kesantunan bahasa

23
SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan KESANTUNAN BAHASA Pengenalan Kata Santun menurut Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang bertamadun. Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun. 208082

Upload: zacharyvearn81

Post on 26-Jun-2015

2.223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

KESANTUNAN BAHASA

Pengenalan

Kata Santun menurut Kamus Dewan ialah halus budi bahasa atau pekerti, beradab,

bersopan. Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi

pekerti dan kesopanan.

Kesantunan bahasa secara umum bermaksud penggunaan bahasa yang baik, sopan,

beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang

menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu cirri penting bangsa yang

bertamadun.

Bahasa Melayu sebagi bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa

tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di Negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam

pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.

208082

Page 2: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan Bahasa

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada

peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Sebahagian peraturan itu bersifat

sejagat seperti penggunaan panggilan kehormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan

bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau

bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat,

protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat

berkenaan.

Prof. Ameritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan

penggunaan bahasa iaitu:

1. peraturan linguistik

2. peraturan sosiolinguistik

3. peraturan pragmatik

Kepatuhan kepada ketiga-tiga pertaturan itu secara bersepadu menjadi asas Kesantunan

bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat

mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa di atas.

208082

Page 3: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Sistem Pesanan Ringkas

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan

yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek.

Pada mulanya SMS dirancang sebagai sebahagian daripada GSM, tetapi pada masa

sekarang, perkhidmatan ini ditawarkan oleh jaringan-jaringan mobil lainnya termasuk

rangkaian UMTS.

Satu pesanan ringkas SMS maksimum terdiri daripada 140 bait. Dengan kata lain, satu

pesanan boleh memuatkan 140 aksara 8-bit, 160 aksara 7-bit atau 70 aksara 16-bit untuk

bahasa Jepun, China dan Korea yang memakai aksara Kanji. Selain 140 bait ini, ada data-

data lain yang termasuk. Ada pula beberapa kaedah untuk mengirim pesanan yang lebih

panjang daripada 140 bait, tetapi seorang pengguna harus membayar lebih daripada sekali.

SMS juga mampu untuk mengirim grafik, audio dan video. SMS bentuk ini disebut MMS.

Pesanan-pesanan SMS dikirim dari sebuah telefon bimbit ke pusat pesanan (SMSC dalam

bahasa Inggeris). Di sini pesanan disimpan dan cubaan untuk menghantarnya dilakukan

untuk beberapa kali. Setelah satu waktu yang telah ditentukan, biasanya 1 hari atau 2 hari,

pesanan akan dihapuskan. Seseorang pengguna boleh mendapatkan pengesahan daripada

pusat pesanan ini.

208082

Page 4: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

SMS sangat popular di Eropah, Asia dan Australia. Di Amerika Syarikat, SMS secara

perbandingan jarang digunakan. Di tempat lain, SMS popular kerana agak murah dan kerap

digunakan di kalangan remaja. Perkhidmatan pesanan ringkas ini jarang digunakan di

kalangan pengguna yang agak berusia.

Disebabkan lambat dan kesulitan menulis atau untuk menjimatkan ruang, biasanya pesanan

SMS diringkaskan. Tetapi kesulitan ini, sekarang sudah diatasi kerana banyak telefon bimbit

yang memiliki fungsi kamus dan bijak teka "intelligent guess". Ini merujuk kepada ciri

telefon meneka perkataan yang cuba ditulis dengan membandingkan perkataan yang

bermula dengan huruf yang sudah diisi. Sebagai contoh:- Sekiranya pengguna menaip kere,

talipon bimbit akan mempaparkan perkataan kereta.

Pesanan-pesanan SMS pernah mengakibatkan perubahan-perubahan kecil yang menarik

dalam masyarakat. Beberapa petikan:

Januari 2001, Joseph Estrada dipaksa turun takhta sebagai Presiden Filipina Kempen

menentangnya diselaraskan melalui sistem pesanan ringkas SMS.

Julai 2001, pihak berkuasa Malaysia memutuskan bahawa dalam menjatuhkan talak,

tidak boleh dilakukan melalui SMS. Ini disebabkan tidak jelas siapa yang

menghantarnya. Siapa sahaja boleh meminjam atau mencuri telefon bimbit dan

menghantar pesanan tersebut. Tiada bukti seperti tulisan, suara yang boleh dicamkan,

atau saksi yang boleh mengesahkannya. Talak tersebut perlu didaftarkan di

Mahkamah atau Pejabat Kadi sebelum ia disahkan.

208082

Page 5: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa SMS

Ini adalah satu neka bahasa yang tulisan yang digunakan dalam sistem maklumat singkat

yang digunakan lazimnya oleh orang muda bagi berkomunikasi melalui telefon bimbit.

Dalam sms ini banyak perkataan yang dipendekkan, perkataan Inggeris yang dipinjam, dan

perkataan-perkataan slanga yang diketahui oleh golongan pengguna sms itu saja. Malah,

ramai golongan yang lebih tua tidak memahami bahasa sms ini.

Contoh : Bahasa SMS

“Dia ok, tingal kaki dia susah nak jalan.nanti ari ahad aku dtg umah ko le.dah lama x tengok

ko.aku d opis skrg.nanti mingu dpn baru dpt cuti 2 pun 1 mingu je.k” (33 perkataan, 159

huruf & spasi )

Bahasa sms ini dapat dijadikan bahasa yang berbudi bahasa, seperti berikut:

“Dia tidak cedera apa-apa, cuma kakinya sukar hendak berjalan. Pada hari Ahad nanti saya

datang ke rumah saudara. Sudah lama saya tidak bertemu anda. Pada masa ini saya di

pejabat. Saya bercuti pada minggu depan. Salam daripada saya.” (38 perkataan, 195 huruf &

spasi)

Sekiranya mahu dipendekkan seperti berikut masih boleh:

Dia tidak cedera, cuma sukar berjalan. Ahad nanti saya ke rumah saudara. Lama kita tidak

bertemu. Saya di pejabat sekarang, dan bercuti minggu depan. Salam. (25 perkataan, 131

huruf + spasi).

208082

Page 6: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Dapat dilihat bahawa, bahasa sms ini adalah bahasa yang tidak dikawal. Kita merasakan

bahasa sms ini ringkas. Sebenarnya tidak. Bahasa sms yang tidak dikawal ini menggunakan

banyak perkataan, huruf dan lambang secara rambang. Akibatnya, jumlah perkataan dan

huruf serta spasinya menjadi banyak. Namun, mesejnya masih belum pasti jelas. Mesej di

atas menggunakan 33 perkataan dan 159 huruf dan spasi.

Apabila ditulis dengan rapi, jumlah perkataannya hanya bertambah dengan 11 menjadi 38,

dan jumlah huruf dan spasi bertambah dengan 36 menjadi 195. Tetapi, bahasanya adalah

jauh lebih sempurna dan mesejnya adalah lebih jelas.

Kemudian, apabila ditulis dengan lebih rapi lagi, bilangan perkataannya berkurangan

menjadi 25, iaitu kurang 13 perkataan. Jumlah hurufnya juga berkurangan menjadi 131 saja,

iaitu kurang 28 huruf dan spasi.

Sebenanya, bahasa sms ini tidaklah sebenarnya lebih hemat menggunakan perkataan, huruf

dan spasi. Bahasa sms ini adalah tabiat menggunakan bahasa secara tidak terkawal dan tidak

rapi. Bahasa sms itu adalah bahasa lisan neka rendah yang tidak terkawal, kemudian

dituliskan. Oleh sebab itu, bahasa sms ini adalah tidak sesuai digunakan untuk tujuan rasmi,

seperti dalam perhubungan dengan orang yang lebih tinggi kedudukan dan tarafnya.

Walaupun dituliskan, bahasa sms ini tetap merupakan bahasa lisan neka rendah.

208082

Page 7: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Oleh sebab itu bahasa sms ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi. Apabila

dilakukan juga, ia menjadi cara berkomunikasi yang tidak menghormati orang yang

menerima mesej tersebut. Apabila kita menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks

rasmi, kita sudah melanggar peraturan budi bahasa dalam bahasa Melayu. Kita mungkin

tidak melakukan sebarang kesalahan tatabahasa, tetapi kita sudah melakukan kesalahan budi

bahasa. Itulah kebiadaban berbahasa, atau dalam bahasa ”kasar,” itulah ”kurang ajar”

berbahasa. Dengan perkataan lain, bahasa sms dalam bentuk yang gemar digunakan itu tidak

sesuai untuk tujuan rasmi.

Persoalan utama pada masa ini adalah sama ada penggunaan bahasa ini akan merosakkan

bahasa Melayu dan meminta supaya bahasa sms ini diharamkan sama sekali. Kita harus

dapat menerima hakikat bahawa bahasa sms ini adalah oleh golongan muda dalam konteks

perhubungan mereka saja. Malah ada sebahagian daripada kelaziman penggunaan perkataan

ringkas, ejaan dan bentuk ayat adalah tidak mematuhi syarat kesantunan berbahasa; iaitu

tatabahasa dan budi bahasa.

Persoalan yang timbul pada masa ini apakah ada pihak yang memikirkan bahawa bahasa

sms ini merosakkan bahasa Melayu. Kebimbangan ini ada benar dan ada tidak benarnya.

Perkara yang pasti adalah kita tidak dapat menghapuskannya sama sekali. Sekiranya bahasa

sms ini digunakan dalam kalangan perhubungan orang muda sesama mereka saja, tentulah ia

tidak merosakkan apa-apa. Walau bagaimanapun, ia akan merosakkan apabila bahasa sms

itu digunakan dalam konteks bukan sms. Itu tidak betul. Yang betulnya adalah kita perlu

menggunakan bahasa yang rapi sekalipun dalam sms.

208082

Page 8: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Di petik daripada URL : http://www.jomlayan.com/mybb/bahasa-sms-t-9613.html

208082

Page 9: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Kajian penggunaan bahasa dalam SMS di kalangan IPT (Remaja)

A. Latar Belakang Masalah

Pada hakikatnya manusia merupakan suatu makhluk sosial. Sebagai makhluk sosial manusia

memerlukan bahasa, baik lisan mahupun tulisan yang digunakan untuk bergaul dengan

manusia lain, baik untuk menyatakan pendapatnya, mahupun untuk mempengaruhi orang

lain demi kepentingannya sendiri mahupun kelompok atau kepentingan bersama. Peranan

bahasa yang utama adalah sebagai alat untuk berkomunikasi antara manusia yang satu

dengan yang lain dalam suatu masyarakat. Hal tersebut sesuai dengan pendapat Mustakim

(1994 : 2) bahwa bahasa sebagai alat komunikasi digunakan oleh anggota masyarakat

untuk menjalin hubungan dengan masyarakat lain yang mempunyai kesamaan bahasa.

Melalui bahasa manusia dapat saling berhubungan dengan manusia lainnya, walaupun

latar-belakang sosial dan budayanya berbeza. Oleh karena itu, fungsi bahasa yang paling

mendasar adalah untuk berkomunikasi (P.W.J. Nababan, 1993 : 40), iaitu alat pergaulan

dan perhubungan sesama manusia sehingga terbentuk suatu sistem sosial atau masyarakat.

Bahasa sebagai sebahagian dari masyarakat merupakan gejala sosial yang tidak dapat

terlepas dari penggunanya.

208082

Page 10: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Sosiolinguistik sebagai cabang ilmu bahasa merupakan interdisipliner ilmu bahasa dan ilmu

sosial, berusaha menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaian di

dalam masyarakat. Pemakaian bahasa dalam masyarakat selain dipengaruhi faktor-faktor

linguistik juga dipengaruhi oleh faktor-faktor nonlinguistik. Faktor-faktor nonlinguistik yang

berpengaruh itu antara lain; status sosial, tingkat ekonomi, jenis kelamin, umur, dan

sebagainya. Sedangkan faktor situasional yang mempengaruhi pemakaian bahasa adalah

siapa yang berbicara, dengan bahasa apa, kapan, di mana, kepada siapa, dan mengenai apa

(Suwito, 1991 : 3).

Mengingat bahasa sebagai alat komunikasi yang sesuai dengan keperluannya maka bahasa

dipakai dalam berbagai jenis kegiatan yang tergantung pada fungsi dan situasinya seperti di

kaunter, di stesen, di bilik kuliah, dan sebagainya. Fungsi dan situasi tersebut akan

menimbulkan variasi. Pemilihan variasi yang berdasarkan pada fungsi dan situasi bahasa

dapat menimbulkan munculnya ragam bahasa. Pemilihan terhadap ragam bahasa

dipengaruhi oleh faktor kebutuhan penutur atau penulis akan alat komunikasi yang sesuai

dengan situasi (Sugihastuti, 2005 : 123).

Seiring perkembangan zaman, teknologi dalam berkomunikasi pun mengalami kemajuan

yang pesat. Seseorang dapat berkomunikasi dengan orang lain tanpa harus bertatapan

langsung. Dalam berkomunikasi dengan orang lain, kita dapat berkomunikasi secara primer

maupun sekunder. Proses komunikasi secara secara primer merupakan proses penyampaian

pikiran dan atau perasaan seseorang kepada orang lain dengan menggunakan lambang

(simbol) sebagai media (Onong Uchjana Effendy, 1999 : 11).

208082

Page 11: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Lambang sebagai media primer dalam proses komunikasi adalah bahasa, kial, isyarat,

gambar, warna, dan lain sebagainya yang secara langsung mampu “menerjemahkan”

pemikiran dan atau perasaan komunikator kepada komunikan. Media primer atau lambang

yang paling banyak digunakan dalam berkomunikasi adalah bahasa. Akan tetapi, tidak

semua orang pandai mencari kata-kata yang tepat yang dapat mencerminkan perasaan yang

sesungguhnya.

Berkembangnya masyarakat beserta peradaban dan kebudayaannya, komunikasi bermedia

mengalami kemajuan. Tidak hanya dengan bertatap muka saja orang dapat berkomunikasi

dengan orang lain. Bahkan dengan berbagai alat komunikasi yang canggih seseorang dapat

berkomunikasi selayaknya berhadaphadapan dengan lawan bicara seperti percakapan biasa

yaitu melaui media telepon genggam atau handphone (HP). Seseorang dapat menggunakan

media kedua dalam berkomunikasi Karena adanya kecanggihan teknologi misalkan melalui

HP, televise, radio, dan lain sebagainya. Proses komunikasi seperti hal tersebut merupakan

proses komunikasi secara sekunder, yakni proses penyampaian komunikasi oleh seseorang

kepada orang lain dengan menggunakan alat atau sarana sebagai madia kedua setelah

memakai lambang sebagai media pertama (Onong Uchjana Effendy, 1999 : 16).

Adanya peranan media, yakni media sekunder seperti HP, dalam komunikasi tidak perlu

bertatap muka langsung maka komunikator dan komunikan dapat berkomunikasi

menyampaikan idea, gagasan, pendapat, dan sebagainya tentang berbagai hal yang tentu saja

melalui bahasa. Oleh kerana itu, terjadilah efesiensi dalam berkomunkasi yang tidak

terpancang pada jarak dan waktu. Gejala kontemporasi bahasa iaitu berubahnya serta

berkembangnya bahasa sesuai situasi dan kondisi merupakan konsekuensi dari fungsi bahasa

sebagai alat komunikasi dan sebahagian daripada budaya masyarakat. Masyarakat

208082

Page 12: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

menggunakan lambang-lambang bahasanya berdasarkan pengalaman dan pemikiran

manusia yang memang terus berkembang. Perkembangan masyarakat dan perubahan budaya

menyebabkan timbulnya berbagai macam variasi atau keragaman bahasa, termasuk

munculnya kosakata baru. Selain berkomunikasi secara lisan mahasiswa juga berkomunikasi

melalui tulisan SMS, apabila mereka tidak dapat saling bertemu melalui tatap muka. Telefon

merupakan media yang efektif dalam berkomunikasi melalui SMS (Short Message Service)

yang relatif murah, maka SMS pun efektif dan efisien dalam menjalin suatu komunikasi

antar mahasiswa. Dalam berkomunikasi melalui SMS, pemakai SMS harus menuliskan

pesan yang berjumlah 160 karakter. Keterbatasan jumlah karakter dalam sekali kirim akan

menimbulkan suatu keragaman berbahasa dalam ber-SMS.

Contoh umum emoticon atau simbol yang sering digunakan dalam ber- SMS adalah : -)

yang bermaksud “Si pengirim pesan sedang senang” atau juga simbol : -( yang menandakan

si pengirim pesan sedang sedih. Selain digunakan sebagai ekspresi wajah atau ekspresi

keadaan diri saat ber-SMS, penggunaan simbol ekspresi melalui berbagai tanda baca

digunakan untuk perasaan pemakaian karakter. Keterbatasan karakter dalam ber-SMS maka

pengirim SMS juga berusaha kreatif dengan menciptakan singkatan-singkatan yang unik.

Sekarang ini singkatan yang lazim digunakan adalah singkatan umum yang diadoptasi dari

bahasa Inggeris dan diadaptasi dari istilah yang digunakan pengguna fasilitas chatting di

internet. Misalnya, C U (see you) artinya “sampai jumpa lagi”, Be4 (before) artinya

“sebelumnya”. Istilah tersebut kerap digunakan dalam ber-SMS, karena pada awal

perkembangannya, bahasa Inggerislah yang sering dipergunakan dalam komunikasi

“chatting”. Namun, dalam perkembangannya singkatan dalam bahasa Melayu juga sangat

kerap digunakan oleh pengguna SMS Sosiolinguistik.

208082

Page 13: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Perumusan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di atas, agar penelitian ini jelas dan lebih teratur maka

dapat dirumuskan masalah penelitian seperti berikut :

1. Bagaimanakah wujud pemakaian bahasa dalam SMS di IPT (Institut Pengajian

Tinggi).

2. Hal-hal apakah yang melatar-belakangi pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa.

Tujuan Penelitian

Penelitian ini dilakukan untuk mendapatkan deskripsi yang jelas mengenai :

1. Wujud Pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa.

2. Hal-hal yang melatarbelakangi pemakaian bahasa dalam SMS mahasiswa.

208082

Page 14: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Manfaat Penelitian

1. Manfaat Teori : hasil penelitian ini diharapkan dapat menambah khazanah teori yang

berhubungan dengan penggunaan bahasa dalam SMS.

2. Manfaat Praktikal : secara praktikal, hasil penelitian ini dapat memberikan manfaat

bagi :

A) Bagi Mahasiswa, hasil penelitian ini dapat memberikan informasi kepada

mahasiswa mengenai adanya faktor-faktor sosiolinguistik yang di terapkan

pada pemakaian bahasa dalam SMS.

B) Bagi Pengguna Jasa SMS, hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan

wawasan mengenai bahasa dalam SMS yang digunakan dalam berkomunikasi.

C) Peneliti Lain, hasil penelitian ini diharapkan mampu memberikan inspirasi

mahupun bahan rujukan kepada peneliti lain untuk melaksanakan penelitian

lanjutan.

208082

Page 15: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Rumusan

• Kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan sewaktu menggunakan bahasa

sama ada lisan atau tulisan.

• Perlu diamalkan sewaktu komunikasi dengan orang yang dihormati, orang yang

sama taraf atau rendah kedudukan daripada kita.

• Bahasa sopan mempunyai nilai hormat yang tinggi, kosa kata yang halus serta tidak

menyinggung perasaan orang lain.

208082

Page 16: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Rujukan

1. Asmah Haji Omar, (2007) “Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran

dan Media”. Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Zaidi Ismail, (Disember 2005) “Akronim dan Singkatan” dalam Pelita Bahasa,

3. Supyan Hussin, (2005) “Sejauh Manakah SMS Mencemar Bahasa

Melayu”. Kertas kerja dalam Seminar Sehari Penyelidikan:

Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu.

208082

Page 17: KESANTUNAN BAHASA

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Lampiran

208082