kesan postif dan negatif pembandaran

14
1.0 Pengenalan Pembandaran sering kali di anggap sebagai petunjuk modenisasi dan kemajuan sama ada di negara membangun atau negara maju. Hal ini kerana pembandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan serta elemen penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Proses pembandaran juga adalah satu proses di mana penduduk tertumpu di sesuatu kawasan bandar. Menurut Noresah bt Baharom (2010), urbanisasi boleh ditakrifkan sebagai proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Manakala, tahap sosial pula dapat didefinisikan sebagai proses menaiktarafkan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Selain itu, pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks Malaysia telah menetapkan sesebuah kawasan yang mencapai jumlah penduduk seramai 10000 orang, maka kawasan tersebut boleh diiktiraf sebagai bandar. Hal ini kerana perrtambahan jumlah penduduk di sesuatu kawasan disebabkan oleh migrasi penduduk luar bandar ke bandar, bandar ke bandar, bandar ke luar bandar dan luar bandar ke luar bandar. Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar di Malaysia yang mengalami proses pembandaran. Namun, terdapat empat aspek yang perlu ada di kawasan bandar tersebut sebelum diiktirafkan sebagai kawasan bandar iaitu pertambahan jumlah penduduk yang tinggal di kawasan bandar, perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan dan 1

Upload: unie-onie

Post on 08-Aug-2015

746 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan postif dan negatif pembandaran

1.0 Pengenalan

Pembandaran sering kali di anggap sebagai petunjuk modenisasi dan kemajuan sama ada di

negara membangun atau negara maju. Hal ini kerana pembandaran merupakan prasyarat

untuk pemodenan dan perkembangan serta elemen penting terhadap kemajuan sesebuah

negara. Proses pembandaran juga adalah satu proses di mana penduduk tertumpu di sesuatu

kawasan bandar.

Menurut Noresah bt Baharom (2010), urbanisasi boleh ditakrifkan sebagai proses

perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Manakala, tahap sosial pula

dapat didefinisikan sebagai proses menaiktarafkan segala hal yang berkaitan dengan

masyarakat. Selain itu, pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang

menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks

Malaysia telah menetapkan sesebuah kawasan yang mencapai jumlah penduduk seramai

10000 orang, maka kawasan tersebut boleh diiktiraf sebagai bandar. Hal ini kerana

perrtambahan jumlah penduduk di sesuatu kawasan disebabkan oleh migrasi penduduk luar

bandar ke bandar, bandar ke bandar, bandar ke luar bandar dan luar bandar ke luar bandar.

Contohnya, Bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar di Malaysia yang mengalami

proses pembandaran.

Namun, terdapat empat aspek yang perlu ada di kawasan bandar tersebut sebelum

diiktirafkan sebagai kawasan bandar iaitu pertambahan jumlah penduduk yang tinggal di

kawasan bandar, perluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan dan perumahan serta

peningkatan jaringan pengangkutan dan perubahan corak ekonomi dari tradisional

(pertanian) kepada moden serta perubahan cara hidup dari tradisional kepada nilai dan gaya

hidup yang lebih moden.

Dalam kepesatan pembandaran, pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek

ekonomi, teknologi, politik, budaya, demografi dan sosial yang mana perubahan- perubahan

ini merupakan petunjuk kepada kepesatan pembandaran. Oleh itu, tugasan saya akan

membincangkan mengenai implikasi pembandaran terhadap aspek sosial penduduk di Kuala

Lumpur dari sudut positif mahupun negatif.

2.0 Implikasi positif dan negatif

2.1 Tahap kesihatan

1

Page 2: Kesan postif dan negatif pembandaran

Sebelum proses pembandaran, penduduk luar bandar lebih mempercayai bomoh dan

dukun serta memilih untuk mengubati penyakit mereka secara tradisonal berbanding

mendapatkan rawatan moden. Namun, dengan adanya proses urbanisasi, penduduk

diperkenalkan dengan kemudahan teknologi perubatan yang moden dan diiktiraf akan

keberkesanannya dalam mengenalpasti dan mengubati penyakit. Hal ini mampu

menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk bandar akan meningkat kerana

penduduk mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan.

Menurut Noresah bt Baharom (2010), kesihatan adalah berhubung dengan sihat,

kesegaran dan kebaikan keadaan badan. Semakin maju sesuatu kawasan bandar, maka

lebih banyak kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik diperlukan untuk

menampung pertambahan bilangan penduduk yang menetap di kawasan tersebut.

Contohnya, Institusi Jantung Negara dan Hospital Kuala Lumpur. Isu penjagaan

kesihatan semakin penting pada masa akan datang berikutan dengan perubahan ekonomi

semasa dan perubahan taraf kesihatan penduduk.

Berdasarkan data statistik, kepadatan penduduk meningkat di bandar kerana

adanya perkhidmatan kesihatan yang baik dan penggunaan teknologi perubatan yang

semakin maju. Peningkatan infrastruktur kesihatan yang lebih canggih dapat mengatasi

masalah kesihatan dan mengurangkan kadar kematian penduduk. Peningkatan tahap

kesihatan bermakna semakin ramai orang yang akan dapat hidup sehingga usia tua.

Walaupun golongan ini mempunyai jangka hayat yang panjang tetapi mereka juga

berpotensi untuk menghidapi penyakit tua yang memerlukan penjagaan rapi dan

berterusan. Kesimpulannya, proses pembandaran memberi kesan positif terhadap tahap

kesihatan penduduk.

2.2 Tahap pendidikan

2

Page 3: Kesan postif dan negatif pembandaran

Terdapat banyak institusi pengajian tinggi awam dan kolej-kolej swasta ditubuhkan

untuk menjadikan penduduk celik huruf dan berpendidikan tinggi. Contohnya, di Kuala

Lumpur menyediakan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia dan

kolej Poly- Tech MARA Kuala Lumpur. Selain itu, kerajaan turut mengambil langkah

untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membina pusat pengajian tinggi di

kawasan luar bandar seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Maktab Perguruan Islam

dan Pusat Matrikulasi Bangi supaya dapat mengembangkan kawasan tersebut menjadi

bandar. Oleh itu, berlakunya migrasi penduduk ke kawasan tersebut dengan tujuan untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasarkan data statistik, kepadatan penduduk juga berlaku kerana pertambahan

jumlah kemasukan pelajar ke institusi tinggi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal

ini menunjukkan proses pembandaran yang berlaku di luar bandar mahupun di bandar

menyebabkan penduduk di kawasan tersebut semakin mementingkan pelajaran. Dengan

adanya pusat pengajian tinggi di luar bandar, penduduk dapat meningkatkan taraf

pendidikan mereka dan seterusnya memperbaiki kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Melalui pendidikan tersebut, mereka berpotensi untuk mendapatkan peluang pekerjaan

baik dan bertaraf professional.

Menurut Affizal Ahmad, pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang

kemiskinan, membina demokrasi dan membentuk masyarakat yang sejahteraan.

Kepayahan hidup di luar bandar menjadi pendorong kepada penduduk untuk

melanjutkan pelajaran bagi mengelakkan diri dari kemiskinan. Hal ini kerana individu

yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi lebih cenderung dipilih untuk berkerja

berbanding induvidu yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Tambahan pula,

individu yang berpendidikan merupakan tenaga kerja yang produktif dan berkualiti.

Kesimpulannya, pusat pendidikan yang dibina memberi implikasi positif terhadap tahap

pendidikan penduduk.

2.3 Peningkatan taraf hidup

3

Page 4: Kesan postif dan negatif pembandaran

Proses pembandaran turut memajukan kegiatan ekonomi di kawasan Kuala Lumpur,

kegiatan ekonomi yang dibangunkan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

Kebanyakkan penduduk tertumpu di kawasan Kuala Lumpur kerana ingin mendapatkan

kerja. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang disediakan dalam pelbagai sektor seperti

perkilangan dan perkhidmatan. Contohnya, kilang elektronik dan hotel. Penduduk akan

memperolehi pekerjaan seperti operator, penyelia dan kerani. Melalui perkerjaan tersebut,

mereka akan mendapat upah dan gaji yang mencukupi bagi membolehkan mereka

menikmati taraf hidup yang lebih selesa. 

Setiap orang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi supaya apabila mereka tamat pengajian, mereka mudah untuk mendapat pekerjaan

yang lebih baik dan gaji yang lebih lumayan. Melalui pekerjaan tersebut mereka mampu

mengubah masa depan mereka dan keluarga. Hal ini kerana pendapatan bulanan yang

tinggi membolehkan mereka memiliki rumah kediaman, tanah dan kereta. Keadaan ini

menjadi alat pengukur taraf hidup penduduk di kawasan bandar 

Selain itu, jaringan pengangkutan iaitu jalan raya turut diperlebarkan dan lebuh

raya bertingkat Ampang- Kuala Lumpur turut dibina bagi meningkatkan darjah

ketersampaian sesuatu kawasan. Lebuh raya ini menghubungkan Ampang dengan Kuala

Lumpur. Lebuh raya ini juga dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di

sepanjang Jalan Ampang bagi membolehkan pengguna memasuki pusat bandar raya

Kuala Lumpur dengan lebih mudah dan cepat.

Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan turut memainkan peranan yang penting

dalam membantu penduduk meningkatkan taraf hidup mereka. Kerajaan telah

menyediakan pelbagai kemudahan seperti klinik, jalan raya, bekalan air dan elektrik bagi

membolehkan penduduk mendapat kemudahan asas yang sempurna dan rawatan

kesihatan yang baik. Kesimpulannya, peningkatan taraf hidup merupakan salah satu

kesan positif proses pembandaran terhadap sosial penduduk.

2.4 Kesesakan lalu lintas

4

Page 5: Kesan postif dan negatif pembandaran

Menurut Nurhuda Binti Ismail dan Suhana Binti Sanotara (2011), Kepentingan jalan

raya adalah untuk menghubungan satu destinasi dengan destinasi yang lain agar dapat

memudahkan pergerakan manusia. Namun, pertambahan penduduk di bandar

menyebabkan jalan raya di ibu kota bandar raya Kuala Lumpur menjadi sesak dan

padat.

Walaupun kawasan bandar menyediakan kemudahan jaringan pengangkutan jalan

raya dan lebuh raya yang kompleks tetapi masih juga berlaku kesesakan lalu lintas.

Hal ini kerana pembangunan yang pesat telah menyebabkan keluasan sesuatu

kawasan itu menjadi sempit dan padat. Tambahan pula, kawasan bandar yang

mengalami proses perbandaran yang tidak terkawal dan keadaan sistem perbandaran

yang tidak tersusun pada peringkat awalnya akan berhadapan dengan isu kesesakan

lalu lintas.

Selain itu, bangunan-bangunan peninggalan sejarah turut menjadi punca kepada

permasalahan ini kerana bangunan tersebut berhampiran dengan jalan raya yang

sempit. Oleh itu, pihak berkuasa tidak dapat menjalankan kerja-kerja melebarkan

jalan raya tersebut. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa

akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam

atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang

akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalulintas.

Keperluan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pekerjaan di bandar telah menarik

ramai pekerja dan penduduk untuk berkunjung dan berulang alik ke pusat bandar

dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Dengan ini secara tidak langsung,

masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat dihindarkan di pusat bandar pada waktu

kemuncak iaitu semasa penduduk pergi dan pulang dari tempat kerja. Hal ini tidak

memberi keselesaan dan jaminan kualiti kehidupan yang baik di kalangan penghuni

bandar.

5

Page 6: Kesan postif dan negatif pembandaran

2.5 Masalah setinggan

Kepesatan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan kemajuan di kawasan

bandar seperti peningkatan taraf hidup penduduk. Namun, pada masa yang sama

perbandaran yang pesat akan menimbulkan kesan negatif akibat peningkatan kos sara

hidup yang tinggi. Hal ini membebankan masyarakat di bandar kerana tidak berupaya

menampung kos sara hidup yang tinggi dan memberi tekanan yang besar kepada

mereka terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Petempatan setinggan

telah menjadi salah satu alternatif yang terbaik bagi golongan ini untuk menampung

kehidupan mereka di kawasan bandar.

Masalah petempatan setinggan yang wujud di kawasan bandar disebabkan oleh

jumlah rumah yang tidak mencukupi, kadar sewa rumah yang terlalu tinggi dan harga

tanah yang tinggi. Petempatan setinggan secara umumnya merujuk kepada seseorang

atau segolongan orang yang mendiami atau menduduki sesuatu tanah secara haram

atau melalui cara yang tidak sah dari segi undang-undang dengan cara pencerobohan.

Penduduk yang tidak mampu memiliki rumah mengambil jalan mudah dengan

mendirikan petempatan di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian serta di

kawasan tebing sungai. Contohnya di Kampung baru di Kuala Lumpur. Petempatan

ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan bandar, malah menimbulkan masalah

sosial seperti keselamatan kesihatan, dan ketidakselesaan penduduk sekitarnya.

Proses pembandaran turut menyebabkan harga tanah di kawasan meningkat

secara mendadak. Hal ini kerana persaingan guna tanah dalam sektor industri dan

perumahan menyebabkan sesuatu kawasan itu menjadi sangat berharga. Di samping

itu, persaingan guna tanah juga menyebabkan jumlah rumah tidak mencukupi. Selain

itu, kadar sewa yang terlalu tinggi juga menjadi punca kepada masalah setinggan.

Mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang

paling minimunnya RM400- 600 sebulan. Keadaan ini merunsingkan mereka

sehingga mereka terpaksa membina rumah di tempat yang tidak selamat, kotor dan

tidak selesa.

6

Page 7: Kesan postif dan negatif pembandaran

2.6 Masalah jenayah

Permasalahan ini berlaku disebabkan oleh lebihan penduduk terlalu ramai di Kuala

Lumpur. Hal ini kerana, urbanisasi yang berlaku di sesebuah bandar menggalakkan

berlakunya migrasi masuk ke dalam kawasan bandar. Menurut Usman Yaakob &

Tarmiji Masron (2006), Bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang

menerima ramai migran daripada seluruh negeri. Proses ini menyebabkan peluang

pekerjaan yang ada terhad untuk disesuaikan dengan kelayakan akademik dan

kemahiran yang dimiliki oleh migran yang datang. Menurut Fadzil Abdul Rashid &

Ishak Ab. Ghani (2009), situasi ini mewujudkan persaingan dan yang gagal menjadi

golongan menganggur, hilang pekerjaan dan tidak mempunyai pekerjaan.

Selain itu, sebahagian sektor ekonomi di bandar adalah bersifat semi profesional

dan profesional yang memerlukan kelulusan yang tinggi sedangkan migran yang

masuk tidak mempunyai kelayakan tersebut. Oleh itu, kebanyakannya berkerja dalam

sektor informal sebagai buruh kasar dan juga di sektor- sektor perkilangan. Hal ini

sekali gus telah mencetuskan masalah sara diri bagi migran- migran ini. Pendapatan

yang diperolehi adalah sedikit berbanding kos sara diri yang tinggi menyebabkan

mereka tidak dapat menampung kos hidup yang tinggi di bandar.

Akibat dari desakan dan tekanan ekonomi ini maka, masalah sosial di bandar iaitu

peningkatan kadar jenayah seperti merompak, meragut, pelacuran, pengedaran dadah

dan sebagainya dilakukan oleh mereka demi meneruskan kehidupan di bandar.

Namun, terdapat juga mereka yang inginkan kesenangan hidup tanpa perlu bekerja

kuat mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah jenayah.

7

Page 8: Kesan postif dan negatif pembandaran

3.0 Penutup

3.1 Cadangan

Walaupun proses pembandaran ini dikatakan meningkatkan taraf hidup, namun

terdapat juga kesan negatif yang timbul seperti kesesakan lalu lintas, masalah

setinggan dan masalah jenayah. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh

diambil oleh pihak berkuasa supaya masalah ini dapat dikurangkan iaitu pihak

berkuasa boleh menangani masalah kesesakan lalu lintas dengan melaksanakan

kempen bagi menggalakkan penduduk berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan

awam. Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut memperkenalkan sistem

pengangkutan lebih bersepadu di kawasan bandar seperti mengadakan sistem kawalan

lalu lintas. Hal ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Bagi masalah setinggan pula, cadangan yang boleh diambil bagi membasmi

penularan masalah ini adalah dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos

rendah dan pangsapuri. contohnya, membina rumah-rumah kos rendah dan

pangsapuri untuk penduduk berpendapatan sederhana di Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengambil langkah mengurangkan penghijrahan

penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar

bandar dan melaksanakan konsep memperbandarkan kampung untuk mengurangkan

tumpuan penduduk ke bandar.

Seterusnya, pendekatan yang sesuai mencegah masalah jenayah adalah melalui

konsep bandar dan pekan selamat. Program ini pengawalan rapi oleh pihak tertentu

seperti Rukun tetangga, Rela dan polis dalam memastikan kawasann tersebut bebas

daripada kes jenayah. Tambahan pula, program ini dapat menakutkan si penjenayah

dari melakukan aktiviti mereka. Selain itu, pihak kerajaan perlu memperbanyakkan

peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi. Kegagalan seseorang itu mendapatkan

pekerjaan telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri

dalam kancah jenayah seperti pengedaran dadah dan merompak.

8

Page 9: Kesan postif dan negatif pembandaran

3.2 Kesimpulan

Tuntasnya, berdasarkan tugasan ini jelaslah bahawa proses urbanisasi yang berlaku di

sesebuah bandar telah menimbulkan kesan sosial sama ada positif terhadap

peningkatan tahap kesihatan, pendidikan dan taraf hidup penduduk. Manakala, kesan

negatif yang dialami oleh sesebuah bandar seperti masalah kesesakan lalu lintas,

masalah setinggan dan juga masalah jenayah yang semakin berleluasa. Peningkatan

jumlah penduduk di suatu kawasan dikatakan menjadi punca kepada pemasalahan

yang dinyatakan.

Bagi mewujudkan kawasan bandar yang selamat dan aman, semua pihak perlu

berkerjasama dalam menangani masalah- masalah yang wujud akibat proses

pembandaran. Bak kata pepatah “ berat sama dipikul ringan sama dijinjing”. Selain

itu, penyelesaian secara menyeluruh perlu dibuat oleh pihak berkuasa melalui

perancangan yang teliti bagi mengawal proses pembandaran yang berlaku untuk

tempoh masa yang panjang dalam membangunkan sesuatu kawasan

9