kes tan lwn persatuan kaki pancing malaysia

Upload: aziem-helmi

Post on 28-Oct-2015

311 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Undang Undang Pentadbiran

TRANSCRIPT

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kes Tan lwn Persatuan Kaki Pancing Malaysia (PKPM) (2011)

1. Isu : Adakah wujud unsur mala fide sama ada pihak jawatankuasa Persatuan Kaki Pancing Malaysia (PKPM) mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 untuk bertanding?

2.(a)(i) Mala fide bermaksud pentadbir melaksanakan kuasa budibicara dengan niat jahat atau motif yang tidak baik. Ini termasuklah kes-kes yang melibatkan permusuhan atau pentadbir mendapat manfaat untuk diri sendiri atau untuk saudaranya dari keputusan yang dibuat berdasarkan kuasa budibicara tersebut. Beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala fide. Walaubagaimanapun, masih belum ada kes di Malaysia berkenaan dengan mala fide oleh pentadbir dalam melaksanakan kuasa budibicaranya yang dapat dibuktikan dan diterima mahkamah.

(ii) Tan boleh mencabar jawatankuasa PKPM kerana arahan untuk membayar RM18,000.00 bercanggah dengan Akta Tatacara Persatuan yang cuma menggariskan mesti membayar wang pertaruhan tidak melebihi RM10,000.00. Tan boleh mencabar pihak jawatankuasa PKPM dengan menyatakan jawatankuasa tersebut telah bertindak secara mala fide. Mala fide bermaksud pentadbir melaksanakan kuasa budibicara dengan niat jahat atau motif yang tidak baik. Disini jelas dapat dilihat wang beza sebanyak RM8,000.00 diminta oleh pihak PKPM dimana sepatutnya Tan hanya perlu membayar tidak melebihi RM10,000.00

utuk bertanding dalam merebut jawatan presiden Persatuan Kaki Pancing Malaysia (PKPM). Malah mengikut Akta Tatacara Persatuan calon yang bertanding utuk jawatan presiden bagi mana-mana persatuan yang berdaftar mestilah membayar wang pertaruhan tidak melebihi RM10,000.00. Sedangkan dalam kes ini Tan diarahkan untuk membayar RM18,000.00. Dan apabila Tan gagal membayar wang tersebut, pihak jawatankuasa tidak membenarkan Tan bertanding. Dalam kes ini dapat dilihat bahawa pentadbir melaksanakan kuasa budi bicara dengan niat jahat atau motif yang tidak baik. Disini ternyatalah pihak PKPM melakukan mala fade ke atas Tan. Tetapi dalam kes ini dapat dirujuk :

Nama Kes :Kerajaan Malaysia lwn Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185

Fakta Kes :Responden telah menerima notis tambahan cukai pendapatan yang dikeluarkan di bawah seksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan untuk tahun 1979 hingga tahun 1984 bernilai lebih dari satu juta ringgit. Responden menyatakan notis ini dikeluarkan dengan niat jahat kerana hubungan antara responden dan pegawai penilai berkenaan adalah tidak baik. Ini disebabkan responden telah membuat laporan terhadap pegawai penilai berkenaan kepada Agensi Anti Rasuah dan pegawai tersebutlah yang mengeluarkan notis penilaian responden.

Keputusan Mahkamah :Mahkamah Tinggi telah membatalkan notis penilaian tersebut tetapi apabila rayuan dibuat ke Mahkamah Agung, keputusan Mahkamh Tinggi dibatalkan dan Mahkamah Agung menerima notis yang dikeluarkan oleh pegawai penilai berkenaan. Mahkamah Agung beranggapan bahawa pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicara dengan suci hati dan untuk kebaikan umum. Responden juga gagal membuktikan tuduhan mala fide yang dibuatnya.

(iii) Beban pembuktian atas di atas Tan. Ini berdasar kes Kerajaan Malaysia lwn Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185, beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala fide. Oleh itu, Tan sebagai pemohon mesti membuktikan jawatankuasa PKPM telah menggunakan kuasa budibicara mereka secara mala fade semasa meminta Tan membayar wang pertaruhan sebanyak RM18,000.00. Tindakan ini boleh dikatakan mala fade kerana wang yang diminta oleh jawatankuasa PKPM daripada Tan adalah bercanggah dengan peruntukan Akta Tatacara Persatuan. Malah Tan tidak dibenarkan bertanding jawatan presiden apabila gagal membayar wang tersebut. Maka Tan boleh mencabar keputusan jawatankuasa PKPM kerana berlakunya mala fide.

2.(b)(i) Adakah wujud unsur kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dari pihak jawatankuasa PKPM?

(ii) Kesilapan dari segi fakta dan undang-undang adalah keputusan berdasarkan kuasa budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan undang-undang atau fakta sesuatu kes. Pihak jawatankuasa PKPM telah melanggar Akta Tatacara Persatuan dengan mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Kaki Pancing Malaysia. Sedangkan mengikut Akta Tatacara Persatuan calon yang akan bertanding untuk jawatan presiden bagi mana-mana persatuan yang berdaftar mestilah membayar wang pertaruhan tidak melebihi RM10,000.00. Kes ini dirujuk :

Nama Kes :Metal Industries Employees Union lwn Registra of Trade Unions Malaysia (1982) 1 MLJ 46

Fakta Kes :Seksyen 26 (3) Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan pekerja syarikat yang menjadi ahli kesatuan sekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti haram industri adalah tidak layak untuk menjadi ahli semula kecuali mendapat kelulusan dari Pendaftar.

Berdasarkan seksyen tersebut, Pendaftar Kesatuan Sekerja telah mengeluarkan arahan untuk memecat 61 orang ahli kesatuan sekerja yang menyertai aktiviti haram syarikat.

Keputusan Mahkamah :Mahkamah memutuskan Pendaftar tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut kerana kuasa Pendaftar hanyalah untuk meluluskan semula keahlian bagi ahli-ahli yang telah dipecat. Ianya adalah hak kesatuan sekerja untuk mengambil tindakan memecat ahlinya yang menjalankan aktiviti haram industri dan bukan kuasa Pendaftar.

(iii) Berdasarkan kes tersebut ternyata pihak jawatankuasa PKPM telah melakukan kesilapan dengan meminta wang pertaruhan sebanyak RM18,000.00 sedang mengikut Tatacacara Akta Persatuan menyatakan setiap wang pertaruhan untuk bertanding jawatan presiden bagi mana-mana persatuan berdaftar mestilah tidak melebihi RM10,000.00. Maka Kesilapan dari segi fakta dan undang-undang adalah keputusan berdasarkan kuasa budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan undang-undang atau fakta sesuatu kes. Dengan itu, Tan boleh mencabar keputusan pihak jawatankuasa PKPM kerana tidak mereka telah melampaui Akta Tatacara Persatuan.

3. Kesimpulannya, Tan boleh mencabar keputusan pihak jawatankuasa PKPM. Disini jelas menyatakan pihak PKPM telah melakukan male fade terhadap Tan. Tetapi Tan mesti membuktikan beban pembuktian keatasnya. Berdasar kes Kerajaan Malaysia lwn

Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185, beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala fide. Tan sebagai pemohon mesti membuktikan jawatankuasa PKPM telah menggunakan kuasa budibicara mereka secara mala fade semasa meminta Tan membayar wang pertaruhan sebanyak RM18,000.00. Tindakan ini boleh dikatakan mala fade kerana wang yang diminta oleh jawatankuasa PKPM daripada Tan adalah bercanggah dengan peruntukan Akta Tatacara Persatuan. Malah Tan tidak dibenarkan bertanding jawatan presiden apabila gagal membayar wang tersebut. Diisi jelas menyatakan pihak jawatankuasa PKPM menggunakan usur mala fade. Berdasarkan Kes Metal Industries Employees Union lwn Registra of Trade Unions Malaysia (1982) 1 MLJ 46 telah wujud kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dimana keputusan berdasarkan kuasa budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan undang-undang atau fakta sesuatu kes. Maka Tan perlu membuktikan pihak jawatankuasa PKPM telah melanggar Akta Tatacara Persatuan. Ini dapat dibuktikan apabila pihak jawatankuasa PKPM mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Kaki Pancing Malaysia (PKPM). Malah Tan juga gagal bertanding untuk jawatan presiden Persatuan Kaki Pancing Malaysia (PKPM) apabila dia gagal membayar wang pertaruhan yang diminta oleh pihak jawatankuasa PKPM. Keputusan yang dibuat oleh pihak jawatankuasa PKPM yang mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 telah melanggar Akta Tatacara Persatuan. Maka dengan itu telah wujud unsur kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dari pihak jawatankuasa PKPM.

Kes Man lwn Pihak Berkusa Tempatan (PBT)

1. Isu : Bolehkah Man bertindak untuk mencabar keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak meluluskan pelan rumah banglo 3 tingkat?

2.(a)(i) Tindakan mencabar keputusan mana-mana pihak berkuasa mesti memerlukan fakta dan akta yang tepat bagi memastikan keputusan pihak berkuasa tersebut dapat dicabar. Dalam kes Man, pelan rumah banglo 3 tingkat telah ditolak kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh PBT bahawa rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina dikawasan kampong. Alasannya adalah untuk menggelakkan rasa iri hati di kalangan penduduk. Merujuk kepada :

Subseksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang menyatakan bahawa tiada seorangpun boleh menggunakan atau membenarkan sesuatu tanah atau bangunan digunakan melainkan menurut rancangan tempatan.

Man hanya ingin membina sebuah rumah banglo 3 tingkat dikampungnya dengan menghantar pelan rumah tersebut kepada PBT. Tetapi pelan rumah tersebut ditolak kerana pelan tesebut tidak memenuhi peraturan pihak PBT dengan alasan menggelakkan rasa iri hati di kalangan penduduk. Alasan yang diberikan agak tidak

munasabah. Tetapi dalam kes Man bolehkan dia dia mencabar keputusan PBT kerana ada akta yang menetapkan bahawa Man tidak boleh membina rumah banglo melebihi setingkat di kawasan kampung. Kes boleh dirujuk :

Nama Kes :Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5 CLJ

Fakta Kes :Perayu, sebuah syarikat pemaju, ingin membangunkan sebidang tanah di bandar George Town, Pulau Pinang, dan untuk itu telah memohon kebenaran merancang dari responden pertama, iaitu pihak berkuasa tempatan perancangan. Melalui satu keputusan yang dibuat pada 14 Oktober 1996 di bawah s. 21(3)(g) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta), dan kemudian melalui surat bertarikh 18 November 1996, responden pertama mengarahkan perayu supaya mengekalkan bangunan sedia ada dan mendirikan pembangunan yang dicadang di sekitar bangunan tersebut (arahan). Selain itu, surat juga meminta supaya perayu mengemukakan semula pelan terpinda dalam tempoh dua bulan. Arahan, bagaimanapun, tidak dipatuhi perayu. Sebaliknya, perayu memfailkan rayuan kepada responden kedua, iaitu Lembaga Rayuan yang dilantik di bawah s. 36 Akta (Lembaga). Responden pertama membangkitkan bantahan awal bahawa Lembaga tidak berbidangkuasa untuk melayani rayuan atas alasan bahawa arahan bukan satu keputusan yang boleh dirayui di bawah s. 23 Akta. Bantahan, bagaimanapun, ditolak oleh

Lembaga yang memutuskan bahawa responden pertama tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan berdasarkan pentafsiran purposif s. 23(1) Akta. Berikutnya responden pertama memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Lembaga, namun keputusan Lembaga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan, antara lain, bahawa arahan adalah ultra vires Akta berdasarkan prinsip casus omissus. Keputusan Mahkamah :Keputusan Mahkamah Tinggi ini bagaimanapun telah diakas oleh Mahkamah Rayuan semasa rayuan, atas alasan bahawa mahkamah tersebut telah melaksanakan tafsiran undang-undang yang tidak dibenarkan. Perayu memperoleh kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan, dan berikut itu mengajukan soalan berikut kepada yang arif hakim-hakim di sini, iaitu: sama ada suatu arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah s. 21(3)(g) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 kepada seorang pemohon yang memohon kebenaran merancang di bawah Akta tersebut merupakan suatu keputusan yang boleh dirayui di bawah s. 23 Akta.

(iii) Berdasarkan kes Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5CLJ Man boleh mencabar keputusan Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana Man boleh bertindak demikian kerana berdasarkan kes tersebut, tindakan mencabar keputusan PBT adalah dibenarkan. Tetapi kebarangkalian untuk Man memenangi kes ini agak tipis kerana pelan rumah tersebut tidak memenuhi peraturan pihak PBT. Akan tetapi Man boleh mencabar keputusan pihak PBT tersebut.

2.(b)(i) Isu : Adakah Man boleh menggunakan unsur keadilan asas dalam mencabar keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

(ii) Keadilan Asasi ini adalah merupakan taraf minimum berkaitan dengan membuat keputusan adil yang dikenakan ke atas mana-mana orang atau badan yang ada tugas untuk bertindak secara kehakiman. Persoanlannya disini bolehkah Man menggunakan keadilan asasi apabila PBT menolak pelan rumah banglo 3 tingkat di kawasan kampng. Man telah memohon untuk membuat rumah banglonya dengan mengemukakan pelan rumah tersebut. Tetapi permohonannya ditolak kerana pelan rumah tersebut tidak memenuhi peraturan PBT. Alasan pihak PBT tidak munasabah kerana rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina di kampung bagi menggelakkan rasa iri hati dikalangan penduduk. Kes dirujuk :

Nama Kes :Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan seng (1977) 2 MLJ 152.

Fakta Kes :Dalam kes ini, pemohon adalah seorang pemegang lesen agen penghantaran. Lesennya telah ditamatkan oleh Pegawai kanan kastam atas alasan bahawa dia telah didapati bersalah kerana melanggar peruntukkan Akta Kastam. Pemohon telah mencabar

keputusan itu atas alasan dia telah tidak diberikan hak untuk didengar. Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan pihak Kastam dan menegaskan bahawakeadilan asasi terpakai dalam kes pembatalan agensi walaupun perkara tersebut tiada peruntukkan dalam statut. Mahkamah mengambil kira keputusan yang dibuat dalam kes Ridge lwn Baldwin dan menegaskan bahawa perbicaraan yang adil adalah penting kerana ia boleh digunakan untuk menafsir hak-hak dalam pentadbiran. Prinsip undang-undang dalam kes di atas telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Keputusan Mahkamah :Mahkamah Persekutuan menyatakan adalah seperti berikut: .the rule of natural justice that no man may be condemned unheard should apply to every case where an individual is adversely affected by an administrative action, no matter whether it is labeled judicial, quasijudicial, or administrative, or whether or not theenabling statute makes provisions for the hearing.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan diatas jelas membuktikan bahawa penggunaan prinsip Keadilan Asasi di Malaysia sangat luas. Mahkamah menegaskan bahawa perbicaraan bukan hanya diberikan bergantung kepada tindakan pentadbiran semata-mata tetapi perbicaraan mesti diberikan sekiranya seseorang individu merasakan bahawa haknya terjejas atau teraniaya oleh tindakan pentadbiran.

(iii) Berdasarkan kes Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5CLJ Man boleh tindakan mencabar keputusan PBT kerana ia dibenarkan. Tetapi kebarangkalian untuk Man memenangi kes ini agak tipis kerana pelan rumah tersebut tidak memenuhi peraturan pihak PBT. Ini kerana Subseksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang menyatakan bahawa tiada seorangpun boleh menggunakan atau membenarkan sesuatu tanah atau bangunan digunakan melainkan menurut rancangan tempatan. Akan tetapi Man boleh mencabar keputusan pihak PBT tersebut. Tetapi kebarangkalian untuk memenangi kes ini agak tipis.Tetapi berdasarkan kes Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan seng (1977) 2 MLJ 152 Man boleh menggunakan unsur keadilan asasi. Keadilan asasi adalah merupakan taraf minimum berkaitan dengan membuat keputusan adil yang dikenakan ke atas mana-mana orang atau badan yang ada tugas untuk bertindak secara kehakiman. Bolehkah Man menggunakan keadilan asasi apabila PBT menolak pelan rumah banglo 3 tingkat di kawasan kampng. Man telah memohon untuk membuat rumah banglonya dengan mengemukakan pelan rumah tersebut. Tetapi permohonannya ditolak kerana pelan tersebut tidak memenuhi peraturan PBT. Alasan pihak PBT tidak munasabah kerana rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina di kampung bagi menggelakkan rasa iri hati dikalangan penduduk. Man boleh menggunakan keadilan asasi kerana dalam kes tersebut juga menyatakan perbicaraan bukan hanya diberikan bergantung kepada tindakan pentadbiran semata-mata tetapi perbicaraan mesti diberikan sekiranya

seseorang individu merasakan bahawa haknya terjejas atau teraniaya oleh tindakan pentadbiran. Maka disini, Man mempunyai kebebasan asasi untuk mencabar keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

RUJUKAN

1. Modul Undang-undang Pentadbiran. Keadilan Asasi. Bab 7.2. Modul Undang-undang Pentadbiran. Kuasa Budi Bicara. Bab 8.3. Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5 CLJ

7 194735