10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara …umkeprints.umk.edu.my/955/1/news 40.pdfjeli 22 nov....

3
11/26/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika la… 1/3 umk.edu.my/…/392-10-duta-dan-pesuruhjaya-tinggi-negara-negara-afrika-lawat-umk-kampus-jeli Utama Berita Terkini 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli JELI 22 Nov. - Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli sempena lawatan kerja mereka ke negeri Kelantan selama empat hari. Kunjungan delegasi tersebut yang diketuai oleh Duta Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif El-Tayed Babiker itu telah disambut oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, pegawai-pegawai kanan, kakitangan akademik dan bukan akademik serta pelajar UMK. Menurut Nadir Yousif, pihaknya berasa berbesar hati kerana dapat berkunjung ke UMK Kampus Jeli untuk bertemu, berbincang dan bertukar idea serta menerokai jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan antara universiti di Malaysia dan negara-negara Afrika. "Kami juga berterima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan menterinya, YB. Dato' Seri Mustapa Mohamed yang mengaturkan lawatan kerja kami ke Kelantan amnya dan UMK Kampus Jeli khususnya. "Lawatan ke UMK Kampus Jeli ini amat bermakna kerana kami berpeluang bertemu dengan kakitangan-kakitangan dan pelajar di universiti ini untuk memahami dengan lebih mendalam suasana dan sistem serta program akademik yang ditawarkan oleh universiti ini,” katanya. Lain-lain | Carian... Staf Email Staf Portal Staf Direktori Staf Aplikasi Atas Talian Aktiviti UMK Pelawat Peta & Lokasi Penginapan Pengangkutan Jawatan Kosong Tender & Sebutharga Galeri Alumni Portal Alumni Laman Facebook Alumni Laman Web HEPA Pelajar Pautan Pantas Bahasa Melayu English Utama Info UMK Pra-Siswazah Pascasiswazah Fakulti /Pusat Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi Pusat Bahasa dan Pembangunan Insaniah Pusat Pengajian Siswazah Kampus

Upload: others

Post on 06-Aug-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara …umkeprints.umk.edu.my/955/1/News 40.pdfJELI 22 Nov. - Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat

11/26/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika la…

1/3umk.edu.my/…/392-10-duta-dan-pesuruhjaya-tinggi-negara-negara-afrika-lawat-umk-kampus-jeli

Utama Berita Terkini 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli

10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli

JELI 22 Nov. - Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) KampusJeli sempena lawatan kerja mereka ke negeri Kelantan selama empat hari.

Kunjungan delegasi tersebut yang diketuai oleh Duta Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif El-Tayed Babiker itu telah disambut oleh NaibCanselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, pegawai-pegawai kanan, kakitangan akademik dan bukan akademik sertapelajar UMK.

Menurut Nadir Yousif, pihaknya berasa berbesar hati kerana dapat berkunjung ke UMK Kampus Jeli untuk bertemu, berbincang dan bertukaridea serta menerokai jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan antara universiti di Malaysia dan negara-negara Afrika.

"Kami juga berterima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan menterinya, YB. Dato' SeriMustapa Mohamed yang mengaturkan lawatan kerja kami ke Kelantan amnya dan UMK Kampus Jeli khususnya.

"Lawatan ke UMK Kampus Jeli ini amat bermakna kerana kami berpeluang bertemu dengan kakitangan-kakitangan dan pelajar di universitiini untuk memahami dengan lebih mendalam suasana dan sistem serta program akademik yang ditawarkan oleh universiti ini,” katanya.

Lain-lain | Carian...

StafEmail StafPortal Staf

Direktori StafAplikasi Atas Talian

Aktiviti UMKPelawat

Peta & LokasiPenginapan

PengangkutanJawatan Kosong

Tender & SebuthargaGaleri

AlumniPortal Alumni

Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA

Pelajar

Pautan Pantas

Bahasa Melayu English

UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat

Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif & WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat Pengajian Siswazah

Kampus

Page 2: 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara …umkeprints.umk.edu.my/955/1/News 40.pdfJELI 22 Nov. - Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat

11/26/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika la…

2/3umk.edu.my/…/392-10-duta-dan-pesuruhjaya-tinggi-negara-negara-afrika-lawat-umk-kampus-jeli

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi dan menyertai sesi lawatan serta dialog bersama warga UMK Kampus Jeli di dewanserbaguna kampus, pada 23 November 2012.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Pengarah UMK KampusJeli, YBhg. Prof. Dr. Ibrahim Che Omar dan Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr. Razli Che Razak.

Nadir Yousif memberitahu, Sudan dan Malaysia menikmati hubungan bilateral yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk sektor pengajiantinggi dan faktor tersebut telah menjadikan Malaysia sebagai pilihan kepada 4,000 rakyatnya untuk melanjutkan pengajian di sini.

“Kami menganggap universiti sebagai sebuah pusat kecemerlangan. Malaysia mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang unggul danpada masa yang sama menawarkan program-program akademik yang berkualiti tinggi serta relevan dengan pasaran global.

“Selain itu, suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di pusat pengajian tinggi di Malaysia juga amat kondusif. Kami akan terusmempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan kepada pelajar-pelajar Sudan untuk melanjutkan pengajian mereka di sini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap universiti-universiti di Sudan dan negara Afrika yang lain dapat mewujudkan jaringan rangkaian kerjasamadengan UMK dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta program mobiliti pelajar pada masa akan datang.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, pihaknya sentiasa berusaha menarik lebih ramai pelajar luar negara untuk melanjutkanpengajian mereka di UMK dalam pelbagai bidang pengajian baik di peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah.

Page 3: 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara …umkeprints.umk.edu.my/955/1/News 40.pdfJELI 22 Nov. - Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat

11/26/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika la…

3/3umk.edu.my/…/392-10-duta-dan-pesuruhjaya-tinggi-negara-negara-afrika-lawat-umk-kampus-jeli

“Kami menyasarkan untuk menarik seramai 500 pelajar luar negara melanjutkan pengajian mereka di UMK pada tahun hadapan. Kami telahmelakukan pelbagai persiapan untuk tujuan itu antaranya menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar-pelajar tersebut.

“Kami juga sentiasa mengadakan semakan dan kajian semula terhadap penawaran program-program akademik di UMK. Usaha ini pentingbagi memastikan program yang kami tawarkan memenuhi permintaan pelajar luar negara dan keperluan pasaran global,” jelasnya.

Bilangan Pelawat :298609

Penafian|

Dasar Privasi|

Dasar Keselamatan|

Soalan Lazim|

Hubungi Kami|

Bantuan|

Peta Laman

Hakcipta © 2012 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera Friendly

Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609 - 7717022

Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 25/11/2012, 08:23:32.