kertas program matematik

9
KERTAS KERJA PROGRAM ’SAYANGKU SIFIR’ TARIKH 09 FEBUARI 2015 HINGGA 29 OKTOBER 2015 TEMA SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH ANJURAN BERSAMA PANITIA MATEMATIK SKTBI

Upload: zaky-asari

Post on 25-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

fff

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

PROGRAM ’SAYANGKU SIFIR’

TARIKH

09 FEBUARI 2015 HINGGA 29 OKTOBER 2015

TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

ANJURAN BERSAMA

PANITIA MATEMATIK SKTBI

KERTAS KERJA

PROGRAM ’SAYANGKU SIFIR’

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-

“Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang

terbaik dan berhujah lah dengan kata-kata yang baik……….”

1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha

Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan

salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat

seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda

S.A.W sehingga hari Qiamat.

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang

penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi

penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir

amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran

Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Program ini akan diadakan sepanjang tahun, di mana program ini

terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama murid-murid perlu membaca sifir

yang terpilih pada setiap pagi di tapak perhimpunan dengan di pandu oleh

seorang murid yang terpilih.

Bahagian kedua menghafal sifir di dalam kelas iaitu murid-murid

perlu menghafal sifir tanpa melihat buku dihadapan guru matematik

mereka.Guru-guru disediakan borang menghafal sifir bagi kelas yang

diajar oleh mereka. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 2, sifir 3, sifir 4,

sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Murid-murid

yang berjaya mendapatkan semua tandatangan dalam tempoh yang diberi

akan diberi cenderamata iaitu 3 hadiah bagi setiap kelas.

 

2.0 MATLAMAT

 

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid

khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran

mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan

motivasi murid terhadap subjek Matematik.

3.0 OBJEKTIF

1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.

2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam

kehidupan.

3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.

4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan

berbudi pekerti mulia.

5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

4.0 NAMA PROGRAM

PROGRAM ‘SAYANGKU SIFIR’

5.0 TEMA

“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”

6.0 ANJURAN

Panitia Matematik SKTBI

7.0 TARIKH

09 FEBUARI 2015 HINGGA 29 OKTOBER 2015

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

9.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 5 dan 6

10.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : En. Abd Aziz Bin Mahmud

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

PENGERUSI : Pn Faridah Bt Isnin

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Tmn Bkt Indah

NAIB PENGERUSI : Pn Norsita bt Mohamed Shahid

Guru HEM

Sekolah Kebangsaan Tmn Bkt Indah

NAIB PENGERUSI : Pn Norsita bt Mohamed Shahid

Guru Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Tmn Bkt Indah

SETIAUSAHA : En Mohd Zaky bin Mohd Asari

Ketua Panitia Matematik

DOKUMENTASI : En Fadzly bin Ishak

CENDERAMATA : Pn. Emma Surya bt Abu Samah

Pn Ruzaimah Bt Hassim

11.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELAKSANA

A. TAPAK PERHIMPUNAN

1. MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI (K)

2. FAZLI BIN ISHAK

3. RASHIDI BIN ALI

4. EMMA SURYA BT ABU SAMAH

5. RUZAIMAH BT HASSIM

B. KELAS

TAHUN 1

1. EMMA URYA BT ABU SAMAH (K)

TAHUN 2

1. RAVICHANTIRAN (K)

2. MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI

TAHUN 3

1. RUZAIMAH BT HASSIM (K)

TAHUN 4

1. VISALETCHI (K)

2. RUZAIMAH BT HASSIM

3. FAZLI BIN ISHAK

TAHUN 5

1. FAZLI BIN ISHAK (K)

2. RUZAIMAH BT HASSIM

3. MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI

TAHUN 6

1. MOHD RASHIDI BIN ALI (K)

2. RUZAIMAH BT HASSIM

3. FAZLI BIN ISHAK

12.0 KOS PROGRAM

Bil Perkara Kos

1 Hadiah 19 X RM5.00 = RM95.00

Jumlah RM95.00

13.0 PENUTUP

InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat

dilaksanakan seperti yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat

murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Wassalam.

Disediakan oleh,

-----------------------------

(MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI)

Setiausaha

Program Sayangku Sifir,

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit indah

Disokong oleh,

-----------------------------

(PN FARIDAH BT ISNIN)

Naib Pengerusi

Program Sayangku Sifir,

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit indah

Diluluskan oleh,

-----------------------------

(EN. ABD AZIZ BIN MAHMUD)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah