kesan kesan buruh kanak-kanak

4
Kesan-Kesan Negative terhadap Buruh kanak-kanak Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak telah menjadi sesuatu isu yang lama bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini menjadi semakin serious terutamanya di negara dunia ketiga. UNICEF melaporkan bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak-kanak (laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International Labour Organization). Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun (atau 73 peratus daripada keseluruhan pekerja kanak-kanak) dipercayai terbabit dalam bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat dengan belenggu hutang dan bentuk-bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit dengan aktiviti yang diharamkan. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena lumrah di Malaysia dan juga di negara lain. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak bekerja separuh masa adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru. Sesungguhpun,fenomena ini akan membawa kesan negatif kepada golongan kanak-kanak dan haruslah kita mencari akal dalam pelbagai aspek untuk membendung masalah ini.

Upload: hang

Post on 05-Sep-2015

2.223 views

Category:

Documents


77 download

DESCRIPTION

1.8 juta dipaksa terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit dengan aktiviti yang diharamkan.

TRANSCRIPT

Kesan-Kesan Negative terhadap Buruh kanak-kanak Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak telah menjadi sesuatu isu yang lama bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini menjadi semakin serious terutamanya di negara dunia ketiga. UNICEF melaporkan bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak-kanak (laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International Labour Organization). Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun (atau 73 peratus daripada keseluruhan pekerja kanak-kanak) dipercayai terbabit dalam bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat dengan belenggu hutang dan bentuk-bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit dengan aktiviti yang diharamkan.Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena lumrah di Malaysia dan juga di negara lain. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak bekerja separuh masa adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru. Sesungguhpun,fenomena ini akan membawa kesan negatif kepada golongan kanak-kanak dan haruslah kita mencari akal dalam pelbagai aspek untuk membendung masalah ini.Timbul pelbagai kesan negatif apabila kanak-kanak menceburi alam pekerjaan pada usia yang begitu muda. Salah satu kesan ialah kanak-kanak yang bekerja memberi kesan negatif kepada perkembangan mental mereka. Mereka lebih bersikap materialistik. Mereka mempunyai pendapatan yang tetap dan lumayan. Oleh itu, mereka berkecenderungan menyalahgunakan pendapatan yang lumayan untuk memuaskan kehendak mereka dan terlalu megejar kebendaan. Misalnya, mereka membeli barang-barang mewah dan lain-lain. Selain itu, kanak-kanak adalah golongan yang amat mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kanak-kanak yang bekerja mudah disemai pemikiran yang salah menyebabkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Misalnya, gangster, amalan merokok, menagih dadah dan lain-lain. Mereka akan beranggapan bahawa mereka telah berupaya menyara hidup sendiri, mereka cukup matang untuk membuat segala keputusan. Implikasinya, mereka sentiasa berada dalam keadaan yang bahaya dan membimbangkan.Kesan daripada bekerja secara sambilan berbeza-beza mengikut jenis pelajar dan berapa lama mereka menghabiskan masa di tempat kerja. Bekerja sambil belajar bukanlah satu tugas yang mudah terutama dalam masyarakat kita yang mengutamakan keputusan peperiksaan. Masa yang digunakan untuk bekerja sudah tentu tidak dapat digunakan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar yang pintar dan mempunyai kemahiran belajar mungkin berupaya melaksanakan tugas di sekolah dan tugas di tempat kerja dengan baik, tetapi bagi pelajar yang lemah pasti akan menjejaskan lagi prestasi akademik mereka kerana masa untuk mengulangkaji dan membuat tugasan di rumah telah berkurangan. Pelajar yang lemah sepatutnya menumpukan lebih masa dalam mengulangkaji dan membuat latihan.Selain daripada penurunan prestasi akademik pekerja kanak-kanak, adalah didapati bahawa fenomena ini turut menanam pemikiran yang salah di kalangan belia ini. Kajian menunjukkan kebanyakan pekerja kanak-kanak berpendapat bahawa pelajaran adalah tidak penting dan tidak menjamin kehidupan mereka. Keadaan ini paling ketara antara mereka yang bekerja demi menjana pendapatan keluarga. Hakikat yang menyedihkan adalah sebahagian daripada golongan belia ini bekerja untuk mengejar kebendaan. Mereka lebih tertarik kepada "Nike","Adidas","Puma",dan lain-lain. Lantaran daripada itu, masalah ponteng sekolah kian hari kian serius. Situasi ini membimbangkan kerana kepentingan pendidikan tidak lagi dicernakan di kalangan pekerja kanak-kanak ini. Dalam melihat permasalahan yang semakin gawat ini, perlulah kita menilai jalan-jalan penyelesaian untuk membendung masalah ini dengan berkesan.Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti pekerja biasanya berumur dari empat belas tahun hingga tujuh belas tahun. Secara umumnya, kebanyakan kanak-kanak yang masih persekolahan ini mendapatkan pekerjaan sampingan semasa hari percutian untuk memperoleh pendapatan tambahan dan pengalaman. Secara langsungnya, ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif. Oleh itu, semua masyarakat haruslah memainkan peranan yang penting dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat membendung fenomena pekerja kanak-kanak.