apakah osteoporosis? - pom.com.sg · bagi warga emas, apabila anda jatuh, ia boleh menjadi serius....

16
Apakah Osteoporosis?

Upload: dinhnhan

Post on 16-Aug-2019

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ApakahOsteoporosis?

Osteoporosis ialah sejenis penyakit senyap. Osteoporosis, yang secara literalnya bermaksud 'tulang poros', berlaku apabila kepadatan dan kekuatan tulang semakin berkurangan. Apabila tulang kian rapuh dan lemah, risiko patah menjadi lebih tinggi. Kehilangan jisim tulang berlaku secara senyap dan berterusan. Lazimnya, pesakit tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah patah tulang berlaku buat kali pertama¹.

Kebarangkalian retak tulang ini berlaku, terutamanya pada bahagian pinggul dan tulang belakang, meningkat seiring dengan pertambahan usia bagi kedua-dua wanita dan lelaki¹.Keretakan vertebra boleh membawa akibat yang buruk termasuk pengurangan ketinggian, sakit belakang yang teruk dan kecacatan fizikal. Retak pinggul sering memerlukan pembedahan dan boleh mengakibatkan hilang upaya atau kematian¹.

Apakah Osteoporosis?

Bagaimanakah saya tahu jika saya

menghidap Osteoporosis?

Retak tulang yang paling biasa dikaitkan dengan osteoporosis berlaku pada pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.

wanita yang berumur melebihi 50 tahun akan mengalami patah tulang 1 daripada 3

akibat daripada osteoporosis, begitu juga pada 1 daripada 5 lelaki

Di Singapura, perkadaran individu yang berumur melebihi 65 tahun dijangka meningkat kira-kira 3 kali ganda daripada 6% kepada 19% dari tahun 1990 hingga 2030².

Dalam tempoh 3 dekad sejak tahun 1960an, bilangan kes retak pinggul akibat daripada osteoporosis di Singapura telah mencatatkan peningkatan 5 kali ganda kepada 403 kes bagi setiap 100,000 orang dalam kalangan wanita yang melebihi umur 50 tahun².

Bilangan kes retak pinggul akibat daripada osteoporosis dalam kalangan wanita yang berumur melebihi 50 tahun adalah 8 kali ganda berbanding dengan bilangan kes kanser payudara².

*402 kes retak pinggul akibat daripada osteoporosis berbanding dengan 53 kes kanser payudara dalam 100,000 orang².

Bagi setiap 4 orang pesakit retak pinggul di Singapura².• 1 orang meninggal dunia dalam tempoh tahun pertama• 1 orang terlantar di katil atau perlu bergantung pada kerusi roda• 2 orang masih berupaya berjalan (± alat bantu berjalan)

Adakah saya akan mati akibat daripada retak pinggul?

Sumber: Persatuan Osteoporosis Singapura http://osteoporosissoc.org.sg/ipoet/ (diakses kali terakhir pada 3 Mar 2017)

Tulang Normal

Tulang dengan Osteoporosis

Retak tulang akibat daripada osteoporosis dikaitkan dengan kadar mortaliti (kematian) dan mortaliti (penyakit)².

Adakah saya dalam kumpulan berisiko Tinggi?

Sesetengah orang berdepan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Beberapa faktor risiko termasuk³ :• Pernah retak tulang sebelum ini yang bukan disebabkan oleh kemalangan• Menopaus awal sebelum usia 45 tahun, sama ada secara semula jadi atau pembedahan. Ahli keluarga terdekat yang menghidap osteoporosis• Merokok• Meminum terlalu banyak alkohol• Kurang bersenam atau kurang bergerak untuk tempoh yang lama• Diet yang rendah kandungan kalsium atau vitamin D• Penyakit tertentu, contohnya, artritis reumatoid

Semua lelaki dan wanita berisiko untuk menghidapnya.

Ujian ketumpatan mineral tulang boleh dijalankan pada jenis tulang yang berlainan, lazimnya tulang pinggul dan tulang belakang dan ia mengukur tahap mineral tulang di bahagian tertentu di dalam tulang anda.

Keputusan ujian BMD dapat membantu ahli professional kesihatan anda menilai risiko retak tulang dan memberi cadangan untuk mencegah atau merawat osteoporosis⁴.

Berapa banyakkah kalsium dan vitamin D yang saya perlukan⁵?

Nutrien Pengambilan Harian yang Disyorkan

Kalsium 1000mg/hari

Vitamin D Sekurang-kurangnya 400 IU/hari

Bagaimanakah saya tahu jika saya menghidap

Osteoporosis?Cara terbaik untuk mengesahkan Osteoporosis ialah melalui ujian Ketumpatan Mineral Tulang (BMD).

BMD ialah ujian yang tidak menyakitkan dan tidak bersifat invasif (tiada jarum atau alat akan dimasukkan ke dalam badan atau kulit) dan biasanya mengambil masa kurang daripada 15 minit⁴.

Apakah LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN YANG PERLU SAYA AMBIL?

1) Mula Melindungi Tulang Anda⁵Perjalanan anda untuk tulang yang kuat bermula dengan: • Makan makanan yang mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi • Melakukan senaman menahan beratan dengan kerap • Bebas daripada merokok • Hadkan pengambilan alkohol

Diet yang seimbang akan memberikan nutrien yang mencukupi termasuk kalsium untuk membina tulang yang kuat untuk badan anda. Jadi, jangan lupa untuk menjadikan makanan yang kaya dengan kalsium sebagai sebahagian daripada keperluan harian anda.

Susu dan Produk Susu

Yogurt rendah lemak 1 karton (200g) 420Susu rendah lemak 1 gelas (250ml) 300

Ikan / Daging / Kekacang

Ikan bilis kering (dengan tulang) 2 sudu besar (40g) 240Kacang soya (dimasak) 1 cawan (180g) 190Tauhu, pejal (tau kwa) 1 keping kecil (90g) 150Kacang soya dengan sirap(tau huay) 1 mangkuk (620g) 380Tauhu, lembut (tofu) 2 kiub (170g) 50Telur 1 (50g) 30Minuman kacang soya 1 gelas (250ml) 25

Buah-buahan/Sayur-sayuran

Kailan, dimasak 3/4 cawan (100g) 195Bayam, dimasak 3/4 cawan (100g) 140Chye Sim, dimasak 3/4 cawan (100g) 135Kacang panjang, dimasak 3/4 cawan (100g) 50

Produk Kalsium yang Diperkuat

Mee telur 1 bahagian (100g) 210Roti penuh gandum 2 potong (60g) 120

SUMBER SAIZ HIDANGAN KALSIUM(mg) bagi setiap hidangan

Kandungan Kalsium dalam Beberapa Makanan Biasa

Bagaimana Dengan Vitamin D?Vitamin D menguatkan tulang anda dengan meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus kecil anda dan mengawal jumlah kalsium dalam darah anda.

Walaupun terdapat sumber makanan daripada vitamin D seperti salmon, hati, telur, minyak ikan kod dan makanan yang diperkuatkan seperti marjerin dan sesetengah susu rendah lemak, ia tidak dapat menyumbangkan jumlah vitamin D yang mencukupi.

Jadi, cara terbaik untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi adalah dengan berjalan di luar rumah apabila matahari terbit. Pendedahan kepada cahaya matahari selama 15 minit pada setiap hari sudah mencukupi. Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti di luar rumah semasa waktu paling panas pada siang hari.

Senaman Menahan BeratanSenaman menahan beratan ialah aktiviti yang anda lakukan dengan kaki anda bagi menyokong berat badan anda. Aktiviti ini perlu mempunyai kesan yang mencukupi bagi memberikan manfaat kepada kesihatan tulang. Jadikan senaman ini sebagai

sebahagian daripada rutin senaman harian anda:

• Tai Chi• Berjalan pantas• Joging• Menari• Memanjat tangga• Sukan raket

Bagi individu yang menghidap osteoporosis, langkah berjaga-jaga perlu diambil apabila melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga Pendedahan.

Sentiasa merujuk kepada doktor anda sebelum melakukan sebarang senaman menahan beratan.

2) Elak Jatuh = Elak Patah⁶Bagi warga emas, apabila anda jatuh, ia boleh menjadi serius. Warga emas selalu mengalami kecederaan, daripada luka kecil dan lebam hingga retak tulang selepas jatuh.

Di Singapura, kira-kira satu daripada lima warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas, jatuh pada setiap tahun dan ramai daripada mereka jatuh berulang kali. Walaupun jatuh mungkin berlaku kerana kemalangan, tetapi kebanyakan daripada kejadian jatuh ini boleh dielakkan.

Sentiasa aktif, lakukan aktiviti fizikal selama 150 minit pada setiap minggu dan lakukan senaman kekuatan & keseimbangan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tai Chi dan Qigong adalah contoh senaman kekuatan dan keseimbangan yang baik.

Apabila anda rasa ragu-ragu sama ada sesuatu aktiviti fizikal sesuai atau tidak untuk anda, semak dengan doktor anda.

Apabila tulang lemah, ia akan mudah patah. Ia adalah penting bagi anda untuk mengambil kalsium yang mencukupi setiap hari untuk tulang yang kuat.

Berjumpa dengan ahli profesional penjagaan mata sekali setahun untuk memeriksa mata anda. Ini akan membantu memastikan anda tidak memakai cermin mata dengan preskripsi yang salah atau menghidap sebarang penyakit mata seperti glaukoma atau katarak.

Pakai kasut yang sesuai dan tidak licin semasa anda keluar, walaupun hanya berjalan ke pasar.

PETUABersenam Dengan Kerap1

PETUAKuatkan Tulang Anda2

PETUAJalani Pemeriksaan Mata yang Kerap3

PETUAPakai Kasut Yang Sesuai dan Tidak Licin4

Rumah ialah tempat anda banyak meluangkan masa dan beberapa langkah mudah ini boleh menjadikan rumah anda lebih selamat.

PETUApastikan Rumah anda Selamat & Kemas5

Selepas didiagnosis menghidap osteoporosis, ahli professional kesihatan anda akan memberi preskripsi ubat anti kehilangan jisim tulang atau pembentukan tulang.

Ingat, bagi membolehkan ubat anda berkesan, anda hendaklah mengambilnya seperti yang dipreskripkan, bersenam dengan kerap dan terus mengambil jumlah kalsium dan vitamin D yang disyorkan.

Apakah yang perlu anda lakukan jika anda didiagnosis menghidap Osteoporosis?

Ruang Tamu• Susun semula perabot anda bagi memudahkan pergerakan anda.

• Ikat wayar dengan kemas supaya anda tidak tersandung.

Bilik tidur• Kaki anda perlu mencecah lantai apabila anda duduk di birai katil

• Sebelum berdiri, duduk seketika bagi memastikan anda tidak berasa pening.

Bilik air• Gunakan tikar yang tidak licin untuk mengelakkan daripada tergelincir

• Pasang bar pemegang di dinding supaya anda boleh memegangnya bagi sokongan tambahan untuk mengimbangi pergerakan anda.

Dapur• Simpan item yang kerap digunakan dalam laci yang lebih rendah.

• Jika anda perlu mendapatkan sesuatu dari sebuah kabinet yang tinggi, minta bantuan daripada ahli keluarga anda. Elakkan daripada memanjat bangku.

Pencahayaan• Pastikan rumah anda mempunyai cahaya yang cukup terang supaya anda dapat melihat dengan jelas.

• Letakkan lampu meja di sisi katil anda supaya anda boleh memasang ampu dengan mudah apabila anda perlu ke bilik air pada waktu malam.

Prolia® mengandungi denosumab, sejenis protein yang mengganggu protein lain untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang dan mencegah osteoporosis.

Ia tidak disingkirkan melalui buah pinggang/hati dan tidak memerlukan pelarasan dos bagi pesakit buah pinggang⁷. Walau bagaimanapun, sila beritahu doktor anda jika anda sedang atau pernah mengalami masalah buah pinggang yang teruk, kegagalan buah pinggang atau memerlukan dialisis.

Apakah Prolia® dan Mengapakah ia Prolia® - Rawatan Terbaru dengan

Rawatan dengan Prolia® menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan retak⁷.

PROLIA MENYEKATLIGAN RANK1

OSTEOKLAS

LIGAN RANK

OPG*

PROLIA IALAH ANTIBODI MONOKLON MANUSIA SEPENUHNYA

PROLIA INHIBITSRANK LIGAND1

OSTEOCLAST

RANK LIGAND

OPG*

PROLIA IS A FULLY HUMANMONOCLONAL ANTIBODY

OSTEOCLAST FORMATION, FUNCTIONAND SURVIVAL INHIBITED2

OSTEOCLAST STOPPED BEFORETHEY MATURE AND RESORB BONE3

Oestrogen membantu menjaga kesihatan tulang. Setelah wanita mencapai menopaus, tahap estrogen akan berkurangan dan ini boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang. Lama-kelamaan, ini boleh membawa kepada suatu keadaan yang dikenali sebagai osteoporosis. Apabila usia lelaki meningkat dan/atau tahap hormon lelaki (testosteron) berkurangan, mereka juga boleh menghidap osteoporosis⁴.

Kompartmen tulang pada garis dasar dan selepas rawatan dengan Prolia®¹⁰

Perwakilan skematik yang dicadangkan bagi perubahan dalam kompartmen tulang pada garis dasar dan selepas rawatan dengan plasebo atau denosumab. Diadaptasi daripada Journal of Clinical Densitometry:Assessment of Skeletal Health, vol.16,no 2, 250-256,2013

Kekurangan keporosan meningkatkan ketumpatan tulang trabekular dan

penilaian ketebalan tulang korteks

DENGAN PROLIA®10

GARIS DASARTulang Trabekular

Zon peralihan (korteks endosteal)

Kompartmen trabekular

Tulang korteks (korteks padat)

Kedua-dua lelaki dan wanita boleh terjejas oleh osteoporosis.

PENYEKATAN PEMBENTUKAN, FUNGSI DAN KETAHANAN OSTEOKLAS 2

OSTEOKLAS TERHENTI SEBELUM MENJADI MATANG DAN MENYERAP SEMULA TULANG3

Dipreskripsikan kepada Saya? cara tindakan yang unik⁷⁸⁹

Imej di atas adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja dan mewakili titik masa tertentu.

Sila rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut.

24 30

Prolia® diberikan pada setiap 6 bulan melalui suntikan subkutaneus oleh doktor anda atau jururawat⁷.

Bagaimanakah cara Prolia® diberikan ?

Untuk mendapatkan manfaat yang sebanyak mungkin daripada rawatan anda, adalah penting untuk menggunakan Prolia® setiap 6 bulan. Sila berbincang dengan doktor anda sebelum anda menghentikan rawatan.

Prolia® diberikan sebagai 1 suntikan pada setiap 6 bulan⁷:

Dos Permulaan

Picagari sekali guna dengan pra-isi 1 ml

Dos pada

Bulan6

Dos pada

Bulan12

Dos pada

Bulan18

Dos pada

Bulan

Dos pada

Bulan

Ya, semua pesakit perlu mengambil 1000 mg kalsium setiap hari dan sekurang-kurangnya 400 IU vitamin D setiap hari⁷.

Seperti semua ubat lain, Prolia® boleh menyebabkan kesan sampingan, walaupun bukan semua orang mengalaminya.

Kesan sampingan yang biasa dilaporkan ialah sakit rangka otot, sakit anggota, sakit belakang, hiperkolesterolemia, sistitis, sembelit dan ekzema⁷.

Jika anda mendapat apa-apa kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda. Ini termasuk kemungkinan berlakunya mana-mana kesan sampingan yang tidak disenaraikan dalam risalah ini.

Apakah kesan sampingan yang biasanya dikaitkan dengan Prolia®?

Adakah saya perlu meneruskan pengambilan kalsium dan vitamin D saya semasa menjalani rawatan dengan Prolia®?

VITAMIND

KALSIUM

KESAN SAMPINGAN

1) Sakit rangka otot

2) Sakit Belakang

3) Sembelit

Rujukan

1) International Osteoporosis Foundation. https://www.iofbonehealth.org/what-is-osteoporosis. Last assessed 23/01/2017. 2) Osteoporosis Society (Singapore) http://osteoporosissoc.org.sg/information-2/for-patients/key-data-and-figures/. Last assessed 23/01/2017. 3) Osteoporosis Society (Singapore) http://osteoporosissoc.org.sg/about-osteoporosis/risk-factors/. Last assess 23/01/2017. 4) Health Promotion Board Singapore https://www.hpb.gov.sg/HOPPortal/health-article/7468. Last assessed 23/01/2017 ). 5) Health Promotion Board's Osteoporosis Patient Brochure6) Health Promotion Board Falls Prevention Guide (For Caregivers)7) Prolia Singapore Prescribing Information CC revision March 20188) Miller PD. Curr Osteoporos Rep. 2009; 7:18-22. 9) Baron R. Bone. 2011; 48(4): 677-9210)McClung MR et l. Journal of CLinical Densitometry: Assessment of Skeletal Health. 2013; 16(2): 250-256

Apa lagi yang perlu saya beri perhatian sebelum saya memulakan

rawatan dengan Prolia® ?Anda tidak boleh mengambil Prolia® jika tahap kalsium dalam darah anda rendah/jika anda hipersensitif terhadap Prolia® dan komponen yang berkaitan dengannya⁷.

Beritahu doktor anda jika anda sedang atau baru-baru ini mengambil apa-apa ubat lain. Anda tidak boleh mengambil Prolia® bersama-sama dengan ubat lain yang mengandungi denosumab.

Jika anda sedang menjalani rawatan pergigian atau akan menjalani pembedahan gigi (contohnya mencabut gigi), sila maklumkan doktor anda dan beritahu doktor gigi anda bahawa anda sedang dirawat dengan Prolia®⁷.

Sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut. Untuk diedarkan oleh ahli profesional penjagaan kesihatan kepada pesakit yang dipreskripsi dengan Prolia®. Untuk kegunaan dalam bilik rundingan doktor sahaja. Semua gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Promo code