kesan faktor individu dan persekitaran ke …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/final tesis_28 nov 2015...

25
KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE ATAS KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN STAF SOKONGAN AKADEMIK: DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) HASANNUDDIIN BIN HASSAN SARJANA KEUSAHAWANAN (PENGURUSAN) 2015

Upload: phamduong

Post on 07-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN

KE ATAS KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN

STAF SOKONGAN AKADEMIK:

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

DI WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)

HASANNUDDIIN BIN HASSAN

SARJANA KEUSAHAWANAN (PENGURUSAN)

2015

Page 2: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

Kesan Faktor Individu dan Persekitaran ke atas

Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik:

Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

oleh

Hasannuddiin bin Hassan

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi

Ijazah Sarjana Keusahawanan

Fakulti Keusahawanan & Perniagaan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2015

Page 3: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

i

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah

hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada

mana-mana Universiti atau Institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah

keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Dari

tarikh hinga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta

Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi

di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

No. Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama

Tarikh : Tarikh :

Page 4: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

ii

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan izin-Nya,

tesis ini dapat disempurnakan. Saya amat menyedari bahawa tesis ini tidak mungkin

dapat disempurnakan tanpa bantuan dan sokongan daripada banyak pihak.

Penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan terutamanya kepada penyelia utama

saya, YBhg. Prof. Madya Dr. Noraani binti Mustapha atas segala bimbingan dan

pandangan yang intelektual serta kritikal berkaitan dengan penyelidikan ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof.

Datuk Dr. Raduan bin Hj Che Rose, Naib Canselor UMK yang telah memberi peluang

kepada saya melanjutkan pengajian. Penghargaan juga kepada YBhg. Prof. Madya Dr.

Mohd Rafi bin Yaacob, Timbalan Dekan Fakulti Keusahawanan & Perniagaan yang

banyak membantu saya menyiapkan tesis ini.

Saya juga berterima kasih kepada En. Nur Hakimin bin Yusuff dan En. Ahmad

Zaki bin Aminuddin yang turut memberi input yang membina disepanjang tempoh

saya menjalankan penyelidikan ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada

Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar, IPTA di Pantai Timur yang telah memberi

kerjasama dalam proses pengumpulan data. Terima kasih juga kepada YBhg. Prof. Dr.

Hishamudin bin Md. Som dari UMK dan YBhg. Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee

Abdullah dari UPNM yang telah memberikan kritikan yang ilmiah dan membangun

semasa sesi pembentangan cadangan penyelidikan ini.

Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana mempunyai isteri Pn. Nur

Saidah Binti Mohamad Ali Mustaza yang amat memahami cabaran yang saya lalui

disepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tesis ini tidak mungkin dapat diselesaikan

tanpa persefahaman dan sokongan daripada pihak isteri dan anak-anak kami, Muhamad

Haziq Faiz, Muhamad Haziq Fahmi dan Nur Husna Shahirah. Saya juga ingin

berkongsi kejayaan ini bersama ibu saya, Hajjah Hasnah binti Hamid, ayah saya, Haji

Hassan bin Salleh, ibu mertua saya, Pn Meryam binti Mohd Salleh, ayah mertua saya,

Hj Mohamad Ali Mustaza bin Mohamad, adik beradik, saudara mara dan kawan-

kawan yang sentiasa mendoakan usaha saya ini. Semoga Allah s.w.t. memberikan

keberkatan-Nya kepada mereka semua.

Page 5: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

iii

ISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI RINGKASAN xi

ABSTRAK

xii

ABSTRACT

xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Persoalan Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Hipotesis Kajian 9

1.6 Jurang Kajian 10

1.7 Jarak Kajian Lepas 13

1.8 Kepentingan Kajian 14

1.9 Batasan Kajian 15

1.10 Definisi Konsep 16

1.10.1 Keberkesanan Latihan 16

1.10.2 Faktor Individu 17

Page 6: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

iv

1.10.3 Faktor Persekitaran Kerja 18

1.11 Definisi Operasi 20

1.12 Rumusan 21

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 23

2.2 Latar Belakang Bidang Latihan 23

2.3 Program Latihan 24

2.4 Keberkesanan Program Latihan 27

2.5 Kepentingan Latihan di Persekitaran IPT 30

2.6 Model Keberkesanan Latihan 31

2.6.1 Model Proses Pemindahan Latihan Baldwin dan Ford

(1988)

31

2.6.2 Model Pemindahan Latihan Elangovan dan Karakowsky

(1999)

34

2.6.3 Model Pemindahan Latihan Goldstein dan Ford (2002) 37

2.7 Model Keberkesanan Program Latihan 38

2.8 Model Pengukuran Keberkesanan Latihan 41

2.9 Pengaruh Teknologi Dalam Program Latihan 45

2.10 Kerangka Kajian 47

2.11 Rumusan 49

BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 51

3.2 Reka Bentuk Kajian 51

Page 7: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

v

3.3 Kaedah Persampelan 52

3.4 Instrumen Kajian

54

3.4.1 Bahagian A: Profil Peribadi 57

3.4.2 Bahagian B: Faktor Individu 57

3.4.3 Bahagian C: Faktor Persekitaran Kerja 58

3.4.4 Bahagian D: Keberkesanan Program Latihan 59

3.5 Kajian Rintis

59

3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahihan Instrumen 60

3.7 Kaedah Penganalisisan Data 63

3.8 Rumusan

66

BAB 4 DATA ANALISIS

4.1 Pengenalan

67

4.2 Profil Demografi Responden 69

4.3 Analisis Taburan Faktor Individu, Persekitaran Kerja dan Tahap

Keberkesanan Program Latihan

71

4.3.1 Analisis Tahap Dimensi Keupayaan Pelatih dalam

Faktor Individu

72

4.3.1.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Keupayaan

Pelatih

73

4.3.2 Analisis Tahap Dimensi Personaliti dalam Faktor

Individu

75

4.3.2.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Personaliti 76

4.3.3 Analisis Tahap Motivasi dalam Faktor Individu 78

4.3.3.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Motivasi 79

Page 8: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

vi

4.3.4 Analisis Tahap Dimensi Sokongan Organisasi dalam Faktor Persekitaran Kerja

82

4.3.4.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Sokongan Organisasi

83

4.3.5 Analisis Tahap Dimensi Peluang Untuk Mengamalkan

Dalam Faktor Persekitaran Kerja

85

4.3.5.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Peluang Untuk Mengamalkan

86

4.3.6 Analisis Tahap Dimensi Budaya Organisasi dalam

Faktor Persekitaran Kerja

89

4.3.6.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Budaya Organisasi

90

4.3.7 Analisis Tahap Dimensi Sokongan Teknologi dalam

Faktor Persekitaran Kerja

91

4.3.7.1 Analisis Taburan Kekerapan Item Sokongan Teknologi

92

4.3.8 Analisis Tahap Keberkesanan Latihan 94

4.3.8.1 Analisis Taburan Kekerapan Faktor Keberkesanan Latihan

95

4.4 Analisis Hubungan Keberkesanan Latihan 97

4.4.1 Hubungan Faktor Individu Dengan Keberkesanan

Program Latihan

97

4.4.2 Hubungan Faktor Persekitaran Kerja Dengan

Keberkesanan Program Latihan

99

4.5 Analisis Regresi 100

4.5.1 Dimensi Bagi Faktor Individu Yang Paling Dominan

Mempengaruhi Keberkesanan Program Latihan

101

4.5.2 Dimensi Bagi Faktor Persekitaran Kerja Yang Paling

Dominan Mempengaruhi Keberkesanan Program

Latihan

102

Page 9: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

4.5.3 Faktor Paling Dominan Yang Mempengaruhi Keberkesanan Program Latihan

104

4.6 Ujian Hipotesis 105

BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 108

5.2 Rumusan Kajian 108

5.2.1 Persepsi Keberkesanan Latihan 110

5.2.2 Pengaruh Faktor Individu 111

5.2.3 Pengaruh Persekitaran Kerja 112

5.3 Implikasi Dapatan Kajian 113

5.3.1 Implikasi Kepada Organisasi 116

5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan 117

5.5 Penutup

120

RUJUKAN

121

LAMPIRAN A

129

LAMPIRAN B

136

LAMPIRAN C

137

LAMPIRAN D

139

vii

Page 10: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

viii

SENARAI JADUAL

NO. MUKA

SURAT

1.1 Jadual 1.1: Ringkasan Kajian Lepas 13

3.1 Bilangan IPTA di Pantai Timur dan Jumlah Populasi 53

3.2 Soal Selidik yang Diubahsuai 55

3.3 Skala Likert 56

3.4 Keputusan Kajian Rintis 61

3.5 Nilai Cronbach Alpha Pra Uji 62

3.6 Pembahagian Skor Min Setiap Tahap 63

3.7 Interpretasi Mengikut Saiz Pekali Korelasi 65

4.1 Jadual Borang Soal Selidik yang Diedarkan, Dikembalikan dan

Tidak Dikembalikan

69

4.2 Profil Demografi Responden 70

4.3 Min Skor Taburan Kekerapan Keupayaan Pelatih 72

4.4 Taburan Kekerapan Item Keupayaan Pelatih 74

4.5 Min Skor Taburan Kekerapan Ciri Personaliti 75

4.6 Taburan Kekerapan Item Personaliti 77

4.7 Min Skor Taburan Kekerapan Motivasi 79

4.8 Taburan Kekerapan Item Motivasi 81

4.9 Min Skor Taburan Kekerapan Sokongan Organisasi 82

4.10 Taburan Kekerapan Item Sokongan Organisasi 84

Page 11: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

ix

4.11 Min Skor Taburan Kekerapan Peluang Untuk Mengamalkan 86

4.12 Taburan Kekerapan Item Peluang Untuk Mengamalkan 88

4.13 Min Skor Taburan Kekerapan Budaya Organisasi 89

4.14 Taburan Kekerapan Item Budaya Organisasi 91

4.15 Min Skor Taburan Kekerapan Sokongan Teknologi 92

4.16 Taburan Kekerapan Item Sokongan Teknologi 93

4.17 Min Skor Taburan Kekerapan Keberkesanan Program Latihan 94

4.18 Taburan Kekerapan Faktor Keberkesanan Program Latihan 96

4.19 Hubungan Antara Faktor Individu Dengan Keberkesanan Program

Latihan

98

4.20 Hubungan Antara Faktor Persekitaran Kerja Dengan Keberkesanan

Program Latihan

100

4.21 Dimensi Bagi Faktor Individu yang paling dominan dalam

mempengaruhi keberkesanan program latihan

101

4.22 Dimensi Bagi Faktor Persekitaran Kerja yang paling dominan

dalam mempengaruhi keberkesanan program latihan

103

4.23 Faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi keberkesanan

program latihan

104

4.24 Rumusan ujian hipotesis 107

5.1 Rumusan analisis tahap persepsi responden terhadap dimensi

pemboleh ubah

109

Page 12: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

x

SENARAI RAJAH

NO. MUKA

SURAT

2.1 Model pemindahan latihan oleh Baldwin dan Ford (1988). 34

2.2 Model pemindahan latihan oleh Elangovan dan Karakowsky

(1999).

37

2.3 Model pemindahan program latihan oleh Goldstein dan Ford

(2002).

38

2.4 Kerangka kajian keberkesanan program latihan. 49

3.1 Plot Normaliti Q-Q Bagi Faktor Individu 64

3.2 Plot Normaliti Q-Q Bagi Faktor Persekitaran 64

Page 13: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

xi

SENARAI RINGKASAN

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur

SSM Sistem Saraan Malaysia

RMK-9 Rancangan Malaysia ke-9 (tempoh tahun 2006 – 2010)

RMK-10 Rancangan Malaysia ke-10 (tempoh tahun 2011 – 2015)

UMK Universiti Malaysia Kelantan

SPSS Statistical Package for Social Science

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

ICT Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi

Page 14: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

xii

Kesan Faktor Individu dan Persekitaran ke atas

Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik:

Satu Kajian di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

ABSTRAK

Memasuki abad ke-21 yang serba canggih dengan perkembangan pesat

teknologi, mekanisma pengurusan sumber manusia di organisasi mengalami

transformasi bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh para pekerja

mencapai tahap yang terbaik. Hasilnya, organisasi memberi tumpuan terhadap aspek

pembangunan sumber manusia, khususnya melalui program latihan staf. Justeru,

keberkesanan program latihan adalah suatu mekanisme yang memacu sesebuah

organisasi ke arah kecemerlangan. Walau bagaimanapun, kebanyakan program latihan

dilaporkan mengalami pembaziran. Keadaan ini berpunca disebabkan kurang

keberkesanan terhadap program latihan dan peserta latihan gagal memindahkan

pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh ke tempat kerja. Kajian ini bertujuan

untuk: (a) menilai tahap keberkesanan program latihan untuk staf sokongan akademik

IPTA di ECER, dan (b) mengenal pasti tahap pengaruh faktor individu dan faktor

persekitaran terhadap keberkesanan program latihan. Kaedah persampelan rawak

kluster digunakan dengan menyoal selidik 400 staf sokongan akademik di lima (5)

buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur

(ECER) telah dijalankan. Secara keseluruhan, majoriti responden (iaitu melebihi 50%)

mempunyai persepsi yang tinggi terhadap tahap keberkesanan program latihan yang

telah dihadiri. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden mempunyai

persepsi yang positif berkaitan pengaruh faktor individu dan faktor persekitaran

terhadap keberkesanan program latihan. Faktor individu meliputi aspek personaliti, 2

keupayaan pelatih serta motivasi (R = 0.208), dan faktor persekitaran kerja meliputi 2

aspek sokongan teknologi serta peluang mengamalkan (R = 0.359) mempunyai hubungan yang positif terhadap keberkesanan program latihan. Dapatan kajian juga

didapati faktor persekitaran menjadi faktor penyumbang yang lebih dominan

mempengaruhi keberkesanan program latihan. Oleh itu, pihak organisasi perlu

memberi lebih perhatian ke atas faktor persekitaran kerja dalam perancangan program

latihan staf di masa hadapan. Aspek pemindahan pengetahuan perlu diberi penekanan

seperti menyediakan persekitaran kerja yang dapat menyokong pelatih mengamalkan

kemahiran dan teknologi yang telah diperoleh.

Page 15: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

xiii

The Influnce of Individual and Environmental Factors on

Training Programme Effectiveness of Academic Support Staff:

A Study Among Public Higher Education Institutions (PHEIs)

in East Coast Economic Region (ECER)

ABSTRACT

The era of 21st

century has thus far marked by the rapid development of

technology. Consequently, the human resource management mechanisms organisations

are undergoing transformation to ensure the quality of services provided by their

employees is expected to achieve the best level. As a result, the organisation must

creates a strong foundation of human resource development strategies, particularly

focusing on staff training programmes. Therefore, an effective training programme is

considered as an investment and has become the core of the organisational

management. However, commonly the training programmes have been reported

experiencing wastage. This situation is due to lack of training programmes

effectiveness and training participants failed to transfer the knowledge or skills

acquired on the job. This study aims to identify the influence of individual and

environmental factors on training programmes effectiveness. Quantitative analyses on

400 academic support staff at five (5) public higher education institutions (PHEIs) in

the East Coast Economic Region (ECER) waere performed. The results show that the

respondents have positive perceptions in relation to the influence of individual and

environmental factors Kesan training programmes effectiveness. Individual factors

including aspects of personality, trainees‟ ability and motivation (R2

= 0.208), and

environmental factors consisting aspects of technology support as well as

opportunities to practice (R2

= 0.359) have positive infleunces towards an effective

training. The results also indicate that environmental factors are the dominant

contributing factor in influencing the effectiveness of training programmes. Therefore,

the organisation should pay more attention on the workplace environmental factors

when planning for staff training programmes in the future. Aspect of knowledge

transfer should be emphasised as providing a conducive work environment that

supports trainees opportunity to practice the skills acquired.

Page 16: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Memasuki abad ke-21 yang serba canggih dan membangun, pelbagai

organisasi mula muncul dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Perkembangan yang pesat ini telah mencetuskan persaingan sengit antara

organisasi ke arah memberikan perkhidmatan terbaik dan bermutu kepada

pelanggan. Hal ini telah menyebabkan organisasi mula mencari satu

mekanisma untuk memastikan mutu dan kecekapan para pekerja mereka.

Hasilnya, mereka mendapati keberkesanan program latihan adalah satu

pelaburan yang bakal menguntungkan organisasi dalam jangka masa panjang.

Bahkan, keberkesanan program latihan ini dianggap sebagai nadi

kecemerlangan kepada kelangsungan sesebuah organisasi dalam menghadapi

persaingan pasaran global.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 (2005), Dasar Wawasan

Negara telah menggariskan beberapa panduan yang menekankan semua aspek

pembangunan termasuk pembangunan sumber manusia bagi merealisasikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Perkara ini juga

seiring dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berteraskan

kompetensi dan pembelajaran berterusan bagi menjamin pembangunan sahsiah

Page 17: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

2

diri, ilmu pengetahuan, kemahiran serta kreativiti dan inovasi. Oleh itu, adalah

dipersetujui bahawa setiap kementerian / jabatan supaya menyediakan

sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan tahunan untuk

tujuan program latihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6,(2005). Tindakan

bernas ini adalah bukti kukuh tentang pentingnya program latihan untuk

Malaysia mencapai taraf negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat,

Australia, dan Norway.

Jepun misalnya, merupakan antara negara maju yang memberi

penekanan kepada pembangunan modal insan yang direalisasikan melalui

keberkesanan program latihan. Syarikat, organisasi serta kerajaannya

bekerjasama erat dalam menyediakan program latihan yang bermutu untuk

kakitangan mereka. Justeru, keberkesanan program latihan yang diberikan

merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi

negara Jepun. Tidak mustahil jika dikatakan bahawa program latihan yang

diterapkan oleh negara Jepun mempunyai persamaan dengan Rancangan

Malaysia ke-9 (RMK-9) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Persamaan yang dimaksudkan adalah melalui program pembangunan modal

insan yang telah dilaksanakan oleh negara Jepun sejak zaman pemerintahan

Meiji iaitu pada tahun 1868 hingga 1912.

Walaupun Malaysia telah menekankan program pembangunan modal

insan yang diperkenalkan pada tahun 2006, masih banyak penambahbaikan

yang harus diteliti supaya kita dapat mencapai kemajuan ekonomi seperti

negara Jepun. Oleh sebab itu, kajian ini juga dijalankan antaranya untuk

Page 18: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

3

melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (melalui

program latihan) seperti yang disarankan dalam RMK-9 secara amnya. Bajet

2010 pula yang dibentangkan pada 23 Oktober 2009 yang juga merupakan bajet

terakhir untuk RMK-9 dan pembuka tirai untuk RMK-10 yang bertemakan

“meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi” menekankan aspek

peningkatan kemahiran (EPU, 2010).

Pelaksanaan program latihan yang efektif amat penting di kawasan

Wilayah Pantai Timur ataupun East Coast Economic Region (ECER) yang

meliputi 51% daripada tanah semenanjung Malaysia (Plan, 2007). Kawasan

ECER mengandungi 3.9 juta jumlah penduduk yang tersebar dari Mersing

(Johor), Pahang, Terengganu, dan Kelantan yang secara amnya merupakan

wilayah yang kurang maju berbanding wilayah di pantai barat seperti Selangor,

Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Perak. Menurut Siwar dan Abdulai

(2011), kualiti pendidikan termasuk pusat perkhidmatan latihan di kawasan

ECER perlu ditingkatkan sebagai pra-syarat atau pemangkin bagi

pembangunan modal insan dan wilayah secara khususnya. Oleh yang

demikian, program latihan di kawasan ECER adalah penting bagi mewujudkan

peluang pekerjaan melalui peningkatan kemahiran di kalangan kakitangan

syarikat / organisasi agar wilayah ini dapat membangun seiring dengan wilayah

lain dalam merealisasikan hasrat Malaysia dalam mencapai taraf negara maju

menjelang tahun 2020.

Menurut Ab. Aziz (2002), program latihan dalam organisasi merupakan

suatu proses pembelajaran yang berterusan dan disusun untuk mengubah sikap,

Page 19: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

4

pengetahuan dan kemahiran pekerja agar prestasi kerja mereka dapat

ditingkatkan. Melalui takrifan ini, difahami bahawa program latihan yang

berkesan memberi faedah dan manfaat kepada organisasi dan juga pekerja.

Kejayaan sebenar program latihan bergantung kepada tahap keupayaan

pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku pekerja yang dapat diterapkan dan

diguna pakai bagi meningkatkan produktiviti serta mencapai matlamat

organisasi.

Cheng dan Ho (2001), mengatakan hanya 10% daripada perbelanjaan

untuk latihan diperuntukkan untuk mengkaji keberkesanan latihan. Program

latihan dan pembangunan adalah entiti (agenda) penting bagi meningkatkan

produktiviti pekerja. Program latihan berperanan untuk mengekalkan dan

memperbaiki prestasi kerja semasa, manakala program pembangunan untuk

mengembangkan kemahiran bagi kerja masa hadapan.

Kapp et al. (2001) dan Noe et al. (2002) mengatakan program latihan

merujuk kepada usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran

para pekerjanya bagi meningkatkan kecekapan dalam melakukan kerja. Hal ini

merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang disediakan khas oleh majikan bagi

melengkapkan para pekerja dengan pengetahuan, kemahiran dan kelakuan

dalam usaha untuk memastikan peningkatan keberkesanan kerja. Matlamat

program latihan ialah supaya pekerja dapat menguasai pengetahuan, kemahiran

dan kelakuan yang terkandung dalam modul program latihan dan

mengaplikasikannya dalam aktiviti seharian mereka di tempat kerja. Dalam era

globalisasi kini, sesebuah organisasi yang ingin mengekalkan kelebihan

Page 20: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

5

bersaing perlu melihat program latihan sebagai satu mekanisme untuk

mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Wills (1993) pula menyatakan bahawa tidak kira betapa baik sekalipun

sesuatu program latihan itu, ianya dianggap sebagai satu pembaziran sekiranya

tidak membantu dalam meningkatkan prestasi organisasi. Program latihan

tidak akan memberikan keuntungan kepada organisasi sekiranya kemahiran

yang diperolehi melalui sesuatu program latihan tidak diaplikasikan

sepenuhnya di tempat kerja. Menurut Ab. Aziz (2002), kemahiran yang

diperolehi semasa program latihan jika tidak dipraktikkan ke tempat kerja

dalam masa enam (6) bulan biasanya akan dilupakan oleh individu yang

mengikuti program latihan tersebut.

Walaupun begitu, program latihan dikatakan berkesan apabila program

tersebut berupaya mengubah perlakuan pelatih semasa mereka kembali ke

tempat kerja. Menyedari hakikat ini, kebanyakan organisasi masa kini bukan

sahaja mula menyusun program latihan dengan teliti bagi meningkatkan

produktiviti, malah mereka turut melakukan pemantauan berterusan bagi

memastikan pekerja yang mengikuti program latihan mengaplikasikan semua

perkara yang dipelajarinya. Melalui usaha ini, keberkesanan program latihan

akan lebih terserlah serta proses mengenal pasti tahap keberkesanan juga akan

lebih mudah dan lancar.

Page 21: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

6

1.2 Pernyataan Masalah

Pekerja yang berkemahiran dan terlatih merupakan tonggak kejayaan

bagi sesebuah organisasi moden. Ini adalah kerana pekerja yang terlatih sudah

tentu dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.

Terdapat majikan yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar

bagi melatih pekerja mereka. Kajian ke atas 60 syarikat pembuatan di Malaysia

mendapati 24.4% daripada mereka telah membelanjakan lebih dua peratus (2%)

daripada belanjawan tahunan mereka ke atas program latihan (Faizuniah et al.,

2002). Kajian kes terhadap ECER secara khusus mendapati bahawa antara

faktor utama kurang pembangunan di wilayah ini adalah disebabkan kurang

kepakaran dan kemahiran di kalangan tenaga kerja (Abdulai et al., 2012).

Bagi sesebuah organisasi, program latihan merupakan satu proses yang

sistematik khusus untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan

yang bersesuaian bagi sesuatu tugas atau pekerjaan (Faizuniah et al., 2002).

Manakala Embi (2001), menjelaskan bahawa program latihan merupakan satu

proses yang terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan,

kemahiran dan kecekapan melalui satu proses pembelajaran bagi mencapai

prestasi kerja yang efektif.

Kajian oleh Broad dan Newstrom (1992), merumuskan bahawa

kebanyakan program latihan dan pembangunan yang dikendalikan oleh

organisasi telah mengakibatkan pembaziran. Keadaan ini berpunca dari

program latihan yang tidak berkesan dan pelatih yang menghadiri program

Page 22: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

7

latihan tersebut gagal memindahkannya ke tempat kerja yang sebenar. Menurut

Yasin et al. (2014), lebih kurang 15-20% pengetahun dan kemahiran yang

diperolehi dari program latihan diamalkan di tempat kerja. Fenomena ini

diperkukuhkan lagi oleh hasil kajian lepas oleh Trans Learn Associates (1999),

yang menyatakan bahawa hanya setakat 50% sahaja perkara yang dipelajari

telah dilaksanakan secara berkesan di tempat kerja. Pandangan yang sama juga

dikemukakan oleh Wills (1993) iaitu hanya sedikit usaha yang dilakukan oleh

organisasi untuk memastikan berlakunya keberkesanan program latihan. Cheng

dan Hampson (2008) juga menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan sesebuah

program latihan tidak akan menjamin berlakunya pemindahan pengetahuan dan

kemahiran yang berkesan di tempat kerja.

Oleh hal yang demikian, keberkesanan sesuatu program latihan penting

bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan yang disampaikan dapat diterima

dan digunakan oleh pekerja. Program latihan berkesan apabila berjaya

mengubah perlakuan pekerja sekembalinya mereka daripada program latihan.

Walau bagaimanapun, ramai penyelidik telah menjalankan kajian berkaitan

masalah keberkesanan program latihan dengan dapatan kajian yang pelbagai

dan tidak konsisten (Grossman & Salas, 2011). Menggunakan beberapa model

pemindahan latihan sebagai rujukan, kajian ini mencadangkan bahawa faktor

individu (meliputi dimensi keupayaan pelatih, personaliti dan motivasi) dan

faktor persekitaran kerja (meliputi dimensi sokongan organisasi, peluang

mengamalkan, budaya organisasi, dan sokongan teknologi) mempunyai

hubungan terhadap keberkesanan program latihan. Secara khusus, penyelidik

Page 23: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

8

menyiasat tahap keberkesanan program latihan dalam kalangan staf sokongan

akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Wilayah Ekonomi

Pantai Timur (ECER) sama ada mempunyai persamaan atau perbezaan

berbanding dapatan dari kajian yang lepas.

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini akan menjawab

secara langsung beberapa persoalan kajian yang diperincikan seperti berikut:

i) Apakah tahap keberkesanan program latihan dalam kalangan staf

sokongan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Wilayah Ekonomi

Pantai Timur (ECER)?

ii) Apakah hubungan antara faktor individu terhadap keberkesanan program

latihan dalam kalangan staf sokongan IPTA, ECER?

iii) Apakah hubungan antara faktor persekitaran kerja terhadap keberkesanan

program latihan di kalangan staf sokongan IPTA, ECER?

iv) Apakah faktor paling dominan yang mempengaruhi keberkesanan

program latihan dalam kalangan staf sokongan IPTA, ECER?

Page 24: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

9

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini diketengahkan untuk mencapai beberapa objektif berikut:

i) Mengukur tahap keberkesanan program latihan dalam kalangan staf

sokongan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Wilayah

Ekonomi Pantai Timur (ECER).

ii) Menilai hubungan antara faktor individu dengan keberkesanan program

latihan di kalangan staf sokongan IPTA, ECER.

iii) Menilai hubungan antara faktor persekitaran kerja dengan keberkesanan

program latihan dalam kalangan staf sokongan IPTA, ECER.

iv) Mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi

keberkesanan program latihan dalam kalangan staf sokongan IPTA,

ECER.

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis ditakrifkan sebagai hubungan logik antara dua atau lebih

pemboleh ubah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan ujikaji. Hubungan

yang diuji adalah berdasarkan hubung kait pemboleh ubah yang dicadangkan

pada kerangka teori bagi sesuatu penyelidikan. Berdasarkan rajah kerangka

kajian seperti yang ditunjukkan pada subseksyen 2.10, beberapa hipotesis telah

dibangunkan bagi menjelaskan hubungan yang dicadangkan antara pemboleh

ubah. Dengan menguji hipotesis dan mengesahkan ujikaji hubungan, ia

Page 25: KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN PERSEKITARAN KE …umkeprints.umk.edu.my/6636/1/Final Tesis_28 Nov 2015 ..pdf · Keberkesanan Program Latihan Staf Sokongan Akademik: ... teknologi, mekanisma

10

dijangka dapat menjelaskan perkaitan masalah yang dinyatakan (Sekaran,

2000).

Ujian hipotesis dijalankan oleh penyelidik untuk menjelaskan tahap

hubungan sesuatu pemboleh ubah tertentu serta meningkatkan pemahaman

terhadap hubungan yang wujud antara pemboleh ubah. Bagi tujuan kajian ini,

kerangka teori telah dibentuk dan hipotesis umum seperti berikut diuji bagi

tujuan menjawab persoalan kajian.

H1: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor individu

dengan keberkesanan program latihan di kalangan staf sokongan IPTA,

ECER.

H2: Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor persekitaran

dengan keberkesanan program latihan di kalangan staf sokongan IPTA,

ECER.

H3: Faktor individu dan faktor persekitaran kerja menjadi penentu yang

signifikan terhadap keberkesanan program latihan di kalangan staf

sokongan IPTA, ECER.

1.6 Jurang Kajian

Kajian yang telah dilakukan oleh Elangovan dan Karakowsky (1999)

dan Foxon (1993) memfokuskan hanya kepada persekitaran kerja, program

latihan dan keberkesanan program latihan. Kajian yang sama turut dijalankan