kertas kerja zero defect.doc

5
SJK ( TAMIL ) BATU CAVES 68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL EHSAN PROGRAM ZERO DEFECT 2005 28 / 03 / 2005 hingga 30 / 03 / 2005 ANJURAN :

Upload: muratrani-murat

Post on 27-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA ZERO DEFECT.doc

SJK ( TAMIL ) BATU CAVES68100 BATU CAVES

SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM ZERO DEFECT 2005

28 / 03 / 2005 hingga 30 / 03 / 2005

ANJURAN :

Unit Kurikulum Sekolah

PROGRAM ZERO DEFECT 2005

Page 2: KERTAS KERJA ZERO DEFECT.doc

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( TAMIL ) BATU CAVES

Pendahuluan :

Dewasa kini pelbagai isu mengenai pendidikan sering kali dipaparkan di dalam

media samaada media elektrik seperti televisyen, radio ataupun media cetak

seperti akhbar. Masalah penguasaan murid dalam akademik dari segi bacaan ,

fahaman dan mengira kian menular dikalangan pelajar-pelajar sekolah seringkali

diutarakan oleh pelbagai pihak yang menginginkan agar warga pendidik terus

berusaha demi menghasilkan individu yang berpotensi dalam segala bidang

seperti akademik , sahsiah dan kokurikulum. Justeru itu , pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan telah mengubal satu garis panduan dengan

mewujudkan satu program sifar dalam pendidikan.

Bagi menyahut seruan kerajaan ini , Unit Kurikulum sekolah ini telah

merangka satu kertas kerja Program Zero Defect khas kepada para pelajar

tahun 1- 6 sekolah ini.Program ini bertujuan untuk mengenalpasti kebolehan

murid dari konsep 3M ( Membaca , Mengira dan Menulis ) dan menunjukkan had

kemampuan murid dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu , bahasa

Inggeris , bahasa Tamil dan Matematik.

Program yang akan diadakan ini akan meliputi segala aspek pembelajaran

iaitu pemahaman , penulisan dan penggiraan dalam 4 mata pelajaran utama iaitu

bahasa Melayu , bahasa Inggeris , bahasa Tamil dan Matematik. Malah , melalui

program ini , pihak sekolah dapat merangka satu strategi yang boleh digunakan

untuk peningkatan akademik serta pembasmian murid yang tidak tahu membaca,

menulis dan mengira dalam 4 mata pelajaran utama disekolah ini.

Rasional :

Page 3: KERTAS KERJA ZERO DEFECT.doc

Program Zero Defect ini diadakan bagi tujuan...

a. Mengetahui peratusan murid yang berjaya menguasai

pemahaman keseluruhan sama ada dalam bacaan , lisan dan

tulisan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa

Inggeris dan bahasa Tamil.

b. Mengetahui sejauh mana penguasaan murid dalam mata

pelajaran bahasa dan Matematik.

c. Merangka strategi pengajaran dan pembelajaran bagi 5

tahun yang akan datang.

d. Meningkatkan peratus kelulusan murid dalam pencapaian

berbentuk ujian , peperiksaan dan UPSR.

Objektif :

Objektif Program Zero Defect ini adalah :

Mewujudkan pelajar yang boleh menguasai dalam bidang akademik

Mengerat hubungan serta komunikasi dikalangan pelajar dengan guru di

alam sekolah rendah

Mengembangkan perasaan semangat belajar , bersatu-padu , dan

menggalakkan taat setia kepada guru dan ibubapa

Mendedahkan kebolehan pelajar kepada guru-guru mata pelajaran.

Melibatkan diri dalam kegiatan kurikulum dan pengajaran kelas secara

aktif

Merangka satu program akademik yang berkesan bagi semua murid