kesan bandar kerling

5
KESAN BANDAR KERLING POLITIK Projek Yang Terbengkalai Satu ketika dahulu ada satu usaha untuk memperkenalkan dan memajukan Kerling. Bermacam-macam usaha yang dibuat untuk meloncakkan Kerling supaya menjadi sebuah bandar tetatpi usaha tersebut telah menemui kegagalan. Pembandaran juga mengubah keadaan alam sekitar kawasan berkenaan (Detwyer & Marcus, 1972). Hal ini demikian kerana perancangan yang tidak sistematik untuk menjadikan Kerling sebuah bandar menemui kegagalan. Kegagalan ini disebabkan juga kerana projek besar yang telah gagal seperti projek perumahan di Lembah Beringin, Kerling. Seperti yang kita tahu, Kerling dahulunya maju kerana adanya bijih timah dan getah. Selepas bijih timah telah merosot maka penduduk perlahan-lahan meninggalkan kawasan Kerling. Selepas merdeka, banyak usaha yang dilakukan untuk menarik balik masyarakat supaya menetap di Kerling maka muncullah rancangan pembinaan kawasan perumahan, lapangan terbang, padang golf dan sebagainya. Akibat kekurangan dana, projek tersebut terbengkalai sehingga sekarang menyebabkan hanya penduduk asal sahaja yang menetap di Kerling. Bangunan yang terbengkalai di Lembah Beringin

Upload: ilham-mustaqim

Post on 12-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

KESAN BANDAR KERLING

POLITIK

Projek Yang TerbengkalaiSatu ketika dahulu ada satu usaha untuk memperkenalkan dan memajukan Kerling. Bermacam-macam usaha yang dibuat untuk meloncakkan Kerling supaya menjadi sebuah bandar tetatpi usaha tersebut telah menemui kegagalan. Pembandaran juga mengubah keadaan alam sekitar kawasan berkenaan (Detwyer & Marcus, 1972). Hal ini demikian kerana perancangan yang tidak sistematik untuk menjadikan Kerling sebuah bandar menemui kegagalan. Kegagalan ini disebabkan juga kerana projek besar yang telah gagal seperti projek perumahan di Lembah Beringin, Kerling. Seperti yang kita tahu, Kerling dahulunya maju kerana adanya bijih timah dan getah. Selepas bijih timah telah merosot maka penduduk perlahan-lahan meninggalkan kawasan Kerling. Selepas merdeka, banyak usaha yang dilakukan untuk menarik balik masyarakat supaya menetap di Kerling maka muncullah rancangan pembinaan kawasan perumahan, lapangan terbang, padang golf dan sebagainya. Akibat kekurangan dana, projek tersebut terbengkalai sehingga sekarang menyebabkan hanya penduduk asal sahaja yang menetap di Kerling.

Bangunan yang terbengkalai di Lembah Beringin

EKONOMI

Perubahan Dari Lama Kepada Modenseperti yang kita tahu, dahulu, Kerling ini lebih kepada pelombongan dan perladangan seperti getah. Tetapi setelah kejatuhan harga bijih timah maka bijih timah tidak diusahakan lagi sehinggalah zaman sekarang. Tetapi aktiviti getah masih berjalan selari dengan pertanian moden seperti kelapa sawit. Di Kerling, ladang getah dan kelapa sawit diusahakan untuk memenuhi kehendak pasaran. Selain daripada kegiatan pertanian ini, masyarakat di Kerling ini juga telah mula bergiat dengan industri kecil atau IKS. IKS ini lebih menumpukan kepada peniaga kecil-kecilan di mana mereka ini boleh mendapatkan bantuan daripada kerajaan atau NGO untuk mendapatkan modal atau peralatan. Daripada pemerhatian kami, IKS yang ada di Kerling ialah seperti pemprosesan laksa dan mee. Mereka menjalankan secara kecil-kecilan dengan menjadikan tempat pemprosesan mereka samaada di rumah atau pun tapak yang di sewa. Selain itu, kami melihat Kampung Jawa di Kerling misalnya telah menubuhkan koperasi dewasa mereka sendiri. Tujuan penubuhan koperasi tersebut untuk menjaga kebajikan masyarakat kampung tersebut. Dikatakan koperasi di kampung tersebut hanyalah cawangan sahaja di mana syarikat mereka berpusat di Selangor. Perubahan ekonomi lama kepada moden ini telah memajukan sedikit Pekan Kerling yang telah ditinggalkan dahulu. Perubahan ini juga telah membawa ekonomi yang lebih baik serta kukuh di pekan ini.

SOSIAL

i. Pengurangan Penduduk Akibat MigrasiDi kerling kita akan dapati bahawa penduduk di kawasan tersebut semakin berkurang dari tahun ke tahun. Pengurangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana berlakunya migrasi ke bandar. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk di sini banyak yang sudah bekerja kerajaan dan ada juga yang kerja sendiri. Migrasi ini berlaku kerana faktor pekerjaan dan faktor perkahwinan. Biasanya proses perbandaran yang pesat secara langsungnya membawa kepada peningkatan bilangan penduduk (Mc Gee: 1970) tetapi di Kerling terjadi sebaliknya. Faktor pekerjaan menyebabkan penduduk di Kerling melakukan migrasi kerana di Kerling banyak tertumpu kepada kerja-kerja kampung seperti bekerja di ladang-ladang getah dan sebagainya. Bagi golongan muda, pekerjaan sedemikian tidak menarik minat mereka. Di bandar misalnya di Kuala Lumpur, banyak menyediakan pekerjaan berbentuk industri seperti di kilang-kilang menyebabkan ramai golongan muda ini berhijrah ke bandar. Apabila ekonomi mereka telah kukuh ada yang terus menetap di bandar kerana pelbagai kemudahan disediakan di bandar.Selain itu faktor perkahwinan juga menyebabkan pekan Kerling berlakunya pengurangan penduduk. Seperti yang kita tahu apabila berlakunya perkahwinan misalnya dari negeri yang berlainan maka mesti salah seorang sama ada isteri atau suami akan memilih untuk tinggal di mana. Oleh hal yang demikian mengikut kajian yang dibuat kebanyakan perempuan akan mengikut suami mereka yang berasal dari negeri yang berlainan misalnya dari Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya. Pengurangan tersebut tidaklah berlaku dengan ketara tetapi dari tahun ke tahun kami dapati penduduk di Kerling ini semakin berkurang.

ii. Warga Tua Lebih Ramai Berbanding Warga MudaSepanjang pemerhatian kami semasa membuat soal selidik di Kerling, kami mendapati bahawa golongan warga tua lebih ramai berbanding golongan muda. Selepas menemu bual penghulu Pekan Kerling baru kami mengetahui bahawa golongan muda lebih tertumpu ke bandar dan yang membuat kerja kampung seperti menjaga gerai, menoreh getah adalah orang pertengahan umur. Hal ini demikian kerana beberapa faktor. Faktor pertama ialah golongan tua lebih suka tinggal di kampung berbanding di bandar. Kawasan di Kerling yang kebanyakannya kawasan kampung merupakan pilihan warga tua kerana lebih aman dan selesa. Hal ini demikian kerana apabila tinggal di kampung mereka lebih rapat berbanding tinggal di bandar. Berbeza pula dengan golongan muda ini yang lebih suka tinggal di bandar. Mereka menyatakan sedemikian kerana mereka berpendapat bahawa di bandar segala kemudahan mudah didapati dan banyak terdapat peluang pekerjaan. Oleh itu, di Kerling warga tua lebih ramai berbanding warga muda. Warga muda ini hanya akan balik ke kampung mereka apabila adanya musim perayaan, kematian dan sebagainya. Selain itu, faktor kemudahan dan kemajuan. Di kerling juga telah disediakan klinik-klinik kesihatan dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti stesen minyak, pasar basah dan lain-lain. Dengan adanya kemudahan maka taraf kesihatan juga meningkat di Kerling. Maka ini semua akan mempengaruhi umur masyarakat yang tinggal di Kerling, dengan kemudahan dan kmajuan yang ada maka golongan tua lebih ramai berbanding warga muda.

RujukanMc Gee, T.G. (1970). The Urbanization Process In The Third World. London: Longman.Detwyer, T.R. & Marcus, M.G. (1972). Urbanization and Environment.Duxbey Press.Belmount. California