kertas panduan protim.pdf -...

7
K K E E R R T T A A S S P P A A N N D D U U A A N N P P E E L L A A K K S S A A N NA A A A N N P P R R O OG GR R A A M M K K E E M MA A H H I I R R A A N N M ME E N N G G I I R R A A ( ( P P r r o o T T i i M M ) ) T T A A H H U U N N 4 4 , , S S E E K KO O L L A A H H R R E E N N D D A A H H 2 2 0 0 1 1 5 5 B B A AH H A AG G I I A AN N P P E E M M B B A AN N G G U U N N A AN N K K U U R R I I K K U U L L U U M M K K E E M M E E N N T T E E R R I I A AN N P P E E N N D D I I D D I I K K A AN N M M A AL L A AY Y S S I I A A PENDIDIKAN KEMENTERIAN MALAYSIA

Upload: lamkien

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

KKKEEERRRTTTAAASSS PPPAAANNNDDDUUUAAANNN

PPPEEELLLAAAKKKSSSAAANNNAAAAAANNN PPPRRROOOGGGRRRAAAMMM

KKKEEEMMMAAAHHHIIIRRRAAANNN MMMEEENNNGGGIIIRRRAAA (((PPPrrroooTTTiiiMMM)))

TTTAAAHHHUUUNNN 444,,, SSSEEEKKKOOOLLLAAAHHH RRREEENNNDDDAAAHHH

222000111555

BBBAAAHHHAAAGGGIIIAAANNN PPPEEEMMMBBBAAANNNGGGUUUNNNAAANNN KKKUUURRRIIIKKKUUULLLUUUMMM

KKKEEEMMMEEENNNTTTEEERRRIIIAAANNN PPPEEENNNDDDIIIDDDIIIKKKAAANNN MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

PENDIDIKAN

KEMENTERIAN

MALAYSIA

Page 2: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

1

111...000 PPPEEENNNDDDAAAHHHUUULLLUUUAAANNN

Program Kemahiran Mengira (ProTiM) merupakan satu program yang

dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira. Ia

dilaksanakan mulai September 2006 sebagai program pemulihan selepas

UPSR. ProTiM diperluaskan kepada murid Tahun 4 dan Tahun 5 pada 2008 di

semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas dua bulan

murid berada di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, guru akan mengenal pasti

murid yang belum menguasai asas mengira akan menduduki Ujian Diagnostik

yang dipanggil Ujian PraProTiM. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang

ditetapkan murid tersebut mesti mengikuti kelas ProTiM yang akan

dilaksanakan selepas pelaksanaan Ujian PraProTiM dianalisis. Bagi yang

melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti

biasa.

Program ProTiM ditambah baik lanjutan pelaksanaan Program LINUS 2010.

Proses penambahbaikan program ini perlu dilakukan bagi membantu murid

yang telah mengikuti program LINUS 2010 hingga 2014. Penambahbaikan ini

tertumpu kepada murid Tahun 4 (2015).

222...000 MMMAAATTTLLLAAAMMMAAATTT DDDAAANNN OOOBBBJJJEEEKKKTTTIIIFFF

2.1 Matlamat program ini secara umumnya adalah untuk memastikan murid

Tahun 4 menguasai kemahiran asas mengira. Tumpuan diberikan bagi

membantu dan membimbing murid LINUS2.0 yang masih belum

melepasi saringan terakhir Tahun 3 pada Tahun 2014. Tumpuan juga

diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

pada Tahun 3 berkenaan tetapi kebolehan mereka masih lemah dan

sukar untuk bersaing dengan murid sedia ada.

Page 3: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

2

2.2 Objektif program: pada akhir program pemulihan kemahiran mengira, murid dapat:

2.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000; 2.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000; 2.2.3 Menguasai Operasi tolak dalam lingkungan 10 000; 2.2.4 Menguasai fakta asas darab; dan 2.2.5 Menguasai fakta asas bahagi.

333...000 KKKAAANNNDDDUUUNNNGGGAAANNN PPPRRROOOGGGRRRAAAMMM

3.1 Pengenalan 3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan

modul. BPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas untuk diikuti oleh murid.

3.1.2 Penilaian dijalankan di akhir setiap unit pembelajaran untuk

menilai pencapaian murid.

3.1.3 Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan M3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat.

Nota: Modul yang diguna pakai ialah modul ProTiM. 3.2 Kandungan Modul ProTiM Unit 1: Nombor bulat hingga 10 000

o Membilang o Nilai tempat o Pembundaran

Unit 2: Tambah dalam lingkungan 10 000

o Tambah dalam lingkungan fakta asas o Tambah dua nombor hingga 4 digit

Unit 3: Tolak dalam lingkungan 10 000 o Tolak dalam lingkungan fakta asas o Tolak dalam lingkungan 10 000

Page 4: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

3

Unit 4: Pendaraban o Darab dalam lingkungan fakta asas o Darab 2 digit dan 1 digit o Darab 3 digit dan 1 digit o Darab 2 digit dan 2 digit o Darab melibatkan 10, 100 dan 1000.

Unit 5: Pembahagian o Bahagi dalam lingkungan fakta asas o Bahagi hingga 4 digit dengan 1 digit o Bahagi hingga 4 digit dengan 2 digit o Bahagi melibatkan 10, 100 dan 1000.

444...000 SSSTTTRRRAAATTTEEEGGGIII PPPEEELLLAAAKKKSSSAAANNNAAAAAANNN

4.1 Sekolah

Program ini akan dilaksanakan di sekolah rendah seluruh negara. 4.2 Pengurusan ProTiM 4.2.1 Jawatankuasa pelaksanaan ProTiM perlu ditubuhkan di peringkat sekolah. Penasihat: Guru Besar Pengerusi: Penolong Kanan Kurikulum Setiausaha: Ketua Panatia Matematik Ahli: Semua guru matematik Guru pemulihan 4.2.2 Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini. 4.3 Penentuan Murid

4.3.1 Pengenalpastian murid Tahun 4 yang terlibat dalam program ini berdasarkan: a. Murid yang belum menguasai kemahiran Numerasi walaupun telah mengikuti program LINUS selama 3 Tahun. b. Murid yang baru melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3 dan memasuki kelas aliran perdana.

c. Cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran mengira berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran matematik sebelumnya serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.

Page 5: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

4

4.3.2 Murid yang dikenal pasti akan menduduki Ujian PraProTiM. Ujian ini diadakan untuk mengesahkan tahap penguasaan mengira murid berkenaan.

4.3.3 Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian ujian PraProTiM perlu mengikuti PROTIM.

4.4. Guru

Guru yang menjalankan program ini ialah guru Matematik yang terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan.

4.5 Pelaksanaan

4.5.1 Jangka masa program adalah mulai bulan April hingga Ogos 2015 (Rujuk cadangan carta aliran ProTiM).

4.5.2 Secara prinsip, ProTiM dijalankan pada waktu Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah digalakkan untuk menjalankan program ini dalam waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah boleh membuat pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat.

4.5.3 Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan Ujian PraProTiM diperolehi.

4.5.4 PascaujianProTiM akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas ProTiM bagi mengenal pasti tahap baru penguasaan kemahiran asas mengira.

4.6 Panduan dan Pelaksanaan Ujian Pra/PascaProTiM

4.6.1 Ada empat bahagian iaitu Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi. Setiap bahagian mengandungi 10 soalan.

4.6.2 Jumlah keseluruhan markah kemahiran mengira ialah 40.

4.6.3 Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas.

4.6.4 Guru tidak dibenarkan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.

4.6.5 Setiap soalan mewakili satu markah.

4.6.6 Skor markah ialah:

Setiap bahagian: 8 - 10 markah murid menguasai kemahiran mengira bagi bahagian tersebut.

Keseluruhan: 32 - 40 markah murid menguasai keseluruhan kemahiran mengira.

Page 6: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

5

4.6.7 Tindakan Pihak Sekolah: Lengkapkan Borang 1 dan Borang 2. Kedua-dua borang ini diserahkan kepada pihak PPD dalam bentuk softcopy.

4.6.8 Tindakan Pihak PPD Mengumpul semua Borang 1. Pihak PPD diminta menggabungkan semua data setiap sekolah pada Borang 2 sebagai rumusan peringkat PPD berkenaan. Kedua-dua borang ini diserahkan kepada pihak JPN dalam bentuk softcopy.

4.6.9 Tindakan Pihak JPN Mengumpul semua Borang 1 dan Borang 2. Pihak JPN juga diminta menggabungkan semua data setiap PPD pada Borang 2 sebagai rumusan peringkat negeri. Kedua-dua borang (termasuk Borang 2 yang telah dirumuskan) ini diserahkan kepada pihak BPK dalam bentuk softcopy.

4.6.10 Semua peringkat (sekolah, PPD dan JPN) diminta menandakan borang berkenaan sama ada peringkat Ujian PraProTiM atau Ujian PascaProTiM.

4.7 Pihak yang terlibat

Program ini diterajui oleh BPK dan dibantu oleh JPN, PPD dan Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan.

4.8 Pemantauan

Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Pegawai BPK, JPN, PPD dan pentadbir sekolah.

555...000 KKKAAAEEEDDDAAAHHH PPPEEENNNGGGUUUMMMPPPUUULLLAAANNN DDDAAANNN AAANNNAAALLLIIISSSIIISSS DDDAAATTTAAA

5.1 Serahan Data ujian Pra/PascaProTiM

Data ujian Para/PascaProTiM adalah berdasarkan format yang disediakan oleh BPK. Pengumpulan data dan laporan perlu diserahkan kepada pihak JPN masing-masing melalui PPD mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Salinan data dan laporan (softcopy dan hardcopy) perlu diserahkan bersama. Seterusnya pihak JPN akan menyerahkan data dan laporan kepada BPK.

Nota: Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Unit Matematik Rendah, BPK

1. En. Mazlan bin Awi 3. En. Hoi Sim Min 03-88842032/013-3633835 03-88842354/016-3781492 [email protected] [email protected]

2. En. Mohd Ali Henipah bin Ali 4. En. Kumaresan a/l Subramaniam 03-88842355/019-6472217 03-88842393/017-6186032 [email protected] [email protected]

Page 7: Kertas Panduan ProTiM.pdf - jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2681/Kertas Panduan... · diberikan kepada murid LINUS yang baru melepasi saringan terakhir

666...000 PPPEEELLLAAANNN TTTIIINNNDDDAAAKKKAAANNN PPPrrroooTTTiiiMMM TTTAAAHHHUUUNNN 444,,, 222000111555

Tarikh Aktiviti Tindakan

12 – 17 Apr.

Ujian PraProTiM

Sekolah

29 – 24 Apr

Maklumat Ujian PraProTiM: Sekolah ke PPD

Sekolah/PPD

26 Apr – 1 Mei

Maklumat Ujian PraProTiM: PPD ke JPN

PPD/JPN

5 – 15 Mei

Maklumat Ujian PraProTiM: JPN ke BPK

JPN/BPK

19 Apr – 16 Jul

Kelas ProTiM dilaksanakan

Sekolah

12 Apr – 7 Ogos

Pemantauan Pelaksanaan Program

PPD/JPN/BPK

2 – 7 Ogos

Ujian PascaProTiM

Sekolah

9 – 14 Ogos

Maklumat Ujian PascaProTiM: Sekolah ke PPD

Sekolah/PPD

16 – 21 Ogos Maklumat Ujian PascaProTiM: PPD ke JPN

PPD/JPN

23 Ogos – 4 Sept

Maklumat Ujian PascaProTiM: JPN ke BPK

JPN/BPK

6