kesan latihan memanaskan badan meningkatkan

17
KESAN LATIHAN MEMANASKAN BADAN MENINGKATKAN KETEPATAN MENJARING BOLA BALING 1.0 Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Bola baling merupakan satu permainan yang memerlukan sebuah pasukan yang terdiri daripada tujuh orang setiap pasukan. Bola baling memerlukan sebiji bola baling yang dihantar menggunakan tangan dan dibaling ke dalam gol. Pasukan yang menjaringkan gol pasling banyak akan dikira pemenang. Tempoh masa permainan bola baling selama 30 minit untuk dua masa perlawanan. Bola baling moden biasanya dimainkan di dalam dewan atau di padang. Bola baling juga dimainkan di tepi pantai dan dikenali sebagai ‘sandball’. Permainan ini dimainkan dengan laju termasuklah ‘body contact’ dari pemain pertahanan untuk menghentikan serangan dari penyerang yang cuba untuk menjaringkan gol.

Upload: aerieattha

Post on 06-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KESAN LATIHAN MEMANASKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

KESAN LATIHAN MEMANASKAN BADAN MENINGKATKAN

KETEPATAN MENJARING BOLA BALING

1.0Pengenalan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Bola baling merupakan satu permainan yang memerlukan sebuah

pasukan yang terdiri daripada tujuh orang setiap pasukan. Bola baling

memerlukan sebiji bola baling yang dihantar menggunakan tangan dan

dibaling ke dalam gol. Pasukan yang menjaringkan gol pasling banyak

akan dikira pemenang. Tempoh masa permainan bola baling selama 30

minit untuk dua masa perlawanan. Bola baling moden biasanya dimainkan

di dalam dewan atau di padang. Bola baling juga dimainkan di tepi pantai

dan dikenali sebagai ‘sandball’. Permainan ini dimainkan dengan laju

termasuklah ‘body contact’ dari pemain pertahanan untuk menghentikan

serangan dari penyerang yang cuba untuk menjaringkan gol.

Bola baling mempunyai kemahiran-kemahiran asas iaitu, kemahiran

hantaran dan menangkap bola, menggelecek, mengacah, menghadang,

menjaring gol dan menjaga gol. Kemahiran menghantar dan menangkap

bola merupakan kemahiran yang paling penting kerana permainan bola

baling banyak menggunakan kemahiran ini. Kemahiran hantaran

Page 2: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

merupakan hantaran yang mudah dilakukan dan dikuasai. Pemain perlu

memegang bola di atas tapak tangan. Ambil satu langkah ke hadapan

dengan kaki kiri dan bahu kiri menhadap sasaran. Berat badan di atas kaki

kanan dan bola dibawa ke belakang, siku dibengkokkan. Bola dibawa ke

hadapan, kilaskan badan ke hadapan semasa membaling. Berat badan

dipindahkan ke kaki kiri semasa melakukan balingan dan ikut lajak. Berat

badan terletak di atas kaki kiri sementara tumit kaki kanan diangkat.

Menjaringkan gol adalah kemahiran yang penting di dalam sukan ini.

Jaringan gol yang terbanyak menentukan pasukan mana yang akan

menang setelah wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Cara

untuk menjaringkan gol adalah dengan bergerak kearah gol dengan bola

dibawa ke atas kepala. Tangan pelaku diluruskan jauh ke belakang.

Hayunkan tangan ke hadapan dalam aksi membaling bola. Baling bola

seberapa kuat yang boleh kearah gol. Hala tuju bola ke mana-mana

empat penjuru gol. Tenaga jaringan ialah gabungan kekuatan otot-otot

dada, bahu dan lengan, hayunan lengan, aksi jentikan/sentakan

pergelangan tangan dan kekuatan otot-otot jari. Badan dan tangan pelaku

ikut lajak setelah bola dilepaskan.

Diperingkat sekolah, bola baling merupakan satu sukan yang diminati

dan melalui pemerhatian penyelidik di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II,

sukan ini menjadi salah satu sukan yang sangat digemari oleh murid-

murid disana. Ini kerana penglibatan aktif dari murid dan galakan dar guru-

guru di sekolah berkenaan. Adalah menjadi satu kebiasaan, diperingkat

Page 3: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

sekolah rendah. Kemahiran menghantar, menerima dan menjaring bola

menjadi satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Sepanjang pelaksanaan praktikal fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan

Sultan Idris II, penyelidik telah banyak membuat pemerhatian terhadap

sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ramai di antara

murid tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menjaring. Seramai

16 orang murid di dalam kelas tersebut. 10 murid tidak dapat menjaring

setelah 10 kali percubaan diberikan hanya dua jaring gol menepati

sasaran. Ini membuatkan penyelidik ingin membuat satu kajian bagaimana

perkara ini berlaku.

Melalui pemerhatian penyelidik, sebelum percubaan dilakukan murid-

murid telah diarahkan untuk melakukan regangan dan latihan

memanaskan badan. Sewaktu penyelidik mengajar Pendidikan Jasmani

mengenai menjaring bola baling murid Tahun 4. penyelidik rasa sungguh

terkejut kerana mendapati walaupun murid-murid telah didedahkan

dengan permainan bola baling sebelum ini, tahap penguasaan menjaring

bola ke gawang gol masih tidak mencapai tahap yang memuaskan dan

pergerakan mereka tidak berkembang. Selain itu, mereka juga banyak

melakukan kesilapan yang berulang-ulang. Setelah membuat satu ujian

menjaring, iaitu meminta murid untuk menjaring bola baling, saya dapati

35% daripada jumlah pelajar ini tidak dapat menjaring dengan betul.

Apabila saya tanyakan kepada para pelajar bagaimana perkara ini terjadi,

dengan mudah mereka menjawab “ cikgu tidak mengajar pun kemahiran

Page 4: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

ini…..”. murid-murid saya juga seolah-olah telah patah semangat untuk

menjaring dengan tepat. Saya perlu sedari bahawa ramai dikalangan

murid saya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran bola baling.

Perlukah saya ajarkan semua kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam

permainan bola baling untuk meningkatkan kemahiran menjaring

dikalangan para murid-murid? Adakah cara saya mengajar selama ini

dapat membantu murid saya menambah kemahiran menjaring mereka?

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menambah minat mereka kepada

permainan bola baling. Mampukah saya menjalankan aktiviti

meningkatkan kemahiran murid saya secara bersendirian untuk

membantu murid saya?. Apabila saya berbincang dengan guru panitia dan

guru kokurikulum bola baling, mereka bersepakat murid tidak serius dalam

menjalani aktiviti meningkatkan kemahiran dan mengambil mudah dalam

setiap aktiviti. Walaubagaimanapun, apakah tindakan yang boleh

dilakukan bagi menangai masalah ini?

Latihan memanaskan badan merupakan satu aktiviti yang penting

sebelum seseorang atlet memulakan latihan atau pertandingan. Menurut

B.P. Garfoot (1967) sebagai suatu persediaan khas yang terdiri daripada

aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilakukan pada permulaan sesuatu

aktiviti fizikal dalam sesi latihan atau sebelum sesuatu perlawanan

dengan tujuan menghasilkan prestasi kerja yang optima (“optimum work

performance”).

Page 5: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

Menurut Unitas J. Dan Dintiman G. (1979) pembekalan nutrien secara

menyeluruh dan penyahan bahan kumuh dapat ditingkatkan dan keadaan

ini pula akan mempertingkatkan fungsi-fungsi otot. Latihan memanaskan

badan memberi faedah yang lebih kepada sukan yang melibatkan

pergerakan-pergerakan yang tepat. Oleh itu, memanaskan badan juga

dapat meningkatkan kesediaan untuk bertindak balas, metaboisme,

koordinasi dan kelonggaran di bahagian sendi dan otot. Kecederaan

sukan juga berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa

kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecerderaan itu

juga termasuk latihan yang yang tidak sempurna atau alatan yang tidak

sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan

oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang

tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.

2.0Fokus Kajian/ Isu Keperihatinan

Walaupun penyelidik mengesan begitu banyak masalah yang timbul

dan dihadapi oleh murid saya dalam permainan bola baling. Penyelidik

hanya akan memberi fokus kajian ini kepada masalah latihan

memanaskan badan. Kebanyakan murid tidak mengambil berat terhadap

latihan memanaskan badan. Murid juga tidak mempedulikan kepentingan

latihan memanaskan badan. Latihan memanaskan badan yang biasa

adalah untuk memastikan sistem kardiovaskular dan otot bersedia dalam

permainan bola baling. latihan memanaskan badan yang lebih progresif

adalah menumpukan kepada pergerakan dan kemahiran yang diperlukan

ketika menjaring bola baling. Jika kita bandingkan kedua-dua teknik

melalui ketepatan menjaringkan gol dalam permainan bola baling, maka

Page 6: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

kita akan mengetahui adakah latihan memanaskan badan boleh

mempengaruhi ketepatan jaringan gol. Dengan lebih jelas lagi kajian ini

mengkaji tentang kesan latihan memanaskan badan terhadap ketepatan

menjaringkan gol dalam permainan bola sepak di kalangan pemain-

pemain bawah umur 12 tahun Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala

Kangsar, Perak. Dengan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran

menjaring bola baling, penyelidik yakin murid boleh menjaring dengan

betul dan tepat. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka dalam

kehidupan serta menyahut seruan kerajaan ‘satu murid satu sukan’.

3.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan untuk

mencapai objektif berikut :

Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap

kemahiran menjaring dalam permainan bola baling melalui latihan

pemanasan badan.

Objektif khusus :

3.1.1 Meningkatkan kemahiran motor halus murid.

3.1.2 Mengenal pasti kekurangan murid dalam melakukan kemahiran

menjaring dalam permainan bola baling.

3.1.2 Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran

menjaring bola baling.

Page 7: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

3.1.3 Meningkatkan kesedaran intrinsik murid terhadap kepentingan

latihan memanaskan badan yang betul.

3.2 Soalan Kajian

Kesan latihan memanaskan badan dapat meningkatkan ketepatan

menjaring bola baling.

4.0 Kumpulan Sasaran

10 orang murid lelaki dan perempuan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar,

Perak Darul Reazuan.

5.0 Perancangan Tindakan

5.1 Perancangan Tindakan

Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, tinjauan dibuat melalui

pemerhatian, ujian pra pos, ujian pos dan temu bual.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekumpulan murid semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani permainan bola

baling sebelum membuat keputusan untuk membuat kajian.

Pemerhatian lebih berfokus kepada kesan latihan memanaskan badan

dalam menjaring. Hasil pemerhatian penyelidik, murid yang membuat

latihan memanaskan badan dalam keadaan yang tidak serius dan

bergurau senda menyebabkan mereka tidak dapat melakukan jaringan

Page 8: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

dengan tepat. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya boleh menjaring

dua kali melepasi gawang dalam 10 kali percubaan.

5.1.2 Ujian Pra

Ujian pra merupakan ujian awal untuk memperoleh data tinjauan

awal bagi mengenal pasti masalah kemahiran menjaring. Sebanyak 10

kali percubaan menjaring diberikan kepada setiap murid. Seramai lima

orang murid akan melakukan latihan memanaskan badan sementara

lima orang murid yang lain akan terus melakukan percubaan sebanyak

10 kali tanpa latihan memanaskan badan. Selepas itu, murid yang

telah melakukan latihan memanaskan badan akan membuat

percubaan untuk menjaring. Borang skor akan disediakan bagi menilai

setiap murid semasa ujian pra pos dijalankan. Apabila ujian selesai

dilaksanakan, borang skor akan disimpan dan dianalisa. Keputusan

borang skor tidak akan dibincangkan bersama murid. Selesai membuat

ujian, saya akan mengajar latihan memanaskan badan dan mengajar

semula teknik menjaring bola baling.

5.1.3 Ujian Pos

Ujian Pos merupakan ujian untuk mendapatkan data dari hasil

pembelajaran yang telah dilaksanakan bagi menilai tahap

penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah diajar. Ujian pos

masih menggunakan borang skor. Semasa mereka melakukan

Page 9: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

ujian tersebut, penyelidik akan mencatatkan skor yang disediakan.

Hasil ujian ini akan dibandingbeza dengan ujian pra pos bagi

menganalisis sama ada pendekatan yang telah digunakan

berkesan atau tidak. Pengumpulan data untuk ujian pos akan

dianalisis dan dibandingkan dengan ujian pra pos. Jika terdapat

peningkatan maka ujian dikira berjaya dan mencapai objektif.

Sekiranya tidak terdapat peningkatan atau data tidak berubah

melalui ujian pos maka pendekatan yang digunakan perlu diubah

dan diperbaiki lagi.

5.2 Perancangan cara mengumpul data

5.2.1 perancangan langkah-langkah tindakan

Beberapa langkah telah dikenal pasti bagi melaksanakan

kajian ini. Antara langkah yag diambil adalah, dengan

melakukan pembacaan jurnal-jurnal dan kajian-kajian yang

telah dilaksanakan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini.

Ini bagi mendapatkan idea dan perbandingan yang terbaik

sekaligus dijadikan sebagai panduan untuk penyelidik.

Pemerolehan maklumat ini diperoleh melalui pelbagai

sumber.iaitu sumber elektronik dan sumber bercetak.

Segala maklumat yang diperoleh semasa perancangan

tindakan kajian dilaksanakan akan disimpan sebagai

rujukan semasa kajian dijalankan. Setelah maklumat dari

perancangan tindakan diperoleh, langkah seterusnya

Page 10: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

adalah untuk melaksanakan kajian. Berikut adalah

langkah-langkah kajian yang dilakukan :

1. Menyediakan proposal kajian.

2. Memohon kebenaran dari pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Sultan Idris II bagi menjalankan kajian.

3. Menyediakan surat kebenaran ibu bapa bagi

membenarkan anak jagaan mereka terlibat untuk kajian

tindakan.

4. Membuat soalan untuk kaji selidik responden.

5. Responden akan diberi soalan kaji selidik.

6. Responden akan diberi taklimat untuk melaksanakan

ujian.

7. Subjek akan melakukan latihan memanaskan badan

terlebih dahulu.

8. Subjek seramai 10 orang akan dibahagikan kepada dua

kumpulan.

9. kan berdiri di luar kotak D dan menjaring dalam

kawasan 1 meter di luar kotak D.

10.Seramai 5 orang responden akan mengambil ujian

terlebih dahulu.

11. 10 biji bola akan diberikan kepada subjek.

12.Murid akan beratur secara lurus.. subjek akan berlari

tiga langkah dan cuba untuk menjaringkan gol.

13.Skor dikira berdasarkan sasaran yang dicapai oleh

subjek dalam kawasan gol.

Page 11: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

5.3 Perancangan cara menganalisa data

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk melaksanakan

kajian ini. Perkara yang diambil kira adalah jantina, umur, ketinggian, bangsa

dan pengalaman serta pencapaian dalam sukan. Maklumat yang diperoleh

akan disimpan dan dianalisa berdasarkan lima proses iaitu :

1. Tahap pra-analisis

2. Tahap Kemasan data

3. Tahap pamiran data

4. Tahap verifikasi data

5. Tahap dapat (termasuk interprestasi data)

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual pelaksanaan tindakan

5.4.2 Kos kajian

Page 12: Kesan Latihan Memanaskan Badan Meningkatkan

Senarai Rujukan

Amran Lee Abdullah. (2007). Bola Baling & Bola Keranjang.

Petaling Jaya: Sutrapadu.

MyHEALTH PORTAL. (2008). Kecerderaan Sukan, Muat turun pada 31

March 2011, di