kesan pemadanan antara persembahan multimedia dengan gaya
TRANSCRIPT
KESAN PEMADANAN ANTARA PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DENGAN
GAYA PEMBELAJARAN PADA LAMAN WEB ADAPTIF TERHADAP
TAHAP PENGUASAAN DAN KEPUASAN PELAJAR KEJURUTERAAN
ELEKTRIK
JEFFRI AMRAN BIN IBRAHIM
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
OGOS 2015
v
ABSTRAK
Sistem hipermedia pembelajaran adaptif adalah salah satu pendekatan pembelajaran
baru yang muncul hasil dari teknologi Internet. Pendekatan ini telah dihasilkan dari
kajian yang telah dilakukan ke atas hipermedia dan permodelan pengguna dengan
mengambikira faktor perbezaan individu semasa pembangunan sistem. Tujuan kajian
ini adalah merekabentuk satu laman pembelajaran adaptif yang berfungsi sebagai
prototaip sistem tutorial secara atas talian bagi subjek Sistem Berdigit. Persembahan
multimedia bagi bahan, alatan pembelajaran, dan kaedah navigasi telah dipadankan
mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pelajar. Kandungan pembelajaran bagi
laman statik telah dipersembahkan di dalam bentuk teks dan gambarajah semata-
mata tanpa kawalan audio. Seramai 275 orang pelajar dari Politeknik Kota Bharu,
Politeknik Sultanah Bahiyah, dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah dipilih
sebagai sampel kajian bagi mewakili populasi pelajar semester dua Jabatan
Kejuruteraan Elektrik yang mengikut program di peringkat sijil atau diploma.
Instrumen utama kajian ini adalah laman web kajian i-Digiweb yang terdiri daripada
laman web adaptif dan laman web statik yang masing-masing direkabentuk sebagai
laman web eksperimen dan laman web kawalan untuk diuji oleh sampel pelajar.
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen di mana sampel pelajar telah
dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut laman web yang dikunjungi sama ada
laman web yang adaptif atau laman web statik. Kesan sesi pembelajaran diukur
secara atas talian melalui dua pembolehubah bersandar, iaitu tahap kepuasan dan
tahap penguasaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kumpulan
adaptif adalah jauh lebih tinggi daripada tahap kepuasan untuk kumpulan statik.
Tahap penguasaan kumpulan adaptif juga jauh lebih tinggi daripada tahap
penguasaan untuk kumpulan statik. Ini telah membuktikan bahawa laman web
pembelajaran adaptif adalah lebih baik daripada laman web pembelajaran yang
direka dalam bentuk teks dan gambarajah sahaja. Ia juga menunjukkan bahawa
laman web di mana persembahan multimedia disesuaikan dengan profil gaya
pembelajaran pelajar telah dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Adaptive learning hypermedia system is one of the new learning approach that
resulted from the Internet technology. This approach was produced from studies that
have been done on hypermedia and user modeling by taking into account the
individual differences during the system development. The aim of this study is to
design an adaptive learning webpage that serves as a prototype of the on-line tutorial
system for the subject of Digital Systems. The Multimedia presentation for the
material, learning tool, and navigation method were matched according to the
learning style profile of a student. The Learning contents for static page have been
presented in the form of text and diagram alone without audio controls. A total of
275 students from Polytechnic of Kota Bharu, Polytechnic of Sultanah Bahiyah and
Polytechnic of Sultan Mizan Zainal Abidin was selected as the sample that represents
the semester two student's population from the Department of Electrical Engineering
at the level of certificate or diploma. The main instrument of this research is the
study website of i-Digiweb that comprising adaptive webpage and static webpage
that respectively designed as the experimental webpage and the webpage of control
to be tested by the sample of students. The study used an experimental method in
which the sample of students were divided into two groups according to the webpage
visited either the adaptive webpage or static webpage.The effect of learning session
was measured on-line via two dependent variables, namely the level of satisfaction
and the level of mastery. The results showed that the levels of satisfaction for
adaptive group was significantly higher than the level of satisfaction for static
groups. The level of mastery for adaptive group was also significantly higher than
the level of mastery for static groups. It has been proven that the adaptive learning
webpage is better than the learning webpage designed in the form of text and
diagram alone. It also shows that the webpage in which the multimedia presentations
tailored to the student's learning style profile has been able to increase the
effectiveness of the learning process.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI LAMPIRAN xxiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Peranan ICT Sebagai Teknologi Penyebaran
Maklumat
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Matlamat Kajian 7
viii
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Kerangka Konseptual Kajian 11
1.9 Istilah Pengoperasian 13
BAB II KAJIAN LITERATUR 15
2.1 Pengenalan
2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di
Malaysia
2.3 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap
Pembangunan Bahan dan Strategi Pembelajaran
19
2.3.1 Pengaruh Teori Behaviorisme 20
2.3.2 Pengaruh Teori Kognitivisme 22
2.3.3 Pengaruh Teori Konstruktivisme
2.3.4 Perbezaan Pendekatan Di antara Teori-
teori Pembelajaran
22
2.4 Teori Pembelajaran Multimedia 25
ix
2.5 Teori Rekabentuk Instruksional 29
2.5.1 Model Rekabentuk Instruksional 31
ADDIE
2.5.2 Model Rekabentuk Instruksional 32
ASSURE
2.5.3 Perbandingan Di antara Model ADDIE
dan Model ASSURE
34
2.6 E-Pembelajaran 35
2.6.1 Definasi E-Pembelajaran
2.6.2 Generasi Pendekatan E-Pembelajaran 37
2.7 Teknologi Pengadaptasian 39
2.8 Sistem Hipermedia 43
2.8.1 Hipermedia Adaptif 44
2.8.2 Perkembangan Sistem Hipermedia
Adaptif
46
2.8.3 Struktur Binaan Hipermedia Adaptif 48
2.8.3.1 Elemen Yang Boleh
Diadaptasikan
2.8.3.2 Elemen Yang boleh
Dipadankan
52
x
2.8.3.3 Model Kebarangkalian Bagi
Penentuan Bentuk
Persembahan Yang Sepadan
Dengan Gaya Pembelajaran
55
2.9 Gaya Pembelajaran 56
2.9.1 Definasi Gaya Pembelajaran
2.9.2 Model Gaya Pembelajaran 59
2.9.2.1 Dasar Berasaskan Gaya
Pembelajaran Dan
Pengesyoran
2.9.2.2 Keluarga Struktur Kognitif 60
2.9.2.3 Jenis Personaliti Stabil 62
2.9.2.4 Pengesyoran Pembelajaran
Fleksibel Stabil
64
2.9.2.5 Pendekatan Dan Strategi
Pembelajaran
68
2.10 Perwakilan Multimedia bagi Gaya
Pembelajaran
70
2.11 Pengadaptasian Model Domain Berdasarkan
Gaya Pembelajaran
79
2.12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian
Akademik dan Attitud Di Dalam Pendidikan
83
xi
Berasaskan Web
2.13 Kesimpulan 85
BAB III METODOLOGI KAJIAN 88
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Instrumen Kajian 91
3.4 Ujian Realibiliti dan kesahan Instrumen Kajian 95
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 97
3.5.1 Populasi Kajian
3.5.2 Sampel dan Lokasi Kajian
3.5.3 Pemilihan Topik Pembelajaran
98
3.6 Prosidur Pengumpulan Data 99
3.7 Kajian Rintis dan Pendapat Pakar 101
3.8 Saringan Data 102
BAB IV PEMBANGUNAN INSTRUMEN KAJIAN 105
4.1 Pengenalan
4.2 Pendapat Pakar
xii
4.3 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 108
4.3.1 Teori-teori Pembelajaran yang
dibenamkan (embedded)
4.3.2 Model Rekabentuk Instruksional Kajian 110
4.3.3 Rekabentuk Laman Utama Kajian 113
4.3.3 Rekabentuk Laman Pembelajaran 119
4.3.4 Binaan Mekanisma Laman Adaptif 131
BAB V DAPATAN KAJIAN 135
5.1 Pengenalan
5.2 Taburan Sampel Kajian
5.3 Kesan Pembelajaran Melalui Laman Adaptif
Dan Laman Statik
142
5.3.1 Tahap Kepuasan dan Tahap
Penguasaan Mengikut Laman
Pembelajaran
5.3.2 Rating Media Pembelajaran 145
5.3.3 Hasil Maklumbalas Kualitatif
148
5.3.4 Pemerhatian Terhadap Kelakuan Dan
Situasi Sesi Pembelajaran
150
xiii
5.4 Rumusan 151
BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
153
6.1 Pengenalan
6.2 Perbincangan
6.2.1 Persembahan Multimedia Laman
Adaptif
154
6.2.2 Mekanisma Laman Pembelajaran
Adaptif
6.2.3 Kesan Pembelajaran Melalui Laman
Web
155
156
6.3 Dari Kerangka Konseptual Konseptual Kepada
Rekabentuk
159
6.4 Implikasi Sesi Pembelajaran 162
6.5 Kesimpulan 165
6.4 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang 166
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
xiv
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
LAMPIRAN F
LAMPIRAN G LAMPIRAN H LAMPIRAN I LAMPIRAN J
xv
SENARAI JADUAL
2.1 Perbezaan di antara ketiga-tiga teori
pembelajaran
23
2.2 Perbandingan di antara teori-teori
pembelajaran konvensional
24
2.3 Perbandingan di antara Model ADDIE
dan Model ASSURE
34
2.4 Perbezaan Di Antara Pembelajaran
Tradisional dan E-Pembelajaran
36
2.5 Generasi E-Pembelajaran 38
2.6 Teknologi Pengadaptasian, dan contoh-
contoh projek
42
2.7 Persamaan dan Perbezaan Pendekatan
Bagi Model Gaya Pembelajaran
70
2.8 Dimensi Gaya Pembelajaran Felder -
Silverman
72
2.9 Strategi perlaksanaan P & P bagi setiap
dimensi model gaya pembelajaran
Felder-Silverman
73
xvi
2.10 Syor-syor pembelajaran dan
persembahan media bagi Domain
Persepsi
74
2.11 Syor-syor pembelajaran dan
persembahan media bagi Domain
Psikologikal
75
2.12 Persembahan Multimedia bagi Bahan
Pembelajaran dan Alat Sokongan
76
2.13 Perwakilan Multimedia bagi Alat
Sokongan Pembelajaran dan Kaedah
Navigasi
77
2.13 Contoh Projek Yang Melibatkan
Permodelan Pengguna
79
2.15 Contoh Projek Yang Melibatkan
Permodelan Pengguna (samb.) 80
3.1 Jadual Tahap Konsistensi Dalaman Bagi
Cronbach’s Alpha
96
4.1 Hasil Komunikasi Melalui E-mail
Dengan Peter Brusilovsky
105
4.2 Hasil Komunikasi Melalui E-mail
Dengan Christian Wolf 106
4.3 Contoh Projek dan Pautan Kepada Demo
Hasil Komunikasi Melalui E-Mail
107
xvii
Dengan Christian Wolf
4.4 Perwakilan Multimedia Bagi Setiap
Dimensi Gaya Pembelajaran
130
5.1 Taburan Sampel Pelajar Mengikut
Politeknik
136
5.2 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut
Peringkat Kajian
5.3 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut
Gred Matematik (Mate.) Di Peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
137
5.4 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut
Gred Matematik Tambahan (MTamb.) Di
Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
5.5 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut
Gred Sains Di Peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)
138
5.6 Taburan Sampel Pelajar Kajian Mengikut
Gred Fizik Di Peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM)
5.7 Keputusan Ujian U Mann-Whitney
Sampel Bebas Bagi Bahagian A
142
5.8 Keputusan Ujian U Mann-Whitney
Sampel Bebas Bagi Bahagian B 144
xviii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12
2.1 Konsep Pengajaran Terancang Skinner 21
2.2 Fasa Kitaran Model Rekabentuk
Instruksional ADDIE
32
2.3 Fasa Kitaran Model Rekabentuk
Instruksional ASSURE
33
2.4 Spektrum konsep pengadaptasian 39
2.5 Taksonomi Brusilovsky 49
2.6 Model Pelajar janaan yang membentuk
perbezaan individu
56
2.7 Metafora Bebawang Pendekatan Gaya
Pembelajaran
58
2.8 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn 60
2.9 Dimensi Riding bagi gaya kognitif 61
2.10 Empat Skala Dwikutub Tak Selanjar
MBTI
64
xix
2.11 Model Gaya Pembelajaran Kolb 65
2.12 Model Gaya Pembelajaran Honey dan
Mumford
66
2.13 Bahan dan alat pembelajaran bagi i-
Weaver
74
3.1 Rekabentuk Kajian bagi i-Digiweb 89
3.2 Contoh Paparan Bahagian Pertama
Maklumbalas Media Bagi Laman Adaptif 92
3.3 Contoh Paparan Bahagian Kedua
Maklumbalas Media Bagi Laman Adaptif
93
3.4 Contoh Paparan Maklumbalas Media
Bagi Laman Statik
94
3.5 Contoh Paparan Ujian-Pos Bagi Laman
Adaptif & Laman Statik
3.6 Carta Alir bagi situasi pembelajaran
laman adaptif
99
3.7 Carta Alir bagi situasi pembelajaran
laman statik 100
3.8 Bilangan Sampel Pelajar Mengikut
Peringkat Saringan
103
4.1 Elemen Asas Binaan Bagi Laman Kajian 114
xx
i-Digiweb
4.2 Laman Utama bagi Laman Kajian i-
Digiweb
115
4.3 Borang Login Laman Penyelidikan i-
Digiweb
4.4 Maklumbalas Gagal Memilih Jenis
Persekitaran Pembelajaran 116
4.5 Paparan Maklumbalas Kerana Tidak
Memasukkan Id Pengguna Atau
Katalaluan
4.6 Maklumbalas Pengguna Baru Bagi
Pengguna Laman Statik 117
4.7 Maklumbalas Bagi Laman Statik jika
Login Berjaya
4.8 Maklumbalas Pengguna Baru Bagi
Pengguna Laman Adaptif 118
4.9 Contoh Paparan Laman Soalselidik
mengenai Gaya Pembelajaran bagi
Laman Pembelajaran Adaptif
4.10 Profil Gaya Pembelajaran Bagi Sampel
Pelajar
119
4.11 Struktur Asas Mekanisma Laman
Pembelajaran Adaptif
120
xxi
4.12 Papan Awal Laman Pembelajaran Statik 121
4.13 Paparan Laman Sub Topik bagi Sesi
Pembelajaran
4.14 Paparan Awal Laman Pembelajaran
Statik
122
4.15 Contoh Paparan Bahagian Bawah Sub-
Topik Seterusnya bagi Sesi Pembelajaran
Statik
4.16 Contoh Paparan Bahagian Bawah Sub-
Topik Terakhir Sesi Pembelajaran Statik
4.17 Contoh Paparan bagi Pautan Laman
Pembelajaran Adaptif
123
4.18 Contoh Paparan bagi Menukar Gaya
Pembelajaran
4.19 Borang Pengesahan Untuk keluar Dari
Laman Pembelajaran
124
4.20 Paparan Awal Laman Pembelajaran
Adaptif - Global
4.21 Contoh Paparan menu Pepohon bagi
Laman Pembelajaran untuk Pengguna
Global
125
4.22 Contoh Paparan bagi Bahan
Pembelajaran Laman Adaptif
126
xxii
4.23 Alatan Pembelajaran Aktif: Soalan
Kefahaman
127
4.24 Alatan Pembelajaran Reflektif : Alatan
Mengambil Nota
128
4.25 Alatan Pembelajaran Pancaindera : Alat
Latihan Kendiri Interaktif
129
4.26 Alatan Pembelajaran Intuisi : Alatan
Katakunci
166
4.27 Binaan Mekanisma Laman Web Adaptif
Bagi i-Digiweb
131
5.1 Peratus Taburan Sampel Pelajar Di
Politeknik Kota Bharu Mengikut
Dimensi Gaya Pembelajaran
139
5.2
5.3
Peratus Taburan Sampel Pelajar Di
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran
Peratus Taburan Sampel Pelajar Di
Politeknik Sultanah Bahiyah Mengikut
Dimensi Gaya Pembelajaran
140
5.4 Peratus Taburan Sampel Pelajar Kajian
Mengikut Dimensi Gaya Pembelajaran
141
5.5 Rating Media Di Kalangan Sampel
Pelajar Yang Menyatakan Media
146
xxiii
Pembelajaran Adalah Berfaedah
5.6 Tahap Kepuasan Bagi Sampel Pelajar
Yang Menyatakan Media Pembelajaran
Adalah Berfaedah
147
5.7 Tahap Penguasaan Bagi Sampel Pelajar
Yang Menyatakan Media Pembelajaran
Adalah Berfaedah
xxiv
SENARAI LAMPIRAN
A PERHUBUNGAN E-MAIL DENGAN
PAKAR – RICHARD M. FELDER
180
B Terjemahan ”Index of Learning Stles
(ILS)
182
C PENDAPAT PAKAR BIDANG –
PAKAR 1 & PAKAR 2
189
D Panduan Pengguna Laman Penyelidikan
Adaptif
193
E Panduan Pengguna Laman Penyelidikan
Statik
197
F KELULUSAN MELAKUKAN
PENYELIDIKAN DI POLITEKNIK
200
G
Analisis Reliabiliti bagi Laman
Pembelajaran i-Digiweb
202
H Data Kualitatif Kajian 208
I Contoh Laporan Pengesyoran Gaya
Pembelajaran : Felder & Rebecca (2005)
212
xxv
J KOD SUMBER LAMAN WEB
PENYELIDIKAN i-Digiweb
215
BAB I
PENGENALAN
1.1 Peranan ICT Sebagai Teknologi Penyebaran Maklumat Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan telah
memberi impak yang besar kepada semua aspek kehidupan. ICT telah memainkan
peranan terutamanya sebagai sumber maklumat, medium untuk memindahkan
maklumat, dan memberikan makna kepada proses interaksi atau dialog. Peranan ini
menjadi begitu bermakna terutamanya dengan kemunculan medium penyebaran
maklumat yang berbentuk multimedia dan teknologi Internet. Teknologi Internet
membolehkan komunikasi boleh berlaku tanpa mengira sempadan tempat dan waktu.
Semasa mula diperkenalkan, Internet mempunyai hanya satu tujuan iaitu berkongsi
maklumat. Hari ini teknologi Internet telah dikembangkan dan digunakan dalam
segenap aspek kehidupan iaitu dari aspek komunikasi (forum diskusi),
membelibelah, perbankan dan aspek perkhidmatan global lain seperti mengawal
suhu, lampu dan peranti-peranti lain di rumah dengan menggunakan antaramuka dari
telefon mudah alih kepada monitor komputer dan seterusnya paparan bersaiz
dinding.
Bidang pendidikan juga turut menerima impak yang sama. Satu kaedah
pembelajaran baharu telah dihasilkan di dalam bidang pendidikan dengan sokongan
Internet. Kaedah pembelajaran ini dinamakan e-pembelajaran. Secara umumnya e-
pembelajaran adalah kaedah pembelajaran yang menggunakan segala kemudahan
yang ada di dalam ICT di dalam mendapatkan maklumat yang baharu atau
menambahkan ilmu pengetahuan yang sediada. Kaedah pembelajaran ini mempunyai
2
banyak kelebihan dan telah menarik ramai penyelidik terdahulu untuk membuat
penyelidikan mengenainya.
Perkembangan ICT telah membolehkan kewujudan mod atau kaedah
pembelajaran yang baharu iaitu e-pembelajaran. Kemunculan e-pembelajaran telah
menggalakkan para penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan demi penyelidikan
bagi membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik, bersimulasi, dan
bermakna kepada pelajar. E-pembelajaran juga telah membolehkan berlakunya
peningkatan prestasi dan membolehkan atmospiar pembelajaran yang bersesuaian
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dengan mengambilkira
bahawa pelajar-pelajar adalah merupakan individu yang berbeza dari segi
latarbelakang, pengetahuan, pengalaman ruang-hiper, pengesyoran, sasaran, dan
gaya pembelajaran.
1.2 Latarbelakang Masalah Di dalam huraian sebelum ini, e-pembelajaran telah dilihat sebagai mod
pembelajaran baharu yang sesuai untuk diaplikasikan bagi mempertingkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemunculan teknologi Internet, perkembangan
e-pembelajaran menjadi semakin ketara dan telah menarik minat penyelidik dari
pelbagai bidang untuk membuat pelbagai penyelidikan mengenainya. Dengan
sokongan pelbagai penyelidikan ini, e-pembelajaran sedikit demi sedikit telah mula
mengambilalih kaedah pengajaran yang menggunakan medium "kapur-dan-cakap"
dan juga transparensi projektor overhead (OHP). Di dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran tradisi, guru juga bertindak sebagai pengawal proses pengajaran dan
pelajar pula hanya mendengar kuliah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran sebegini
cenderung untuk menjadikan pelajar adalah merupakan seorang yang pasif dan hanya
memainkan peranan yang kecil di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Damodharan, V. S. dan Rengarajan,V. (2013) telah menyenaraikan
kelemahan kelemahan kaedah penyampaian maklumat tradisional ini seperti yang
disenaraikan di bawah:
i.) Komunikasi yang berlaku adalah berbentuk komunikasi sehala.
3
ii.) Tindakbalas dan maklumbalas pelajar adalah tidak diambilkira di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
iii.) Bahan yang dibentangkan hanya berdasarkan nota pensyarah dan buku teks.
iv.) Pengajaran dan pembelajaran tertumpu kaedah "pasang dan main" dan
bukannya aspek praktikal.
v.) Tulisan tangan pensyarah menentukan hasil pengajaran dan pembelajaran.
vi.) Interaksi yang tidak mencukupi di antara tenaga pengajar dengan pelajar-
pelajar di dalam kelas.
vii.) Penekanan lebih banyak diberikan kepada teori tanpa kehidupan nyata,
praktikal dan situasi semasa.
viii.) Pembelajaran dari hafalan tetapi tidak memahami.
ix.) Beorientasikan markah bukannya hasil.
Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan kaedah penyampaian maklumat
tradisonal yang telah dihuraikan para penyelidik terdahulu di bidang teknologi
pendidikan telah membuat banyak penyelidikan bagi mengatasi kelemahan ini.
Kaedah penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran secara beransur telah
berubah dari hanya menggunakan kaedah “kapur dan cakap” kepada kaedah
penyampaian yang dibantu oleh bahan dan strategi pengajaran yang berbentuk
multimedia. Ianya dapat dilaksanakan hasil dari perkembangan e-pembelajaran yang
mendapat sokongan dari kemajuan pesat di dalam bidang perkomputeran.
Pada peringkat permulaannya, penyampaian bahan dan strategi pembelajaran
yang berbentuk multimedia adalah berbentuk perisian “stand-alone”. Shivhare, M.
dan Tuteja, S. (2011) berpendapat di antara kebaikan perisian sebegini adalah
memperkayakan kesan persembahan teks, mempertingkatkan kualiti persembahan
dan mengekalkan perhatian penonton. Ianya boleh diguna, dioperasi dan diubahsuai
dengan cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, mereka berdua berpendapat
penggunaan multimedia ini masih mempunyai beberapa kekangan iaitu ianya tidak
interaktif jika hanya berbentuk komunikasi sehala dan tiada maklumbalas, kompleks
untuk dibina, penggunaan masa, dan penggunaannya juga melibatkan kos yang
mahal.
Perkembangan di dalam teknologi maklumat dan komunikasi dan
peningkatan pengaplikasian e-pembelajaran di seluruh dunia telah mewujudkan
keperluan untuk menstruktur semula persekitaran pembelajaran berasaskan web yang
4
menjadi satu flatform penting untuk penyampaian pendidikan jarak jauh. Keperluan
ini dapat direaliasikan dengan kemunculan teknologi hiperteks yang kemudiannya
disusuli oleh teknologi hipermedia yang muncul hasil dari sokongan teknologi
Internet dan dikenali juga sebagai teknologi berasaskan web. Somyurek, S. (2015)
bagaimanapun telah menyatakan bahawa satu dari kritikan utama terhadap
persekitaran pembelajaran berasaskan web tradisi adalah ketidakmampuan sistem
semasa untuk memenuhi kehendak dan pengesyoran pengguna yang berbeza. Ini
adalah kerana menurut Milicevic et al. (2011) kebanyakan sistem e-pembelajaran
yang biasa memaparkan kandungan dan bahan pendidikan di dalam cara yang sama
untuk semua pelajar, membenarkan mereka memilih laluan pembelajaran sendiri di
mana ianya tidak semestinya yang paling efektif di dalam terma pengetahuan sedia
ada atau kehendak. Di antara kelemahan sstem e-pembelajaran ataupun hipermedia
tradisi adalah:
i.) Sebahagian besar hipermedia secara semulajadinya adalah huru-hara
(chaotic).
ii.) Masalah yang timbul adalah disebabkan oleh penyimpanan dan proses
mendapatkan semula data yang besar.
iii.) Kekeliruan: Apabila pengguna mengakses maklumat, beliau dengan mudah
boleh mengelirukan dirinya memandangkan ruang lingkup maklumat yang
luas.
iv.) Lebihan-Lampau (Overhead) Kognitif: Untuk kekal berorientasikan, tahap
penglibatan pengguna harus agak tinggi, yang membawa peningkatan di
dalam lebihan-lampau kognitif.
Semua kekangan sistem hipermedia yang telah dihuraikan telah menarik
minat para penyelidik untuk mencari kaedah alternatif dengan membuat banyak
penyelidikan. Semua penyelidikan ini telah menyebabkan berlakunya anjakan di
dalam penyampaian bahan dan strategi pembelajaran dari yang berasaskan memori
kepada pendidikan yang mengsimulasikan pemikiran, kreativiti, dan mengambilkira
kebolehan dan gaya pembelajaran individu.. Kaedah penyampaian maklumat
sebegini adalah melibatkan proses personalisi dan ianya sesuai untuk pembelajaran
secara individu di mana kandungan dan strategi pembelajaran dipadan dengan data
pengguna individu. Guru kini telah bertindak sebagai fasilitator manakala pelajar
5
pula telah bertindak sebagai penerima maklumat yang aktif dan sebagai kolabrator di
dalam proses pembelajaran.
Salah satu bidang yang membolehkan ianya melibatkan proses personalisi
dan ianya sesuai untuk pembelajaran secara individu adalah hipermedia adaptif.
Penyelidikan mengenai hipermedia adaptif adalah bermula dengan beberapa
penyelidikan permulaan yang dilakukan ke atas hiperteks adaptif pada awal 1990an.
Ianya telah menarik ramai penyelidik dari pelbagai bidang seperti hiperteks,
permodelan pengguna, pembelajaran mesin, penjanaan bahasa semulajadi, pencarian
maklumat, sistem tutor pintar, sains kognitif, dan pendidikan berasaskan web.
Paramythis, A., & Reisinger, S. L. (2004 (2004) yang menyatakan bahawa kesedaran
semakin memuncak tentang manfaat potensi pengadaptivitian dalam e-pembelajaran
dan telah didorong terutamanya oleh kesedaran bahawa pembelajaran individu yang
ideal (iaitu, pembelajaran dipadankan dengan keperluan dan keutamaan individu
tertentu) tidak boleh dicapai terutama pada skala besar dengan menggunakan
pendekatan tradisional.
Carabaneau et al. (2006) juga menyatakan pendapat yang sama mengenai
pembelajaran secara individu. Ketiga-tiganya juga telah menggariskan kegunaan
persekitaran pembelajaran adaptif dengan menyatakan bahawa persekitaran
pembelajaran dianggap adaptif jika ia mampu memantau aktiviti pengguna,
mentafsirkan berdasarkan model domain yang khusus, membuat kesimpulan tentang
keperluan pengguna dan pengesyoran bersandarkan kepada aktiviti-aktiviti yang
ditafsirkan, sesuai mewakilinya di dalam model yang berkaitan dan akhirnya
bertindak atas pengetahuan serta bahan kursus yang sedia ada pada pengguna untuk
memudahkan proses pembelajaran yang dinamik.
Al-Azawei, A. dan Badli, A. (2014) berpendapat persekitaran pembelajaran
adaptif boleh memainkan peranan dalam menggalak dan meningkatkan prestasi
pembelajaran. Kedua-dua mereka seterusnya berpendapat sasaran yang boleh dicapai
melalui persekitaran pembelajaran adaptif adalah banyak iaitu meningkatkan
asimilasi kandungan pembelajaran, mengurangkan lupa, memotivasikan pelajar,
menyediakan pelajar dengan pilihan fleksibel untuk membangunkan strategi
pembelajaran autonomi, membimbing pelajar untuk laluan yang optimum,
menangani isu beban kognitif, mengurangkan kos pembelajaran dan meningkatkan
'kebolehgunaan’ sistem.
6
Hasil kerja Peter Brusilovsky dan rakan-rakan penyelidik yang lain telah
menghasilkan dua huraian mengenai sistem pembelajaran hipermedia adaptif.
Kedua-dua huraian ini telah menjadi garis panduan bagi ramai para penyelidik di
dalam bidang hipermedia adaptif. Pertamanya, sistem pembelajaran hipermedia
adaptif adalah terdiri dari dua model iaitu model domain dan model pelajar. Model
domain adalah terdiri set atau cebisan pengetahuan yang disampaikan melalui sistem
pembelajaran. Model pelajar pula adalah terdiri pengalaman ruang hiper, gaya
pembelajaran, sasaran, pengesyoran, dan pengetahuan pengguna. Keduanya,
pembinaan sistem pembelajaran hipermedia adaptif adalah melibatkan dua jenis
teknologi pengadaptasian iaitu persembahan adaptif dan sokongan navigasi adaptif.
Teknologi persembahan adaptif adalah terdiri dari teknologi adaptasi teks, dan
teknologi multimedia adaptif. Teknologi sokongan navigasi adaptif pula adalah
terdiri dari penyembunyian pautan, penyusunan, anotasi, panduan terus, dan
pengadaptasian peta hiperteks.
Kedua-dua huraian mengenai sistem pembelajaran hipermedia adaptif ini
menunjukkan bahawa pembangunan sistem pembelajaran hipermedia adaptif adalah
merupakan suatu proses yang rumit memandangkan ianya melibatkan penggunaan
kaedah yang eksklusif di dalam penentuan unsur-unsur adaptif dan pendidikan.
Pendapat ini telah disokong oleh Berlanga, A. J. dan Garcia, F. J. (2008) yang
berpendapat walaupun manfaat dan potensi persekitaran pembelajaran adaptif di
dalam konteks pendidikan adalah jelas, penggunaannya dalam konteks pembelajaran
sebenar masih jarang berlaku. Situasi ini berlaku adalah kerana kerumitan
pembangunannya, penggunaan kaedah yang eksklusif untuk menentukan unsur-unsur
adaptiviti dan pendidikan, dan kekurangan interoperasi di kalangan kursus dan
aplikasi.
Alasan-alasan ini sebenarnya telah mewujudkan satu keperluan terhadap
sistem pembelajaran adaptif yang dibina berasaskan kepada kerangka konseptual
yang lebih jelas bagi memudahkan kefahaman tentang konsep sistem pembelajaran
adaptif dan seterusnya menggalakkan perluasan penggunaannya di dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran seharian. Pembinaan sistem pembelajaran adaptif
sebegini adalah bagi memenuhi kehendak pelajar yang mempunyai tahap pencapaian
akademik yang sederhana, kemahiran mengendalikan sistem pembelajaran
berkomputer yang minimum, sesuai untuk dijadikan sebagai projek individu, dan
ianya boleh dibangunkan oleh individu yang mempunyai kemahiran pengaturcaraan
7
yang sederhana. Ini semua dapat dicapai dengan terhasilnya kerangka konseptual
kajian yang dihasilkan setelah kajian literatur yang mendalam terhadap bidang-
bidang yang berkaitan dengan sistem pembelajaran hipermedia adaptif dan telah
melalui beberapa peringkat pengemaskinian dan penambahbaikan.
1.3 Matlamat Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemadanan di antara
persembahan multimedia dengan gaya pembelajaran di dalam pembangunan laman
web adaptif terhadap tahap kepuasan dan tahap penguasaan pelajar kejuruteraan
elektrik. Sasaran kajian ini adalah untuk mencari mekanisma bagi merealiasasikan
pembangunan laman web adaptif di mana persembahan multimedianya dipadankan
mengikut profil gaya pembelajaran seseorang pengguna. Laman web adaptif ini
berfungsi sebagai prototaip sistem tutorial secara atas talian bagi sampel pelajar yang
telah mengikuti kuliah subjek Sistem Berdigit. Pembangunannya bertujuan untuk
mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada melalui pembelajaran secara kendiri tanpa
kehadiran tenaga pengajar.
1.4 Objektif Kajian Kajian ini telah meneroka dan menyelidik dan seterusnya membangunkan
persekitaran pembelajaran adaptif berasaskan web bagi mencapai objektif-objektif
seperti di bawah:
(a) Membangunkan satu laman web adaptif di mana bahan, alat pembelajaran,
dan strategi pembelajaran dipersembahkan secara multimedia yang interaktif
dan dipadan dengan setiap dimensi bagi gaya pembelajaran (aktif-reflektif, pancaindera-intuitif, visual-verbal, berjujukan-global) individu.
(b) Mengenalpasti kesan pengunaan laman web adaptif terhadap tahap kepuasan
yang diperolehi dari hasil analisa terhadap maklumbalas pelajar terhadap
8
persembahan multimedia yang telah dipersembahkan sepanjang sesi
pembelajaran.
(c) Mengenalpasti kesan pengunaan laman web adaptif terhadap tahap
penguasaan pelajar yang diperolehi dari ujian pencapaian yang dijawab oleh
pelajar selesai melayari setiap bahagian topik pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang ditumpukan kepada proses meneroka dan menyelidik bagi
membangunkan satu persekitaran pembelajaran adaptif berasaskan web ini
dilaksanakan adalah bagi menjawab tiga persoalan kajian seperti berikut:
(a) Persembahan multimedia yang bagaimanakah yang sesuai dengan sesuatu
dimensi bagi gaya pembelajaran (aktif-reflektif, pancaindera-intuitif, visual verbal, berjujukan-global) di dalam pembangunan laman web
adaptif?
(b) Apakah mekanisma-mekanisma (struktur binaan) yang perlu digunakan untuk
mengadaptasikan persembahan multimedia dengan profil gaya pembelajaran
seseorang pelajar?
(c) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap
kepuasan pelajar yang diperolehi dari hasil analisa terhadap maklumbalas
pelajar terhadap persembahan multimedia yang telah dipersembahkan
sepanjang sesi pembelajaran?
(d) Sejauh manakah kesan pembangunan laman web adaptif terhadap tahap
penguasaan pelajar yang diperolehi dari ujian pencapaian yang dijawab oleh
pelajar selepas selesai melayari setiap bahagian topik pembelajaran?
9
1.6 Skop Kajian Kajian ini telah menumpukan kepada persoalan bagaimana bahan dan strategi
pembelajaran sesuatu laman web dapat dipadankan secara pintar berdasarkan kepada
gaya pembelajaran seseorang pelajar bagi membangunkan satu prototaip laman web
adaptif yang berfungsi sebagai sistem tutorial interaktif yang boleh dibangunkan oleh
seorang individu dan untuk diguna oleh seorang individu. Kajian ini juga adalah
dibangunkan khusus bagi tiga topik bagi matapelajaran Sistem Berdigit.
Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultanah Bahiyah, dan Politeknik Sultan
Mizan Zainal Abidin telah menjadi sampel bagi politeknik Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang menawarkan matapelajaran Sistem Berdigit sebagai
matapelajaran teras untuk tahun pertama bidang kejuruteraan elektrik yang berbentuk
abstrak dan sukar difahami oleh pelajar.
Pemilihan matapelajaran ini juga adalah didorong oleh faktor pengalaman
mengajar matapelajaran ini selama lebih dari 5 tahun. Ianya adalah amat berguna
terutamanya di dalam proses penentuan pengesyoran setiap gaya pembelajaran
kepada bentuk multimedia yang sepadan.
1.7 Kepentingan Kajian Pembelajaran yang menyerapkan kaedah e-pembelajaran mempunyai banyak
kelebihannya. Kelebihan-kelebihan ini dapat dilihat melalui satu kajian iaitu
Elearning In Non-Profits and Associations: The 2005 Nonprofit and Association
Elearning Survey Results (LearnSomething & N-TEN, 2005). Soalselidik yang telah
dijalankan secara kerjasama di antara LearnSomething dan N-TEN ini telah
mendapati kelebihan utama e-pembelajaran adalah seperti berikut:
a.) Kesesuaian untuk pengguna : 87.9 %.
b.) Mampu dicapai oleh lebih ramai pengguna : 75.8 %
c.) Kos lebih efektif berbanding dengan mod pembelajaran yang lain : 72.9 %
d.) Memberi peluang kepada pelajar belajar sendiri : 64.5 %
10
Kelebihan-kelebihan penyerapan e-learning di dalam pengajaran dan
pembelajaran ini seterusnya diperincikan lagi di dalam eLearner (2014). Di antara
kelebihan-kelebihan tersebut adalah:
(a) Kerja kursus boleh dijadualkan di persekitaran kerja dan keluarga.
(b) Mengurangkan masa perjalanan dan kos perjalanan untuk pelajar luar
kampus.
(c) Pelajar mungkin mempunyai pilihan untuk memilih bahan-bahan
pembelajaran yang memenuhi tahap pengetahuan dan faedah mereka.
(d) Pelajar boleh belajar di mana-mana mereka mempunyai akses kepada
sambungan komputer dan Internet.
(e) modul pembelajaran sendiri membolehkan pelajar bekerja pada kadar mereka
sendiri.
(f) Boleh menampung gaya pembelajaran yang berbeza dan memudahkan
pembelajaran melalui pelbagai aktiviti.
(g) Membangunkan pengetahuan Internet dan komputer kemahiran yang telah
membantu pelajar sepanjang hidup dan kerjaya mereka.
(h) Berjaya menamatkan kursus dalam talian atau berasaskan komputer membina
pengetahuan diri dan keyakinan diri dan menggalakkan pelajar untuk
mengambil tanggungjawab di dalam pembelajaran mereka.
(i) Pelajar boleh menguji atau mengurangkan tumpuan terhadap bahan-bahan
yang sudah dikuasai dan menumpukan usaha untuk menguasai maklumat dan
atau kemahiran yang baharu.
Dengan berdasarkan kepada dapatan dua kajian yang telah dilakukan di
atas,kepentingan kajian di bidang ini bagi pelajar kejuruteraan elektrik umumnya dan
pelajar di politeknik khususnya adalah disenaraikan di bawah:
i.) kerangka konseptual kajian telah direkabentuk dan dipadankan khusus untuk
pelajar kejuruteraan elektrik di politeknik dengan berdasarkan dapatan kajian
yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu.
ii.) pengaplikasian kerangka konseptual yang sepadan telah dilaksanakan di
dalam merekabentuk satu prototaip persekitaran pembelajaran adaptif yang
terdiri dari bahan, alatan pembelajaran, dan kaedah navigasi.
11
iii.) cadangan kajian ini adalah untuk menunjukkan gaya pembelajaran sebagai
satu elemen yang boleh dipadankan mengikut konteks pembelajaran dan
boleh dibina secara fleksibel dan bukannya statik.
iv.) satu pendekatan pengadaptasian yang inovatif di mana bahan pembelajaran,
alatan pembelajaran dan kaedah navigasi telah dipadankan dengan setiap
elemen gaya pembelajaran dan dipersembahkan di dalam bentuk multimedia
yang interaktif bagi menyeditelah pengesyoran yang terbantu.
Semua kepentingan yang digariskan di atas diharap telah menjadi sesuatu
yang bernilai kepada pengkaji dan pengamal di dalam bidang-bidang pembelajaran
multimedia, hipermedia adaptif, dan gaya pembelajaran. Penyelidik boleh
menggunakan semua kepentingan ini sebagai satu permulaan untuk penyelidikan
yang telah datang manakala pengamal adalah dialu-alukan untuk menggunakan
kerangka konseptual termasuklah juga persekitaran pembelajaran adaptif bagi laman
kajian i-Digiweb di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka utama projek bagi kajian ini adalah diasaskan kepada kenyataan dan hasil
kerja Brusilovsky, P. (2003) yang telah menyatakan bahawa sistem hipermedia
adaptif adalah terbina dari dua model iaitu model domain dan model pelajar. Dua
topik utama di dalam subjek Sistem Berdigit dan Model Gaya Pembelajaran Felder-
Silverman masing-masing telah dipilih sebagai model domain dan model pelajar bagi
kajian ini. Profil awal seseorang pelajar bagi laman adaptif adalah didapati hasil dari
indeks mengenai gaya pembelajaran yang diasaskan oleh Richard M. Felder dan
Barbara A. Solomon. Huraian mengenai Model Gaya Pembelajaran Felder-
Silverman juga telah menyediakan pengesyoran bahan dan strategi pembelajaran
yang sepatutnya digunakan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran. Ini membolehkan
persembahan multimedia pada laman web yang dibangunkan sepadan dengan profil
gaya pembelajaran individu. Memandangkan laman web adaptif yang dibangunkan
adalah terbina dari bahan pembelajaran, kaedah navigasi, dan alatan pembelajaran
berbentuk persembahan multimedia maka Teori Pembelajaran Multimedia juga perlu
12
diserapkan di dalam pembangunan laman web bagi kajian ini. Teori ini adalah
berasaskan hasil kerja Richard E. Mayer dan rakan-rakan penyelidik yang lain
mengenai teori kognitif pembelajaran multimedia. Berasaskan kepada teori-teori ini,
sesuatu syor mengenai persembahan multimedia (terdiri dari bahan dan strategi
pembelajaran) telah direkabentuk. Ketiga-ketiga teori yang terdapat pada kerangka
konseptual kajian ini telah memudahkan kefahaman tentang konsep laman
pembelajaran adaptif dan seterusnya telah membolehkan projek bagi kajian ini sesuai
dijadikan sebagai projek individu dan juga sesuai untuk digunakan oleh kumpulan
sasar iaitu pelajar kejuruteraan elektrik atau elektronik peringkat sijil atau diploma di
politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fasa 2: Keberkesanan Instrumen
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian
Satu laman web lain juga telah dibina sebagai laman web kawalan di mana
ianya direkabentuk menggunakan teks dan gambarajah semata-mata tanpa adanya
kawalan audio. Laman web ini dinamakan laman web statik. Seterusnya data yang
dikumpul hasil pembelajaran melalui laman web adaptif telah dibandingkan dengan
Teori Pembelajaran Multimedia
(Mayer, E. R.)
Teori Hipermedia Adaptif
(Brusilovsky, P.)
Model Domain (Sistem Berdigit)
Model Pelajar (Gaya
Pembelajaran)
Model Gaya Pembelajaran
Felder-Silverman
Laman Pembelajaran Adaptif
Bahan Pembelajaran (Visual/Verbal
Kaedah Navigasi (Berjujukan/Global)
Kesan Pembangunan laman web terhadap;
1. Tahap Kepuasan 2. Tahap Penguasaan
Alatan Pembelajaran
(Aktif/Reflektif) (Pancaindera/Intuisi) Kesan Pembangunan
laman web terhadap;
1. Tahap Kepuasan 2. Tahap Penguasaan Laman Pembelajaran
Statik (teks dan gambarajah tanpa kawalan audio)
Fasa 1: Pembangunan Instrumen
13
data yang dikumpul hasil pembelajaran laman web statik bagi mengukur sejauhmana
keberkesanan proses pembelajaran melalui laman web adaptif adalah lebih baik
berbanding dengan laman web statik dan diukur melalui dua pembolehubah iaitu
tahap kepuasan dan tahap penguasaan.
Kesimpulannya, kerangka konseptual kajian ini menunjukkan bahawa kajian
ini adalah melibatkan dua fasa iaitu fasa pembangunan dan juga fasa keberkesanan
instrumen. Hasil analisa terhadap data yang telah dikumpulkan seterusnya telah
digunakan membuat satu rumusan sejauhmanakah laman web adaptif telah memberi
kesan terhadap tahap kepuasan dan penguasaan sampel pelajar.
1.9 Istilah Pengoperasian (a) Laman Web Adaptif: Satu laman web pembelajaran yang telah menerapkan
gaya pembelajaran individu dan pengesyoran pengguna secara dinamik di
dalam penyediaan bahan pembelajaran, kaedah navigasi, dan alatan
pembelajaran.
(b) Laman Web Statik: Satu laman web pembelajaran yang hanya menerapkan
teks tanpa kawalan audio di dalam penyediaan bahan pembelajarannya.
(c) Metakognitif: Pengetahuan mengenai proses kognitif seseorang.
(d) Persembahan Multimedia: Penyampaian maklumat yang melibatkan
pergabungan pelbagai media seperti teks, gambar, animasi, audio dan video.
(e) Interaktiviti merujuk kepada kebolehan program komputer untuk
bertindakbalas dengan aktiviti pengguna.
(f) Teori Pembelajaran: Sejumlah sintesis pemerhatian yang bekait dengan aksi
pembelajaran. Ia adalah alat penyelidikan dan oleh itu tidak ada yang betul
ataupun yang salah sebaliknya samada berguna atau tidak.
(g) Teknik Pembelajaran: Aplikasi teori-teori pembelajaran yang
bermatlamatkan bagi meningkatkan dan memperlengkapkan aksi
pembelajaran.
(h) Gaya pembelajaran: Sesuatu kaedah yang menjadi sifat dan amalan di
dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran atau perubahan sikap melalui
proses pembelajaran.
14
(i) Pelajar Kejuruteraan Elektrik: Pelajar tahun pertama dari politeknik
Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengikuti program kejuruteraan
elektrik atau elektronik peringkat sijil atau diploma.
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Pembangunan laman web adaptif adalah agenda utama di dalam kajian ini
sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam kerangka konseptual kajian ini pada
Bab 1. Huraian di dalam bab ini telah difokuskan kepada topik-topik yang diperlukan
untuk membolehkan laman web adaptif dibangunkan sebagai satu instrumen utama
di dalam menjayakan kajian ini. Bab ini dimulakan dengan huraian ringkas tentang
perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Seterusnya huraian
ditumpukan pula kepada beberapa topik seperti teori pembelajaran, teori
pembelajaran multimedia, teori pembangunan pengajaran, e-pembelajaran, teknologi
pengadaptasian, sistem hipermedia, gaya pembelajaran, dan perwakilan multimedia
bagi gaya pembelajaran. Akhir sekali bab ini diakhiri dengan menyoroti beberapa
contoh projek hipermedia adaptif yang telah direkabentuk oleh penyelidik yang
terdahulu.
2.2 Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah sub sektor
pendidikan yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran untuk
dunia pekerjaan. Ianya adalah sub sektor pendidikan dan latihan yang pelbagai dan
16
terdiri daripada pembelajaran secara formal, dan tidak formal. Ianya membangunkan
kemahiran dan pengetahuan daripada peringkat asas hinggalah ke peringkat lanjutan,
dan membentuk attitud pelatih. Ianya kadang kala dirujuk sebagai cabang pendidikan
di mana pelatih membangunkan kepakaran secara terus di dalam kumpulan teknik
yang tertentu.
Pengajian Teknikal dan Vokasional di Malaysia telah bermula dengan
penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906. Pada ketika
itu, ianya berfungsi untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja
Raya. Walaubagaimanapun Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Malaysia
hanya bermula pada tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang
pertama. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi yang memerlukan
sumber tenaga kerja di dalam pelbagai bidang, PTV telah berkembang dengan begitu
pesat.
Menurut Hassan, M. N. A. (2003), semenjak penstrukturan secara besar-
besaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di dalam tahun 1995, Sistem
Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (SLPTV) telah melaksanakan satu
sistem reformasi meluas bagi strategi pendidikan dan latihannya. Beliau seterusnya
menyatakan bahawa setelah mencatatkan banyak pencapaian, penekanan reformasi
yang terbaru adalah untuk menyediakan capaian yang lebih, kecekapan dan
keberkesan, dan kebertanggungjawaban supaya isu-isu yang berkaitan dengan
SLPTV dapat diselesaikan. Isu-isu yang dimaksudkan adalah bagi memenuhi
keperluan-keperluan yang berikut:
(i) satu sistem SLPTV awam yang baik, cekap dan berkesan
(ii) pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar
(iii) pelajar-pelajar mengambil tanggungjawab untuk pembelajarannya sendiri dan
menjadi lebih berkemampuan untuk diadaptasikan mengikut perubahan
teknologi dan permintaan kerja.
Bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut, beberapa perubahan telah
dilakukan ke atas SLPTV dari masa ke semasa. Pada tahun 2004, rombakan kabinet
yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi telah memecahkan SLPTV mengikut tahap pengajian. Sekolah-sekolah
teknik dan vokasional telah diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal (kini
17
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional) di bawah KPM. Politeknik dan kolej
komuniti pula telah diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Kini jabatan
ini telah dipecahkan kepada dua iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti. Kedua-duanya adalah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Perkembangan pesat di bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
sememangnya telah memberikan impak yang besar di dalam semua aspek kehidupan
dan bidang pendidikan adalah salah satu aspek kehidupan yang turut merasai
impaknya. Di Malaysia, ICT telah digunakan sebagai alat untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik, bermotivasi, bersimulasi dan bermakna
kepada pelajar. Ini dicapai melalui anjakan pendidikan dari berasaskan memori
kepada pendidikan yang mensimulasikan pemikiran, kreativiti, dan mengambilkira
kebolehan dan gaya pembelajaran individu.
Bahagian Pengurusan Politeknik dan politeknik-politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah ke arah ini dengan menubuhkan satu
jawatankuasa pada 27 Mac 2001. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi
memodenkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui program pembangunan
sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bentuk multimedia dan telah berjaya
menghasilkan beberapa buah CD bagi beberapa modul bagi subjek Sains (Bahagian
Pengurusan Politeknik, 2003).
Selain dari bahan pembelajaran berbentuk CD, Internet juga telah mula
menjadi saluran penyebaran maklumat yang utama di dalam semua aspek kehidupan
termasuklah di bidang pendidikan. Hasil tinjauan rambang ke atas laman web
institusi pendidikan awam dan swasta adalah didapati kesemuanya telah
menyediakan capaian nota kuliah ataupun tutorial melalui Internet. Sebagai contoh,
pengaplikasian kaedah pembelajaran secara maya di mana bahan-bahan kuliah,
makmal, dan sebagainya dapat dimuat turun oleh pelajar melalui Internet. Selain dari
itu, pelajar juga boleh berinteraksi dengan tenaga pengajar melalui Internet.
Walaubagaimanpun, kaedah pembelajaran sebegini memerlukan penyelidikan dan
kajian yang lebih mendalam bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran
boleh berlaku.
Dengan bermatlamatkan untuk mencapai situasi proses pembelajaran yang
lebih berkesan, Ismail, S. (2003) telah mengemukakan beberapa cadangan bagi
18
mengoptimumkan peranan yang dimainkan oleh ICT. Cadangan-cadangan tersebut
adalah:
(a.) mengunakan strategi pembelajaran yang dicampur-adukkan mengikut
kesesuaian untuk memastikan penguasaan bagi persaingan asas dan
menggalakkan pembangunan holistik.
(b.) menyokong gaya pembelajaran individu untuk meningkatkan prestasi.
(c.) membantu persekitaran pembelajaran supaya bersesuaian dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.
(d.) membantu memastikan bahawa kanak-kanak dididik dengan kemahiran
pemikiran yang kritis dan kreatif dan menyerapkan nilai-nilai yang
bersesuaian. Contoh aplikasi bagi ICT di dalam bilik darjah adalah Sekolah
Bestari.
Selain dari saranan-saranan di atas pada 19 September 2014 Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh telah melancarkan inisiatif MOOC untuk
universiti-universiti awam / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan tujuan
untuk peningkatan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di IPTA, penjimatan
kos, meletakkan kursus IPTA ke peringkat global, Visibiliti, Penarafan dan
Penjenamaan IPTA di Malaysia, dan juga Pembelajaran Sepanjang Hayat.
MOOC adalah merupakan singkatan kepada Massive Open Online Course
yang secara lengkapnya membawa maksud seperti berikut:
M - Massive : Mengambarkan pelajar yang ramai dalam sekitar puluhan ribu pelajar
O - Open : Terbuka untuk masyarakat ramai tanpa sebarang yuran pendaftaran
O - Online : Dikendalikan secara atas talian menggunakan kemudahan Internet
C - Course : Merujuk kepada sesuatu kursus yang mempunyai tarikh permulaan
dan tarikh tamat
Datuk Seri Idris Jusoh seterusnya berpendapat inisiatif ini bertujuan untuk
memastikan pembelajaran secara atas talian dilaksanakan di IPTA dan juga untuk
mengurang masa di kelas. Beliau telah berpendapat bahawa MOOC adalah kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk IPTA memandangkan pelajar
boleh mencapai subjek di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui tapak
web www.openlearning.com/Malaysianmoocs. Beliau seterusnya menyatakan
bahawa untuk semester pertama di dalam sesi 2014 yang bermula pada 7 dan 8
19
September, seramai 16,000 telah menggunakan MOOC untuk subjek wajib bagi
pelajar tahun pertama di IPTA iatu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),
Hubungan Etnik, Keusahawanan, dan Kompetensi ICT. Akhirnya, beliau telah
menganggarkan sebanyak 15% pembelajaran di IPTA akan dilaksanakan
menggunakan konsep MOOC di tahun hadapan, dan ditingkatkan kepada 30% di
dalam tahun 2020.
Semua cadangan-cadangan yang telah diberikan di dapati bertepatan dengan
kecenderungan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi pengajaran
dan pembelajaran terutamanya bagi bidang pendidikan teknik dan vokasional (PTV)
dengan menjadikannya lebih berpusatkan pelajar dan dibentuk oleh titik permulaan,
keperluan, tujuan, pembelajaran mengikut pengesyoran, dan gaya pembelajaran yang
disyorkan bagi seseorang individu (Hassan, M. N. A., 2003).
Oleh yang demikian, huraian seterusnya nanti akan ditumpukan kepada topik-
topik iaitu pengaruh teori pembelajaran terhadap pembangunan bahab dan strategi
pembelajaran, e-pembelajaran, teori pembelajaran multimedia, gaya pembelajaran,
dan teori hipermedia adaptif. Semua topik-topik ini adalah menjadi kerangka kepada
proses pembangunan sistem hipermedia adaptif.
2.3 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap Pembangunan Bahan dan Strategi Pembelajaran
Teori pembelajaran adalah merupakan suatu hipotesis rumit yang
menggambarkan sejauh mana wujudnya prosedur bagi maklumat diserap, diproses,
dan dikekalkan. Ianya mempunyai dua nilai utama. Satu daripadanya adalah untuk
menyediakan perbendaharaan kata dan rangka kerja konsep untuk mentafsirkan
contoh pembelajaran yang diamati. Nilai yang satu lagi adalah nilai yang
dicadangkan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang praktikal.
Teori-teori ini bukannya menyediakan jalan penyelesaian, tetapi ianya lebih
menjurus kepada pembolehubah yang penting di dalam mencari penyelesaian.
Terdapat tiga kategori utama atau kerangka falsafah di mana teori
pembelajaran berada: behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Teori
Behavorisme merupakan teori pembelajaran yang tertua. Behaviorisme hanya
memfokuskan kepada aspek pembelajaran yang boleh dilihat secara objektif. Antara
20
tokoh-tokoh yang mengunakan pendekatan ini adalah B.F Skinner, Pavlov, J.B
Watson, E. L Thorndike dan Bandura.
Teori Kognitivisme pula menekankan aspek bagaimanakah seseorang itu
belajar dan juga apakah yang berlaku di dalam minda semasa proses
pembelajaran.Antara tokoh-tokoh yang mengunakan pendekatan kognitivisme adalah
Brunner, Piaget, Papert, Clarke, Winn, dan Keller. Seterusnya, golongan
konstruktivisme pula berpendapat pembelajaran adalah satu proses di mana pelajar
aktif membina idea-idea baru atau konsep. Tokoh-tokoh yang dapat dikaitkan dengan
pendekatan konstruktivisma adalah John Dewey, Lev Vygotsky, Jean Piaget, Jerome
Bruner, Seymour Papert, dan Mitchell Resnik.
Ketiga-tiga teori ini adalah penting di dalam menyediakan kerangka bagi
pembangunan bahan dan strategi pembelajaran samada untuk pembelajaran
berbentuk kelas yang biasa ataupun berbentuk persembahan multimedia. Oleh yang
demikian, huraian yang seterusnya akan menghuraikan tentang bagaimanakah
sejauhmana pengaruh teori-teori ini terhadap pembangunan bahan dan strategi
pembelajaran.
2.3.1 Pengaruh Teori Behavorisme
Aplikasi bahan pembelajaran yang sesuai dibangunkan menggunakan
pendekatan teori behavorisme ini adalah bahan pembelajaran di peringkat asas dan
juga bagi pembangunan kemahiran. Harun, J., & Tasir, Z. (2003) telah
menyenaraikan dengan terperinci bagaimanakah pengaruh teori pembelajaran ini
telah diterapkan di dalam rekabentuk perisian bahan pengajaran.
(i) Perkataan yang digunakan semasa menulis objektif sesuatu perisian bahan
pengajaran perlulah melambangkan perubahan tingkahlaku yang boleh
diukur.
(ii) Bahan pembelajaran yang direkabentuk perlulah boleh memberikan sebanyak
mungkin rangsangan kepada pelajar supaya pelajar akan bertindakbalas ke
atas rangsangan yang diberikan bagi membolehkan proses pembelajaran
berlaku.
21
(iii) Strategi pengajaran yang berbentuk latih tubi boleh digunakan untuk
mewakili konsep Pengajaran Terancang yang diperkenalkan oleh Skinner.
(iv) Penyampaian isi pelajaran boleh dilaksanakan di dalam bentuk kerangka
Soalan-Jawapan. Secara ringkasnya ia adalah seperti yang di berikan di dalam
Rajah 2.1.
Isi Pelajaran 1 Soalan 1 Jawapan 1
Rangsangan Rangsangan Maklumbalas
Rajah 2.1 : Konsep Pengajaran Terancang Skinner (v) Perisian bahan pengajaran yang direkabentuk perlu memberikan motivasi
kepada pelajar samada berjaya menjawab sesuatu soalan atau tidak di dalam
bentuk pujian ataupun respons negatif yang boleh merangsang pelajar supaya
terus berusaha.
(vi) Perisian bahan pengajaran yang menggunakan teori ini sebagai tulang
belakang akan menyebabkan pengguna tidak mempunyai kuasa kawalan yang
secukupnya terhadap pengguna media dan juga isi atau maklumat yang ingin
dicapai kerana semuanya telah ditetapkan oleh pembangun perisian bahan
pembelajaran.
(vii) Kelemahan di dalam (vi) akan menyebabkan pelajar menjadi mudah bosan
dan kurang bermotivasi dan perisian juga tidak dapat mengambikira
kepelbagaian pelajar yang mempunyai aras pengetahuan, gaya pembelajaran,
dan latarbelakang pendidikan.
Sebagai kesimpulannya, pengaruh behaviorisme adalah sesuai untuk
diterapkan bagi pembangunan bahan dan strategi pembelajaran asas yang berbentuk
latih-tubi dan ianya boleh memberikan respons samada berbentuk positif ataupun
negatif selepas pelajar selesai menjawab soalan latihan.
22
2.3.2 Pengaruh Teori Kognitivisme
Teori Kognitivisme menganggap proses pembelajaran bukan setakat menerima
maklumat sahaja tetapi juga melibatkan penterjemahan, penggunaan, dan
pengembangan semula maklumat tersebut secara berkesan. Jamalludin dan Zaidatun
(2003) telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal dengan mengunakan
pendekatan teori kognitivisme di dalam merekabentuk perisian bahan pengajaran
iaitu:
(i) Perisian yang dibina perlulah mengunakan kaedah penyampaian yang
berpusatkan pelajar dan mengunakan kaedah simulasi.
(ii) Kuantiti maklumat yang disampaikan pada sesuatu masa hendaklah di kawal
agar ianya tidak melebihi muatan ingatan jangka pendek seseorang pelajar.
Dari huraian tentang teori kognitivisme dapatlah disimpulkan bahawa bentuk
aplikasi bahan pembelajaran sesuai dibangunkan berasaskan pendekatan teori ini
adalah perisian yang berpusatkan pelajar dan menggunakan kaedah simulasi serta
mengambira kira faktor kemampuan pelajar untuk menerima maklumat yang ingin
disampaikan.
2.3.3 Pengaruh Teori Konstruktivisme
Teori konstruktivisme ini menekankan bahawa proses pembelajaran tidak boleh
diasingkan dari aktiviti-aktiviti pembelajaran dan konteks di mana ianya boleh
digunakan di dalam penyelesaian sesuatu masalah di dalam kehidupan yang sebenar.
Bagi pembangunan aplikasi bahan pembelajaran yang berasaskan teori
konstruktivisme pula, Jamalludin dan Zaidatun (2003) telah menyenaraikan beberapa
prinsip pembelajaran yang perlu ditekankan iaitu :
(i) Bahan pembelajaran hendaklah melibatkan aspek pengalaman dan persekitaran
yang akan menggalakkan pelajar bersedia untuk menerima isi-isi pembelajaran.
23
(ii) Struktur bahan pelajaran hendaklah direkabentuk supaya ianya mudah difahami
oleh pelajar.
(iii) Isi bahan pembelajaran yang direkabentuk hendaklah menggalakkan eksplorisasi
bagi mengisi ruang kosong yang sedia ada pada diri pelajar.
Dari huraian yang telah diberikan dapatlah disimpulkan bahawa bahan
pembelajaran yang direkabentuk berasaskan teori konstruktivisme adalah bahan
pembelajaran yang dapat mengaitkan maklumat yang baru dengan pengetahuan yang
sedia ada, mudah difahami, dan menggalakkan eksplorisasi bagi memahami sesuatu
dari perbagai perspektif untuk menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar
secara dinamik.
2.3.4 Perbezaan Pendekatan Di Antara Teori-teori Pembelajaran
Huraian tentang teori-teori pembelajaran yang telah dibuat menunjukkan setiap teori
mempunyai pendekatan yang berbeza di dalam pengaplikasiannya di dalam mereka
bentuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2.1: Perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran
Teori Behaviorisme
Teori Kognitivisme
Teori Konstruktivisme
Pelajar
Dianggap pasif dan hanya memberi gerakbalas kepada persekitaran
Dianggap aktif dan boleh menguasai persekitaran.
Dianggap aktif dan perlu mencari dan membina maklumat baru
Pembelajaran
Adalah proses mendapatkan perkaitan baru
Adalah perubahan struktur mental disebabkan penakulan
Adalah proses yang aktif, realistik dan bermakna berasaskan pengalaman dan konteks
Pengetahuan
Pola-pola hubungan dan perkaitan yang telah dipelajari
Organisasi struktur mental yang tersusun
Dibina melalui pengalaman
24
Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran ini yang
dilihat dari segi pelajar, pembelajaran dan pengetahuan berdasarkan kepada huraian
yang diberikan oleh Yusup dan Razmah (2006). Jadual 2.2 pula telah memperincikan
lagi perbezaan pendekatan di antara ketiga-tiga teori ini dan melihatnya dari sudut
maklumat, fikiran, pengetahuan, paradigma, dan jenis perisian. Ianya telah
diubahsuai dari jadual mengenai perbezaan di antara ketiga-tiga teori pembelajaran
yang telah diberikan oleh Baumgartner & Payr (1994) dan dipetik dari Wolf, C.
(2002).
Jadual 2.2 : Perbandingan di antara teori-teori pembelajaran konvensional
Maklumat Fikiran Pengetahuan Paradigma Jenis Perisian
Pendekatan Behaviourisme
satu penemuan atau pencarian
seumpama suatu ‘assembly line’
konkrit: masukan-keluaran yang betul.
rangsangan – tindakbalas
cari dan praktis
Pendekatan Kognitif adalah diproses
seperti sebuah komputer
abstrak: pemprosesan dalaman yang lengkap
penyelesaian masalah
sistem adaptif, sistem tutorial intelek
Pendekatan Konstruktivisme
suatu binaan/bina semula
seumpama sistem maklumat tertutup
tahu bagaimana untuk bekerja di dalam sesuatu situasi
binaan simulasi, dunia-mikro, hipermedia
Kesimpulannya, ketiga-tiga pendekatan ini yang telah dihuraikan sebelum ini
mempunyai persepsi, pendekatan, dan kaedah perlaksanaan yang berbeza. Adalah
juga didapati pendekatan kognitif adalah merupakan pendekatan yang paling sesuai
untuk digunakan bagi bidang hipermedia adaptif. Ini adalah kerana maklumat yang
telah disampaikan adalah berbentuk multimedia yang perlu diproses oleh minda
pelajar bagi menghasilkan pengetahuan yang berbentuk teoritikal, kompleks dan
sukar difahami. Ini ditambah lagi apabila dirujuk kepada perisian yang digunakan
dengan jelas menunjukkan pendekatan kognitif adalah pendekatan utama yang mesti
digunakan di dalam bidang hipermedia adaptif.
168
RUJUKAN
Ahdon, M. F., Zakaria, A., & Siraj, F. (2003). AI in education: Towards Adaptive
and Intelligent Web-Based Learning. Universiti Utara Malaysia, Sintok
Al-Azawei, A. dan Badli, A. (2014). State Of The Art Of Learning Styles-Based
Adaptive Educational Hypermedia Systems (LS-BAEHSS). International Journal of
Computer Science & Information Technology (IJCSIT) Vol 6, No 3, June 2014
Assareh, A., & Bidokht, M. H. (2011). Barriers to e-teaching and e-learning.
Procedia Computer Science 3 (2011). 791–795
Bahagian Pengurusan Politeknik (2003). Laporan Tahunan 2003. p47
Banday, M. T., Ahmed, M., & Janc, T. R. (2014). Applications of e-Learning in
engineering education: A case study. Procedia - Social and Behavioral
Sciences. 123 (2014) 406 – 413.
Berlanga, A. J. dan Garcia, F. J. (2008). Adaptive Learning Designs: Bringing
together IMS Learning Design and Adaptive Educational Hypermedia Systems
[versi elektronik].
Bermudez , A. B., & Palumbo, D. (1994). Bridging the gap between literacy and
technology: Hypermedia as a learning tool for limited English proficient
students. The Journal of Educational Issues of Language Minority Students,
14, 165-184.
169
Brusilovsky, P. (1999). Adaptive and Intelligent Technologies for Web-based
Education. In C. Rollinger and C. Peylo (eds.), Special Issue on Intelligent
Systems and Teleteaching, Kunstliche Intelligenz, 4, 19-25
Brusilovsky, P. (1996). Methods and techniques of adaptive hypermedia.” User
Modeling and User-Adapted Interaction 6: 87-129. , Special issue on adaptive
hypertext and hypermedia). Pittsburgh: Carnegie Mellon University.
Bra, P. D. (1999). Design Issues in Adaptive Web-Site Development. Proceedings of
2nd Workshop on Adaptive Systems and User Modeling on the WWW.
Eindhoven : Eindhoven University of Technology
Brusilovsky, P. (2001). Adaptive Hypermedia.User Modeling and User-Adapted
Interaction. 11: 87-110. Neitherland : Kluwer Academic Publishers.
Brusilovsky, P. (2003). Adaptive Educational Systems on the World-Wide-Web: A
Review of Available Technologies. Human-Computer Interaction Institute
Carnegie Mellon University Pittsburgh.
Brusilovsky, P. (2003). Developing adaptive educational hypermedia systems: From
design models to authoring tools. T. Murray, S. Blessing and S. Ainsworth
(eds.): Authoring Tools for Advanced Technology Learning Environment.
Dordrecht: Kluwer Academic Publishers, 377-409. Brusilovsky, P. (2007). Adaptive navigation support. In: P. Brusilovsky, A. Kobsa
and W. Neidl (eds.): The Adaptive Web: Methods and Strategies of Web
Personalization. Lecture Notes in Computer Science, Vol. 4321, Berlin
Heidelberg New York: Springer-Verlag, pp. 263-290.
Brusilovsky, P., & Maybury, M. T. (2002). From Adaptive Hypermedia To The
Adaptive Web. Communications Of The ACM May 2002. Vol. 45, No. 5, p-31. Brusilovsky, P. & Milan, E. (2007) User models for adaptive hypermedia and
adaptive educational systems. In: P. Brusilovsky, A. Kobsa and W. Neidl
170
(eds.): The Adaptive Web: Methods and Strategies of Web Personalization.
Lecture Notes in Computer Science, Vol. 4321, Berlin Heidelberg New York:
Springer-Verlag, pp. 3-53.
Brusilovsky, P., & Peylo, C. (2003). Adaptive and intelligent Web-based educational
systems. In P. Brusilovsky and C. Peylo (eds.), International Journal of
Artificial Intelligence in Education 13 (2-4), Special Issue on Adaptive and
Intelligent Web-based Educational Systems, 159-172.
Carabaneau, L., Trandafir, R., & Mierlus-Mazilu, I. (2006). Trends In E- Learning.
MMT2006 Conference Proceeding. Technical University of Civil Engineering
Bucharest, Romania.
Carver, Jr., C. A.. Howard, R. A., & Lane, SM.. W. D. (1999). Enhancing Student
Learning Through Hypermedia Courseware and Incorporation of Student
Learning Styles. IEEE Transactions On Education, Vol. 42, 1. February 1999. Cha, H. J., Kim, Y. S., Kim, S. A., Park, S. H., & Cho, Y. J. (2005). Learner
Adaptive User Interface: An Example Case. Creative Design and Intelligent
Tutoring Systems (CREDITS) Reasearch Center, Sungkyunkwan University,
Suwon, Korea.
Chaz-Yee, T. (2006). E-learning implementation preparation in Asia region.
http://www.hrdgateway-org/ hub5/research/E-learning (capaian pada 10th
September 2006)
Chen, N.-S., & Lin, K.-M. (2000). Factors affecting e-learning for achievement.
National Science Council , Taiwan
Chung, D., Lee, K. C., & Seong, S. C. (2013). General Bayesian Network Approach
to Health Informatics Prediction: Emphasis on Performance Comparison.
Procedia - Social and Behavioral Sciences 81 (2013) 465 – 468
171
Chung, D., Lee, K. C., & Chang Seong, S. C. (2010). Evaluation of student
performance in laboratory applications using fuzzy logic. Procedia Social
and Behavioral Sciences 2 (2010) 902–909
Clark, R. C., & Mayer, R. E., (2003). e-Learning and the Science of Instruction:
Proven Guidelines for Consumers and Designers of Multimedia Learning. John
Wiley & Sons. Inc. Conlen, O. (2011). State of the Art: Adaptive Hypermedia, Trinity College Dublin
Cook, N. P. (1998). Introductory Digital Electronics. Prentice Hall International Inc.
New Jersey. 315-316, 360,-361, 456-458. 1998
Corso, D. D. et al. (2001). 3DE: An Environment For The Development Of Learner-
Centered Custom Educational Packages [versi elektronik]. Dicapai pada
September 27, 2007, dari http://www.3deproject.com. Cristea, A., & Bra, P. D., (2004), Enhancing the WWW towards adaptive and
adaptable ODL environments. Damodharan, V. S. dan Rengarajan,V. (2013). Innovative Methods of Teaching
[versi elektronik]. Dicapai pada May 28, 2015, dari http://math.arizona.edu/~atp-
mena/conference/proceedings/ Damodharan_ Innovative_Methods.pdf.
Dunn, R. & Dunn, K. (2004). Dunn & Dunn Learning Styles [versi elektronik].
Dicapai pada September 27, 2007, dari url: http://www.learningstyles.net/tc/
ls_model.html.
Dunn, R. & Dunn, K. (2012). Dunn And Dunn Learning Styles Model [versi
elektronik]. Dicapai pada Jun 07, 2014. dari http://www.ilsa-
learningstyles.com/Learning+Styles/The+Dunn+and+Dunn+Learning+Styles+
Model.html).
172
eLearner (2014). eLearner- Advantages and Disadvantages - Iowa State University
url: http://www.dso.iastate.edu/asc/academic/elearner/advantage.htm.
(capaian pada 12 Disember 2014)
Erdogan, Y., Bayram, S. & Deniz, L. (2008). Factor That Influence Academic
Achievement And Attitudes In Web Based Education. International Journal of
Instruction - January 2008 Vol.1, No.1
Farkas, D. K. (2004) .“Hypertext and Hypermedia,” Berkshire Encyclopedia of
Human-Computer Interaction, Berkshire Publishing 2004, pp. 332-336. Felder, R. M. (1988). Learning And Teaching Styles In Engineering Education.
Engineering Education, 78(7), 674-681 Felder, R. M. (2010). Are Learning Styles Invalid? (Hint: No!). On-Course
Newsletter, September 27, 2010.
Felder, R. M., & Brent, R. (2005). Understanding Student Differences, Journal of
Engineering Education, January 2005 Edition Felder, R. M., & Henriques, E. R. (1995). Learning and Teaching Styles In Foreign
and Second Language Education. Foreign Language Annals, 28, No. 1,1995,
pp. 21–31 Felder, R. M., & Solomon, B. A. (2004). Learning Styles And Strategies. url:
http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html (capaian pada 20 Ogos
2008) Felder, R. M., & Spurlin, J. (2005). Applications, Reliability and Validity of the Index
of Learning Styles. Engineering Education, 23(1), 103-112. Garzotto, F., Retalis, S., Papasalouros, A., & Siassiakos, K. (1999). Patterns For
Designing Adapptive/Adaptable Educational Hypermedia. European
Commission under Socrates Minerva program.
173
Georgouli, K., Paraskakis, I., & Guerreiro. P. (2004). A Web Based Tutoring
System for Compilers. Given, B. K. (1996). Learning Styles: A Synthesized Model. Journal of Accelerated
Learning and Teaching, vol. 21.
Gokmen, G., Akinci, T. C., Tekta, M., Onat, N., Kocyigit, G., Tekta, N. (2010).
Evaluation of student performance in laboratory applications using fuzzy
logic. Procedia Social and Behavioral Sciences 2 (2010) 902–909 Harun, J., & Tasir, Z. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd., Bentong, Pahang.
Hashim, Y., & Man, R. (2006), Teknologi Instruksional : Teori & Aplikasi. Cetakan
Kedua, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Hassan, M. N. A. (2003). Open and Flexible Delivery of VTET Across National
Boundaries: Lessons Learned From The Malaysian Experience On Reforming
Its VTET System. Jurnal Pendidikan Teknikal 2003, 50-61.
Inan, F. A., Flores, R., & Grant, M. M. (2010). Perspectives on the Design and
Evaluation of Adaptive Web Based Learning Environments. Contemporary
Educational Technology, 2010, 1(2), 148-159
Institute For Information Technologies In Education (IITE), (2014). Policy Brief
2012: Personalized Learning: A New ICT- enabled Education Approach.
UNESCO
Isi, O. (2008). E-Learning Satisfaction Factors. Department of Information
Technology & Decision Sciences. College of Business Administration.
University of North Texas, Denton.
Islam, M. A., Chittithaworn, C., Rozali, A. Z., & Liang, H. (2010). Factors
Affecting E-Learning Effectiveness in a Higher Learning Institution in
Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2) (2010). 51-60
174
Ismail, S. (2003). Trends And Perspectives Of The utilization Of ICT In The
Classroom In Malaysia, Indonesia, Thailand And Philippines. Jurnal BTP 5
Dis. 2003, 42 – 49.
Jono, M. N. H. H., Aziz, A. A., Ibrahim, M., & Noh, N. M. (2012). Instructional
Design and Learning Theory on the Development of C++ Programming
Multimedia Content. Procedia - Social and Behavioral Sciences 67 (2012). 335
– 344
Kavcic, A. (2001), ALICE: Adaptive Educational Hypermedia on the Web,
University of Ljubljana.
Khedif, L.Y. B, Engkamat, A., & Jack, S. (2014). The Evaluation of Users’
Satisfaction towards the Multimedia Elements in a Courseware. Procedia -
Social and Behavioral Sciences 123 (2014) 249 – 255
Kinshuk, H. H. (2003). Adaptation to Student Learning Styles in Web Based
Educational Systems, Massey University, Palmerston Notth, New Zealand
Koidl, K. (2006). Modeling of a Learning Strategy based approach in Adaptive
Hypermedia eLearning Systems (AHeLS): Concept and
Implementation,Technical University of Darmstadt Learning Style Preferences. Dicapai pada Ogos 20, 2008. dari url:
http://www.cyg.net/~jblackmo/diglib/styl-d.html - LSPContent
Libbrecht, P., Frischauf, A., Melis, E., Pollet, M., & Ullrich, C. (2004).
Integration of Mathematical Systems into the ACTIVEMATH Learning Environment.
Saarland University, German.
175
Luaran, J. @ E., Samsuri, N. N., Nadzri, F. A., & Rom, K. B. M. (2014). A study on
the student’s perspective on the effectiveness of using e-learning. Procedia -
Social and Behavioral Sciences 123 (2014). 139 – 144
Magoulas, G., Papanikolaou, K., & Grigoriadou, M. (2003). Adaptive web-Based
learning: accommodating individual differences through systems’s
adaptation. British Journal of Educational Technology Vol 34 No 4
Mansor, M. S. A., & Ismail, A. (2012). Learning styles and perception of
engineering students towards online learning. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 69 (2012) 669 – 674.
Matkar, A. (2012). Cronbach’s Alpha Reliability Co-efficient for standard of
customer services in Maharashtra State Co-operative Bank. National
Monthly Refereed Journal Of Research In Commerce & Management.
Volume No. 1, Issue No. 3. 67-74.
Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning. Cambridge University Press. Mayer, R. E., & Moreno, R. (2003). A Cognitive Theory of Multimedia Learning:
Implications for Design Principles. Eductional Psychologist 38(1), 43–52.
Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Mergel, B. (1998). Instructional Design & Learning Theory. [versi electronic].
Dicapai pada 0gos 20, 2008., dari http://www.usask.ca/
education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm
Milicevic et al. (2011). Integration of Recommendations and Adaptive Hypermedia
into Java Tutoring System.
Mohammad, N. M. N., & Isa, M. N. M. P. M. (2012). M- learning in Malaysia:
Challenges and Strategies. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 67
(2012) 393 – 401
176
Montgomery, S. M. (1995). Addressing Diverse Learning Styles Through The Use of
Multimedia, Michigan Univ., USA, Published in Frontiers in Education
Conference, 1995. Proceedings., 1995 (Volume:1) Mulwa, C., Lawless, S., Sharp, M., Sanchez, I. A., & Wade, V.(2012). Adaptive
Educational Hypermedia Systems in Technology Enhanced Learning: A
Literature Review, Trinity College, Dublin Mulwa, C., Lawless, S., Sharp, M., Sanchez, I. A., & Wade, V. (2012), The
Evaluation of Adaptive Technology Enhanced Learning Systems , Trinity
College, Dublin
Naidu, S. (2006). E-Learning: A Guidebook of Principles, Procedures and Practices.
2nd Revised Edition, CEMCA. National Academy of Engineering, USA (2012). Advance personalized learning.
http://www.engineeringchallenges.org/cms/8996/9127.aspx (capaian pada 3
Jun 2014). Nonprofit Technology Enterprise Network (N-TEN) and LearnSomething (formerly
Isoph) (2005). E-Learning In Nonprofits And Associations: The 2005 Nonprofit
and Association E-learning Survey Results. p-11.
Paramythis, A., & Reisinger, S. L. (2004). Adaptive Learning Environments and
eLearning Standards. Electronic Journal of eLearning February 2004.
2(1):181--194 Pavio, A. (2014). Dual Coding Theory. Dicapai pada Disember 10, 2014. Dari
http://www.instructionaldesign.org/theories/dual-coding.html Prats, J. (2004). Learning Styles., Teach!. vol.1, no. 5, p-3.
Predko, M. (2005). Digital Electronics Demystified. McGraw-Hill. 184-185, 194-
195, 240-242, 348. 2005.
177
Santally, M. I. & Senteni, A. (2005), A Learning Object Approach to Personalized
Web-based Instruction. Malaysian Online Journal of Instructional Technology.
Vol. 2, No. 1, April 2005
Selvi, K. (2010). Motivating factors in online courses. Procedia Social and
Behavioral Sciences. 2 (2010) 819–824
Seters, J. R. v., Ossevoort, M. A., Tramper, J., & Goedhart, M. J. (2012). The
influence of student characteristics on the use of adaptive e-learning material.
Computers & Education 58 (2012) 942–952 Shi, L., Cristea, A. I., Foss, J. G. K., & Qudahet, a., A., Qaffas, A. (2013). A social
personalized adaptive E-Learning environment : a case study in Topolor.
IADIS International Journal on WWW/Internet . pp. 1-17. ISSN 1645-7641 (In
Press)
Shivhare, M. dan Tuteja, S. (2011). Multimedia Revolution Of The Centry {versi
elektronik]. Dicapai pada 08 Jun 2015. dari http://www.slideshare.net/ Shivam_Tuteja/multimedia-8114447? related=2.
Slay, J., Quirchmayr, G., Kurzel. F., & Hagenus, K. (2003). Adaptive Learning
Environments for CS Education – From AMLE to Live Spaces. University of
South Australia.
Somyurek, S. (2015). The New Trends in Adaptive Educational Hypermedia Systems.
International Review of Research in Open and Distributed Learning Volume
16, Number 1 Smith, P., & Dalton, J. (2005). Getting To Grips With Learning Styles. NCVER. Spallek, H. (2003). Adaptive Hypermedia: A New Paradigm for Education Software.
Presented at "Dental Informatics & Dental Research: Making the Connection",
a conference held in, Bethesda, MD, USA, June 12-13, 2003, sponsored by the
University of Pittsburgh Center for Dental Informatics and supported in part by
178
award 1R13DE014611-01 from the National Institute of Dental and
Craniofacial Research/National Library of Medicine.
Stash, N. (2007). Incorporating Cognitive/Learning Styles in a General-Purpose
Adaptive Hypermedia System, Technical University of Eindhoven Stash, N., Cristea, A., & Bra, P. D. (2004). Authoring of Learning Styles in Adaptive
Hypermedia: Problems and Solutions. WWW 2004 Education Track, May 17–
22, 2004, New York, New York, USA. Talhi, S. & Djoudi, M. (2011). Developing Adaptive Elearning : An Authoring Tool
Design, International Journal of Computer Science Issues, Vol. 8, Issue 5, No
3, September 2011
Toh, C.-Y. (2008). E-learning Implementation Preparation in Asia Region.
University of Nottingham, United Kingdom. Veerman, N. (1999). Adaptive Hypermedia: Techniques and Purposes. Dicapai pada
Januari 10, 2008. dari http://www.cs.vu.nl/~nveerman/hypermedia.html.
Vermunt, J. D. (1996). Metacognitive, cognitive and affective aspects of learning
styles and strategies: A phenomenographic analysis. Higher Education 31: 25-
50, 1996. 25 9 1996 KluwerAcademic Publishers. Printed in the Netherlands. Wiersma, W. (1991), Research Methods in Education, 5th Edition, Allyn & Bacon Wolf, C. (2002). iWeaver : Towards an Interactive Web-Based Adaptive Learning
Environment to Address Individual Learning Styles. Interactive Computer
Aided Learning Workshop, Villach, Austria.
Wolf, C. (2002). iWeaver : Towards Learning Style-based e-Learning in Computer
Science Education. Fifth Australasian Computing Education Conference (ACE
2003) Adelaide, South Australia, Australia.
179
Zainuddin, A., Kamaluddin, N., & Hassan, Z. (2012). Exploring Malay Student’s
Commitment in Online Learning - A Case of Business Management Students.
Procedia - Social and Behavioral Sciences 67 (2012) 81 – 92 Zakariah, Z., Alias, N., Aziz, M. N. A., & Ismail, N. Z. (2012). E-Learning
Awareness in a Higher Learning Institution in Malaysia. Procedia - Social and
Behavioral Sciences 67 (2012). 621 – 625
Zin, M. Z. M., Sakat, A. A., Ahmad, N. A., & Bhari, A. (2013). Relationship
Between the Multimedia Technology and Education in Improving Learning
Quality. Procedia - Social and Behavioral Sciences 90 (2013) 351 – 355
Learning. Dicapai pada November 12, 2014. dari http://www.oncourseworkshop.
com/Learning046.htm.
Kolb learning styles. Dicapai pada Ogos 10, 2008. dari http://www.businessballs.
com/kolblearningstyles.htm Hypermedia. Dicapai pada Januari 10, 2008. dari url: http://education.yahoo.com/
reference/dictionary/entry/hypermedia