kesan kesan tmk

5

Click here to load reader

Upload: godokboy

Post on 24-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TMK

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Kesan Tmk

KESAN - KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari

zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom,

kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam

setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya

manusia memperoleh pelbagai inputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan,

penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih

kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-

lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih.

Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama

ada implikasi yang positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.

Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.

Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya

teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat

diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar

sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi

disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di

Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan

tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan

menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang

sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah.

Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien

dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara

perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh

selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang

mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www, .com.my, google dan

lain-lain lagi bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual

dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelusok

global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak

beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah

tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa

perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti

keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak

Page 2: Kesan Kesan Tmk

membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat,

tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel,

sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa

dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang

lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat

dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau

lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer

persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam

membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi

maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan

negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara

rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada

di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli

keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar

dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan

agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan

melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan

telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara

negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui

internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat

pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok

bandingnya?

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada

implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh

menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak

yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan

berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya,

terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei,

1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu.

Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan

tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarkimungkin

Page 3: Kesan Kesan Tmk

terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar

dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya

dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan

daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan

sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap

bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan

besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan

bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut

diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut

memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini

terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat

memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian

maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat

sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebajetan akhlak remaja

kita.

Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada

masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara

kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan

teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan

mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring

dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang

jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat

yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi

Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang

berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang

dengan harta maka hartanya semakin berkurang.