politeknik seberang perai kementerian ......1.1 semua pelajar yang terlibat dengan pdp amali dan...

8
POLITEKNIK SEBERANG PERAi KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JALAN PERMATANG PAUH 13500 PERMATANG PAUH PULAU PINANG MALAYSIA CLiTSlnil MALAYSIA Stt:RANG PtRA I Tel: 04-538 3322 Faks: 04-538 9266 Laman Web: .psp.edu.my Facebook: politeknik.edu Ruj. Kami : PSP/HEP/80/03/1 JLD.13(95) Tarikh : 23 Disember 2020 Semua Pelajar Seperti Di Senarai (Lampiran I) Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang Saudara/Saudari, ARAHAN PELAJAR PULANG KE KAMPUS UNTUK SESI PdP AMALI/PRAKTIKAL Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Makluman Pindaan Kalendar Akademik Sesi Jun 2020 (Pindaan Oktober 2020) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diedarkan. Oleh yang demikian semua pelajar-pelajar yang terlibat seperti di Lampiran I dikehendaki pulang semula ke kampus dan melapor diri seperti jadual berikut: Tarikh Masa Tempat : 3 Januari 2021 (Ahad) : 9.00 pagi - (JKM dan JTMK) 2.00 petang - (JKE) : Asrama PFI dan Asrama Lama 3. Pelajar-pelajar adalah WAJIB pulang ke kampus dan WAJIB tinggal di asrama bagi mengikuti kelas amali dan praktikal kecuali kepada pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Patient Under Investigan (PUI) atau Person Under Suence adalah TIDAK DIBENARKAN pulang ke kampus. ... 4. Sehubungan dengan itu, dilampirkan perkara-perkara berikut untuk makluman pelajar- pelajar: i. Senarai Pelajar-Pelajar Yang Wajib Pulang Ke Kampus di Lampiran I; ii. Takwim Kualiti Sesi Jun 2020 (Pindaan Oktober 2020); iii. SOP lapor diri; dan iv. SOP keluar dan masuk kolej kediaman 5. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pengurusan kolej kediaman di talian 04-5383322 sambungan 2100/2105. Sekian, terima kasih. NTUK NEGARA" (DR. NI BINTI HARON ) Timba n Pen arah Akademik b.p Pengarah Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang

Upload: others

Post on 29-Jan-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • POLITEKNIK SEBERANG PERAi KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JALAN PERMATANG PAUH 13500 PERMATANG PAUH PULAU PINANG MALAYSIA

    i=CLiTSl-

  • Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai

    Kemaskini: 24/12/2020 1 | 2

    SOP LAPOR DIRI PELAJAR PSP UNTUK PdP AMALI /PRAKTIKAL (4/1/2021 - 22/1/2021)

    Tarikh : 3/1/2021 (Ahad) Masa : 9:00 pagi (JKM & JTMK)

    2:00 petang (JKE) Lokasi : Kafetaria Asrama Lama & Asrama PFI

    (Ikut bilik asal pelajar sebelum ini, bagi pelajar yang belum ada bilik sila lapor diri di Asrama PFI)

    1. Pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Pesakit Bawah Siasatan (Patient Under Investigation –PUI) dan Individu Dalam Pengawasan (Person Under Surveillance -PUS). TIDAK DIBENARKAN HADIR MENDAFTAR. Sila maklumkan segera kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai.

    2. Hanya dua (2) orang waris dibenarkan untuk menghantar pelajar ke kampus. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

    3. Waris dan pelajar diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan Politeknik Seberang Perai.

    4. Waris dan pelajar akan menjalani pemeriksaan suhu di lokasi A (seperti di lampiran).

    5. Waris hanya dibenarkan menurunkan pelajar dan barangan di lokasi drop point yang ditetapkan:-• Asrama Lama - Foyer Kafetaria Lama• Asrama PFI - di hadapan pintu masuk Asrama PFI

    6. Waris tidak dibenarkan mengiringi pelajar masuk ke dalam kawasan Kolej Kediaman.

    7. Pastikan barangan keperluan adalah lengkap (dibawa bersama) dan pelajar tidak dibenarkan keluar selepas mendaftar masuk kolej kediaman.

    8. Pelajar perlu mengisi borang akuan kesihatan/health declaration dan daftar masuk (check in) aplikasi MySejahtera.

    9. Semua barangan pelajar akan melalui proses sanitasi. Lindungi peralatan sensitif dari terkena semburan air sanitasi.

    10.Pelajar yang tinggal di asrama sebelum ini dan telah serahkan kunci semasa daftar keluar asrama boleh mengambil kunci di pejabat asrama yang berkenaan.

    11.Sepanjang proses lapor diri, pelajar perlu mengamalkan penjarakan fizikal mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    12.Sebarang perubahan tertakluk kepada arahan semasa pihak berkuasa.

    13.Sebarang pertanyaan berkaitan urusan lapor diri boleh berhubung melalui:

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang Telefon : 04-5383322 sambungan 5110 Emel : [email protected] Whatsapp : 011-57770787 (teks sahaja)

  • Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Seberang Perai

    Kemaskini: 24/12/2020 2 | 2

    PELAN PERGERAKAN WARIS/PELAJAR SEMASA HARI

    LAPOR DIRI

    ** Segala perubahan susun atur dan pergerakan tertakluk kepada arahan semasa

    A. Saringan Suhu

    Drop Point

    Drop Point

  • 1 | 2

    SOP KELUAR DAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN PSP PASCA PKPP

    1. Peraturan Keluar Masuk Harian dan Hujung Minggu

    1.1 Semua pelajar yang terlibat dengan PdP amali dan praktikal secara bersemuka diwajibkan tinggal di asrama Politeknik Seberang Perai (PSP).

    1.2 Pelajar yang berada di zon PKPD perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk pulang ke kampus.

    1.3 Pelajar yang akan pulang ke kampus mesti tidak mempunyai gejala

    covid-19, bukan Pesakit Bawah Siasatan (Patient Under Investigation – PUI) dan Individu Dalam Pengawasan (Person Under Surveillance -PUS).

    1.4 Semua Pelajar Kolej Kediaman TIDAK DIBENARKAN keluar dari

    kawasan kampus politeknik dalam tempoh sesi PdP Amali/Praktikal dilaksanakan iaitu 3 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021 kecuali mendapat KEBENARAN daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau Pengurusan Kolej Kediaman.

    1.5 Pelajar yang telah selesai sesi PdP Amali/Praktikal lebih awal

    DIBENARKAN untuk pulang tanpa perlu menunggu sehingga 22 Januari 2021.

    1.6 Semua Pelajar Kolej Kediaman TIDAK DIBENARKAN untuk pulang

    bermalam di rumah atau luar setiap hujung minggu atau keluar harian (outing) sepanjang tempoh berada di Kolej Kediaman.

    1.7 Pastikan pelajar perlu membawa barang keperluan diri yang mencukupi

    dalam tempoh tersebut. Kantin, kafeteria dan koperasi PSP akan beroperasi seperti biasa bagi memenuhi keperluan pelajar.

    2. Peraturan Melawat Pelajar Kolej Kediaman

    2.1 Ibu bapa atau waris adalah TIDAK DIBENARKAN untuk datang

    melawat pelajar kolej kediaman dalam sepanjang tempoh 3 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021.

    2.2 Ibu bapa atau waris hanya DIBENARKAN untuk menghantar dan

    mengambil pelajar di tempat yang telah ditetapkan sahaja.

  • 2 | 2

    3. Aktiviti Sukan Dan Riadah

    3.1 Semua Pelajar Kolej Kediaman DIBENARKAN untuk melaksanakan

    aktiviti sukan dan riadah sepanjang berada di Kolej Kediaman.

    3.2 Sebarang aktiviti sukan berkumpulan yang melibatkan pertandingan adalah TIDAK DIBENARKAN.

    Pengarah Politeknik Seberang Perai 23.12.2020

    ARAHAN PELAJAR PULANG KE KAMPUSKALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2020SOP Lapor Diri 2021 lastSOP KELUAR MASUK last