kertas prosiding gaya ukm-pekan baru

22
SEKOLAH DI PILIH, PERSAHABATAN DI BINA, BULI DI ELAK SEMASA TRANSISI KE SEKOLAH MENENGAH DI PEKANBARU DAN HULU LANGAT MOHAMAD ISKANDAR SHAH BIN SITAM (P66579) MOHD AMAR BIN MD ARIF (P66370) IZZATI BINTI MOHD YUSOP (P66339) NORHAZWAH BINTI ESTIAR (P66438) NORIHA BINTI KASIM (P56553) KERTAS PROSIDING YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI SYARAT KURSUS GGGD6253 SOSIOLOGI PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2012

Upload: amarif88

Post on 03-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

prosiding

TRANSCRIPT

4

SEKOLAH DI PILIH, PERSAHABATAN DI BINA, BULI DI ELAK SEMASA TRANSISI KE SEKOLAH MENENGAH DI PEKANBARU DAN HULU LANGATMOHAMAD ISKANDAR SHAH BIN SITAM (P66579)MOHD AMAR BIN MD ARIF (P66370)IZZATI BINTI MOHD YUSOP (P66339)

NORHAZWAH BINTI ESTIAR (P66438)NORIHA BINTI KASIM (P56553)KERTAS PROSIDING YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI SYARAT

KURSUS GGGD6253 SOSIOLOGI PENDIDIKANFAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI2012ABSTRAK

Kertas ini membincangkan tentang pemilihan sekolah oleh murid, penyesuaian sosial dan konsep buli serta tindakan menangani buli di fasa transisi ke sekolah menengah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sampel kajian adalah 10 orang murid tingkatan satu di Hulu Langat, dan 10 orang murid tahap tujuh yang di pilih secara pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dibuat menggunakan teknik kajian kualitatif yang melibatkan temubual dan permerhatian. Kajian ini telah mengenalpasti wujudnya perkaitan antara pemilihan sekolah, penyesuaian sosial dan gejala buli dalam kalangan murid di fasa transisi ke sekolah menengah. Membina kemahiran sosial dan kemahiran kendiri semasa proses transisi ke sekolah menengah amat penting. Kajian ini mencadangkan keperluan untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran sosial dan kemahiran kendiri semasa proses transisi ke sekolah menengah. Kajian ini juga mencadangkan sistem yang jelas untuk mengenalpasti buli dan panduan kepada guru-guru yang terlibat dalam kelas tersebut.ABSTRACTThis paper discuss the choice made by students, social adjustment and issues pertaining to concept of bullying during transition in secondary school in Pekanbaru, Riau, Indonesai and Hulu langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sample of the study is ten form one and ten level seven student respectively from both country selected purposively. Data collection was done qualitatively involving interviews and observation. This study identify the existence between choice of school, social adjustment and bullying among student during the transition to secondary school. Developing sosial and personal skills during transition to secondary school is very essential. This study suggests there is a need to help children develop their social and personal skills. This study also suggest the development of clear systems to identify bullying and guidelinesfor teachers teaching the class involve.

PENGENALAN

Transisi atau peralihan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah merupakan salah satu isu penting pendidikan antarabangsa. Di kebanyakan negara, terdapat kebimbangan tentang kesan perubahan sekolah ke atas murid. Perry et. al. (2005) mendefinisikan transisi pendidikan sebagai masa murid mengalami perubahan dalam cara mereka terlibat dalam komuniti pendidikan. Perubahan-perubahan ini termasuklah perpindahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah yang selalunya berlaku dalam konteks kesinambungan contoh, pelajar dan keluarga masih tinggal di lokasi yang sama. Dalam konteks ini, cara murid terlibat secara sosial dan kognitif di sekolah menengah dengan pelajar lain dan dengan kurikulum juga berubah. Transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah memerlukan murid untuk membuat penyesuaian yang berterusan pada tempoh yang agak lama. Menurut Zakiyah, Hidayati & Setyawan (2010), transisi ke sekolah menengah (SMP) dari sekolah rendah (SD) adalah transisi yang berlangsung pada suatu masa ketika banyak terjadi perubahan fizikal, kognitif dan sosial pada diri individu yang berlangsung secara serentak. Perubahan-perubahan ini sememangnya pesat berlaku dalam diri seorang remaja. Remaja juga didefinisikan sebagai tempoh transisi iaitu masa untuk penemuan kendiri, melebarkan horizon, kemunculan berdikari serta pertumbuhan fizikal dan emosi (Gutman & Midgley, 2000). Remaja awal ini bukan sahaja mempunyai perubahan-perubahan biologi dan fisiologi yang berkaitan dengan baligh, tetapi, bagi kebanyakan murid merangkumi perubahan suasana atau persekitaran sosial dan pembelajaran yang mencirikan transisi sekolah rendah ke sekolah menengah.

Majoriti murid mengalami kerisauan tentang transisi. Selepas setahun berada di sekolah menengah, majoriti murid mengatakan mereka menghadapi kesukaran berubahsuai terhadap sekolah dan sistem sosial rakan sebaya pada peringkat awal (West, Sweeting & Young, 2010). Kebimbangan mereka berkisar tentang rakan-rakan berhubung dengan rakan lama, berkenalan rakan baru dan sokongan kawan-kawan (Perry et. al., 2005). Mereka juga bimbang guru-guru akan berbeza, ada ekspektasi dan cara berinteraksi yangberbeza. Persepsi pelajar terhadap perubahan ini boleh digambarkan dengan fenomenon Top Dog (Zakiyah, Hidayati & Setyawan, 2010). Fenomenon ini merupakan keadaan bergerak dari posisi teratas (keadaan murid menjadi paling tua, paling besar dan paling berkuasa di sekolah) ke posisi terendah (keadaan murid menjadi paling muda, paling kecil dan paling lemah). Murid yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan lingkungan akan merasa tertekan dan banyak menghadapi konflik dalam menghadapi tuntutan lingkungan yang akan menyebabkan menurunnya motivasi.

Kajian Ayyub (2011) menunjukkan pelajar mengakui mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Majoriti murid mendakwa mereka dapat menyesuaikan diri dalam minggu-minggu awal persekolahan tetapi kajian pasca-ujian menunjukkan sebahagian daripada mereka mengakui tidak dapat menyesuaikan diri. Persepsi mereka telah berubah. Perubahan persepsi disebabkan oleh peningkatan kesedaran terhadap diri sendiri dan juga kesedaran dalam tentang apa yang dimaksudkannya dengan penyesuaian diri dan persekitaran. Mungkin juga disebabkan oleh pemahaman tentang isu transisi yang dibincangkan selepas program bimbingan kumpulan (Ayyub, 2011). Murid mendedahkan bahawa pelbagai isu transisi adalah sebenarnya fenomenon biasa dan semua orang melaluinya. Persepsi bahawa keadaan ini adalah normal menyebabkan mereka lebih menerima isu dan cabaran transisi peribadi. Guru-guru dapat membantu menggalakkan perasaan mastery murid dengan cara mencipta suasana pembelajaran yang dapat meningkatkan persepsi autonomi dan kecekapan murid, menyediakan murid dengan pilihan-pilihannya dan peluang-peluang bagi pembelajaran kendiri dan merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran (Ferreira, Cardoso & Abrantes, 2011).

Faktor budaya banyak dibincangkan dalam kajian-kajian berkaitan transisi ke sekolah menengah (McGee et. al., 2004; Pellegrini & Long, 2002; Dietsch & Stubbe, 2007; Gibbons & Telhaj, 2006) dan ia berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya, buli dan ethnik. Pengaruh rakan sebaya, yang baru dan tidak dikenali di sekolah menengah seolah-olah menjadi lebih kuat daripada pengaruh kanak-kanak yang biasa dari fasa awal persekolahan (Gibbons & Telhaj, 2006). Kajian oleh Gibbons & Telhaj(2006) mendapati murid yang berkeupayaan tinggi mempunyai insentif yang kuat untuk mencari rakan yang berkeupayaan tinggi juga. Jurang sosial dalam kejayaan pendidikan pelajar daripada latar belakang berbeza masih signifikan (Dietsch & Stubbe, 2007) dan transisi memberikan masalah tertentu dan kebimbangan bagi murid yang tidak tergolong dalam budaya majoriti (McGee et. al., 2004). Perbezaan budaya dan latar belakang murid dan keluarga banyak mempengaruhi kejayaan transisi. Kajian Pellegrini dan Long (2002) terhadap murid-murid etnik Eropah-Amerika, Afrika-Amerika dan Asia-Amerika menunjukkan bahawa murid melihat agresif dan buli lebih positif pada fasa awal remaja mereka. Buli meningkat dengan transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah untuk berusaha memantapkan dominasi dalam kalangan rakan sebaya. Dominasi berfungsi melalui strategi buli apabila remaja memasuki kumpulan baru. Strategi agresif sering diguna pada fasa awal pembentukan hubungan dominasi seperti mana semasa individu memasuki sekolah baru. Selepas transisi, strategi pro-sosial dan bekerjasama digunakan untuk menyatukan status dan sekutu serta berbaik dengan musuh lama. Murid yang pernah menjadi mangsa buli, yang kurang bersedia dan bimbang akan mengalami transisi rakan sebaya yang lebih lemah (West, Sweeting & Young, 2010). Impak transisi sekolah dan rakan sebaya setiap satu memberi kesan terhadap kesejahteraan dan pencapaian semasa dan selepas sekolah menengah.

LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIANTransisi daripada sekolah rendah ke sekolah menengah merupakan satu batu tanda dalam alam belajar, namun begitu ramai murid (dan juga ibubapa) menjalani proses transisi ini tanpa melalui pengalaman atau penyelesaian masalah yang bermakna. Murid yang lain mendapati proses ini mencabar dan memberi tekanan dengan itu bertindakbalas dengan pelbagai cara yang berbeza (Griebel & Niezel, 2004).

Transisi ke sekolah menengah bermula seawal dengan pemilihan sekolah menengah dan perkara ini amat penting. Proses awal pemilihan yang baik ke sekolah akan membantu kelancaran proses transisi bagi mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini. Transisi ke sekolah menengah membawa kesan positif dan juga negatif dari segi kesedaran seseorang individu, keupayaan diri dan kesihatan mental murid itu (Griebel & Niesel, 2004)

Selepas menjalani sekolah rendah murid perlu membuat keputusan dimana untuk menyambung sekolah menengah. Menurut Griebel dan Dagmar (2006) ibubapa membuat pilihan berdasarkan nasihat daripada staf pendidik, sama ada untuk meneruskan aliran sekolah yang akan diikuti. Ibubapa dan murid amat memandang serius terhadap pilihan ini kerana ia melibatkan masa depan pelajaran dan kerjaya masa depan nanti. Keputusan melibatkan transisi untuk menentukan jenis sekolah menengah bukanlah tidak bermasalah kerana peratusan yang tinggi murid mencapai keputusan akademik yang lebih tinggi.Analisi data kajian oleh Evangelou, et. al., 2008, menunjukkan satu daripada lima faktor kejayaan transisi adalah membinakan perhubungan persahabatan atau kawan dan meningkatkan nilai kendiri dan keyakinan.Menurut Evangelou, et. al., 2008 jika kanak-kanak yang telah mengalami buli atau bimbang tentang kemampuan untuk membina persahabatan adalah berkait rapat dengan pengalaman buruk semasa transisi di sekolah menengah. Kajian Evangelou, et. al., 2008, menurut ibubapa, mendapati bahawa tiga daripada setiap sepuluh orang kanak-kanak mengalami buli. Daripada 165 ibubapa yang melaporkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala buli, 63% kanak-kanak ini tidak mengembangkan persahabatan mereka dan tidak meningkatkan nilai kendiri dan keyakinan mereka. Ini merupakan asas kepada kajian pengkaji dan komponen pemilihan awal murid ke sekolah menengah mengilham tajuk kajian, Sekolah Di Pilih, Persahabatan Di Bina, Buli Di Elak Semasa Transisi Ke Sekolah Menengah Di Pekanbaru Dan Hulu Langat. Kajian Evangelou, et. al., 2008, ada mengingatkan iaitu jika kanak-kanak telah mengalami buli di sekolah menengah, menghadapi masalah menangani guru-guru atau individu-individu yang berbeza dan masalah membuat kawan, maka mereka juga cenderung untuk mengalami transisi negatif.Adalah diharapkan, kajian ini menjadi perintis kepada kajian-kajian yang akan datang khusus dalam membincangkan konsep transisi pelajar rendah ke sekolah menengah di Malaysia dan Indonesia

TUJUAN DAN PERSOALAN KAJIANKajian ini secara umumnya bertujuan untuk meneroka proses yang dialami murid semasa menjalani transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan bagaimana mereka beradaptasi dengan persekitaran baru.. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk:

i. Meneroka pemilihan oleh murid untuk ke sekolah menengah di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.ii. Meneroka penyesuaian sosial di fasa transisi di sekolah di pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.iii. Meneroka kefahaman dan tindakan berkaitan gejala buli di fasa transisi di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

iv. Meneliti perkaitan pemilihan sekolah dan penyesuaian sosial di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

Bagi mencapai tujuan kajian yang disebutkan, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut;

i. Bagaimanakah murid membuat pemilihan untuk ke sekolah menengah di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

ii. Bagaimanakah murid membuat penyesuaian sosial di fasa transisi di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

iii. Sejauhmana pengetahuan murid tentang buli dan tindakan menangani gejala buli di fasa transisi di sekolah di pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

iv. Meneliti perkaitan pemilihan sekolah, penyesuaian sosial dan buli di sekolah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

METODOLOGI KAJIANPerancangan yang baik amat membantu penyelidik menjalankan kajian (Bogdan & Biklen, 2007). Perancangan mengambilkira langkah-langkah berikut; pemilihan kaedah kajian, pemilihan sample, pengumpulan data, penganalisisan data serta penulisan laporan. Merujuk kepada tujuan kajian ini yang memberi penekanan kepada memahami fenomena yang berkaitan dengan pemilihan sekolah, penyesuaian sosial dan buli di frasa transisi, maka reka bentuk kajian yang dipilih adalah menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif dapat membantu penyelidik menjelaskan, memahami, meneroka dan membuat pendedahan tentang fenomena yang dikaji (Cresswell, 2008). Kaedah persampelan yang dipilih dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada persampelan bertujuan. Bagi memenuhi keperluan fokus kajian ini, sampel yang dipilih daripada 10 orang murid tingkatan satu di Hulu Langat, Selangor dan 10 orang murid tahap tujuh di Pekanbaru, Riau, Indonesia. Pengumpulan data dibuat menggunakan teknik kajian kualitatif yang melibatkan temubual dan permerhatian.DAPATAN DAN PERBINCANGAN

a. Pemilihan sekolah

Di Riau , ramai murid murid bersekolah menengah atas cadangan ibubapa kecuali seorang dicadang oleh kakak. Keputusan akhir pemilihan sekolah tersebut juga ramai yang dibuat oleh ibubapa pelajar kecuali dua orang pelajar yang memutuskan sendiri untuk belajar di sekolah itui. Ini adalah jelas dengan pernyataan ramai murid iaitu ... ibubapa saya yang mencadang agar saya memilih sekolah ini .... saya memilih sekolah ini .... saya sendiri ... selepas berfikir mengenainya.... dan juga satu pernyataan ... kakak saya yang mula-mula memperkatakan tentang sekolah ini .... keputusan akhir diputuskan oleh saya sendiri .....

Senario ini amat berbeza dengan kepelbagaian dalam pihak yang mencadangkan sekolah menengah kepada murid di Hulu Langat. Ibubapa murid, kakak murid , kawan-kawan, arahan PPD dan juga murid itu sendiri merupakan pihak yang terlibat mencadangkan sekolah menengah itu . Kata putus untuk ke sekolah menengah itu juga menunjukkan kepelbagaian. Antara petikan pernyatan murid adalah ... ibu saya yang mencadangkan ... ibu saya yang akhirnya memutuskan untuk saya belajar di sini ..., kakak saya yang mencadangkan ... saya sendiri yang membuat keputusan..., saya sendiri yang bercadang ... kakak saya turut menyarankan ...kawan-kawan saya yang akhirnya mempengaruhi saya mempengaruhi ..., mengikut kawan .... saya sendiri yang membuat keputusan ... dan PPD arahkan .... ibubapa yang mempengaruhi dan menyuruh saya ke sekolah ini....

b. Penyesuaian sosial

Dari segi perhubungan persahatan atau kawan, kebanyakan murid yang ditemubual mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu mudah berkawan. Rakan-rakan mereka terdiri daripada rakan sekelas, rakan setingkatan iaitu berbeza kelas tapi sama tingkatan dan juga murid-murid senior. Perbezaan yang ketara antara murid di Riau dan Hulu Langat adalah aktiviti-aktivti yang dilakukan bersama. Di Hulu Langat aktiviti bersama yang dilakukan oleh pelajar meliput aktiviti-aktiviti di sekolah sahaja namun untuk murid dari Riau, aktiviti bersama rakan dilanjutkan ke luar aktiviti dan masa persekolahsn iaitu window shopping di pasaraya-pasaraya.

Murid di Riau memberi definisi yang umum tentang buli iaitu aktiviti verbal atau fizikal yang memberi kesan fizikal dan emosi. Pernyataan murid yang boleh menjelaskan ini adalah kekerasan kepada rakan ....., pelajar senior bergaduh dengan pelajar junior..., perbuatan menyakiti fizikal dan hati orang lain ..., hal yang boleh membuatkan kita sakit hati, orang menggangu fizikal dan emosi... dan menyakitkan hati dan juga fizikal

c.Buli dan tindakan menangani

Murid di Hulu Langat memberi definisi buli dengan memberi contoh khusus dan kesan dalam konteks sekolah. Pernyataan murid yang boleh menjelaskan ini adalah seperti kawan yang suka mengambil kesempatan dan mengejek nama.., seperti pelajar senior menyuruh orang lain atau junior buat kerja .........., seperti suka mengenakan kawan-kawan seperti peras ugut wang dan bergaduh seperti menyuruh orang lain membuat kerja sekolah ............. ................., seperti mengejek-ejek rakan kita...., seperti menyuruh pelajar lain pergi membeli air.............., , akan menyebabkan murid tidak berminat untuk datang ke sekolah ..., mengambil kesempatan ke atas orang yang lemah seperti memeras ugut wang dan menyuruh membuat kerja sekolah dan bergaduh

Kalau ini boleh dilihat dari segi jarak, maka murid di Hulu Langat adalah lebih rapat dan terdedah dengan gejala buli ini.

Murid di Riau juga menyatakan aktiviti buli tidak berlaku di sekolah mereka dan mereka akan lebih cenderung untuk mengambil tindakan sendiri untuk menangani buli jika berlaku pada mereka. Pernyataan murid yang boleh menggambarkan perkara ini adalah tidak ada buli di sekolah ini... . ..Tapi saya belum pernah merasainya. Mungkin belum tahu langkah yang perlu saya ambil jika dibuli, budaya buli tidak ada di sekolah ini ... masih belum pernah nampak dan terlibat ....mungkin cuba selesaikan sendiri dahulu sebelum meminta bantuan....., jika saya dibuli, saya akan sedaya upaya menghindari si pembuli .... mungkin tidak akan memberitahu guru.. akan selesaikan sendiri dahulu..., jika saya dibuli mungkin saya akan menangis kemudian bersabar .... mungkin membalas balik perbuatan mereka atau jauhi diri daripada pembuli..., saya akan buli orang yang membuli saya itu balik... dan marah dan mungkin sabar tetapi saya rasa saya akan menangis...

Pernyataan mereka juga memperlihatkan tindakan yang kurang berpengalaman diambil jika berlaku buli kepada mereka. Ini sesuai dengan gejala buli yang dikatakan tidak berlaku di sekolah itu. Namun begitu agak dikesali respon mereka membayangkan tidak wujud usaha ataupun program untuk mencegah gejala buli berlaku. Program yang di jalankan juga untuk pembangunan diri pelajar selaras dengan proses transisi yang mereka jalani sebelum melangkah ke alam dewasa.Tindakan yang mungkin diambil oleh murid di Hulu Langat memperlihatkan kepelbagaian namun menunjukkan sumber-sumber bantuan yang boleh diperolehi apabila menghadapi gejala buli. Ibubapa, rakan baik .. merupakan pihak yang akan didekati jika mereka dibuli. Antara pernyataan mereka tentang tindakan apabila di buli adalah: ...ceritakan kepada ibubapa terlebih dahulu dan seterusnya pada pihak sekolah...., ... selesaikan dahulu ..., ... marah dan berkongsi dengan rakan baik...., ...selesaikan sendiri dahulu ,,, pernah dibuli tetapi tidak kisah ..., ... marah..., ... mengalah, menasihati mereka yang membuli dan seterusnya akan melaporkan kepada guru disiplin... dan ... saya akan memberitahu kepada guru ....

Perbualan berkisar gejala buli di sekolah dengan murid di Pekanbaru dan Hulu Langat memberi maklumat tentang pengalaman dan pemerhatian murid di sekolah baru mereka. Di Pekanbaru, murid adalah kurang terdedah kepada gejala buli dan tidak menunjukkan tindakan yang wajar jika berhadapan dengan gejala buli. Gejala buli di sekolah ini dapat di kawal dengan baik mungkin disebabkan adanya alat LCCT yang dipantau oleh gurubesar dan penolong kanan sekolah. Sekolah di Hulu Langat tidak dilengkapi dengan alat LCCT, ini mungkin satu daripada sebab kenapa gejala buli yang dapat di perhatikan dalam kalangan murid yang mengalami transisi di sekolah ini. Ramai daripada mereka tidak terlibat dalam kes buli.

d.Perkaitan pemilihan sekolah, penyesuaian sosial dan buli

Dari kedua-dua sekolah di Pekanbaru dan Hulu Langat, terdapat kes khas berkenaan perhubungan persahatan ini. Di Pekanbaru, seorang murid lebih cenderung untuk berkawan dengan rakannya daripada sekolah rendah asal. Bila diperhatikan daripada perbualan, walaupun dia menafikan dibuli namun pernyataan-pernyataan dia seterusnya menunjukkan dia hampiri gejala buli tapi dia tidak mempedulikannya. Dia juga ada menyatakan untuk menjadi senior yang mungkin ada kaitan dengan senario buli.

..feel inferior ... fun untuk kawan lain ... senior menggangu dengan jenaka .... ambil barang ... make fun ..... say it is just joke ..... i dont take serious

.....ya bully .. bothering someone.. hardway ... i dont take serious ..... just play........ i dont take serious ..... just play.................not fight, just argue...berdebat......i want to be senior too

Apabila diselidiki proses pemilihan sekolah, minat dia yang mendalam terhadap kelas ekspress telah mendorongnya untuk memilih sekolah cadangan kawannya. Dia sendiri yang membuat keputusan untuk bersekolah ini. Tujuan utama memilih sekolah ini adalah dari segi kewangan.

.... .... kawan, saya berminat dengan aceleration class...Saya sendiri ............ want to finish school faster ....... less school fee .... when finish faster ... here....

Walaupun tahu sekolah ini tidak membantu untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi sorang askar namun dia tetap memilih dan membuat keputusan bersekolah itu demi mengikuti kelas ekspress.

...soldier ... like action .... dont think school help to be a soldier .....never regret going to this school..... aceleration class...

Melihat kepada latarbelakang dia, murid ini merupakan seorang murid berketurunan Tiong Hua dan beragama Kristian manakala majoriti murid di sekolah pilihan dia adalah murid penduduk asal yang beragama Islam.

Kes khas ini adalah bertepatan dengan pendapat .......... yang menyatakan transisi boleh mewujudkan masalah dan kebimbangan kepada murid yang tidak tergolong kepada budaya majoriti. Faktor budaya yang mempengaruhi transisi ini merupakan penghalang kepada proses transisi yang berjaya. Kes seumpama ini juga berlaku di sekolah Hulu Langat.

Di Hulu Langat, terdapat seorang murid perempuan yang berketurunan Melayu mengakui bahawa dia mempunyai kurang daripada sepuluh orang rakan dan kebanyakan rakannya hanya terdiri daripada rakan sekelas. Dia adalah salah seorang murid daripada golongan murid pintar di dalam kelas. Namun begitu, murid yang tidak tergolong kepada budaya majoriti kelas turut mengalami masalah pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak sebangsa dengannya dan dia menganggap mereka sebagai pengganggu dan juga tidak berasa selesa bersama mereka. Ini dapat kita perhatikan daripada pernyataan-pernyataan responden berikut:...kurang daripada sepuluh orang....kebanyakan rakan saya adalah rakan sekelas sahaja.... ...ramai rakan-rakan India di dalam kelas ... saya perempuan .. tidak selesalah ... lelaki-lelaki itu selalu membuat bising di dalam kelas....

Ramai murid mendapat manfaat daripada proses transisi mereka. Namun begitu, dua responden yang tidak menjalani proses transisi yang baik telah meletakkan diri mereka di luar budaya majoriti Dua kes khas ini jelas menunjukkan kepentingan pemilihan sekolah menengah. Murid yang di tempatkan ke kelas atau sekolah tanpa mengambilkira penyesuaian sosial khususnya membina perhubungan persahabatan dalam kalangan seramai mungkin murid. Ini boleh menjuruskan diri mereka kepada gejala buli. Terlibatnya dua orang murid ini dengan gejala yang berbau buli ini secara tidak langsung, menunjukkan kegagalan program orientasi atau suaikenal jika telah dijalan di sekolah tersebut. Dapatan ini adalah sejajar dengan dapatan Graham and Hill (2002) yang mendapati ada murid yang berpandangan proses transisi adalah negatif dan ini adalah disebabkan mereka berlatarbelakangkan kumpulan etnik minoriti. Kajian Graham dan Hill (2002) juga mendapati murid-murid kumpulan etnik minoriti lebih merasakan kesukaran untuk menyesuaikan diri berbanding murid berkulit putih yang merupakan majoriti. Oleh itu faktor sosio budaya sesuai dikaji untuk melihat pengaruhi kejayaan proses transisi. Kajian ini telah mengenalpasti wujudnya perkaitan antara pemilihan sekolah, penyesuaian sosial dan gejala buli dalam kalangan murid di fasa transisi ke sekolah menengah. Membina kemahiran sosial dan kemahiran kendiri semasa proses transisi ke sekolah menengah amat penting. Kajian ini mencadangkan keperluan untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran sosial dan kemahiran kendiri semasa proses transisi ke sekolah menengah. Kajian ini juga mencadangkan sistem yang jelas untuk mengenalpasti buli dan panduan kepada guru-guru yang terlibat dalam kelas tersebut.PENUTUPSebagai kesimpulan, dapatan kajian menunjukkan transisi murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah di Pekanbaru, Riau, Indonesia dan di Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia memperlihatkan bahawa pemilihan sekolah yang baik adalah berdasarkan kepada murid itu sendiri dan juga pengaruh kawan yang mendorong mereka untuk membuat keputusan bagi pemilihan sekolah. Seterusnya, penerimaan dalam kelompok rakan-rakan di sekolah pilihan menjadi salah satu cara murid di terima dalam persekitaran kelas dan sekolah dan secara tidak langsung akan menghindarkan murid daripada menjdi mangsa buli yang umumnya disasarkan kepada golongan murid yang tidak tergolong kepada budaya majoriti kelas.

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dijalankan, dapat dilihat dengan jelas mengenai kes khas yang melibatkan murid yang terpinggir atau tidak tergolong di dalam budaya mojoriti kelas lantaran adanya perbezaan bangsa dan juga jantina. Jelas menunjukkan bahawa murid ini terasa terganggu dan tidak selesa berada di dalam lingkungan rakan-rakannya, perkara ini seteruskan berkemungkinan akan mengganggu proses transisi murid tersebut.BIBLIOGRAFI

Ayyub, Bibi Jan Mohamed (2011). Effects Of Group Guidance Programme On Managing Transition In A Secondary School. Procedia Social And Behavioral Sciences. 30 (2011) 1286 1290.

Dietsch, Marcus & Stubbe, Tobias C. (2007). Inequality In The Transition From Primary To Secondary School: School Choices And Educational Disparity In Germany. European Educational Research Journal. Vol. 6, Number 4, 2007. www.wwwords.eu/EERJEvangelou, Maria; Taggart, Brenda; Sylva, Kathy; Melhuish, Edward; Simmons, Pam & Siraj-Blatchford, Imam (2008). What Makes A Successful Transition From Primary To Secondary School? Research Report No. DCSF-RR019. Effective Pre-School, Primary And Secondary Education 3 14 Project (EPPSE 3-14). Institute Of Education, University Of London.

Ferreira, Manuela; Cardoso, An Paula & Abrantes, Jos Luis ( 2011). Motivation And Relationship Of The Student With The School As Factors Involved In The Perceived Learning. Procedia Social And Behavioral Sciences 29 (2011) 1707 1714.

Gibbons, Stephen & Telhaj, Shqiponje (2006). Peer Effects And Pupil Attainment: Evidence For Secondary School Transition. Centre For The Economics Of Education. London.

Gutman, Leslie Morrison & Midgley, Carol (2000). The Role Of Protective Factors In Supporting The Academic Achievment Of Poor African American Students During The Middle School Transition. Journal Of Youth And Adolescence. Vol. 29, No. 2, 223 249.

Hawk, Kay & Hill, Jan (2004). Transition Traumas, Traps, Turning Points And Triumphs: Putting Student Needs First. A Paper Prepared For The PPTA The Way Forward For Secondary Education Conference, Wellington. April, 18-20, 2004.

Maslihah, Sri (2011). StudiTentang Dukungan Sosial, Penyesuaian Sosial Di Lingkungan Sekolah Dan Prestasi Akademik Siswa SMPIT ASSYPA Boarding School Subang Jawa Barat. Jurnal Psikologi Undip. Vol. 10, No. 2, Oktober 2011. 103 115.

McGee, Clive; Ward, Richard; Gibbons, Joan & Harlow, Ann (2004). Transition To Secondary School: A Literature Review. Report To The Ministry Of Education. Ministry Of Education, New Zealand.

Pellegrini, A.D. & Long, Jeffrey D. (2002). A Longitudinal Study Of Bullying, Dominance And Victimisation During The Transition From Primary School Through Secondary School. British Journal Of Devolepmental Psychology (2002) 20, 259 280.

Perry, Bob; Dockett, Sue; Whitton, Diana; Vickers, Margaret; Johnston, Christine & Sidoti, Claire (2005). Sydney Transition Project. NSW Department Of Education And Training Sydney Region. 1 80.

Reyes, Olga; Gillock, Karen & Kobus, Kimberly (1994). A Longitudinal Study Of School Adjustment In Urban, Minority Adolescents: Effects Of A High School Transition Program. American Journal of Community Psychology, Vol. 22, No. 3.

West, Patrick; Sweeting, Helen & Young, Robert ( 2010). Transition Matters: Pupils Experiences Of The Primary To Secondary School Transition In The West Of Scotland And Consequences For Well-Being And Attainment. Research Paper In Education. Vol. 25, No. 1, March 2010, 21 50.

Zakiyah, Naili; Hidayati, Frieda Nuzulia Ratna & Setyawan, Imam (2010). Hubungan Antara Penyesuaian Diri Dengan Prokrastinasi Akademik Semua Siswa Sekolah Berasrama SMP N 3 Peterongan Jombang. Jurnal Psikologi Undip. Vol. 8, No. 2 Oktober 2010.