kes penangkapan dadah

1
Dua pengedar dadah ditahan KUALA LUMPUR 29 Mei - Polis memberkas dua lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di Kampung Batu 5, 1/2 Jalan Gombak, dekat sini awal pagi semalam. Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi, suspek yang berusia 43 dan 45 tahun itu sedang menghisap dadah dipercayai jenis heroin tanpa menyedari kehadiran polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chian memberitahu, polis turut merampas tiga bungkusan dadah dipercayai heroin seberat 113 gram bernilai RM4,000 yang disorok di sebuah bilik di rumah berkenaan serta beberapa alat pembungkusan. "Siasatan awal mendapati, mereka bukan sahaja penagih dadah malah dipercayai menjadi pengedar dadah untuk pasaran di ibu negara sejak enam bulan yang lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah beliau, pemeriksaan awal mendapati salah seorang suspek berusia 45 tahun, mempunyai dua rekod jenayah dan dua rekod dadah, manakala rakannya memiliki satu rekod lampau juga berkaitan kes dadah. Chez Chian berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan. Kes itu katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. © UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat

Upload: hazel04

Post on 07-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Kes Penangkapan Dadah

Dua pengedar dadah ditahan

KUALA LUMPUR 29 Mei - Polis memberkas dua lelaki dipercayai pengedar dadah dalam satu serbuan di Kampung Batu 5, 1/2 Jalan Gombak, dekat sini awal pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi, suspek yang berusia 43 dan 45 tahun itu sedang menghisap dadah dipercayai jenis heroin tanpa menyedari kehadiran polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chian memberitahu, polis turut merampas tiga bungkusan dadah dipercayai heroin seberat 113 gram bernilai RM4,000 yang disorok di sebuah bilik di rumah berkenaan serta beberapa alat pembungkusan.

"Siasatan awal mendapati, mereka bukan sahaja penagih dadah malah dipercayai menjadi pengedar dadah untuk pasaran di ibu negara sejak enam bulan yang lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan awal mendapati salah seorang suspek berusia 45 tahun, mempunyai dua rekod jenayah dan dua rekod dadah, manakala rakannya memiliki satu rekod lampau juga berkaitan kes dadah.

Chez Chian berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Kes itu katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat