura

Menggunakan ungkapan berbentuk pura-pura: Kita semua sedia maklum Seperti yang anda ketahui Anda pun pasti sudah faham

* Menggambarkan sikap melantik diri sendiri menjadi jurucakap orang lain.

Kebiadaban Berbahasa4. Kemarahan* Nada kemarahan akan dijawab dengan kemarahan , walaupun nada itu kita cuba lindungi dengan kata-kata manis yang palsu

Kebiadaban Berbahasa5. Curiga

* Nada curiga lazimnya dihubungkaitkan dengan niat dan maksud sama ada ikhlas atau sebaliknya.

Kebiadaban Berbahasa6. Penghinaan

Penghinaan yang tidak sengaja : DILARANG MASUK TANPA URUSAN

menyakitkan hati orang ramai yang sememangnya datang untuk berurusan

SILA MASUK JIKA ADA URUSAN

Kebiadaban Berbahasa7. Tuduhan* Tuduhan yang tidak disertai bukti yang kukuh

Kebiadaban Berbahasa8. Mengajar

Ungkapan yang mengandaikan seseorang tidak tahu apa-apa, akan mencerminkan sikap merendah-rendahkan penerimanya :

Sebagai orang yang bijak, tentu anda tahu..

Kebiadaban Berbahasa9. Kemesraan yang tidak diingini

Dalam kalangan generasi muda, kerap berlaku kesilapan penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama seperti abang, kakak, adik.

Kebiadaban Berbahasa10. Sangkaan

Sangkaan bahawa seseorang akan melakukan apa yang kita harapkan sebelum orang itu membuat keputusannya sendiri : Atas persetujuan ramai, sebagaimana yang dijangkakan, kami ucapkan berbanyakbanyak terima kasih.

Kebiadaban Berbahasa11 . Terlalu merendahkan diri

Ungkapan yang terlalu merendahkan diri menyebabkan orang menyampah mendengarnya

Kami menjemput tuan sekeluarga ke teratak buruk kami untuk menikmati hidangan yang tidak sepertinya ..sedangkan rumah orang yang mengundang itu cantik dan hidangan makanannya hebat Ini menggambarkan budi bahasa yang palsu dan hipokrit.

Kebiadaban Berbahasa12. Pujian yang menjulang

Pujian yang tidak jujur : Tanpa sumbangan tuan, mustahil kami dapat melaksanakan projek ini .

Kebiadaban Berbahasa13 . Melebih-lebihkan pengiktirafan

Penggunaan perkataan penegas yang digandakan akan membawa kesan yang bertambah buruk : amat, benar, sangat

Hatinya tersangat-sangat rindu Kesedihannya teramat sangat

Kebiadaban Berbahasa14. Berputar-putar

Bercakap semacam berbelit-belit maksudnya sehingga penerima mengesyaki ada kepurapuraanAtas segala kesilapan yang barangkali telah kami lakukan, dan jika ada kata-kata kami yang tidak sedap didengar, atau jamuan kami yang tidak seperti yang diharapkan, kami memohon jutaan maaf . dan .

Kesantunan Bahasa

Apakah sebenarnya kesantunan berbahasa ?

Bahasa SapaanYang Yang Yang Yang kurik itu kundi, merah itu saga; baik itu budi, indah itu bahasa.

Bahasa Sapaan

Masyarakat Melayu menggunakan kata ganti diri dan bahasa sapaan apabila ahli-ahlinya berhubungan antara satu dengan lain.Dalam BM, penggunaan kata ganti diri berkait rapat dengan bahasa sapaan (Nik Safiah Karim, 1981 )

Bahasa SapaanPenggunaan :-

Hubungan antara anggota dalam keluarga , kaum kerabat , persanakan , masyarakat

- Menggambarkan status masyarakat tidak tersinggung

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di dalam keluarga

Kata ganti nama : saya , awak , aku , kamu , kau , engkau, dsb Kata sapaan / panggilan : Pak Cik, Along , ayah , bapa , abah , emak , mak , ibu , bu , opah , abang , kakak , adik , long , bang long , ayah Noriah , sayang yang , ling , dll

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan umur dalam pergaulan biasa.Kata ganti nama : saya, awak, aku, kamu, kau, engkau, anda, kalian, kami, kita, dsb Kata sapaan / panggilan : Pak + nama, Pak Cik + nama, Tok + nama, nek + nama, abang + nama, kak + nama, saudara , saudari, dll.

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan pangkat / status dalam masyarakat-

Datuk Prof. Dr. Asmah Haji Omar

1.

Gelaran pergaulan tak bersahaja (formal) Tuan, Tuan Doktor Malek, Tuan Profesor Omar, Tuan Haji, Encik , Cik, Puan, Saudara, Saudari, Tuan Guru Besar, Tuan PengerusiSaya bersetuju dengan saudara Razak

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan pangkat / status dalam masyarakat2.

Gelaran warisan GelaranTengku , Raja Engku Syed Abang (Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku (Brunei)

Bahasa SapaanTengku / Engku Engku Tuan Syed Abang Awang Dayangku

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan pangkat / status dalam masyarakat3.

Gelaran kurniaan Kerajaan Tun, Toh Puan, Tan Sri, Datuk Paduka, dsb - tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Cik, Encik kecuali mereka yang mempunyai gelaran lain spt Doktor, Profesor, Tengku, Haji.

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan pangkat / status dalam masyarakat4.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas Profesor, Doktor, Cikgu, Ustaz, dsb - Kata sapaan Tuan, Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.Profesor Dr. Abu Bakar Hashim Tuan Profesor Dr. Abu Bakar Hashim

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan di luar keluarga berdasarkan pangkat / status dalam masyarakat5.

Gelaran Keagamaan gelaran : Haji, Hajah, Lebai, Bilal, Imam Kata sapaan : Tuan Haji, Puan Hajah, Cik Haji (Lelaki + Perempuan), Pak Haji Rahman, Mak Haji Aishah, Tuan Imam, Pak Lebai.

Bahasa SapaanKata ganti nama & sapaan dalam angkatan tentera-

Gelaran tuan kepada pegawai bertauliah spt Leftenan Muda, Leftenan, Kapten, Mejar , Leftenan Kolonel, Brigadier Jeneral, Mejar Jeneral, dll

- Panggilan Puan bagi isteri-isteri pegawai, kecuali pegawai yang mempunyai gelaran anugerah

Bahasa Sapaan

Aku nak jumpa bos, nak panggil dia ?

UNSUR-UNSUR PARALINGUISTIKberkaitan dengan ciri-ciri bunyi : Kelajuan Kenyaringan Kelantangan bunyi Penyuaraan

UNSUR-UNSUR STILISTIKGaya bahasa atau lambang yang dapat memperhalus ucapan dan disebut sebagai ungakapn lembut atau euphemisme.

Buang air kecil Orang rumah Hamil mengandung bunting

UNSUR-UNSUR STILISTIKGaya bahasa tatasusila dalam pertuturan : Minta diri ke belakang sebentar

Perkataan tuan tidak pada tempatnyaAndainya tuan tidak berhalangan

PEMILIHAN KATA Setiap kata mempunyai nilai rasa yang tersendiri

UNSUR-UNSUR STILISTIK

Cekik , bokor, makan, jamah, santap

UNSUR-UNSUR STILISTIKPEMILIHAN KATA DAN AYATLafazkan untuk nilai rasa yang berbeza-beza

Cekik ,cekiklah lagi! Asyik membokor sahaja, Makaaan!, Silakan makan, Jemputlah makan , encik. Semoga sudilah kiranya encik menjamah hidangan yang tidak sepertinya ini.

BAHASA YANG BERSANTUN*

Beradab , berbudi, bersopan santun

Aspek pilihan kataContoh :

Tidak berapa bersetujuAgak keberatan Berhalangan Tidak berkelapangan

BAHASA YANG BERSANTUN

hormat, takzim,Berat hati, Sukacita, Ragam ayat :

besar hati, dukacitanya,

terkilan, bertuah, gembira,

Sesungguhnya kehadiran tuan amatlah kami harapkan. Namun, sekiranya pihak tuan berhalangan, dapatlah kiranya pihak kami dimaklumi dengan

JUMPA LAGI