panduan kertas penulisan upsr

12
BAHASA MELAYU UPSR (KERTAS PENULISAN) BAHAGIAN A Tulis lima ayat - tentang gambar/situasi/aktiviti Panduan 1 Lihat gambar/rajah/jadual yang diberikan dengan teliti 2 Kenal pasti situasi/aktiviti/data yang dipaparkan 3 Kenal pasti lima sasaran yang hendak ditulis Jawapan ditulis begini: _____________ + _____________ + _______________ siapa buat apa keterangan/huraian Ayat biasa: Seorang pemuda menebar jala. Ayat cemerlang: Seorang pemuda menebar jala di sebatang sungai . Seorang pemuda menebar jala untuk menangkap ikan. Bagaimanakah dengan ayat ini? Seorang pemuda menebar serawan jala untuk menangkap ikan di sebatang sungai . Siapa - watak/orang yang terlibat (kata nama) - boleh bersifat perkara atau peristiwa, jika perlu dan sesuai, misalnya: Kegiatan gotong-royong diadakan di sebuah taman perumahan. Buat apa - perlakuan/perbuatan/tindakan (kata kerja) - lazimnya, ada imbuhan “ber…” dan “meN...”, misalnya: Seorang lelaki menebas semak samun (siapa) (buat apa) dengan sebilah parang. (huraian) Rumus Mudah: Siapa + Buat Apa + Sokongan Kata Nama + Kata Kerja + Keterangan Gunakan teknik 5W1H Who – siapa yang terlibat (cth: seorang guru wanita) What – apa yang berlaku (cth: menyampaikan ucapan) Where – di mana (cth: di atas pentas) When – bila (cth: semasa majlis perhimpunan) Why – mengapa (cth: untuk melaporkan sesuatu) How – bagaimana (cth: dengan menggunakan mikrofon) Isu-isu Bahagian A

Upload: arul-selvam

Post on 13-Aug-2015

187 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Kertas Penulisan Upsr

BAHASA MELAYU UPSR (KERTAS PENULISAN)

BAHAGIAN A

Tulis lima ayat - tentang gambar/situasi/aktiviti

Panduan

1 Lihat gambar/rajah/jadual yang diberikan dengan teliti

2 Kenal pasti situasi/aktiviti/data yang dipaparkan

3 Kenal pasti lima sasaran yang hendak ditulis

Jawapan ditulis begini:_____________ + _____________ + _______________ siapa buat apa keterangan/huraian

Ayat biasa: Seorang pemuda menebar jala.Ayat cemerlang:Seorang pemuda menebar jala di sebatang sungai.Seorang pemuda menebar jala untuk menangkap ikan. Bagaimanakah dengan ayat ini?Seorang pemuda menebar serawan jala untuk menangkap ikan di sebatang

sungai.Siapa - watak/orang yang terlibat (kata nama)

- boleh bersifat perkara atau peristiwa, jika perlu dan sesuai, misalnya:Kegiatan gotong-royong diadakan di sebuah taman perumahan.Buat apa - perlakuan/perbuatan/tindakan (kata kerja)

- lazimnya, ada imbuhan “ber…” dan “meN...”, misalnya:

Seorang lelaki menebas semak samun (siapa) (buat apa)dengan sebilah parang.(huraian)

Rumus Mudah:Siapa + Buat Apa + SokonganKata Nama + Kata Kerja + Keterangan

Gunakan teknik 5W1HWho – siapa yang terlibat (cth: seorang guru wanita)What – apa yang berlaku (cth: menyampaikan ucapan)Where – di mana (cth: di atas pentas)When – bila (cth: semasa majlis perhimpunan)Why – mengapa (cth: untuk melaporkan sesuatu)How – bagaimana (cth: dengan menggunakan mikrofon)

Isu-isu Bahagian A1 Nama khas untuk orang boleh digunakan dan tidak menjadi kesalahan, namun begitu

lebih baik digunakan nama am, seperti seorang murid, sepasukan anggota polis, beberapa orang guru, dan sebagainya.

2 Penggunaan perkataan atau rangkai kata pada permulaan ayat seperti “Kelihatan…, Terdapat…, Pada suatu petang…, Tiba-tiba…, sebaik-baiknya dielakkan.

3 Perkara atau peristiwa yang tidak ditunjukkan dalam gambar tidak perlu ditulis. Murid tidak perlu menokok tambah cerita. Tulis apa-apa yang ditunjukkan sahaja.

4 Permulaan ayat mestilah huruf besar dan diakhiri oleh tanda noktah. Tanda seru (!) dan tanda tanya (?) tidak perlu sama sekali.

Page 2: Panduan Kertas Penulisan Upsr

5 Jika banyak aktiviti atau kegiatan yang ditunjukkan, pilih lima aktiviti yang penting dan paling menonjol.

6 Jika kehendak soalan ialah “aktiviti”, pastikan setiap ayat ada kata kerja. Jika tidak ada kata kerja, markah akan terjejas.

7 Jika kehendak soalan ialah “situasi” atau “tentang gambar”, murid boleh menulis ayat yang sesuai dan berkaitan dengan gambar. Namun begitu, kata kerja masih perlu digunakan.

8 Jikalau gambar bersiri, elakkan menulis lima ayat tersebut seolah-olah karangan cerita. Penggunaan penanda wacana seperti “selepas itu, kemudian, tidak lama kemudian, selain itu” dan sebagainya pada permulaan ayat hendaklah dielakkan.

9 Jikalau gambar kitaran (misalnya kegunaan pokok kelapa), tulis bahagian pokok tersebut diikuti oleh kegunaan atau fungsinya.

10 Jikalau rajah atau jadual, terjemahkan data yang dipaparkan dalam bentuk ayat yang lengkap. Murid tidak perlu menambah fakta yang tidak terdapat dalam rajah atau jadual itu.

LATIHAN 1

SIAPA

BUAT APA (AKTIVITI)- imbuhan meN-- imbuhan ber-KETERANGAN- di mana- bila- bagaimana- mengapa

JAWAPAN1 ______________________________________________________________

______________________________________________________________

2 ____________________________________________________________________________________________________________________________

3 ____________________________________________________________________________________________________________________________

4 ____________________________________________________________________________________________________________________________

5 ____________________________________________________________________________________________________________________________

Page 3: Panduan Kertas Penulisan Upsr

LATIHAN 2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti –aktiviti berdasarkan gambar di bawah.

JAWAPAN

1 ____________________________________________________________________________________________________________________________

2 ____________________________________________________________________________________________________________________________

3 ____________________________________________________________________________________________________________________________

4 ____________________________________________________________________________________________________________________________

5 ____________________________________________________________________________________________________________________________

Page 4: Panduan Kertas Penulisan Upsr

LATIHAN 3

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

JAWAPAN

1 ____________________________________________________________________________________________________________________________

2 ____________________________________________________________________________________________________________________________

3 ____________________________________________________________________________________________________________________________

4 ____________________________________________________________________________________________________________________________

5 ____________________________________________________________________________________________________________________________

Page 5: Panduan Kertas Penulisan Upsr

BAHAGIAN B

Panduan Penulisan

1 Baca dan fahami ketiga-tiga soalan yang dikemukakan2 Pilih satu soalan yang paling mudah3 Bina rangka karangan yang ringkas4 Menulis karangan dalam enam perenggan

a) pendahuluan- dua hingga tiga ayat yang berkaitan dengan situasi (cerita) atau isu-isu semasa (fakta)- kaitkan dengan tajuk/kehendak soalan (fakta)

5 b) isi penting- mesti dihuraikan dan jika boleh, berikan contoh (fakta)- ada empat isi penting- tiga hingga lima ayat satu perenggan- gunakan teknik penulisanTeknik Tindakan (Cerita)Teknik Persoalan (Fakta)c) penutup- menyudahkan cerita (cerita)- membuat kesimpulan (fakta)- dua hingga tiga ayat

6 Aspek tatabahasa yang perlu dititikberatkan:a) ejaan dan imbuhanb) tanda bacaanc) struktur ayat

7 Tulisan perlu kemas, bersih, dan mudah dibaca

Teknik Tindakan

Soalan 1

Kamu telah melihat seorang murid Tahun 1 sedang menangis semasa kamu hendak pulang dari sekolah. Dia telah ketinggalan bas. Ceritakan tindakan kamu untuk membantu murid tersebut.

Soalan 2

Kamu telah bercuti di suatu tempat pelancongan yang menarik. Tulis sepucuk surat kepada seorang rakan untuk menceritakan pengalaman kamu itu.

Teknik Persoalan

Soalan 3

Amalan menabung amat penting dipupuk dalam kalangan murid. Tulis sebuah karangan tentang faedah amalan menabung.

Page 6: Panduan Kertas Penulisan Upsr

Contoh Soalan Pilihan:

1) Cara-cara berjimat cermat

2) Kepentingan perpustakaan

3) Kepentingan kegiatan kokurikulum

4) Cara-cara menghormati guru

5) Kebaikan kegiatan gotong-royong

6) Ucapan majlis perpisahan murid tahun enam

7) Ucapan bersempena Hari Guru

8) Laporan kempen membaca

9) Laporan perkhemahan unit uniform

10) Cerita tentang peristiwa yang menggembirakan kamu

Contoh Soalan untuk Perbincangan

Tulis karangan yang bertajuk “Kebaikan Kegiatan Gotong-royong”.

Pendahuluan- gotong-royong merupakan amalan turun-temurun yang masih diwarisi- perlu dilestarikan kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat

Isi Penting 1- dapat membina ikatan silaturahim yang lebih utuh dan teguh- bertanya khabar dan berbual-bual mesra semasa bergotong-royong- dapat membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni

Isi Penting 2- dapat meringankan beban tugas- dilakukan secara bersama-sama dan saling membantu- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Isi Penting 3- dapat menjimatkan wang, masa, dan tenaga- tugas dilakukan tanpa sebarang upah atau bayaran- sesuatu majlis atau kegiatan akan berjalan lancar

Isi Penting 4- dapat memupuk perpaduan kaum- mewujudkan hubungan yang lebih erat- tugas dilaksanakan tanpa mengira bangsa dan agama

Penutup- generasi muda perlu dididik untuk mengamalkannya- banyak manfaat yang akan diperoleh daripada amalan ini- tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Page 7: Panduan Kertas Penulisan Upsr

BAHAGIAN C[20 markah]

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan.

Panduan

1) Bilangan patah perkataan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

2) Baca dan fahami teks yang diberikan, sama ada petikan biasa atau puisi.

3) Kenal pasti dan garisi nilai murni atau pengajaran terlebih dahulu. Nilai, sama ada yang

positif atau yang negatif.

4) Ulasan anda mestilah jelas dan menggunakan ayat yang gramatis.

5) Tulis ulasan yang mengandungi lima nilai murni atau pengajaran dalam satu perenggan

sahaja. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

7) Semak ejaan, tanda baca, dan struktur ayat.

LATIHAN 1Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Latif berumur 12 tahun tetapi dia berasa dirinya sudah dewasa. Dia tidak berminat ke sekolah kerana dia lebih suka bekerja mencuci kereta di tempat cuci kereta. Dia ingin akan kebebasan. Oleh itu, dia tidak mendengar nasihat ibu bapanya.

Pada suatu malam, oleh sebab kepenatan, Latif terus tertidur. Dia bermimpi terjatuh ke dalam sebuah gaung. Keadaan gaung itu sangat mengerikan. Terdapat banyak ular, burung hantu dan kala jengking. Tiba-tiba seorang lelaki tua menepuk bahunya. Orang tua itu berjanji mengeluarkannya dari gaung dengan syarat Latif pergi ke sekolah, belajar dan sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa.

Dalam ketakutan, Latif bersetuju dengan syarat tersebut. Dia insaf lalu menangis. Latif memanggil-manggil orang tua itu tetapi ibunya yang muncul di hadapannya. Latif terus memeluk ibunya dan memohon maaf.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Page 8: Panduan Kertas Penulisan Upsr

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LATIHAN 2Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

8.00 pagi

Kami berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat daripada Cikgu Amsyar bin Ahmad, Guru Penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mutiara, Kluang. Aku dan 24 orang ahli kelab ini akan menyertai ekspedisi berbasikal ke Gunung Berlumut. Aktiviti ini mendapat bantuan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Kluang. Cikgu Amsyar mengingatkan kami agar sentiasa mematuhi isyarat dan papan tanda keselamatan jalan raya.

9.00 pagi

Sebelum bertolak, kami telah diarahkan untuk memeriksa basikal masing-masing supaya basikal kami berada dalam keadaan baik. JKJR Daerah Kluang telah menyumbangkan jaket keselamatan secara percuma kepada semua peserta ekspedisi ini. Beberapa orang pegawai polis trafik bermotosikal telah mengiringi ekspedisi ini untuk menjaga keselamatan para peserta.

10.00 pagi

Kami tiba di bandar Kluang dan berehat di sebuah dataran yang terletak di situ. Cikgu Amsyar telah menegur beberapa orang peserta yang mengayuh basikal secara beriringan kerana boleh mengundang bahaya. Seorang daripada peserta hampir kemalangan apabila gagal mengawal basikalnya dengan baik semasa menuruni jalan yang agak curam. Cikgu Amsyar berpesan kepada kami agar tidak tergesa-gesa untuk sampai di sana. Yang paling utama ialah keselamatan kami semasa di jalan raya. Kami berdoa agar kami sampai di sana dengan selamat.