kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEMBRONG 86000, KLUANG JOHOR KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUM 2014 “DAM ULAR PINTAR”

Upload: siti-zainah-ismail

Post on 25-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEMBRONG86000, KLUANG JOHOR

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI KOKURIKULUM

2014

“DAM ULAR PINTAR”

TARIKH:06 OGOS 2014

Page 2: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

Kertas Cadangan Projek Inovasi “Dam Ular Pintar”.

1.1 Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sembrong ialah bertajuk

“Dam Ular Pintar”. Dam ular pintar ini adalah hasil inovasi dalam cara permainannya. Projek ini dipilih

berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa orang pelajar bersama guru penasihat, guru

penolong kanan kokurikulum dan setiausaha kokurikulum.

1.2 Pengenalan

Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu

kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual

Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan

sehari-hari. Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana

versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular

dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah

diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular". Moksha Patam dikaitkan dengan

Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan

Keinginan".

Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan

Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri).

Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian. Moral

pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui

berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula

ke bentuk kehidupan yang rendah. Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam

bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya

angka "100" diwakili Moksha (keselamatan). Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama

Vaikuntapali.

Justeru, diharap agar inovasi dalam permainan dam ular ini dapat membantu proses pembelajaran

dan pengajaran (pdp) yang lebih menarik.

Page 3: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

1.3 Objektif

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.

Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.

Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.

Dapat mengcungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.

1.4 Rasional projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam dan di

luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat pelajar terhadap permainan dan

seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan

sambil bermain dam ular yang diminati oleh pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik p dan

p yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.

1.5 Skop dan limitasi projek

Skop projek “Dam Ular Pintar” ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di dalam kelas, mengisi

masa lapang ketika ketiadaan guru, semasa mengisi kegiatan kokurikulum sekolah dan boleh dijadikan

set permainan di rumah.

Terdapat beberapa perkara yang telah membataskan projek “Dam Ular Pintar” ini ialah semasa

penyediaan kad pintar. Bagi menghasilkan kad pintar yang unik dan pelbagai, pelajar memerlukan masa

untuk menghasilkan set permainan yang banyak.

1.6 Kepentingan dan Impak projek

Permainan dam ular tradisional hanyalah satu permainan yang mendatangkan keseronokan semata-

mata dan membuang masa sedangkan “Dam Ular Pintar” pula mampu memberikan keseronokan

disamping menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar.

Proses p dan p yang tradisional seperti sistem “kuliah” dan “chalk and talk” membosankan pelajar

dalam kelas. Manakala proses p dan p akan lebih berkesan dan menarik minat pelajar dengan

penggunaan “Dam Ular Pintar” ini dalam kelas. Pelajar-pelajar akan mudah tertarik kepada proses

pembelajaran dan pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu

penglihatan, pendengaran dan perbuatan.

Page 4: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

1.7 Anggaran kos projek

BARANG HARGA

Dam Ular RM 3.00

Daun Terup RM 3.00

Kertas Warna RM 10.00

Gam RM 1.00

Jumlah RM 17.00

1.8 Tinjauan / Kajian literature

Projek Dam Huruf, kajian daripada Emir Din B Baharudin Muhamad Fadheruhisham B. Daud Asmaa'

Bt Mohd Sobri Pismp Pendidikan Khas Sem 4. Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan

dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan

vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan

kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid,

buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan

saiz dam huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid.

Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu gergasi

yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan

langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak,

contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana,

setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu

murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru

boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan cara

penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vocal

pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.

Page 5: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

1.9 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

KAEDAH GAMBARAN

PEMERHATIAN

Hasil pemerhatian di sekolah saya mendapati pelajar-

pelajarnya gemar bermain dam ular tradisional pada masa

lapang. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pelajar lebih

tertarik kepada dam yang berwarna cantik dan bersaiz besar.

LAKARAN KONSEP

Konsep untuk alat ini, diadaptasi daripada reka bentuk dam

ular yang tradisional. Konsep permainan “Dam Ular Pintar”

ialah ;

1. Pemain akan membaling dadu dan akan menjalankan

chip mengikut angka pada dadu.

2. Jika pemain terkena pada nombor yang mempunyai

tangga, pemain perlu mencabut satu kad pintar yang

mengandungi soalan.

3. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, maka

ganjaran untuk menaiki tangga akan diberikan, jika

gagal pemain tidak dibenarkan untuk menaiki tangga.

4. Manakala jika pemain terkena pada nombor yang

mempunyai ular, pemain perlu mencabut satu kad

pintar yang mengandungi soalan.

5. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, maka

pemain dapat mengelak dari dimakan ular.

6. Sesiapa yang sampai paling awal diisytiharkan

pemenang.

PROSES PERLAKSANAAN

Minggu 1 – Proses perbincangan dan lakaran.

Minggu 2 -Membeli peralatan yang diperlukan.

Dam Ular

Kad Pintar

Page 6: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

Minggu 2 - Menghasilkan “dam ular pintar”

1.10 Pelan perancangan projek

MULA

PENUBUHAN KUMPULAN

PEMILIHAN PROJEK

CADANGAN / PENYELIDIKAN

PERINGKAT UJIKAJI

HASIL UJIAN BERJAYA ATAU TIDAK

PELAKSANAAN

PENILAIAN / TINDAKAN SUSULAN

ANALISA KAJI SELIDIK

PENYERAGAMAN

BA

ANALISIS KELEMAHAN

PENAMBAHBAIKAN

Page 7: kertascadanganprojekinovasidamularpintar-140820075422-phpapp02

TAMAT1.11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek inovasi “Dam Ular Pintar” ini memerlukan kerjasama berpasukan

dalam kalangan pelajar. Pelajar-pelajar dapat berbincang dan mengemukakan idea-idea yang

kreatif untuk menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat memantapkan lagi

pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan menjadikan projek ini

dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif

dan inovatif itu memerlukan usaha yang jitu daripada semua pihak.