kertas penerangan penggajian

9
NAMA DAN KOD PROGRAM / PROGRAM TITLE AND CODE PERAKAUNAN TAHAP / LEVEL 3 NO DAN TAJUK MODUL/MODULE NO AND TITLE BAK 301- PENGGAJIAN NO DAN TAJUK TUGAS /TASK(S) NO AND TASK STATEMENT M301K1 MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DOKUMEN PENGGAJIAN M301K2 MENYEDIAKAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI M301K3 MERANCANG PEMBAYARAN GAJI OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE Pada akhir pembelajaran, murid dapat:- 1. Mengenalpasti maksud penggajian. 2. Mengumpul maklumat dan dokumen penggajian. 3. Menyediakan jadual penggajian 4. Merancang pembayaran gaji. 5. Merekod pembayaran gaji ke lejar. NO KOD / CODE NO Kod NOSS /No Modul/No Kertas Penerangan FB-100-3:2012C01/M01/ P(1/4) Muka : Drp : KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2 LOT 82, KG. SG. TUKANG 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN KERTAS PENERANGAN LOGO INSTITUT (Jika Perlu)

Upload: asni670

Post on 24-Jun-2015

426 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

KERTAS PENERANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas penerangan   penggajian

NAMA DAN KOD PROGRAM / PROGRAM TITLE AND CODE

PERAKAUNAN

TAHAP / LEVEL 3

NO DAN TAJUK MODUL/MODULE NO AND TITLE

BAK 301- PENGGAJIAN

NO DAN TAJUK TUGAS /TASK(S) NO AND TASK STATEMENT

M301K1 MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DOKUMEN

PENGGAJIAN

M301K2 MENYEDIAKAN JADUAL PEMBAYARAN

GAJI

M301K3 MERANCANG PEMBAYARAN GAJI

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:-

1. Mengenalpasti maksud penggajian.

2. Mengumpul maklumat dan dokumen penggajian.

3. Menyediakan jadual penggajian

4. Merancang pembayaran gaji.

5. Merekod pembayaran gaji ke lejar.

NO KOD / CODE NO

Kod NOSS /No Modul/No Kertas Penerangan

FB-100-3:2012C01/M01/P(1/4)

Muka : Drp :

Penggajian merupakan salah satu aspek yang penting dalam sesebuah perniagaan. Sebab-sebab penggajian sangat penting:

a) Menjamin kelancaran perniagaanb) Dapat mengelak risiko penipuan dan penyelewenganc) Dapat memberi motivasi kepada pekerja

Maksud PenggajianIndividu yang tidak berkemampuan dan tidak berkebolehan untuk bekerja sendiri akan bekerja

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2LOT 82, KG. SG. TUKANG08000 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN

KERTAS PENERANGAN

LOGO INSTITUT(Jika Perlu)

Page 2: Kertas penerangan   penggajian

dengan orang lain. Bekerja dengan orang lain bermaksud individu tersebut bekerja dengan seseorang majikan untuk memperoleh ganjaran dalam bentuk gaji atau upah pada suatu tempoh masa yang tertentu. Pekerja perlu dibayar gaji atas tenaga yang telah disumbangkan. Biasanya pekerja dibayar gaji dan upah mengikut kadar yang ditetapkan. Penggajian merujuk kepada urusan menggaji. Penggajian merujuk kepada suatu sistem mengurus data gaji pekerja dalam suatu rekod yang menyenaraikan nama-nama pekerja serta amaun gaji yang patut diterima. Perakaunan Penggajian bukan hanya melibatkan pembayaran gaji kepada pekerja, sebenarnya turut melibatkan penyediaan rekod yang lengkap mengenai diri pekerja di samping mematuhi dasar yang ditetapkan oleh kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Buruh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dari aspek perakaunan, rekod yang berkaitan dengan gaji dan upah haruslah tepat, betul dan disimpan dngan cara yang sistematik. Dokumen yang terlibat dalam penggajian ialah slip gaji atau penyata gaji.

Slip Gaji (SG)SG merupakan dokumen yang diterima oleh pekerja daripada majikan. SG ialah suatu penyata yang menunjukkan jumlah gaji kasar serta jumlah potongan daripada gaji pekerja. Perkara-perkara yang biasanya terdapat dalam SG:

a) Bahagian penerimaan- menunjukkan item penerimaan seperti gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, imbuhan dan bantuan sara hidup (COLA)- cost of living allowance

b) Bahagian potongan, iaitu bahagian yang menunjukkan item-item potongan daripada gaji termasuklah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Potongan Cukai Berjadual (PCB), pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, dan pinjaman bank;

c) Gaji bersih, iaitu yang merujuk kepada gaji sebenar yang diterima oleh pekerja setelah jumlah penerimaa ditolaj jumlah potongan.

Kaedah PembayaranPembayaran gaji kepada para pekerja melibatkan beberapa kaedah. Antara kaedah yang biasa digunakan termasuklah pembayaran secara tunai,cek dan bayaran automatik,iaitu kemasukan terus gaji ke dalam akaun bank pekerja.

Kaedah TunaiKaedah pembayaran gaji secara tunai masih digunakan secara meluas dalam bidang-bidang tertentu seperti sektor perladangan. Lazimnya gaji yang diterima dimasukkan dalam sampul gaji dan pengiraan semula dilakukan oleh pekerja bagi memastikan jumlahnya betul. Semasa penyerahan gaji setiap pekerja harus menandatangani baucar bayaran untuk mengesahkan penerimaan gaji yang betul bagi bulan yang berkenaan. Namun demikian,kaedah pembayaran gaji secara tunai ada kelemahannya. Salah satunya ialah kaedah ini kurang selamat kerana berdepan dengan risiko kecurian dan penyelewengan. Selain itu kaedah ini memerlukan majikan mengambil masa yang lama untuk mengurus pembayaran gaji terutamanya apabila melibatkan bilangan pekerja yang ramai.

Kaedah CekPembayaran gaji dengan menggunakan cek turut juga diamalkan oleh peniagaan untuk tujuan kawalan dalaman,bayaran gaji dengan menggunakan cek sesuai digunakan kerana dapat mengelakkan kecurian di samping keratan cek dapat digunakan sebagai bukti bayaran. Pekerja perlu juga menandatangani baucar bayaran sebagai bukti penerimaan gaji.

Kaedah pembayaran gaji melalui cek adalah lebih mudah bagi majikan kerana tidak melibatkan penyimpanan dan pengiraan wang tunai yang banyak. Namun bagi pekerja mereka perlu menunaikan cek tersebut di kaunter bank atau mendepositkan cek tersebut ke dalam akaun terlebih dahulu sebelum wang tersebut dapat dikeluarkan.

Page 3: Kertas penerangan   penggajian

Kaedah Bayaran Automatik(Automated Payment)Kaedah pembayaran gaji yang paling popular pada masa kini ialah kaedah bayaran automatik. Hal ini selaras dengan perkembangan sistem perbankan di Malaysia.Akta Pekerjaan 1955 ada memperuntukkan bahawa bayaran gaji boleh dibuat terus ke dalam akaun bank pekerja setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pekerja. Akaun bank pekerja akan dikreditkan secara automatik dengan jumlah gaji bersih yang patut diterima. Sebelum itu,majikan akan mengarahkan bank melalui perkhidmatan pindahan kredit untuk memasukkan gaji ke dalam akaun-akaun pekerjanya berdasarkan senarai nama, nombor akaun, dan nombor kad pengenalan pekerja yang disertakan.Kaedah pembayaran gaji secara pembayaran automatik memudahkan urusan pembayaran gaji dan menjimatkan masa. Hal ini demikian kerana pembayaran gaji dapat dilakukan dengan lebih cepat dan lebih selamat serta tidak melibatkan penggunaan dan pengiraan wang tunai yang banyak. Para pekerja dapat mengeluarkan wang gaji mereka pada bila-bila masa sama ada di kaunter bank atau melalui Mesin Teler Automatik (ATM).

PENGIRAAN GAJIPengiraan gaji kasar – gaji kasar ialah pendapatan yang diterima oleh pekerja sebelum potongandibuat . Gaji kasar terdiri daripada gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, elaun perumahan,bantuan sara hidup, elaun dobi, elaun makan, elaun kritikal, komisyen dan sebagainya.Gaji Pokok – Ialah gaji sebenar yang ditawarkan kepada pekerja seperti yang terkandung dalam suratperlantikan. Gaji pokok biasanya ditentukan berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kemahiran yangdimiliki oleh seseorang pekerja.

Mendefinisikan istilah gaji, upah, elaun, tuntutan, potongan dan kerja lebih masaGaji bermaksud bayaran yang tetap bagi sesuatu pekerjaan. Gaji biasanya dibayar kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam bidang pengurusan, dan pentadbiran. Gaji boleh dibayar secara mingguan,setengah bulan atau bulanan tanpa mengira jumlah jam bekerja atau bilangan kerja yang dihasilkan.

Upah bermaksud ganjaran yang bersifat tidak tetap yang diberikan kepada orang yang disuruhmelakukan sesuatu pekerjaan. Upah dikira berdasarkan jam bekerja, bilangan hari bekerjaatau jumlah unit pengeluaran. Biasanya di dalam sektor perladangan dan pekerja-pekerja binaan.

Elaun- Faedah sampingan yang dibayar kepada pekerja yang diperuntukkan bagi sesuatu jawatan.Pemberian elaun akan meningkatkan meningkatkan gaji kasar pekerja. Contoh elaun yang diberikan oleh majikan kepada kakitangannya termasuklah elaun perumahan, elaun kritikal, elaun perjalanan dan bantuan sara hidup(COLA).

Kerja lebih masa- Bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal sehari.

Bonus- merupakan salah satu komponen gaji kasar pekerja. Bonus merupakan imbuhan yang dibayar berdasarkan keuntungan sesebuah perniagaan.

Jenis-jenis potongan dalam Penggajian

Gaji seseorang pekerja akan dikenakan beberapa potongan yang terdiri daripada potongan

Page 4: Kertas penerangan   penggajian

wajib dan potongan sukarela. Potongan wajib terdiri daripada caruman kepada KWSP dan caruman PERKESO. Potongan sukarela ialah pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan pinjaman lain.

1 KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Caruman kepada KWSP merupakan potongan yang diwajibkan oleh kerajaan bagi pekerja sektor swasta mahupun sektor awam yang memilih skim KWSP.

2 PERKESO Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang mempunyai seorang atau lebih pekerja yang menerima gaji kurang daripada RM3000.00 wajib mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO. Pelindungan PERKESO adalah untuk pekerja warganegara Malaysia atau pemastautin tetap sahaja. Kategori pekerja yang dikecualikan daripada caruman PERKESO ialah kakitangan kerajaan, individu yang bekerja sendiri, pekerja asing, tuan punya syarikat persendirian/perkongsian serta pasangan masing-masing.

3 Potongan Cukai Berjadual(PCB)

PCB ialah suatu mekanisma potongan cukai pendapatan daripada gaji bulanan semasa pekerja. Potongan ini bertujuan mengurangkan beban pekerja untuk membayar cukai sekali gus apabila cukai dikira.

Majikan membuat potongan cukai sec ara berjadual berdasarkan Jadual Potongan Cukai Berjadual(PCB) yang dikeluarkanoleh Lembaga Hasil Dalam negeri(LHDN) .

4 Pinjaman Perumahan

Biasanya pihak kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman untuk membeli rumah kepada kakitangan awam Bayaran balik pinjaman beserta faedah akan ditolak daripada gaji kasar kakitangan sehingga jumlah pinjaman selesai dibayar.

5 Pinjaman Kenderaan

Biasanya pihak kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman untuk membeli kenderaan kepada kakitangan awam. Bayaran Bayaran balik pinjaman beserta faedah akan ditolak daripada gaji kasar kakitangan sehingga jumlah pinjaman selesai dibayar.

6 Potongan Lain Potongan –potongan lain daripada gaji kasar ialah yuran koperasi, pinjaman koperasi, bayaran zakat dan potongan untuk pinjaman pelajaran.

Gaji Bersih ialah gaji kasar setelah ditolak segala potongan seperti caruman KWSP, caruman PERKESO, bayaran pinjaman perumahan dan potongan lain.

.

Menyatakan tempoh dan masa pembayaran gaji berdasarkan Akta Pekerjaan 1955.Seksyen 18, Akta Pekerjaan 1955

Tempoh : Majikan wajib membayar gaji/upah pekerja sekurang-kurangnya sekali setiap bulan

Page 5: Kertas penerangan   penggajian

Seksyen 19, Akta Pekerjaan 1955Masa : Majikan hendaklah membayar gaji tidak lewat dari tujuh hari selepas tempoh itu berakhir

Seksyen 25 Akta Pekerjaan 1955

Bayaran gaji hendaklah dibuat dalam nilai yang sah (contoh RM) dan dalam bentuk tunai/cek atau dimasukkan ke akaun bank pekerjaMenyatakan empat dokumen sumber Penggajian.Dokumen sumber penggajian

Surat lantikan/ Surat Perletakan Jawatan Kad Perakam Waktu Borang Kerja Lebih Masa Surat Cuti/Sijil Sakit/Borang Tuntutan

Menyemak dokumen penggajian yang telah dilengkapkan

Memastikan prosedur penerimaan dokumen sumber penggajian dipatuhiProsedur menerima dokumen sumber penggajian

1. Terima dokumen sumber2. Semak dokumen sumber3. Maklumkan penerimaan dokumen sumber penggajian4. Maklumkan dokumen yang tidak lengkap/tersilap kepada jabatan yang berkaitan

Menyatakan empat Asas Pembayaran gaji dan upahEmpat asas pembayaran gaji

1. Mengikut jam (hourly)2. Mengikut hari (daily)3. Mengikut minggu (weekly)4. Mengikut bulan (monthly)

Menyatakan tiga jenis elaun penggajianJenis elaun

1. Komisen2. Tuntutan Gantian Perbelanjaan Pekerja

Kerja Lebih Masa

Menyatakan lima jenis potongan penggajianJenis Potongan

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)2. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)3. Potongan Cukai Berjadual (PCB)4. Zakat5. Pinjaman Pekerja

Menyatakan empat jenis pelarasan penggajianPelarasan Penggajian:

1. Pampasan pemberhentian secara sukarela (Salary in lieu)2. Pendahuluan kepada pekerja (Staff advance)3. Cuti tanpa gaji (No pay leave)4. Semakan gaji ( Salary revision)

Mengira pelarasan gaji berdasarkan Akta yang telah ditetapkanAkta Kerja 1955

a) kenalpasti pelarasan berkaitan.

Page 6: Kertas penerangan   penggajian

b) Semak jadual gaji lama dengan jadual gaji selepas pelarasan.c) Cari perbezaan nilai pada butiran penggajiand) Buat catatan jurnal

( jumlah perbezaan )

Menyedia dan mengemaskini jadual gaji

Mengira butiran dalam jadual gaji

Menyatakan pegawai yang bertanggungjawab meluluskan jadual penggajianPengurus bahagian sumber manusia

Menentukan catatan bergu untuk penggajianDebit Akaun Gaji Kredit Akruan KWSP Akruan Perkeso PCB Akruan Gaji

Merekod catatan penggajian ke lejar yang berkaitanMelengkapkan format dan kandungan Slip GajiMenyediakan Slip Gaji dan menyerahkannya untuk mendapatkan kelulusan

Menyatakan tiga kaedah pembayaran gaji Tunai Cek Kredit terus(Auto Credit)

Mengedarkan slip gajiLangkah-langkah mengedarkan slip gaji.

1. Sediakan dua salinan Slip Gaji2. Kenalpasti penerima3. Pengesahan penerimaan slip gaji4. Slip asal diserahkan kepada pekerja

Slip salinan disimpan dalam fail

Melengkapkan borang potongan wajib gaji berkanunKWSPPerkesoPCBDll

Menyatakan pegawai yang bertanggungjawab meluluskan borang potongan wajib gaji berkanunPengurus Sumber Manusia

Menguruskan potongan wajib gaji berkanun dengan pihak berkaitan1. Secara tunai melalui kaunter bank yang dilantik2. Secara tunai/cek di pejabat pihak berkenaan3. Potongan gaji ( caruman pekerja sahaja)

Sila rujuk www.kwsp.gov.my

Menamakan fail untuk menyimpan maklumat penggajian.Fail ‘Payroll’

SOALAN : Soalan-soalan ringkas yang meliputi isikandungan Kertas Penerangan untuk menguji kefahaman pelajar.

Page 7: Kertas penerangan   penggajian

1.Padankan pernyataan di bawah dengan istilah-istilah penggajian yang sesuai.

2. Nyatakan empat dokumen sumber penggajian.

1. ____________________________________________

2. ____________________________________________

3. ____________________________________________

4. _________________________________________

3. Nyatakan jenis-jenis potongan wajib gaji berkanun

_________________________________________________

4. Apakah catatan bergu untuk penggajian

Debit Akaun Gaji Kredit Akruan KWSP Akruan Perkeso PCB Akruan Gaji

5. Menyatakan tiga jenis elaun penggajian

Page 8: Kertas penerangan   penggajian

a) _____________________________

b) _____________________________

c) _____________________________

5. Antara berikut manakah merupakan kaedah pembayaran gaji pekerja?.

BIL KAEDAH BAYARAN GAJI TANDAKAN (/) ATAU ( x )

1 cek2 Tunai3 Baucar Bayaran4 Bayaran Automatik

6. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Hanisah dan Encik Yatim pada Januari 2014

Cik Hanisah menerima gaji pokok RM4 500.00 sebulan, bantuan sara hidup sebanyak RM400.00 dan elaun perumahanRM700.00Encik Yatim menerima gaji pokok RM 2900.00 dan elaun perjalanan sebanyak RM300.00Anda dikehendaki mengira gaji kasar bagi Cik Hanisah dan En. Yatim

Pengiraan gaji kasar

ITEM CIK HANISAHRM

EN. YATIMRM

GAJI KASAR