kesan warna dalam kehidupan 1

6
Kesan Warna Dalam Kehidupan Peranan warna amat besar dalam mewujudkan persekitaran atau suasana yang diinginkan mengikut konsep pilihan. Secara semula jadi, warna turut memberi kesan terhadap perasaan dan psikologi seseorang.

Upload: nor

Post on 09-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SDP

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Kesan Warna Dalam Kehidupan Peranan warna amat besar dalam

mewujudkan persekitaran atau suasana yang diinginkan mengikut konsep pilihan.

Secara semula jadi, warna turut memberi kesan terhadap perasaan dan psikologi seseorang.

Page 2: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Biru• Penggunaan warna biru sering dikaitkan dengan rona

langit dan lautan. Ia antara warna paling digemari kerana melambangkan kepercayaan dan sikap yang komited.

• Biasanya dewan sekolah paling popular menjadikan biru sebagai latar warna dominan.

• Malah, sesiapapun tidak menafikan warna biru sinonim dengan ketenangan, nyaman, keamanan dan selamat.

• Menariknya ia mudah untuk dipadankan dengan banyak warna malah ia turut dikenali warna 'bersih.'

Page 3: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Ungu / Merah Jambu

• Selain biru, ungu juga antara warna yang popular kerana memberikan kesan kesegaran.

• Ia biasanya menjadi kegemaran remaja perempuan malah warna itu mempunyai keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru menenangkan.

• Sementara itu, merah jambu begitu dekat dengan jiwa remaja.

• Ia antara warna kegembiraan dan keceriaan selain membayangkan sifat kelembutan.

Page 4: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Kuning• Seterusnya dalam mengkaji keunikan kuning, ia antara

warna yang me nyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan• Dikatakan apabila seseorang itu yang dikelilingi warna

kuning pasti lebih optimis.• Bagaimanapun, anda perlu berhati-hatilah dengan warna ini,

jika ronanya keterlaluan.• Ini kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di

sekelilingnya selain mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna lain.

• Oleh itu warna kuning dianggap tidak sesuai untuk dijadikan warna tema bagi kelas.

Page 5: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Hijau

• Warna hijau pula memberi maksud semula jadi, subur, sihat dan muda. Secara tradisi ia dikenali sebagai warna keamanan.

• Menerusi keseimbangan warna sejuk dan hangat iaitu kombinasi biru dan kuning memperlihatkan kehijauan semula jadi.

• Ciri itulah yang membuatkan hijau mudah disuai padan dengan warna lain. Uniknya ia sering digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan lebih nyaman.

Page 6: Kesan Warna Dalam Kehidupan 1

Merah

• Bagi warna paling hangat dan bertenaga dalam spektrum warna seperti merah, ia digunakan untuk merangsang minda.

• Warna ini juga berupaya menampilkan ciri elegan dan menambahkan karakter pada skema warna sama ada tradisional mahupun kontemporari.