kertas kerja warga tua emas

7
SJK ( T ) SARASWATHY PETALING KUALA LUMPUR KERTAS KERJA Program Lawatan Menjejak Kasih Warga Emas ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PANITIA MORAL & PENDIDIKAN SIVIK Sasaran: Murid-Murid Tahun 5 Tarikh: 20 JULAI 2013 ( SABTU ) Masa: 9.00 pagi hingga 12. 00 tgh

Upload: kogilavani-muniandy

Post on 30-Nov-2015

1.829 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kerts kerja

TRANSCRIPT

SJK ( T ) SARASWATHY PETALING KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

Program Lawatan Menjejak Kasih Warga Emas

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PANITIA MORAL &

PENDIDIKAN SIVIK

Sasaran: Murid-Murid Tahun 5

Tarikh: 20 JULAI 2013 ( SABTU )

Masa: 9.00 pagi hingga 12. 00 tgh

Tempat: Rumah Warga Emas Taman YARL

 1. TUJUAN

Memberi kesedaran kepada murid-murid dalam erti kasih sayang ibu bapa.

2. NAMA PROJEK

Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas

3. PENGENALAN

Program Lawatan Menjejak Kasih Rumah Warga Emas adalah program berdasarkan kepada

program penyayang. Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara

lansung maupun tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam

bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran ditinggalkan oleh

anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu,sewajarnya program ini

dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua yang ditinggalkan oleh insan yang

bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada

dalam jiwa kami sebagai seorang anak agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang

daripada kami dan rasa sedikit keprihatian daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, program

ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang berguna dalam memahami sifat-sifat

warga tua dengan lebih mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam menguruskan

warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Selain itu,kami membawa

sedikit ilmu yang ada pada kami kepada warga tua disana dalam mencari erti kasih sayang dan

menerima sebagai satu ujian untuk diri.

4. OBJEKTIF

1. Mengeratkan sillaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur.

2. Murid dapat mempelajari ,Mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu

bapa.

3. Murid dapat memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat

tanpa mengira pangkat dan darjat.

4. Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain.

5. Murid dapat mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dengan bersosial dengan

masyarakat di sana.

5. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

1. Memberi kesedaran kepada peserta dalam erti kasih sayang ibu bapa.

2. Dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan sebuah erti

kehidupan dan masa muda.

3. Supaya warga tua tidak merasakan dipinggirkan oleh masyarakat.

4. Meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri murid .

5. Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami setelah diabaikan

dan dibuang oleh anak-anak mereka.

6. Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat -sifat warga tua agar dapat mendidik diri

para peserta menjadi insan yang cakna dengan warga tua .

6. TARIKH DAN HARI

20 JULAI 2013 (Sabtu)

7. TEMPAT

Rumah Warga Emas Taman Yarl

8. JENIS KEGIATAN / PROGRAM

1. Beramah mesra dengan warga tua.

2. Mengambil cakna sifat-sifat warga tua dan bersosial dengan mereka.

3. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan hati

mereka.

4. Memberikan sedikit input kerohanian kepada warga tua.

9. PESERTA

15 orang murid Saraswathy

10. STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A

11. ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran B

12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada ( sumbangan daripada guru- guru SJKT SARASWATHY )

13. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para peserta mendapat

impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program ini, murid lebih cakna kepada

masyarakat sekeliling,menghargai ibu bapa mereka dan lebih menghargai masa muda yang

mereka miliki pada saat ini.

Disediakan oleh , Disokong dan diluluskan oleh,

_____________ _____________Pn.P. Pushpavali En. S.JayapalanGuru Bimbingan & Kaunseling Guru Besar,SJKT Saraswathy , Petaling SJKT Saraswathy, Petaling

Lampiran A

Pengerusi : EN. JAYAPALAN SUPPIAH ( Guru Besar SJK(T) Saraswathy, KL ) Timbalan Pengerusi : Pn. Rebecca

( Penolong Kanan Kurikulum ) N. Pengerusi 1 : Pn.Patma devi

( Penolong Kanan HEM ) N. Pengerusi 2 : Cik. Latha

( Penolong Kanan Kokurikulum ) Setiausaha : Pn. Pushpavali

( Guru Bimbingan dan Kaunseling )AJK : 1) Cik. Vimala ( gambar )

2) Pn. Yogeswary ( makanan ) 3) Pn. Saraswathy ( kutipan sumbangan ) 4) Pn. Nalini ( pemilihan murid & surat kebenaran ) 5) Pn. Pushpavali ( laporan ) 6) Pn. Jayaletchumy ( brosur ) 7) Pn. Rosnee ( aktiviti )

Lampiran B

ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS

(20 Julai 2013 , Sabtu)

8.3 0 pg : Mengambil kedatangan murid di Dewan Saraswathy.

 8.45pg : Bertolak ke rumah warga emas

9.00 pg : Berkenalan dan sesi beramah mesra dengan mereka.

10.00 pg : sarapan pagi

11.00 pg : Aktiviti - aktiviti bersama orang-orang tua

11. 30 pg : Penyampaian sumbangan

11. 45 pg : Bertolak pulang ke sekolah.