forex zero refzview

69
1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Kata-Kata Aluan 2 Disclaimer 3 Asas-asas Istilah Forex 4 Panduan Mendaftar Akaun dengan Exness 5 Panduan Deposit dan Withdrawal 6 Pengenalan MT4 dan Fungsi 7 Pengenalan Asas Forex Gaya Zero 8 Trade Gaya Zero (Confluence Trading)

Upload: sbhforex-trader

Post on 31-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

czxzcz

TRANSCRIPT

Page 1: Forex Zero Refzview

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Kata-Kata Aluan

2 Disclaimer

3 Asas-asas Istilah Forex

4 Panduan Mendaftar Akaun dengan Exness

5 Panduan Deposit dan Withdrawal

6 Pengenalan MT4 dan Fungsi

7 Pengenalan Asas Forex Gaya Zero

8 Trade Gaya Zero (Confluence Trading)

Page 2: Forex Zero Refzview

2

KATA-KATA ALUAN DARI PENULIS

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, saya panjatkan kesyukuran keatasNya. Dengan izin

dan rahmatNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan ebook Forex Zero. Insya

ALLAH, dengan sedikit perkongsian daripada saya, diharap dapat memberikan satu

ilmu yang baru yang dapat kita timba.

Panduan di dalam ebook ini amat sesuai untuk newbie dan tidak berapa

sesuai bagi para trader yang sudah intermediate dan yang sudah membaca

berbagai-bagai artikel forex. Ebook ini cukup ringkas dan padat, dimana saya hanya

menekan apa yang perlu digunakan dan perlu dilaksanakan di dalam forex. Saya

berjanji apa yang diberikan di dalam ebook ini adalah sama dengan apa yang saya

praktikkan dalam melakukan forex trading.

Ilmu berkenaan forex ini sungguh luas. Saya tidak mahu membebankan anda

semua dengan terlalu banyak perkara yang perlu anda tahu, sehinggakan berapa

saiz MT4 pun perlu anda tahu. Saya akan tapis dan jika boleh meminimumkan

terlalu banyak info.

“ Saya punya impian untuk membeli sebuah flat dengan harga Cash. Dengan

pembelian ebook ini, anda telah membantu saya dalam merealisasikan impian

saya ”

Page 3: Forex Zero Refzview

3

Istilah-istilah Asas Di Dalam Forex Yang Perlu Tahu

Di dalam dunia Forex, terdapat berbagai-bagai istilah yang perlu anda ketahui.

Malah ianya mengambil masa untuk memahami semua maksud tersebut. Di dalam

ebook ini, saya telah tapis dan memfokuskan istilah-istilah yang benar-benar akan

dipakai ketika melakukan trading.

Forex Bermaksud Foreign Exchange ataupun pertukaran mata wang asing

Currency Pair

Dua jenis matawang yang didagangkan antara satu sama lain. Misalnya USD dengan Yen, atau ditulis seperti ini USD/Yen

Spread Perbezaan mata antara harga belian atau harga jualan dalam suatu matawang. Sebagai contoh, harga jualan bagi USD/Yen, adalah USD 1. Setelah ditambah spread menjadi USD 1.03. Nilai spread yang dikenakan adalah dikenakan oleh broker sebagai bayaran servis menguruskan dagangan matawang anda.

Pips Unit terkecil di dalam Forex. Pergerakan pips akan menentukan untung rugi di dalam perniagaan matawang.

Leverage Penggunaan kredit di dalam Forex. Sebagai contoh, USD 1 boleh digunakan untuk trade nilai sebesar USD 50. Leverage sering dipaparkan dalam format begini, 1:500

Margin Jumlah nilai matawang yang berada di dalam akaun untuk didagangkan.

Stop Loss Digunakan untuk meminimakan kerugian sekiranya mengalami kerugian dalam dagangan mata wang.

Take Profit Digunakan untuk close sesuatu entri apabila telah mencapai keuntungan yang ditetapkan. Sebagai contoh, TP 10 pips daripada harga semasa.

Margin Call

Kerugian total yang ditanggung oleh seorang trader

Hedging Membuka satu entri baru apabila menyedari bahawa entri semasa menanggung kerugian. Sebagai contoh, G/U entri sell, didapati sedang float negative, maka satu entri buy dilakukan untuk menutup kerugian semasa.

Swap Kadar interest antara currency pair. Sekiranya kadar interest matawang yang dibeli lebih tinggi dari matawang yang dijual, dipanggil positive swap dan trader akan mendapat keuntungan, jika sebaliknya dipanggil negative swap dan trader akan rugi.

Expert Advisor

Sebuah software yang dibangunkan oleh programmer untuk trade secara automatik berdasarkan setting-setting tertentu.

Page 4: Forex Zero Refzview

4

Broker Orang yang akan menguruskan perihal dagangan, deposit dan withdrawal anda. Exness adalah broker yang akan digunakan bagi pembeli ebook Forex Zero.

Introducing Broker

Introducing Broker atau dikenali sebagai (IB) adalah broker tempatan yang akan menguruskan deposit dan withdrawal anda.

Volatility Kecenderungan pergerakan sesebuah matawang samada laju, sederhana atau perlahan.

Page 5: Forex Zero Refzview

5

PANDUAN MENDAFTAR DENGAN BROKER EXNESS

Page 6: Forex Zero Refzview

6

Panduan Mendaftar Bersama Exness

Perkara pertama sebelum anda memulakan forex trading adalah memilih broker.

Saya syorkan anda untuk memilih broker dari Exness. Exness mempunyai beberapa

kelebihan yang saya lihat ianya sangat bagus bagi trader baru.

1. Nilai spread yang rendah.

2. Candlestick yang boleh dipercayai.

3. Servis deposit dan withdrawal daripada IB yang pantas.

4. Tidak perlu dokumen untuk verified akaun.

Dibawah ini adalah cara bagaimana untuk mendaftar bersama Exness..

1. Klik pada link ini untuk daftar dan trade bersama Exness

https://www.exness.com/a/516510

2. Klik pada registration

Page 7: Forex Zero Refzview

7

3) Pilih akaun sama ada Cent atau Mini berdasarkan jangkaan Modal yang akan

digunakan.

4) Masukkan semua detail anda berdasarkan gambar rajah.

Page 8: Forex Zero Refzview

8

5) Masukkan butiran anda seperti gambar rajah dibawah.

6) Masukkan password dan simpan password anda di dalam perisian Notepad

untuk rujukan masa akan datang.

Page 9: Forex Zero Refzview

9

7) Pilih bonus program yang ditawarkan oleh Exness. Bonus ini akan

memberikan bonus berbentuk USD yang boleh anda gunakan dalam trading. Namun

bonus tersebut tidak boleh dikeluarkan. Kebiasaannya bonus ini digunakan sebagai

support margin. Bonus diberikan setiap minggu.

8) Inilah rupa akaun real anda dengan Exness. Ambil masa untuk “explore”

akaun anda.

Page 10: Forex Zero Refzview

10

PANDUAN

DEPOSIT & WITHDRAWAL

Page 11: Forex Zero Refzview

11

PANDUAN DEPOSIT / WITHDRAWAL

Seterusnya saya akan menerangkan mengenai cara dan bagaimana untuk

melakukan proses deposit dan juga withdrawal wang anda. Ianya cukup mudah dan

pantas. Melalui pengalaman saya, ia hanya memakan masa selama 10 minit sahaja

dan maksimum 24 jam sekiranya Introducing Broker (IB) Malaysia tersebut sibuk.

Proses Deposit.

1) Hubungi Encik Haudli. Beliau merupakan Introducing Broker (IB) yang

melakukan servis yang pantas dan memuaskan hati. Beliau boleh dihubungi melalui

cara dibawah. Saya lebih mengesyorkan agar SMS dan telefon untuk proses yang

lebih pantas.

Skype : Haudli

Facebook : Haudli IB Exness

Yahoo Messenger : olynacarl

No Tel : 017-610 6506

Waktu urusniaga bermula dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 1 pagi. Encik

Haudli akan memberikan no. akaun banknya berdasarkan pilihan anda, sama ada

CIMB, Maybank dan sebagainya. Setelah melakukan proses withdrawal, sila sms

Encik Haudli berdasarkan format dibawah :-

Perlu diingatkan bahawa 2% charge akan dikenakan kepada anda. Sebagai contoh

anda

memasukkan RM 300, maka akaun trading anda hanya menerima RM 294 sahaja

setelah ditolak 2%..

IB Encik Haudli akan memberikan sebuah kod yang akan anda gunakan untuk

deposit. Untuk langkah seterusnya, sila ikuti seperti gambar rajah dibawah :-

Muhammad Iqbal bin Aman (Masukkan nama anda) Maybank /1940H/24 Jul 14/RM300 (Masukkan butiran pembayaran) 518710 (Masukkan no. trading anda.)

Page 12: Forex Zero Refzview

12

2) Sila login ke dalam akaun Exness anda menggunakan emel dan password

yang telah anda pilih. (http://www.exness.com)

3) Klik butang gear dan make a deposit.

4) Pilih Excard Local Payment seperti dibawah.,

Page 13: Forex Zero Refzview

13

5) Masukkan kod yang diberikan oleh Encik Haudli di dalam SMS.

Kemudian akan keluar page menyatakan berapa amaun USD yang telah di convert

dari RM. Rate conversion adalah berubah-ubah, Buat masa ini, RM ke USD

bersamaan dengan USD 1 = RM 3.2. Klik confirm dan amaun tersebut akan masuk

ke dalam akaun anda.

Proses Withdrawal

Setelah mendapat keuntungan melalui trading Forex, anda boleh melakukan

withdrawal melalui IB. Proses withdrawal adalah sangat pantas, kebiasaannya akan

ambil masa maksimum 24 jam bersama Encik Haudli.

1) Sila login kedalam akaun exness anda.

2) Klik pada button withdrawal disebelah kanan.

Page 14: Forex Zero Refzview

14

3) Sila pilih Excard untuk withdraw funds

4) Masukkan butiran seperti dibawah dan klik pada Next.

Page 15: Forex Zero Refzview

15

5) Butiran withdrawal anda akan kelihatan seperti ini.

6) Klik pada IB Encik Haudli. Masukkan kod yang anda terima melalui SMS dan

klik pada Confirm Withdrawal.

Page 16: Forex Zero Refzview

16

Kemudian, anda haruslah menghantar SMS kepada Encik Haudli berdasarkan

format dibawah :-

Tahniah saya ucapkan sekiranya anda telah berjaya withdraw. Diingatkan, bonus

anda akan dipotong setiap kali anda withdraw. Exness mempunyai kiraan tersendiri

dan jangan risau, bonus hanyalah support margin sahaja.

Withdraw 516778 (Masukkan no akaun trading anda) USD 10 (Masukkan amaun withdrawal anda) Maybank (Masukkan jenis bank) 1148 4204 6177 (Masukkan no akaun bank) Muhammad Iqbal bin Aman (Masukkan nama anda) [email protected] (Masukkan emel anda)

Page 17: Forex Zero Refzview

17

PENGENALAN KEPADA

MT 4 META TRADER

Page 18: Forex Zero Refzview

18

PENGENALAN KEPADA MT 4 META TRADER

Meta Trader 4 merupakan platform online yang bakal anda gunakan untuk trading. Ia

dibangunkan oleh Meta Quote Software dan boleh di download secara percuma.

Seterusnya kita akan beralih kepada cara untuk install MT 4.

1) Layari http://www.exness.com dan pilih trading tool.

2) Klik pada MetaTrader 4.

Page 19: Forex Zero Refzview

19

3) Klik pada download MetaTrader 4.

4) Setelah download, run software tersebut dan klik pada Next.

Page 20: Forex Zero Refzview

20

5) Klik pada kotak tersebut dan klik Next.

6) Tick pada semua kotak dan klik Next.

Page 21: Forex Zero Refzview

21

7) Klik pada Next setelah setup complete. Pastikan anda mempunyai

sambungan internet semasa installation sedang berlaku.

8) Masukkan no. akaun trading anda beserta password. Pilih server berdasarkan

server yang diberi di dalam akaun anda.

Anda baru sahaja selesai install platform online MT4 Exness. Seterusnya kita akan

mempelajari asas-asas penggunaan MT4 Exness.

Page 22: Forex Zero Refzview

22

PENGGUNAAN FUNGSI MT4 MetaTrader

Kali ini, saya akan menjurus kepada aspek penggunaan MT4. Secara imbasannya,

MT4 dibahagikan kepada 4 bahagian seperti dibawah.

Terminal

Terdiri daripada 9 tab iaitu Trade, Account History, Mailbox, Market, Signal,

Codebase, Experts dan Journal. Namun, tab-tab yang selalu anda akan gunakan

adalah Trade dan Account History Tab. Gambar diatas menunjukkan Trade Tab

yang telah saya pilih.

Type adalah keputusan trading saya sama ada Sell/Buy, size pula adalah nilai

satu pips yang saya letakkan, seperti contoh di atas saya letakkan 0.01 per pips,

bermaksud USD 0.10 per pips. Symbol pula menunjukkan currency pair apa yang

didagangkan. Price adalah nilai harga yang saya buy/sell ketika entri diilakukan. S/L

atau Stoploss adalah nilai harga yang saya set untuk kerugian yang minima. T/P

adalah Take Profit yang mana nilai harga yang saya set untuk mengambil

keuntungan.

Page 23: Forex Zero Refzview

23

Sementara Price disebelah T/P adalah Price semasa pada waktu tersebut.

Commission adalah bayaran kepada broker. Biasanya ia akan kosong. Swap adalah

nilai interest yang dikenakan. Sekiranya positive kita akan profit, atau sebaliknya.

Untuk Negara Malaysia, Swap tidak diberikan berikutan Exness memberikan akaun

Islamik forex secara automatik kepada Negara Malaysia dan Swap diharamkan

dalam Islam. Profit pula adalah jumlah keuntungan yang diterima pada waktu

tersebut. Ia boleh dipilih sama ada dalam bentuk Currency atau Pips. Sebagai

contoh diatas, ianya adalah dalam bentuk pips.

Tab Account History pula adalah rekod trading anda samada untung ataupun

rugi. Ia juga boleh digunakan untuk melihat aktiviti withdrawal dan juga deposit.

Toolbar

Kali ini saya akan menerangkan pula mengenai toolbar. Jika anda lihat terdapat

berbagai-bagai fungsi namun saya akan menerangkan yang penting sahaja.

Terbahagi kepada 7 bahagian dan saya akan menerangkannya satu persatu.

1) Jenis Chart

Jenis chart seperti anda lihat terdapat tiga jenis iaitu :-

1. Gambarajah Bar Chart

Page 24: Forex Zero Refzview

24

Diatas adalah contoh kepada Bar Chart. Bar chart terdiri daripada High and Low

Price dan juga Open and Close price. Penerangan serba ringkas berkenaan dengan

bar chart boleh difahami melalui ilustrasi dibawah :-

*Ehsan dari Forex4Noob

2. Gambarajah Candle Chart

Diatas adalah contoh kepada candle chart. Di dalam satu candle terdiri daripada

beberapa ciri yang perlu difahami. Sila lihat gambarajah dibawah untuk mengenali

karakteristik sebatang candlestick.

*Ehsan dari forex-chart-book.com

Page 25: Forex Zero Refzview

25

3. Gambarajah Line Chart

Diatas merupakan contoh sebuah line chart. Line chart hanya menunjukkan

maklumat close price sahaja. Biasanya line chart digunakan ketika ingin membuat

garisan SNR.

2) Zoom in / Zoom Out

Zoom in / Zoom Out digunakan untuk “adjust” display chart anda. Fungsi Zoom

sangat penting untuk anda melihat dengan teliti sesebuah chart dan juga melihat

gambaran awal chart. Zoom in memfokuskan display manakala Zoom out

membesarkan display.

3) Tile Window

Anda hanya menggunakan Tile Window apabila anda membuka banyak graf dalam

masa yang sama. Tile window sama sahaja seperti fungsi anda tekan minimize di

dalam Microsoft word.

4) Auto Scroll / Auto Shift

Fungsi ini digunakan untuk mengemaskini price semasa. Setiap kali price berubah,

chart akan bergerak dan menarik display untuk melihat chart semasa.

5) Indicator

Di dalam forex terdapat berbagai-bagai teknikal indicator yang boleh anda gunakan.

Ianya terdiri daripada Trend / Oscillator / Volume / Custom. Didalam Ebook Forex

Zero kita akan gunakan satu indicator yang akan menolong kita dalam menjana

profit melalui forex.

Page 26: Forex Zero Refzview

26

6) Timeframe

Gambarajah Timeframe

Seperti yang anda lihat, Timeframe atau TF terdiri daripada

M1,M5,M15,M30,H1,H4,D1,W1 dan MN. Ianya bermaksud, satu bar ataupun candle

akan sempurna setelah lengkap sesuatu kitaran. Misalan, anda memilih M5. Ia

bermaksud setiap 5 minit, sebatang bar atau candle akan lengkap dan muncul

candle yang baru. Begitu juga dengan TF yang lain-lain. Penggunaan TF amat

membantu anda ketika melakukan analisis.

7) Template

Template adalah satu setting yang telah di save yang mana boleh digunakan pada

masa akan datang. Ia bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan trader.

Terdapat berbagai-bagai set yang telah disediakan secara default setelah anda

download MT4. Namun, untuk Ebook Forexzero, kita takkan menyentuh langsung

penggunaan template ketika trading.

Page 27: Forex Zero Refzview

27

Drawing Tool

Drawing Tool merupakan alatan yang kerap akan anda gunakan kelak. Di dalam

drawing tool, terdapat beberapa jenis alatan yang boleh dipakai seperti gambarajah

dibawah :-

1. Cursor

2. Crosshair

3. Vertical Line

4. Horizontal Line

5. Trend line

6. Equidistant Channel

7. Fibonacci Retracement

8. Text

9. Text Label

10. Arrow

1) Cursor

Cursor adalah anak panah tetikus anda.

2) Crosshair

Crosshair adalah tool yang akan anda selalu gunakan ketika trading. Ia

memberi maklumat mengenai tarikh dan value of price semasa anda hover crosshair

tersebut. Jika anda klik dan hold left button, anda akan mendapat maklumat berapa

batang candle/bar, jumlah pips, dan juga harga dikawasan tersebut. Sila lihat

gambarajah untuk lebih pemahaman.

1

2 3 4

5 6 7 8 9 10

Page 28: Forex Zero Refzview

28

Gambarajah Tarikh & Waktu beserta Price Crosshair.

Gambarajah Format bacaan Crosshair yang ditarik.

3) Vertical Line

Ia merupakan alatan untuk melukis satu garisan menegak. Sesuai digunakan

untuk membahagikan waktu dan zon masa. Saya akan ajarkan satu teknik unik

menggunakan vertical line setelah anda sampai ke bab untuk trading nanti.

Gambarajah Vertical Line

Page 29: Forex Zero Refzview

29

4) Horizontal Line

Satu garisan mendatar dilukis biasanya untuk kegunaan Support and

Resistance (SNR). Horizontal line memberi maklumat berkenaan price disesuatu

kawasan. Lihat gambar rajah untuk pemahaman selanjutnya.

Gambarajah Horizontal Line.

5) Trend line

Satu garisan menyendeng yang digunakan untuk melukis sesuatu trend semasa. Ia

menyambungkan antara dua titik puncak ataupun dua titik lembah untuk membentuk

satu trend.

Page 30: Forex Zero Refzview

30

6) Equidistant Channel

Dua garisan selari yang dilukis untuk membentuk channel di dalam graf.

Fungsinya adalah sama seperti trendline, namun, Equidistant Channel ditarik

serentak berbanding trendline yang perlu dilukis satu persatu. Equidistant Channel

tidak akan digunakan ketika trade menggunakan strategi ebook Forex Zero kelak.

Kotak merah menunjukkan garisan Equidistant Channel.

7) Fibonacci Retracement

Digunakan untuk mengukur retracement sesuatu trend. Penggunaan Fibo

akan diterangkan selanjutnya di dalam ebook Forex Zero. Dibawah adalah contoh

penggunaan Fibonacci Retracement. Line-line kuning didalam gambar rajah

dibawah merupakan Fibonacci Retracement.

Page 31: Forex Zero Refzview

31

8) Text & Text Label

Kedua-dua command ini mempunyai fungsi yang sama, iaitu menulis ayat di atas

graf. Ia sama sahaja seperti Text box di dalam Microsoft Office.

9) Arrow

Arrow adalah satu set lukisan dan gambar anak panah yang sering dipakai oleh para

trader untuk menandakan entry dan exit position sesuatu pair.

Gambarajah Arrow

Page 32: Forex Zero Refzview

32

10) Chart Navigation

Kali ini, saya akan menerangkan mengenai komponen yang terdapat di dalam chart.

Penting untuk anda membaca dan memahami apa yang terdapat di dalam chart

dalam membantu anda melakukan trading.

1) Currency Pair dan Timeframe

2) Price

3) Price Semasa

4) Indicator

5) Tarikh dan Masa

Senarai Shortcut Penting di Dalam MT4.

Terdapat berbagai-bagai shortcut key yang penting dan akan anda gunakan

sepanjang anda trade. Dibawah ini saya meletakkan beberapa shortcut key yang

penting untuk pengetahuan anda.

1) F9 : New Order (Digunakan untuk melakukan entry ataupun close

position)

2) Ctrl + G : On/Off Chart Grid

3) Ctrl + I : On/Off Indicator List

Akhirnya, anda telah memahami dan mengenali seluruh komponen dan fungsi yang

terdapat di dalam MT4. Sila luangkan masa untuk mengeksplorasi MT4 supaya anda

akan biasa dan tahu bagaimana untuk menggunakhan MT4 Meta Trader kelak.

Page 33: Forex Zero Refzview

33

PENGENALAN ASAS FOREX GAYA ZERO

Page 34: Forex Zero Refzview

34

Support and Resistance (SnR)

Pengertian Support:

Support bermaksud suatu zon/kawasan yang mana harga sedang menurun dan

sentiasa “bounce” dari kawasan tersebut berbanding untuk menembusi kawasan

tersebut.

Gambarajah Support Level

Pengertian Resistance:

Resistance bermaksud suatu zon/kawasan yang mana harga sedang menaik akan

sentiasa “bounce” dari kawasan tersebut berbanding untuk menembusi kawasan

tersebut.

Gambarajah Resistance level

Page 35: Forex Zero Refzview

35

Breakout:

Breakout adalah suatu keadaan yang mana zon/kawasan support atau resistance

telah ditembusi dan mencipta kawasan support atau resistance yang baru. Ia akan

membentuk satu kawasan yang dipanggil Resistance Become Support (RBS) dan

ataupun Support Become Resistance (SBR).

Price yang melalui proses breakout akan sentiasa menuju kawasan Support atau

Resistance yang baru dan mula memantul (bounce) yang mana akan membentuk

support atau resistance baru.

Gambarajah Resistance Become Support (RBS)

Gambarajah Support Become Resistance (SBR)

Page 36: Forex Zero Refzview

36

Cara Melukis Support and Resistance di Dalam Graf MT4 Meta Trader

1) Pilih pada line chart.

2) Pilih pada horizontal line.

3) Letakkan horizontal line pada chart. Daripada kanan ke kiri, cari titik pantulan

yang anda jumpa. Buat beberapa garisan SnR.

Analisis Teknikal SnR

Sepertimana yang kita tahu, SnR adalah satu zon atau kawasan harga yang mana

harga berkemungkinan bounce ataupun breakout. Zon tersebut menandakan

bahawa buyer adalah sangat kuat dikawasan zon support sekiranya berlaku

bouncing yang berkali-kali pada harga tersebut.

Sama juga kepada zon resistance, yang mana seller sangat kuat dan menolak buyer

ke bawah dengan terjadinya bouncing di kawasan tersebut dengan kerap. Setelah

terjadi bouncing, price akan segera mencari kawasan SnR sebelum ini, ataupun ia

akan berada dalam keadaan ranging. Sila lihat gambarajah untuk pemahaman anda.

Page 37: Forex Zero Refzview

37

Gambarajah Teknikal Support and Resistance.

1) Keadaan pertama adalah apabila harga terus memantul di dalam kawasan

Support dan Resistance yang mana ia menunjukkan buyer dan seller masing-

masing sama kuat, ataupun indecisive decision sedang berlaku di dalam market.

2) Keadaan kedua adalah, menunjukkan level resistance adalah cukup kuat

untuk ditembusi dan buyer kehilangan momentum untuk melakukan breakout

dikawasan tersebut. Apabila buyer menjadi lemah, Seller mengambil tempat dan

menekan harga ke bawah sehingga kepada level support terdahulu.

Apabila breakout pula berlaku, price akan mula mencipta zon SnR yang terbaru,

kemudian menghala RBS ataupun SBR, bertindak sebagai retracement, kemudian

akan menuju ke zon SnR yang lebih jauh.

Page 38: Forex Zero Refzview

38

Trendline

Didalam market, terdapat 3 jenis trend yang harus dikenalpasti. Dengan latih tubi

yang mencukupi, anda semakin tajam dalam mengesan trend-trend yang sedang

berlaku. Trend tersebut adalah:

1. Uptrend

2. Downtrend

3. Sideway Trend (Ranging)

Pengertian Uptrend

Uptrend adalah satu keadaan price sentiasa menaik dan akan mencipta Higher High

(HH) yang baru. Ketika uptrend, keputusan entri yang terbaik adalah BUY.

Gambarajah dibawah menerangkan satu pergerakan uptrend.

Gambarajah Uptrend (Ehsan http://msuhaimi2007.blogspot.com/)

Pengertian Downtrend

Downtrend adalah satu keadaan price sentiasa menurun dan akan mencipta Lower

low (LL) yang baru. Ketika downtrend, keputusan entri yang terbaik adalah SELL.

Gambarajah dibawah menerangkan pergerakan downtrend.

Gambarajah Downtrend (Ehsan http://msuhaimi2007.blogspot.com/)

Page 39: Forex Zero Refzview

39

Sideway Trend (Ranging)

Sideway Trend atau dikenali sebagai ranging, bermaksud price akan sentiasa naik

dan turun di dalam satu lingkungan harga tertentu. Di dalam keadaan tersebut,

keputusan entri yang terbaik adalah BUY di support dan SELL di resistance.

Ehsan dari http://kurliye.in/knowledge-centre/sideways-trend

Asas Melukis Trendline diatas Chart

1) Pilih pada Line Chart

2) Pilih Tool Trendline

Page 40: Forex Zero Refzview

40

3) Letakkan didalam graf. Sambungkan antara HH ke HH dan HL ke HL bagi

Uptrend manakala LL ke LL dan HL ke HL bagi Downtrend.

Analisis Pergerakan Trend.

Setelah pergerakan satu trend sama ada Uptrend ataupun Downtrend telah berlaku,

kebiasaannya, akan digantikan dengan Sideway trend. Pada ketika ini, market

dianggap sebagai consolidation, yang mana jika uptrend, kemungkinan buyer

sedang berehat sebelum meneruskan momentum, jika downtrend, seller sedang

berehat sebelum meneruskan momentum.

Page 41: Forex Zero Refzview

41

Semasa sideway trend, adalah penting untuk melihat sejauh mana sideway berlaku.

Sekiranya sideway berlaku dalam jangkamasa yang singkat, maka ada

kemungkinan tinggi untuk meneruskan trend sebelumnya. Seandainya jika sideway

berlaku terlalu lama, maka kemungkinan tinggi reversal trend akan terjadi.

Sumber http://forexhit.com

Harga yang mengikuti arah trend dipanggil sebagai projection, manakala harga yang

melawan arah trend dipanggil sebagai retracement.

Untuk mengenal pasti reversal trend akan diajar didalam bahagian teknik forex zero

kelak.

Page 42: Forex Zero Refzview

42

Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement ataupun lebih mesra dipanggil “fibo” adalah satu tool yang

sangat popular yang digunakan oleh para teknikal trader. Ia telah diasaskan oleh

seorang ahli Matematik bernama Leonardo Fibonacci pada kurun ke-13.

Konsep penggunaan fibo adalah untuk mengukur sejauh mana pergerakan

retracement yang terjadi didalam sesuatu trend. Ia terdiri daripada beberapa level

namun yang akan kita perhatikan adalah dari 23.6 sehingga 100.0

Sumber dari Google Image

Asas Melukis Fibonacci Retracement

1) Klik pada Candlestick Chart

2) Klik pada Fibonacci Retracement

Page 43: Forex Zero Refzview

43

3) Titik atas dan bawah digunakan untuk menarik fibo ke atas atau ke bawah

manakala titik tengah untuk menggerakkan keseluruhan garisan fibo.

4) Untuk mengukur retracement yang terjadi ketika uptrend, anda harus pastikan

bahawa angka 100.0 berada dibawah dan diletakkan selari dengan swing low. Sila

lihat gambar rajah untuk pemahaman.

Page 44: Forex Zero Refzview

44

5) Untuk mengukur retracement yang terjadi ketika downtrend, anda harus pastikan

bahawa angka 100.0 berada diatas dan diletakkan selari dengan swing high. Sila

lihat gambar rajah untuk pemahaman.

Analisis Teknikal Fibonacci Retracement

Setelah meneliti dan mengenalpasti trend semasa, gunakan Fibo untuk mengenal

pasti retracement yang bakal terjadi. Kebiasaannya, harga akan retrace dalam

lingkungan level 23.6, 38.2, 50.0, dan 61.8. Apabila price sudah kehilangan

momentumnya, anda boleh meletakkan entri sehala dengan trend.

Page 45: Forex Zero Refzview

45

Candlestick Reversal Signal (CRS) and Candlestick Continuous Signal (CCS)

Seterusnya anda akan mengenali beberapa candlestick reversal signal dan juga

candlestick continuous pattern. Formasi candlestick ini amat penting sebagai signal

ketika anda ingin melakukan entri kelak.

Candlestick Reversal Signal (CRS)

Sekiranya anda menjumpai CRS, berkemungkinan besar untuk price berpatah arah

daripada momentum harga sebelumnya. Terdapat beberapa jenis CRS yang perlu

anda ketahui.

Shooting Star / Hanging Man / Hammer / Inverted Hammer

Shooting Star dan Hanging Man terjadi ketika Uptrend. Bentuknya lebih kurang

sama namun kedudukan ekor/shadow sahaja yang berbeza. Ketika ia muncul,

kemungkinan besar untuk bearish terjadi adalah tinggi.

Hammer dan Inverted Hammer pula terjadi ketika Downtrend. Bentuknya sama

sahaja namun kedudukan ekor/shadow adalah berbeza. Untuk semua candlestick

reversal signal tersebut, terdapat beberapa ciri yang perlu diketahui.

Terdapat shadow yang panjang.

Nilai body bersamaan 1/3 daripada high low candle tersebut. Sebagai contoh,

jika anda tarik crosshair untuk mengira pips dari high low sejumlah 30 pips,

kemudian anda tarik crosshair untuk mengira pips dari open dan close, ia

haruslah 10 pips ke bawah, bersamaan 1/3 dari nilai high low.

Page 46: Forex Zero Refzview

46

Analisis Teknikal CRS

CRS yang terbentuk adalah lebih baik terjadi didalam Timeframe D1 dan juga H4.

Namun, saya berpesan bahawa, anda pasti akan keliru dan kecewa apabila CRS

yang anda sangkakan tidak menyebabkan price berlawan arah, namun meneruskan

trend semasa. Penggunaan CRS adalah penting untuk melakukan entry semula

berdasarkan trend projection, bukan ketika retracement.

Candlestick Continuous Signal

Candlestick Continuous Signal (CCS) adalah digunakan bagi menentukan

kesinambungan trend harga semasa. Sekiranya price sedang menaik (bullish), price

akan menyambung pendakian sekiranya terjadi CCS. Sekiranya price sedang

menurun (bearish), price akan menyambung penurunan sekiranya terjadi CCS.

Inside Bar

Inside bar bermaksud, sebuah candle kecil yang terangkum didalam sebuah candle

yang lebih besar. Dalam erti kata lain, High Low candle semasa tidak melepasi High

Low candle sebelumnya. Sekiranya anda terlihat inside bar, ia akan memberikan

hasil yang lumayan. Maka anda boleh letakkan entri anda atas high candle besar.

*Ehsan http://2ndskiesforex.com/

Page 47: Forex Zero Refzview

47

Analisis Teknikal Inside Bar

Inside bar terdiri daripada dua candle, yang mana candle besar dinamakan sebagai

mother candle, dan candle yang kecil dan berada di dalam mother candle dipanggil

inside bar. Mother candle menunjukkan trend semasa samada bullish candle

ataupun bearish candle. Manakala inside bar menunjukkan bahawa trend semasa

sedang “berehat” sebelum meneruskan momentum.

Pada ketika trend semasa sedang berehat, seller atau buyer akan masuk dan

melawan mother candle dan momentum mereka habis didalam mother candle dan

ianya dinamakan sebagai inside bar. Maka, entri yang haruslah berdasarkan kepada

trend semasa. Entri Pending Order akan dipasang pada High atau Low Mother

Candle.

Stochastic Oscillator

Indicator Stochastic Oscillator digunakan untuk mengenal pasti momentum harga di

dalam pasaran. Sekiranya telah berlaku Overbought, maka kebiasaannya trader

akan mengambil keputusan untuk SELL. Manakala sekiranya Oversell, trader akan

mengambil peluang untuk buy. Dibawah ini ditunjukkan satu rajah stochastic

oscillator dan cara membaca indicator.

Gambarajah Stochastic Oscillator

Garisan merah yang ditandakan di bahagian bawah adalah kawasan Oversell.

Sekiranya graf garisan berwarna biru telah melepasi garisan ini, maka ianya

mempunyai potensi untuk BUY.

Garisan merah yang ditandakan di bahagian atas pula adalah kawasan Overbought.

Sekiranya graf garisan berwarna biru melepasi garisan ini, maka kebanyakan trader

akan mula meletakkan posisi SELL.

Page 48: Forex Zero Refzview

48

Cara Membuka dan Setting Stochastic Oscillator

1) Klik pada Insert

2) Pilih Stochastic Oscillator berdasarkan turutan gambar.

3) Klik pada OK. Biarkan sahaja setting yang sedia ada.

Page 49: Forex Zero Refzview

49

4) Indicator stochastic oscillator berada di bawah chart.

Analisis Teknikal Stochastic Oscillator

Stoch adalah salah satu indicator berbentuk oscillator, yang mana mengukur

momentum pergerakan sesuatu harga. Anda akan menggunakan Stoch untuk

memberikan anda idea adakah pergerakan harga sudah melemah atau tidak dengan

mengenal pasti di kawasan level Overbought ataupun Oversold.

Namun, harus diingatkan bahawa, apabila sudah sampai di kawasan OB atau OS,

tidak bermaksud ia akan memberikan keputusan entri kerana banyak faktor lain

yang mempengaruhi entri. Oleh itu, saya menekankan agar lebih mengutamakan

momentum price berdasarkan projection trend saja, dan tidak terlalu fokus pada

momentum retracement.

Page 50: Forex Zero Refzview

50

TRADE GAYA ZERO

(CONFLUENCE TRADING)

Page 51: Forex Zero Refzview

51

Saya mengucapkan syabas apabila anda telah sampai kepada bab ini. Bab ini

merupakan bab paling kritikal kerana ianya adalah skill trading yang bakal anda

gunakan untuk menjana kewangan melalui forex trading. Jadi, anda akan

diterangkan trading gaya zero (confluence trading).

Money Management

Money management adalah sebuah teknik bagaimana untuk mengawal margin anda

supaya akaun anda mampu bertahan sebelum MC. Jadual dibawah telah saya

berikan sebagai panduan supaya anda tidak perlu berfikir berkenaan dengan Money

Management. Dengan plan money management yang saya berikan, anda

mempunyai kebolehan untuk float negative sebanyak 1000 pips.

MODAL NILAI 1 PIPS JENIS AKAUN

USD 20 USD 0.02 MINI

USD 40 USD 0.04 MINI

USD 60 USD 0.06 MINI

USD 80 USD 0.08 MINI

USD 100 USD 0.10 MINI

USD 200 USD 0.20 STANDARD

USD 300 USD 0.30 STANDARD

USD 400 USD 0.40 STANDARD

USD 500 USD 0.50 STANDARD

USD 600 USD 0.60 STANDARD

USD 700 USD 0.70 STANDARD

USD 800 USD 0.80 STANDARD

USD 900 USD 0.90 STANDARD

USD 1000 USD 1.00 STANDARD

Perlu diingatkan, untuk Mini Akaun, 0.01 bernilai bersamaan 0.01 sen, manakala

Standard akaun 0.01 bernilai bersamaan 0.10 sen.

Page 52: Forex Zero Refzview

52

Setting MT4 Gaya Zero.

1) Pada Symbol, right click dan pilih show all.

2) Klik pada New Chart, hover pada Forex Mini, dan pilih 10 pair yang saya berikan

dibawah :-

Page 53: Forex Zero Refzview

53

1. USD/JPY

2. USD/CHF

3. NZD/USD

4. USD/CAD

5. EUR/USD

6. GBP/USD

7. AUD/USD

3) Ketika menyusun kesemua pair diatas, pastikan EUR/USD dan USD/CHF disusun

bersebelahan. Dua pair ini akan saling bertentangan. Andai EUR/USD sell,

USD/CHF akan buy.

4) Pilih dan buka Stochastic Oscillator untuk setiap pair.

Page 54: Forex Zero Refzview

54

5) Klik pada View > Toolbar> Untick Standard.

6) Susunkan toolbar-toolbar anda menjadi satu barisan.

7) Pangkah Market Watch supaya chart anda lebih lebar.

Page 55: Forex Zero Refzview

55

Maka, anda akan melihat chart anda berbentuk seperti ini :

Analisis Chart Gaya Zero

Setelah anda siap setting chart dan MT4 anda, sekarang tibalah masa untuk anda

menganalisis chart anda untuk mengenal pasti entri anda sama ada untuk buy

ataupun sell.

Mengenalpasti Trend.

Adalah penting untuk mengenal pasti trend. Dengan mengenal pasti trend, anda

boleh set di dalam minda anda sama ada buy ataupun sell. Pertama sekali buka

chart pada TF D1 untuk melihat gambaran besar trend semasa.

Lukiskan garisan SnR dengan menggunakan horizontal line. Buka pada line chart,

kemudian letakkan semua garisan SnR berdasarkan U-turn yang anda temui

bermula dari atas hingga ke bawah.

Page 56: Forex Zero Refzview

56

Sekiranya anda melihat price semasa tidak melepasi garisan SnR dan kerap

memantul-mantul dalam satu kawasan, bermakna anda telah mengesan sideway

trend.

Setelah itu, anda masih menggunakan TF D1, dan perhatikan kepada indicator

Stoch. Anda gunakan Vertical line dan tandakan mana-mana kawasan OB atau OS

yang terbaru telah dilalui oleh graf Stoch seperti gambarajah dibawah.

Klik pada Equidistant Channel dan letakkan pada chart.

Kemudian sambungkan antara dua puncak menggunakan Equidistant Channel.

Kemudian adjustkan Channel tersebut supaya selari.

Page 57: Forex Zero Refzview

57

Berdasarkan contoh diatas, anda telah mengenal pasti uptrend. Maka keputusan

entri yang perlu anda buat adalah BUY sahaja. Begitu juga downtrend, jika anda

mengenal pasti downtrend, maka keputusan entri anda hanyalah SELL sahaja.

Bagaimana pula Sideway ? Tunggu sahaja breakout berlaku dan entri dibuat ketika

price retrace.

Mengenalpasti Entri

Setelah anda telah mengenalpasti arah trend dan keputusan entri, anda haruslah

mengenal pasti retracement price terlebih dahulu. Ianya adalah penting untuk

memaksimumkan keuntungan yang bakal anda perolehi.

Ingat kata-kata ini, BUY di Support, SELL di Resistance. Berikut diterangkan

bagaimana untuk BUY di Support, SELL di Resistance.

1) Setelah mengenalpasti Trend semasa, pilih TF H4.

2) Lihat kepada Indi Stoch, untuk mengetahui momentum price semasa. Sekiranya

Downtrend, tunggu sehingga indi stoch telah memasuki kawasan Oversell (OS).

Manakala untuk Uptrend, tunggu sehingga indi Stoch memasuki kawasan

Overbought (OB). Lukis vertical line dan letakkan pada kawasan Overbought dan

Oversold terbaru.

Contoh Downtrend dan Price telah memasuki kawasan Oversold.

Page 58: Forex Zero Refzview

58

4) Lukiskan satu lagi Vertical Line pada kawasan OB atau OS sebelumnya. Pilih

Fibo dan tarik Fibo daripada Swing High ke Swing Low untuk Uptrend, manakala

Swing Low to Swing High untuk Downtrend.

Contoh downtrend, fibo ditarik dari Swing Low ke Swing High

5) Tunggu CRS atau CCS di lingkungan level 23.6, 38.2, 50.0, dan 61.8.

Contoh downtrend, terjadi inside bar di level 38.2

Page 59: Forex Zero Refzview

59

6) Anda boleh meletakkan Stop Order anda 10 Pips dari harga semasa ataupun

High or Low candle sebelumnya.

7) Untuk take profit, anda close entri anda yang positif pada hari esoknya dengan

menekan pangkah seperti gambar dibawah..

Cara Melakukan Stop Order ataupun Limit Order.

Setelah anda mengenal pasti entri anda, anda bolehlah setup satu kawasan order

yang mana sekiranya harga melalui kawasan tersebut, maka entri anda akan trigger

dan trade anda akan bermula.

Buy Stop Order dan Buy Limit Order

Gambar dibawah menerangkan secara ringkas maksud Stop Order dan Limit Order.

Sebagai contoh price semasa adalah RM 5. Buy Stop adalah apabila anda

menetapkan bahawa apabila price menaik melepasi RM 6, order BUY akan bermula,

manakala Buy Limit anda menetapkan bahawa apabila price menyentuh RM 4, order

BUY akan bermula.

Kita ambil contoh yang sama. price semasa adalah RM 5, Sell Stop adalah apabila

anda menetapkan bahawa sekiranya price semasa menurun melepasi RM 4, maka

order SELL akan bermula, manakala Sell Limit apabila price menyentuh RM 6, maka

order SELL akan berlaku.

*Ehsan dari http://www.informedtrades.com/

Page 60: Forex Zero Refzview

60

1) Tekan F9 pada keyboard.

2) Pilih Pending Order dan Nilai per Pips.

3) Pilih Keputusan Entri anda samada Stop / Limit Order

4) Masukkan price dikawasan tersebut.

Page 61: Forex Zero Refzview

61

Mengenalpasti Reversal Trend.

Apakah anda sudah bersedia untuk mengenal pasti reversal trend ? Sekiranyanya

anda telah menjumpai reversal trend, maka cepat-cepat tutup segala entri anda

yang sedang floating dan cancel semua pending order yang telah anda setup.

Reversal Trend sangat bahaya dan sukar untuk dikenalpasti. Jadi, adalah penting

untuk anda mengetahui tips dan trick bagaimana untuk mengesan reversal trend.

Jadi, saya sediakan 4 tips untuk mengenal pasti reversal trend.

1) Candlestick selepas news

2) Fibonacci Level 61.8 breakout

3) Divergence

4) Trendline Breakout.

Candle Selepas News

News adalah penyebab utama dalam menggerakkan harga sama ada mengikut arus

trend semasa ataupun melawan arus trend semasa. Jadi, bagaimana untuk

mengesahkan bahawa news tersebut membawa kepada reversal trend ataupun

hanyalah spekulasi sahaja.

Lihat pada H4, tunggu sehingga candle close. Candlestick timeframe H4 close pada

setiap jam 0800H, 1200H, 1600H, 2000H, 0000H dan 0400H. Sekiranya candle

close dan mencipta candle marubozu bullish/bearish maka berkemungkinan besar

perubahan trend telah berlaku.

*Ehsan dari http://incrediblechart.com

Page 62: Forex Zero Refzview

62

Namun, jika terjadi candle yang menghasilkan shadow/tail yang panjang, ini

bermaksud price akan meneruskan trend semasa. Contoh candlestick dengan

shadow/tail yang panjang adalah seperti berikut :

*Sumber www.myforexdot.org.uk

Fibonacci Retracement

Ketika mengukur Fibo, anda harus perhatikan level 61.8. Ia merupakan zon untuk

anda cutloss. Lihat kepada pergerakan candle. Sekiranya candle close melebihi zon

level 61.8, kemungkinan besar reversal trend sedang berlaku. Lihat contoh dibawah,

untuk pair GBU/JPY ketika downtrend dan sedang melakukan retracement.

Price sedang dalam keadaan retracement.

Page 63: Forex Zero Refzview

63

Price cuba meneruskan downtrend namun level 0.0 gagal ditembusi. Kemudian

terjadi sebuah Candlestick Marubozu dan menembusi level 61.8

Kemungkinan reversal trend bakal terjadi. Terbalikkan Fibo untuk mengukur

retracement ketika uptrend pula. Kelihatan price semasa sedang retrace di level

38.2. Ketika ini, tunggu sehingga CRS ataupun CCS muncul, barulah letakkan

Pending Order di atas High candle sebelumnya.

Page 64: Forex Zero Refzview

64

Divergence

Divergence bermaksud perbezaan antara pergerakan trend dengan momentum

harga. Divergence hanyalah sesuai untuk digunakan ketika market sedang uptrend

ataupun downtrend, dan tidak boleh digunakan ketika sideway trend.

Cara Mengenal Pasti Divergence

Di dalam indicator stochastic oscillator, dengan menggunakan trendline, anda

sambungkan antara level Overbought dan Oversell yang terawal. Pilih TF D1.

Uptrend

Sambungkan level Overbought sahaja menggunakan trendline di dalam Stoch.

Sekiranya anda melihat level OB sebelum lebih tinggi dari level OB semasa, maka

Divergence telah berlaku dan kemungkinan Downtrend akan terjadi. Lihat contoh

dibawah.

Downtrend

Sambungkan level oversold sahaja menggunakan trendline di dalam Stoch.

Sekiranya anda melihat level OS sebelum lebih rendah dari level OB semasa, maka

Divergence telah berlaku dan kemungkinan Uptrend akan terjadi. Lihat contoh

dibawah.

Page 65: Forex Zero Refzview

65

Trendline break

Ini adalah petunjuk yang mudah. Selepas anda melukis trendline menggunakan

Equidistant Channel, sekiranya candle telah close dan break trendline, itu adalah

petanda perubahan trend sedang berlaku.

Untuk trendline break, ia tak semestinya selepas Uptrend, akan menjadi Downtrend,

kemungkinan price akan break ke atas, dan menjadi lebih kuat. Ia bermaksud

Uptrend baru sedang berlaku. Sama juga situasinya dengan downtrend.

Page 66: Forex Zero Refzview

66

CHECKLIST TRADER DECISION

Confluence / Pair

USD /JPY

GBP /USD

NZD /USD

USD /CAD

EUR /USD

USD /CHF

AUD /USD

Trend Uptrend

Fibo Price kat level

50.0

CRS/CCS Hammer

Stoch Over sold

Reversal Takde

Decision BUY

Dengan menggunakan checklist diatas, adalah mudah untuk anda menetapkan

matlamat entri anda kelak sewaktu trade secara live.

Page 67: Forex Zero Refzview

67

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK TRADER BARU

Page 68: Forex Zero Refzview

68

Kata-Kata Semangat

Alhamdulillah bagi yang Muslim dan syukur keatas Tuhan bagi non-muslim,

kerana akhirnya kita telah pun sampai ke penghujungnya. Lega hati saya apabila

ilmu forex yang berbagai-bagai, bercabang-cabang, dapat saya “compress” menjadi

nipis.

Saya percaya, suatu hari nanti kita semua akan menjadi newbie dalam forex,

dari zero kepada newbie, itulah target saya untuk pembaca sekalian. Semakin lama

anda dalam bidang ini, maka semakin banyaklah ilmu dan perkara yang anda akan

pelajari. Forex itu jalannya berliku, jadi, anda akan rasakan sendiri cabarannya.

Beberapa nasihat saya untuk anda semua :-

1. Stick kepada satu teknik. Saya berharap anda akan terus mengamalkan

perkara-perkara baik yang saya terangkan. Jangan selalu melompat-lompat

teknik seperti mana yang telah saya lalui

2. Jaga MM : Walau tunggang terbalik macam mana pun entri anda, namun jika

anda mempunyai MM yang kuat, susah untuk akaun anda MC. Jangan risau,

ikut sahaja jadual MM yang telah saya sediakan dalam Ebook ini.

3. Kuatkan semangat :- Sentiasa kuatkan semangat anda apabila melihat float

negative. Set TP +1 untuk entri yang float terlalu lama.

4. Withdraw sekerap mungkin sehingga anda balik modal semula.

Page 69: Forex Zero Refzview

69

TAWARAN SECRET GROUP

FOREX ZERO!

Dengan menjadi Ahli Secret Group ForexZero,

anda akan menikmati :-

Group Online Support

Live Small Group Coaching

(Kuantan / KL Only) Set time and date first.

Free Random Signal

Free Random USD 10 deposit

Satu lagi confluence factor rahsia yang saya

tak tulis di dalam ebook ini.

Sertai kami dengan harga semurah RM 30 sahaja

*Pembeli asal akan dimasukkan terus ke Secret

Group Forex Zero.