kesan perjanjian kanagawa di jepun dan perjanjian bowring di thailand

8
MEMENUHI MATA PELAJARAN SEJARAH 940/2 STPM 2010 DISEDIAKAN OLEH : SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM 911031-08-6634 DISEMAK OLEH : EN. MAT SALLEH BIN ABDUL RAHIM NAMA SEKOLAH : TINGKATAN ENAM ATAS 2 SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL JALIL SHAH, SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Upload: norriza65

Post on 18-Jun-2015

1.366 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

MEMENUHI MATA PELAJARAN SEJARAH 940/2 STPM 2010

DISEDIAKAN OLEH :

SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM

911031-08-6634

DISEMAK OLEH :

EN. MAT SALLEH BIN ABDUL RAHIM

NAMA SEKOLAH :

TINGKATAN ENAM ATAS 2

SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL JALIL SHAH,

SEBERANG PERAK,

36000 TELUK INTAN, PERAK.

Page 2: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa di Jepun dan Perjanjian Bowring di Thailand terhadap kedua-dua negara.

OLEH : SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM

PENDAHULUAN

Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di AT.

Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 barat akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma. Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 barat, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855.

Pada awal abad ke 19 kuasa barat seperti Rusia ,British dan USA(Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jepun diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika pada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa.

ISI JAWAPAN

A) Kesan Perjanjian Bowring 1855

Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.

Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa2 barat apabila menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark 1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden 1868.

Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.

Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi sistem ekonomi perdagangan / komersial.

Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripada jumlah

Page 3: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda menjelang 1865.

Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat meningkat 10 kali ganda. -Britain muncul sebagai pelabur utama di siam. Singapura dan Hong Kong mula berdagang dengan Siam.

Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya memajakkan monopoli2 eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras sahaja kepada orang Cina.

Pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam

tidak ada sebarang alasan yang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan-keadaan ini menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal.

pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telah mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh, professional dan orang Eropah sebagai tukang, tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat tentera.

B) Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854

Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.

Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak

Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun

Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya menandatangani perjanjian perdagangan yang lebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain.

Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe)

Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui -Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika. Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di jepun.

Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang. Shogun terpaksa membayar ganti rugi.

Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

Bermulanya era pemodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

Page 4: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

KESIMPULAN

British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsure kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk menggugat kedaulatan Thailand dan Jepun.

Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah.

Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

Page 5: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

SKEMA PENUH.

Pada abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di Asia Tenggara. Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 barat akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma. Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 barat, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855. Pada awal abad ke 19 kuasa barat seperti Rusia, British dan USA(Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jepun diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika pada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa.

Pertama, kesan Perjanjian Bowring pada tahun 1855 di Thailand. Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden. Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa2 barat apabila menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark 1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden 1868. Mongkut juga telah membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati. Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi sistem ekonomi perdagangan / komersial.

Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripada jumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda menjelang 1865. Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat meningkat 10 kali ganda. -Britain muncul sebagai pelabur utama di siam. Singapura dan Hong Kong mula berdagang dengan Siam. Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya memajakkan monopoli2 eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras sahaja kepada orang Cina.

Selain itu, pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam dan tidak ada sebarang alasan yang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan. Keadaan ini menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal, di samping pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telah mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh, professional dan orang Eropah sebagai tukang, tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat tentera.

Page 6: KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND

Seterusnya, kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun. Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa. Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun. Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya menandatangani perjanjian perdagangan yang lebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain. Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe)

Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui. Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika. Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di Jepun. Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang. Shogun terpaksa membayar ganti rugi. Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa dan bermulanya era pemodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

Kesimpulannya, British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsure kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk menggugat kedaulatan Thailand dan Jepun. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah. Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.