kerja kursus topik pembandaran

Upload: kayalvili

Post on 07-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ker

TRANSCRIPT

TAJUK: PEMBANDARANNAMA: S.SASHMITHA M.KAYALVILI K.THIVYAGURU : PN. NORIDA BINTI AYOB

Mengenalpasti kesan-kesan pembandaran terhadap alam sekitar

Mengkaji langkah-langkah mengatasi kesan pembandaran di kawasan kajian kami iaitu Bandar Kulim.

Pembandaran ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya.

Pembandaran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pelbagai kesan positif seperti peningkatan sistem pengangkutan dan perhubungan, peningkatan kemudahan awam sosial, peningkatan taraf hidup penduduk dan wujudnya banyak peluang pekerjaan.

Proses pembandaran juga akan menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti pencemaran bunyi , pencemaran udara, fenomena cuaca seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon, pulau haba,rumah hijau dan pelbagai kemusnahan hutan.

1) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran Air Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Pencemaran UdaraPertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

Pencemaran BunyiBunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.

2) FENOMENA CUACAHujan Asid Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

Penipisan Lapisan Ozon Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

Pulau Haba Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.

Kesan Rumah HijauGas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

Banjir kilat Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat.

3) KEMUSNAHAN HUTAN

i) Kepupusan floraii) Kepupusan faunaiii) Kemusnahan habitat floraiv) Kemusnahan habitat faunav) Perubahan landskap

1)Peningkatan Sistem Pengangkutan & Perhubungan Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan seperti jalan raya dan lebuh raya. Perkhidmatan pengangkutan bertambah baik dan lebih cekap.

2)Peningkatan Kemudahan Awam Sosial Kemudahan rekriasi seperti taman permainan, padang golf,taman bunga dan tempat hiburan bertambah. Kemudahan kesihatan bertambah baik dan lengkap dengan peralatan moden.

3)Peningkatan Taraf Hidup Penduduk Kediaman lebih selesa, pendapatan yang tetap dan lumayan, pusat pendidikan dinaik taraf dan membuka lebih banyak kemudahan kesihatan.

4)Wujudnya Banyak Peluang Pekerjaan Peluang pekerjaan bertambah dalam pelbagai bidang seperti bidang perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan pembinaan.

1. Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategic kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikana alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijadikan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam. Usaha untuk memastikan program ini Berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyrakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan Negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.

2.Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternative seli minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di Negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.

3.Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengethusn tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadapalam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bias tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan Negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan saru langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari.4.Aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembangunan Negara. Dengan ini, keseimbangan alm sekitar dan ekologi Negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa Negara kita perlu membangun untuk mencapai Negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yng bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.

Bagi membuat kerja kursus ini, kami telah memilih Bandar Kulim sebagai kawasan kajian kami. Hal ini kerana, Kulim merupakan Kulimjuga merupakan sebuahbandarsempadan di negeriKedahdan segelintirnya di sempadan Pulau Pinang. Ia terletak di kawasan selatan negeriKedah, bersempadan dengan negeriPulau Pinang, yang terletak di bahagian barat dari arah Baling. Bandar Kulim juga sangat berdekatan dengan Butterworth seperti Nibong Tebal dengan Parit Buntar di selatan Pulau Pinang. Bandar tengah pula merupakan Bukit Mertajam dan di sana ialah Kampus USM.Oleh itu, penduduk di Kulim juga terdapat banyak tempat yang cukup menarik dan senang untuk pergi bersiar-siar. Contohnya, Bukit Mertajam, Butterworth, Jawi, Pulau Pinang, dan Parit Buntar boleh penduduk Kulim pergi pada masa hujung minggu kerana tempat-tempat ini adalah sangat dekat dan berbaloi untuk pergi menyenangkan fikiran dan tekanan. Cuma bandingkan orang Sungai Petani jika hendak pergi ke Parit Buntar dan Jawi adalah lebih dekat dari Kulim? Kulimasalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim. Kaum majoriti di Kulim ialah kaumbumiputera65% dan kaum lain 35%.Kulimjuga terletak tidak begitu jauh dengan bandarayaPulau Pinang. Kos hidup di Kulim adalah tidak begitu tinggi. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan Selama di sempadan negeri Kedah dan Perak juga akan selalu datang untuk membeli belah di Kulim kerana perjalanan dari Selama keKulimcuma mengambil masa 30 minit sahaja.Bandar Kulim juga merupakan bandar satelitPulau Pinangsekali dengan Lunas. Jadi, hari bekerja di sini pun banyak yang mengikut cuti hujung minggu Pulau Pinang iaitu hari Ahad kecuali badan kerajaan dan sekolah.

LAMPIRAN 2- KESAN PEMBANDARAN DI KULIM

JEREBU YANG TERUK DI KULIM PADA TAHUN INI

BANJIR DI KULIM

LAMPIRAN 1- KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI BANDAR KULIM

HOSPITAL KULIM DI BANDAR KULIM

GIANT KULIM LANDMARK CENTRAL SHOPPING CENTRE

KOLEJ KOMUNITI KULIM

TESCO KULIM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim iaitu Tuan Haji Asri bin Abdul Hamid, kerana beliau telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya Cikgu norida_kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu dan bapa kami, mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam meneruskan kajian ini.Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua responden yang telah banyak memberi kerja sama yang baik terhadap kami semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara lansung atau tidak lansung maka kerja khusus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

1. Buku Teks2. Buku Rujukan3. Orang Sumber (responden)4. Internet

1. Kaedah Rujukan Kami telah merujuk beberapa laman web seperti Wikipedia untuk mendapatkan maklumat tentang Bandar Kulim.

2. Kaedah temu bual Kami telah menemu bual beberapa orang tentang perkembangan Bandar kulim.